Blog Archive

November 24, 2017

8 Tips Mencegah Jerawat Semudah ABC

Jerawat adalah keadaan pada kulit yang menyebabkan terjadi  bintik-bintik dan jerawat, terutama pada muka, bahu, belakang, leher, dada, dan lengan atas.





Ia biasanya berlaku semasa baligh, apabila kelenjar sebum diaktifkan, tetapi ia boleh berlaku sebelumnya. Kelenjar akan  menghasilkan minyak  apabila dirangsang  oleh hormon lelaki yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal pada lelaki dan wanita.





Secara ringkasnya, kita boleh katakan;
  • Jerawat adalah penyakit kulit yang melibatkan kelenjar minyak di dasar folikel rambut.
  • Ia mempengaruhi 3 dalam setiap 4 orang berumur 11 hingga 30 tahun.
  • Ia tidak berbahaya, tetapi ia boleh meninggalkan parut kulit.
  • Rawatan bergantung pada bagaimana keadan atau tahap dan tempoh dialami.
  • Faktor risiko termasuk genetik, kitaran haid, kegelisahan dan tekanan, iklim panas dan lembap, menggunakan solekan berasaskan minyak dan jerawat.

Ada beberapa tips yang berguna untuk mencegah berlakunya jerawat iaitu;
  1. Pastikan kulit dicuci dan dibersihkan daripada sebarang kotoran dan sisa-sisa solekan sebelum masuk tidur.
  2. Pastikan kulit muka dibersihkan sebelum mengaplikasikan sebarang jenis ubat jerawat.
  3. Pastikan kita mengelap  muka sehingga kering sebelum menyapu sebarang ubat atau krim.
  4. Pastikan minum banyak air mineral (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari)
  5. Kulit kering sangat sensitif, jadi kurangkan benzil peroksida.  Jika benar-benar perlu, mulakan dengan jumlah yang sedikit. 
  6. Jauhkan kulit kita daripada terdedah kepada sinaran matahari terlalu banyak. Ubat-ubatan jerawat boleh menyebabkan reaksi atau alahan pada kulit. 
  7. Jangan campurkan ubat untuk merawat kulit. Jika perlu, jarakkan.
  8. Elakkan minum kopi atau Milo dua jam sebelum tidur.

Untuk mendapatkan kulit yang flawless dan sihat, boleh cuba amalkan pengambilan vitamin C dan protein tanpa GMO. Ia bagus untuk membaiki kerosakan sel kulit dan membina sel baru yang lebih berkualiti.

Semestinya, saya syorkan yang selamat dan mempunyai kajian klinikal iaitu ESP dan Sustained Release Vita-C Plus.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...