Blog Archive

March 28, 2017

Kenapa Jantung Rasa Berdebar-debar?

Dalam banyak-banyak organ dalam tubuh kita, bila kita sebut pasal masalah jantung, terus kita kaitkan dengan sakit jantung.




Sama juga bila ada yang kata dia merasakan jantungnya berdegup laju dan berdebar-debar walupun dalam keadaan rehat. adakah itu simptom sakit jantung?


Menurut Dr Zubaidi,  kita kata jantung berdebar apabila ia berdegup laju melebihi 100 degupan seminit dengan rentak sekata.


Tahu tak, jika jantung berdegup laju tapi msih dalam rhytme yang sekata ia masih dianggap normal. Degupan laju melebihi 100 degupan perminit  dinamakan tachycadria


Tetapi, sekiranya ia berdegup laju dalam drama/rentak yang tak sekata seperti ia tidak berdegup pada masanya atau ia terlalu cepat kemudian kembali perlahan, ia dinamakan arrhythmia


Adakah Berdebar-debar tu bahaya?

Kalau berdebar yang terlalu laju dan berterusan sehingga menyebabkan rasa nak pitam, kepenatan, sakit dada dan pening, segerakan bertemu dengan doktor kerana dikhuatiri keadaan tersebut merupakan petanda kepada masalah yang lebih serius seperti


  1. tanda awal sakit jantung
  2. ada berlaku sumbatan pada coronary arteri
  3. petanda lemah jantung
  4. masalah injap jantung
  5. masalah pada otot jantung


Jangan bertangguh kerana risau untuk menghadapi result doktor. Semakin anda bertangguh dan melewat-lewatkan pemeriksaan, bimbang keadaan semakin tidak terkawal. Sayangi tubuh kita dan berikan yang terbaik untuk kesihatan kita.

March 27, 2017

Permandangan Paling Mendamaikan

Malam ni rasa nak meluah perasan pulak. Sambil-sambil dengar lagu Boyzone, Everyday I Love You pulak tu. Ni lagu kegemaran atiey dan akak yang nombor dua. kak Ayu. Masa tu umur 20-an..Kami beza 4 tahun tapi Alhamdulillah, masih sempat berkongsi minat dan cerita.

Nak ceritanya, bila dengar lagu-lagu camnikan...Atiey terbayangkan suasana padang rumput hijau, angin bertiup sejuk-sejuk je rasanya tapi matahari masih memancarkan cahaya. Wah, feeling gitu. Dan kalau nak tahu, Atiey pernah berada kat tempat yang macam ni. Bukan oversea tapi di bekas tapak rumah arwah nenek.

Masa tu kecik lagi. Arwah nenek bawa tengok kampung yang ditinggalkan. Tanah tu dah dibeli oleh syarikat penerbangan. So, orang kampung kena pindah. Kebetulan cucu tanya, arwah nenek pulak mungkin rindukan rumahnya dulu, terus sampai situ.

Nak sampai tu, kitorang lalu tepi sawah. Lintas anak sungai yang jernih, Kemudian sampai kat satu padang yang luas. Hijau rumputnya tapi tak ada semak. tanah airport kan...dijaga.

Waktu tu pagi lagi.. kabus pun nampak. Angin sejuk-sejuk. Tapi kalau suruh pergi sekarang ni, tak tahu kat mana. Tak ingat.

Serius, rindu tempat tu...===> Rindu arwah nenek.

AlFatihah kepada arwah Hajah Bidah.

Cara Baru Untuk Lebih Sihat Di Usia Tua Tanpa Penyakit Kronik

Tubuh yang sihat bermula dengan kesihatan sel-sel tunggal itu sendiri. Makanan yang  kita ambil untuk sel-sel ini akan menentukan kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan serta memberi kesan yang dramatik apabila usia kita semakin meningkat. 
 

Walau bagaimanapun, sel-sel kita akan terus mengalami kerosakan akibat pendedahan persekitaran harian, tekanan dan juga melalui makanan yang menghasilkan radikal-radikal bebas. Radikal-radikal bebas ini memberi kesan buruk bagi tubuh dan menyebabkan sel-sel kita menjadi semakin lemah dan tidak berfungsi, seterusnya menyebabkan tindak balas keradangan yang boleh menyumbang kepada penuaan selular


Jangan bimbang, terdapat satu penyelesaian untuk mencegah penuaan selular 



Resveratrol dan polyphenols telah terbukti berupaya meneutralkan radikal-radikal bebas toksik untuk melambatkan proses penuaan di peringkat selular. Polyphenols adalah sekumpulan fitokimia yang terdapat pada tumbuhan dan buah-buahan yang memberi mereka warna serta pada masa yang sama melindunginya daripada penyakit. Malah, penyelidikan terbaru mencadangkan bahawa resveratrol dan polyphenols berupaya melambatkan proses penuaan dan menyebabkan jangka hayat yang lebih lama dan sihat.





APABILA KITA MEMPUNYAI SEL-SEL YANG SIHAT,  KITA  MEMILIKI  TENAGA  UNTUK MENIKMATI  KEHIDUPAN 


#ShakleeEnergyForLife 

Kelihatan dan rasa muda tidak kira apa usia anda. Kekal bertenaga sepanjang hari. Mencapai kesihatan yang optimum, mempunyai imuniti yang lebih kuat dan berupaya mengurangkan risiko kesihatan berkaitan umur untuk kehidupan di masa akan datang. Mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan fungsi sistem detox anda.


 

Tambahkan tahun untuk kehidupan dan kehidupan untuk usia anda. Penuaan memang tidak dapat dielakkan, tetapi pilihan harian yang anda buat setiap hari untuk penjagaan diri sendiri boleh melambatkan proses penuaan dan meningkatkan kemungkinan kehidupan yang panjang, gembira dan sihat. Anda boleh memilih untuk mengambil pendekatan pelindungan penuaan dengan mengamalkan diet yang kaya dengan polyphenols dan resveratrol.


(Sumber penulisan; Shaklee)

Rujukan:

1. A Resveratrol and Polyphenol Preparation Supresses Oxidative and Inflammarory Response to a High-Fat, High-Carbohydrate Meal. Date published: February 2, 2011.

2. Liu L. Wang Y, Lam KS,, Xu A” Moderate wine consumption in the prevention of metabolic syndrome and its related medical complications. Endocr Metab Immune Discor Drug Targets 2008 Jun. 8(2): 89-96.

3. Mizutani K. Ikeda K, Yamori Y: Resveratrol inhibits AGEs-induced proliferation and collage synthesis activity in vascular smooth muscle cells from strokeprone spontaneously hypersensitive rates. Biochem Biophys Res Commun 2000 Jul, 21; 274 (1): 61-67

4. Farrar JL, Hartle DK, Hargrove JL, Greenspan P: Inhibition of protein glycation by skins and seeds of the muscadine grape. Biofactors 2007, 30(3): 193-200

5. Ramasamy R, Vannucci S, Shi Du Yan S, Herold K, Yan S, Schmidt A. Advanced Glycation End Products and RAGE: A Common Thread in Aging, Diabetes, Neurodegeneration, and Inflammation. Glycobiology 15(7):16R– 28R, 2005.

6. Lagouge M, Argmann C, Gerhart-Hines Z, Meziane H, et al. Resveratrol improves mitochondrial function and protects against metabolic disease by activating SIRT1 and PGC-1. Cell. 2006; 127(6): 1109-1122.

7. Harley CB, et al. Cross-sectional analysis of telomere length in people 33–80 years of age: effects of dietary supplementation. JACN. 55th Annual Conference. 2014. Oct; 33(5): 414.

March 22, 2017

Sebab Penting Kenapa Tubuh Kita Perlukan Detoks


DETOKSIFIKASI, ATAU ‘DETOKS’

Seringkali kita dengar perbincangan tentangnya,atau terbaca di dada akhbar rencana mengenainya,
tetapi apakah maksud sebenar di sebalik perkataan ini? Bayangkan detoksifikasi sebagai pembersihan tubuh agar kita tampak dan rasa lebih hebat. 



APABILA KITA MENDETOKS, KITA SEBENARNYA MEMBUANG RACUN DAN KESEMUA YANG TIDAK BAIK DARIPADA SISTEM TUBUH BADAN KITA.

Toksin ini terkumpul di dalam sistem tubuh badan  kita setiap kali kita bernafas, bersenam, makan
dan minum malah ia terkumpul lebih pantas dari tempoh pembuangan yang dilakukan tubuh badan
manusia.


Lima Saluran Utama Toksin yang perlu diberikan perhatian


TUBUH BADAN ANDA
Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan  sendirinya.


UDARA

Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.


PEMAKANAN
Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.


AIR


Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah 
mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.


GAYA HIDUP

Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.



KITA HIDUP DI DALAM DUNIA BERACUN

Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat. 


 

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan  meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit


TUBUH BADAN MELAKUKAN DETOKSIFIKASI 
SETIAP MASA



Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh anda akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh anda boleh mendetoks dengan sendirinya.

Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini  berfungsi membersihkan tubuh anda, atau menyahtoksin bagi memastikan anda kekal sihat. Malahan kulit anda menghasilkan toksin melalui peluh.


PARU-PARU 
membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.


SISTEM LIMPA
beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksintoksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit anda juga menyahtoksin melalui kelenjar
peluh


BUAH PINGGANG

membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing.


SISTEM PENGHADAMAN
meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin anda tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh anda setiap kali
anda melakukan proses  pembuangan.



TUBUH KEKAL CERGAS.

Jadi, sekiranya tubuh anda membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu detoks? 

Anda perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar! 

Ibaratkan diri anda seperti kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak, namun,  sehebat mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan bagi mengekalkan prestasi peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya. 

Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda.


 Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini.


Kini anda telah tahu apa itu detoks, tanamkan azam untuk mulakan detoks secepast mungkin. Jika tak tahu , hubungi saya untuk bimbingan dan konsultansi secara percuma.





Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.


 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

March 18, 2017

Anak Terlalu Kurus Tanda Masalah Kecacingan? Rawat Anak-anak Yang Dijangkiti Cacing Dengan Kaedah Semula Jadi

Masalah kecacingan ni, bukan hanya melibatkan usus je. Ada juga cacing yang berada di tempat-tempat lain dalam badan kita ni seperti paru-paru, otak, jantung dan  salur darah.  


Gambar kat bawah ni menunjukkan masalah cacing yang berada dalam mata. Euuuuw! Kalau orang dewasa, mungkin banyak cara kita boleh cuba. Tapi bayangkan kalau jadi kat kanak-kanak. Kesian diorang. Sistem imun kanak-kanak belum cukup kuat untuk  melawan jangkitan cacing ni.






Bagaimana  Mencegah  Daripada Dijangkiti Cacing?



  • Amalkan disiplin  basuh tangan sebelum menyentuh makanan, selepas keluar tandas dan selepas menyentuh haiwan peliharaan.

  • Memakai alas kaki apabila setiap kali keluar rumah. Elakkan juga berkaki ayam ketika berada di dalam tandas.

  • Basuh sayur-sayuran, dan buah-buahan dengan bersih. Rendam dalam air garam terlebih dahulu supaya lebih berkesan.

  • Cuci bahagian dalam perut ikan dengan teliti kerana ada sesetengan ikan juga dijangkiti cacing.

  • Masak ikan dan ayam serta lauk mentah dengan menggunakan suhu yang sesuai.

  • Ambil ubat cacing ( 6 bulan sekali atau seperti yang disyorkan oleh doktor)



Makanan Semula jadi yang Baik Untuk Dimalkan Jika  Kecacingan





  • Makan tomato mentah, jadikan seperti salad.

  • Minum jus nenas muda yang ditambah dengan sedikit madu. Awas, nenas boleh mengakibatkan rasa sakit perut jika perut anak agak lokek.

  • Minum jus lobak merah.

  • Minum air kelapa muda  dan makan sekali dengan isinya sekali 

  • Makan bawang putih. Untuk anak-anak mungkin boleh sediakan makanan seperti sup yang diletakkan bawang putih yng lebih banyak dari biasa.

  • Kunyah biji habbatussauda( jintan hitam) atau minum minyak habbatussauda. Disarankan satu sudu  untuk anak (bawah 3 tahun) dan 2 sudu (3 tahun ke atas) 



Semoga  bermanfaat !

Apakan Tanda-tanda Jika Anak Dijangkiti Cacing ?

Waktu zaman kita kecil dulu, mungkin kitapun kurang menitik beratkan soal kebersihan ketika bermain. Yelah, masa zaman kanak-kanak kita hanya ingin berseronok dan "explore" apa yang ada depan mata. rasa ingin tahu yang tinggi memang menjadikan kita seorang yang banyak akal dan aktif.



Sama jugak dengan anak-anak kita. Cuma keadaan dan situasi kita dahulu dengan  anak-anak zaman sekarang tak boleh disamakan. Ini atas faktor pencemaran dan risiko  kesihatan. Yelah, sekarang ni udara tak sebersih dahulu dan redikal bebas semakin tinggi. Kalau dulu makanan yang kita makan tu memang dah confirm boleh dimakan tapi sekarang ni kena pilih-pilih juga. Ada yang dah diubah secara genetik dan ada yang tercemar dengan racun perosak secara berlebihan.


Jadi, penting sangat untuk kita bersihkan apa jua makanan sebelum kita hidangkan kepada anak-anak. Macam tu juga dengan sayuran. Rendam dan bersihkan betul-betul. Selain bersihkan sayur, bersihkan juga pasir-pasir yang melekat. Risau kalau-kalau ada telur cacing yang melekat. Telur cacing yang melekat di tanaman akan memasuki usus manusia yang memakan makanan yang tidak dibasuh atau dimasak dengan sempurna.


Dah masuk bab cacing ni, suka nak ingatkan. Awasi anak-anak supaya meminum air yang bersih dan dimasak. Telur cacing juga boleh disebarkan apabila meminum air yang tak dimasak contohnya air paip.




Macam mana nak tahu nak kita tu dijangkiti cacing atau tak?


Kesan jangkitan bergantung kepada berapa banyak cacing yang berada di dalam tubuh manusia. Jangkitan yang sedikit mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda tertentu.


1.Jangkitan yang banyak boleh menyebabkan gangguan pada usus contohnya cirit-birit, sakit perut, lemah dan lesu, kurang selera makan serta gangguan tumbesaran atau pembelajaran.

2.Jangkitan cacing kerawit pula boleh menyebabkan pucat akibat kekurangan darah.

3.Jenis cacing yang berbeza menyebabkan masalah-masalah tertentu contohnya jangkitan cacing gelang menyebabkan kekurangan nutrisi, vitamin dan protein.

4.Komplikasi seperti usus tersumbat boleh berlaku pada jangkitan yang teruk. Larva cacing kadang kala berhijrah ke paru-paru dan menyebabkan batuk atau lelah. Ia juga boleh bergerak ke bahagian badan yang lain seperti kulit, hempedu dan pankreas.

5.Cacing rambu boleh menyebabkan cirit-birit dan najis berdarah. Cacing kerawit menghisap darah dan menyebabkan kekurangan darah (anemia) dan membantutkan tumbesaran, keupayaan fizikal dan tumbesaran kanak-kanak. Pada peringkat yang teruk ia boleh menyebabkan kegagalan jantung disebabkan anemia.


Sekiranya anak-anak anda ada mengalami satu atau beberapa simptom di atas, bawalah untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan pandangan serta langkah-langkah seterusnya sekiranya perlu. 

Tips Set Target Dalam Bisnes

Sebelum mulakan apa jua  perkara dalam hidup kita ni, kita kena tahu apa yang kita nak terlebih dahulu. Perkara ni kita namakan target. Target ni sangat penting kerana bila ada target, kita tahu apa yang kita nak capai dan apa yang kita perlu fokuskan.




Bagaimana nak set target ataupun sasaran kita?


1. Logik dan realistik
2. Semakin meningkat
3. Jangka pendek dan jangka panjang


Ramai yang saya dapati terutama mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan ni, meletakkan target terlalu tinggi untuk permulaan. Terlalu tinggi, bila sekilas pandang tu dah nampak ianya mustahil. Sememangnya tak salah tetapi sekiranya ia telalu tidak realistik, hanya akan membuatkan fokus kita lari dan akhirnya kita stuck.


Apa salahnya bina target yang lebih logik dan ianya semakin meningkat dan meningkat dari bulan ke bulan. Ianya lebih selamat dan membuatkan kita lebih tersusun.


Target ni ada dua jenis. Target untuk jangka masa pendek dan janhka masa panjang.

Target untuk jangka pendek adalah seperti  jumlah untung yang kita nak dapatkan dalam masa sebulan adalah RM10 000.


Target jangka masa panjang pula apa yang kita ingin capai dalam 5 tahun akan datang. kalau sekarang kita berniaga dengan hanya menyewa kedai, 5 tahun lagi kita dah mampu memiliki restoran dalam bangunan sendiri.


Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga anda terus sukses dan berjya dalam perniagaan yang diceburi.

March 16, 2017

Penawar Demam Denggi

Virus Denggi dibawa oleh nyamuk  betina yang telah dijangkiti.Secara tepatnya oleh 2 jenis nyamuk iaitu Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus. 

Apabila ia menghisap darah manusia, ia memindahkan virus tersebut ke dalam badan manusia melalui air liurnya.

Apa yang kita tahu, simptom demam denggi hanya akan dikenal pasti selepas beberapa hari ia memasuki badan seseorang. Tonton video di bawah ni untuk dapatkan pandangan jelas bagaimana virus ini menyerang tubuh manusia.






Demam denggi ada beberapa jenis dan bukan semuanya boleh mengancam nyawa. namun perlu dipantau dan tidak boleh dibiarkan.


Demam denggi boleh dilihat dalam 4 bentuk iaitu; 



(1) Denggi dengan demam biasa

Demam denggi jenis ini merupakan yang paling kerap berlaku dengan simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan selama satu hingga dua hari sahaja. Pesakit juga tidak mengalami tanda-tanda lain demam denggi klasik dan kebiasaannya pesakit sendiri tidak mengetahui dirinya dijangkiti virus denggi.

(2) Demam denggi klasik

Pesakit yang menghidap bentuk demam denggi ini akan mengalami demam yang tinggi secara tiba-tiba, dengan suhu badan boleh mencecah 40°C. Pesakit juga akan berasa sakit serta sengal pada sendi di seluruh badan di samping sakit kepala dan sakit di dalam bebola mata. Rasa mual, muntah- muntah, pedih ulu hati dan senak perut, hilang selera makan dan cirit birit pula adalah antara simptom denggi yang sering diabaikan pesakit dan dianggap sebagai masalah kesihatan biasa. Pesakit juga akan mengalami ruam kemerahan dan gatal-gatal yang mula timbul pada hari ketiga atau keempat selepas mula demam.



(3) Demam denggi berdarah (DDB)

Demam denggi jenis ini menjadi antara penyakit paling digeruni tetapi ia sebenarnya jarang berlaku dan hanya lima peratus daripada pesakit DDB yang meninggal dunia. Malangnya, ia juga lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan golongan muda akibat jangkitan berulang virus denggi dari jenis yang berbeza. Pesakit biasa mendapat DDB antara hari ketiga hingga ketujuh demam, bermula dengan tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata, kencing berdarah, najis berdarah (hitam seperti tar jalan), muntah atau batuk berdarah dan pendarahan pada kulit (bintik hitam atau lebam).


Pesakit juga mungkin mengalami pendarahan dalaman dengan tanda takungan darah dalam abdomen atau lapisan pleura paru-paru. Ini berlaku akibat saluran darah yang lusuh (darah keluar ke tisu, pleura dan abdomen), menyebabkan kepekatan darah meningkat. Selain itu, saluran darah kecil yang pecah dan kandungan platelet menurun juga boleh menyebabkan perdarahan, sama ada yang ringan atau berat.


DDB bukan sahaja boleh menyebabkan maut akibat pendarahan luaran malahan boleh membunuh akibat renjatan hasil pendarahan dalaman yang sukar dikesan. Semua pesakit denggi berpotensi membentuk DDB walaupun jika dijaga dengan rapi berikutan tindakbalas antibodi badan. DDB juga boleh dipecahkan lagi kepada empat gred mengikut simptom jangkitan seperti:


* Gred 1: Demam dan simptom lain yang tidak khusus dan ujian tourniquet yang positif (menunjukkan pendarahan berlaku)

* Gred 2: Tanda-tanda Gred 1 bersama pendarahan secara rawak (tiba-tiba)

* Gred 3: Tanda kegagalan aliran darah (denyutan nadi laju/lemah, tekanan darah rendah, kulit lembap/sejuk)

* Gred 4: Kesan renjatan yang jelas sehinggakan nadi dan tekanan darah tidak dapat dibaca.


(4) Sindrom Kerenjatan Denggi (DSS)

DSS juga sama dengan gred 4 DDB. Bentuk demam denggi ini sebenarnya yang paling bahaya dengan kadar kematian yang amat tinggi akibat renjatan (shock) hasil kehilangan cecair darah (pendarahan) ke dalam organ seperti paru-paru, perut dan kulit. Badan pesakit dengan DSS biasanya kelihatan seperti mengembang, dengan tanda-tanda DDB yang disertai tekanan darah yang jatuh mendadak.


Semua simptom DSS boleh muncul selepas tiga hingga enam hari demam bermula. Suhu badan pesakit akan berubah dengan tiba-tiba, dari amat panas kepada suhu bawah normal, bacaan platelet jatuh mendadak dan paling penting, tekanan darah amat rendah sehinggakan gagal mendapatkan bacaan. Sakit tulang atau tulang belakang yang dirasakan seperti hendak meletup juga merupakan simptom biasa bagi semua peringkat demam denggi kecuali denggi dengan demam biasa. Antara petanda awal DDB mungkin berkembang kepada DSS adalah:


* Sakit perut (abdomen) yang teramat sangat dan berpanjangan, muntah berterusan.

* Perubahan suhu badan secara tiba-tiba dari demam kepada hipotermia, disertai peluh dan kelesuan, rasa gelisah dan cemas.

* Jangkitan pada otak dan saraf pula boleh menyebabkan gangguan tahap kesedaran, sawan, lumpuh dan kekejangan leher.

* Jangkitan hati pula akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kanan perut (bengkak hati) dan mata kuning. Jantung dan paru-paru juga boleh dijangkiti.




Terdapat pelbagai usaha sama ada secara alternatif atau klinikal untuk membantu pesakit denggi agar kembali sihat.

Di hospital, pesakit akan disalurkan cecair melalui tiub di tangan (dengan bahasa mudah) untuk mengelakkan terhidrat dan menegkalkan cecair dalam badan. Biasanya ubat antipiretik akan digunakan unutk meredakan demam denggi.


Ada juga yang berusaha dengan 
  1. Sup ketam
  2. Jus daun betik
  3. Air isotonik
  4. Jus kurma 


Bagaimana Supplemen Membantu Pesakit Denggi?

1. Performance Drink
Performance drink merupakan minuman elektrolit  yang membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. 

Ia juga baik untuk sistem neuromotor ( tindakbalas saraf dan otot)

Semasa diserang demam denggi, pesakit akan mengalami demma tinggi dan ini akan menyebabkan tubuh pesakit terhidrat. Fungsi Performance drink adalah mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan dan melembabkan kulit.



2. Nutriferon
Nutriferon merupakan supplemen yang sangat penting semasa demam denggi kerana ia merupakan interferon yang mampu merangsang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semula jadi tubuh berfungsi dengan lebih kuat.

ia juga dikenali sebagai imun booster.



3. Vitamin C 

Pengambilan vitamin c sewaktu demam denggi adalah bagus untuk menyokong sistem imun tubuh dan membina sel darah merah yang sihat, memnbantu sel darah putih menetang bakteria dan kuman serta mengekalkan kapilari darah yang sihat. pengambilan sewaktu demam denggi perlu mendapat konsultansi khusus untuk  dos yang sesuai.


4. ESP


Kenapa kena ambik protein semasa demam denggi? Jika anda pernah lihat pesakit demam denggi, mereka seakan tidak berdaya dan kepenatan dek kesakitan sendi yang merupakan simptom demam denggi.

Ada yang hilang selera kerana virus tersebut memberi kesan kepada hati dan ada yang mengadu pedih ulu hati. ESP membantu memberi tenaga kepada mereka sebagai alternatif  kepada makanan berat. Boleh juga diambil untuk alas perut.

ESP membantu tubuh untuk meyimpan  zat dan mineral yang terkandung dalam hidangan yang dimakan oleh pesakit. Ini membantu tubuh untuk lebih kuat.



TESTIMONI 


Banyaknya...


Oklah...kita pun faham. Bila sakit ni, kalau boleh nak yang simple tapi terus sembuh kan.
Apa kata minum Vivix .


 




SMS/ Whatsapp: 0139218084
Attiey Mohamad


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH. 

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Bahaya Kanser Perut Jika Dibiarkan Tanpa Rawatan

Menurut Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad;

Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh.
Bagi kebanyakan penyakit tertentu, amalan pemakanan seseorang mempunyai kaitan rapat dengan penyakit yang dihidapi.


Katanya seperti penyakit-penyakit kanser lain, punca kanser perut masih belum dapat dikenal pasti.


Bagaimanapun, katanya;

“kemungkinan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (N-Nitrosa compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah menjadi nitrit mungkin boleh menyebabkan kanser perut berlaku”


Dalam artikel dari portal rasmi MYHEALTH pula menyatakan;


Kanser perut berlaku apabila sel-sel di bahagian dinding perut manusia tumbuh secara tidak normal dan tidak terkawal mengakibatkan berlakunya ketumbuhan di bahagian perut. Kanser perut merupakan kanser ke-dua tertinggi penyebab kematian akibat daripada kanser di seluruh dunia. Di negara kita kanser perut merupakan kanser yang ke-enam paling kerap berlaku pada lelaki dan ke-sepuluh pada wanita.


Kanser perut mempunyai insiden yang tinggi di negara Jepun dan ini adalah disebabkan oleh tabiat pemakanan mereka yang gemar memakan makanan yang dijeruk dan disalai. Telah terdapat penurunan bilangan angka mereka yang menghidapi penyakit ini sejak 60 tahun yang lalu dan ini adalah disebabkan oleh kaedah penyimpanan makanan yang lebih baik dengan menggunakan peti ais dan kurangnya kebergantungan kepada makanan yang telah dijeruk dan disalai.


Kebanyakan mereka yang menghidap kanser perut ini adalah terdiri daripada golongan yang berumur lebih daripada 65 tahun ke atas dan lebih kerap terjadi di kalangan lelaki berbanding wanita.


Sekiranya kanser ini dikesan pada peringkat awal, peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya adalah tinggi. Malangnya kebanyakan kanser perut ini gagal untuk dikesan pada peringkat awal kerana gejala-gejala awal kurang dirasai oleh pesakit dan diagnosis kerap dibuat pada peringkat lanjut. Kanser perut menjadi sukar dirawat apabila sel-sel kanser telah merebak ke bahagian badan yang lain.


FAKTOR RISIKO

Risiko untuk seseorang itu menghidap kanser perut adalah seperti:

Jantina
Lelaki lebih berisiko untuk mendapat kanser perut sebanyak 2 kali ganda daripada wanita.

Usia
Kebanyakan kanser perut berlaku pada golongan tua di mana terdapat peningkatan insiden yang mendadak selepas usia 60 tahun.

Kaum
Berdasarkan statistik daripada Institut Kanser Negara pada tahun 2006, kebanyakan pesakit kanser perut adalah di kalangan kaum Cina sebanyak 61.7%, diikuti Melayu sebanyak 25.9% dan kaum India sebanyak 12.4%.

Jangkitan Helicobacter pylori
Jangkitan oleh Helicobacter pylori pada dinding perut kerap ditemui di kalangan mereka yang menghidap kanser perut akan tetapi tidak semestinya mereka yang mempunyai jangkitan ini akan menghidap kanser perut.

Rokok
Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang itu lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat kanser perut sebanyak 2 kali ganda.

Diet
Risiko untuk menghidap kanser perut didapati lebih tinggi di kalangan mereka yang kerap mengambil makanan yang disalai, digaramkan dan dijeruk. Tabiat mengambil makanan segar serta sayur-sayuran dan buah-buahan pula dapat menurunkan risiko bagi mendapat kanser perut.

Faktor keluarga
Mereka yang mempunyai keluarga yang menghidap kanser perut mempunyai risiko yang lebih tinggi terutamanya dikalangan keluarga terdekat seperti ibu, ayah dan adik beradik.

GEJALA

Kanser perut merupakan sejenis kanser yang mengambil masa yang lama untuk terjadi dan kadang kala mengambil masa selama beberapa tahun. Sebelum terjadinya kanser ini pesakit mungkin mengalami beberapa gejala-gejala tertentu, akan tetapi pada kebiasaannya pesakit tidak mempunyai sebarang gejala pada peringkat awal. Kadangkala kanser perut dirawat sebagai penyakit yang lain kerana gejala-gejala yang timbul menyerupai penyakit seperti penyakit peptik ulser.


Disebabkan kesukaran untuk mendiagnosa pesakit ini pada peringkat awal, kebanyakan pesakit kanser perut kerap kali disahkan menghidap penyakit ini lewat dan di peringkat yang lanjut di mana kanser perut ini telah merebak ke bahagian badan yang lain.


Antara-antara gejala-gejala kanser perut adalah seperti:
  1. Ketidakhadaman
  2. Sakit perut
  3. Kepedihan di hulu hati
  4. Loya dan muntah
  5. Kesukaran menelan makanan
  6. Kembung perut terutamanya selepas makan
  7. Najis berwarna hitam
  8. Muntah darah
  9. Kurang selera makan
  10. Kurang berat badan
  11. Keletihan
  12. Bengkak pada bahagian perut
  13. Bengkak pada kalenjar limfa


Kalau ada simptom-simptiom yang disenaraikan kat atas ni, jangan ambil mudah. Jumpalah doktor dan minta untuk buat pemeriksaan secara detail termasuk xray.


Sebagai usaha dan ikhtiar, ada yang mengamalkan Vivix iaitu minuman antiokidan yang kuat dan mampu memberi kesan terhadap sel-sel kanser. Lagipun dalam Vivix ni mengandungi Resveratrol yang boleh membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser pada sesetengah orang.


 






"Syukur sangat pagi ni bila kawan kata yang mil dia dah recover dari cancer sebab ambik Vivix"



" Suami kawan yang kena cancer kolon tu pun doktor dah 2 kali tunda kimo sejak dia ambik Vivix, Alfalfa dan Vitamin C...dia pun ulang order...InsyaAllah"

Kita dituntut supaya berusaha mencari penawar dan teruskan berikhtiar. Kenapa ramai yang mencuba Vivix?


Kerana pihak Shaklee sendiri telah membuktikan formula Vivix mampu memberi tindak balas positif terhadap sel kanser. Kehadirannya dalam sel tersebut mampu merencatkan pertumbuhan kanser.





Untuk mencuba, hubungi saya,

****************************
SMS/Whatsapp: 013.9218084
Atiey Mohamad
****************************

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.


 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

March 15, 2017

Virus H5N1 Kembali Lagi di Kelantan

KELANTAN ISYTIHAR WABAK H5N1 BENCANA NEGERI



RABU, 15 MAC 2017 - 2:34PM Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@bh.com.my

KOTA BHARU: Kota Bharu: Kerajaan negeri mengisytiharkan wabak selesema burung atau virus Avian Influenza (H5N1) yang melanda Kelantan sebagai bencana negeri, di bawah Perintah Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20). Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat EXCO di sini, hari ini, berikutan wabak berkenaan semakin merebak membabitkan 23 kampung di empat daerah, berbanding sebelum ini hanya dua daerah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata, menerusi MKN 20, semua agensi berkaitan akan digerakkan untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelak ia terus merebak. "Wabak berkenaan merebak dengan cepat meskipun kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sudah mengambil langkah awal sebaik ia disahkan positif di Kampung Pulau Tebu, di sini. "Dua daerah terbaru yang dikesan adalah di Kampung Dusun Durian, Bachok dan Kampung Bukit Merbau, Pasir Puteh. Kota Bharu menjadi daerah paling tinggi iaitu membabitkan 18 kampung setakat ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini. Che Abdullah berkata, sehingga kini, sebanyak 23,768 unggas dan 881 telur dilupuskan membabitkan 129 premis sebagai langkah pencegahan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/260289?m=1

Masa dapat info ni, teringat balik kisah 2010 dulu. Masa tu atiey kat HUSM lagi. Kebetulan tengah hangat dengan virus H1N1 dan topeng macam goreng pisang panas.

Satu hari tu, atiey dengan sorang lagi kawan tiba-tiba demam. Lenguh sangat badan dan tak tahu camne nak cakap. So kitorang pergi klinik staflah.

Cek suhu, 38 darjah celcius. Atiey ingat lagi doktor tu cakap.

"Badan awak sampai 38 pun awak masih relaks ye"

Ntahlah...mumgkin atiey dah biasa jenis menahan je. Tak reti nak mengeluh. Hihi.

Lepas tu doktor terus bagi topeng dan nasihatkan supata jangan ambk ringan. Kalau demam ni memang H1N1, macam mana? Dapat mc 5 hari dan ubat apa ntah.

So tak kiralah H5N1 @ H1N1, patuhilah saranan pihak kesihatan dan jauhi tempat-tempat yang tak sepatutnya kita pergi waktu tu.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Kenapa saya Selalu Promote Shaklee?


Sejak ada kesedaran tentang pentingnya utamakan sumber makanan semulajadi ni, memang jadi agak cerewet sikitla bila nak pilih makanan.


Kalau dulu pernah tergoda tengok kawan yang keding tiba-tiba jumpa dah montok dan mantap, ai is ada rasa nak cuba. Tapi bila tanya makan apa, katanya makan ubat merah. Ubat ape? Ntah, namanya ubat gemuk. Hrmmm... terus tak jadi.


Dulu juga selamber beli dan makan benda-benda yang penuh pewarna dan perasa tanpa rasa bersalah. Masa tu belum faham perbezaan sintetik dan semula jadi. Semua hadap.


Bila start join Shaklee, dah mula buka mata sebab banyak baca buku dan join kelas dalam group. Jadi, keuntungan tu yes tapi tanggungjawab untuk menyedarkan rakan-rakan dan orang sekeliling tentang penjagaan kesihatan jadi matlamat utama.


Serius sangat, bila tengok budak kecik makan benda yangkurang berzat, rasa sangat kasihan dan risau. Sebab, kesan dia bukan esok tapi bila budak tu besar. Hailahhh omak. Sayangilah anak-anak.


So kalau korang tengok akak duk memenuhkan wall korang dengan status akak tentang benda-benda semula jadi, bacalah ye. Hihi


Kalau nak sedut ilmu tentang makanan tambahan dan apa yang terbaik untuk korang dan keluarga, pm akak tau.

Kenapa Perlu Ada Kos Penghantaran?


Situasi nya begini.


Saya jual barang A RM27.50 Kemudian saya caj kos pos RM7.


Cust pun tak jadi beli. "Saya beli kt kedai luar je la. Beli online kena bayar pos lagi"


3 hari kemudian. "Sis, PM akaun no. Saya pegi kedai luar RM30- RM40 satu. Lagi mahal. So saya nak order dua. Pos sekali yer"


Apa yg kita nk berkira sangat sekarang. Kos pos?


Beli barang RM27.50. 
Kos pos RM7 boleh beli smbil duduk tgk tv. 
Tak de tringin apa. 
Whatsapp seller bayar total RM34.50. 
Barang selamat smpai lepas 2-3 hari.


VS


Kos keluar beli kat mall. Minyak mahal pergi balik Rm20. Belum lagi Tol. Benti makan jap bihun sup RM5 kat food court. Then Beli barang RM20 yg nampak kat online. sebelum balik ehh lalu dpn starbuck, teringin chocolate cream chip blended RM15. Selamat smpai rumah. So dari x tringin ape2 tadi, terus jadi nak mcm².

Total kos melebihi RM60.

Nampak mcm biasa. Tp ni la antara penyebab duit dlm dompet menipis tanpa kita sedar. 😂

Itu la kelebihan beli di online. Dengan kadar pos RM7-10.60 barang dari KL ke kedah pun selamat sampai, tapi kita. Belom tentu sampai pahang ke KEDAH dengan nilai tu. Faham ke Faham?

Kaurier Sangat memudahkan urusan kita.

JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI

Kita berniaga bukan nak menunjuk kat orang. Kita nak carik rezeki halal untuk diri sendiri.

Jadi kena tahu sendiri apa nak buat, pukul berapa nak start, bila nak mula. Rasa malas dan sikap berlengah tu memang kena buang jauh-jauh.

Kita berniaga, kitalah bos kitalah pekerja. Ada rezeki nak upah orang itu lain cerita. Sebelum nak upah, kita sendiri kena tahu apa nak buat.

Duit modal duit untung kita sendiri kena tahu macam mana nak asing. Jangan mudah tergoda pulak semua nak tarik masuk poket. Sikap kita tentukan hayat biz kita.

Jangan setakat claim semua teknik marketing dah belajar tapi kalau tak apply, hasilnya tadak.


Jujurlah dengan diri sendiri bila berniaga.

Teringin nak Jadi Leader Bisnes Sendiri?

"Macam mustahilkan nak bina empayar bisnes sendiri"
Itu dulu. Sekarang i have #mafinetwork.


Apa ada dalam group ni?

You have me!

Ya, saya. Tak susahpun nak maju. Yang penting kita kena ada ilmu dan suka cari ilmu. Satu lagi kena buat bodo dengan rasa MALAS. Kenapa? Sebab rasa malas tu selalu akan hulurkan tangan tau.

Apa yang saya perasanlahkan.Big Why kena betul-betul bagi kesan kat hati baru kita akan bersungguh-sungguh.

Lagi satu, macam mana nak teruskan perjuangan saya dalam group ni? Be positive. Tolak jauh-jauh anasir yang boleh bikin kacau. Setakat yakin boleh tak boleh. Kena yakin dan bersangka baik jugak dengan Dia.

Apa yang bestnya, sejak saya create #mafinetwork ni, feeling untuk buat orang lain jadi leader semakin tinggi. Leader dalam Shaklee. Taknak kecap bahagia kejayaan biz ni sorang-sorang. Nak kongsi sama-sama. Baru happening.

Jadi, hapuskanlah alasan yang ada dalam diri. Ok?

Cerita Pendek Mak Bidan dan Shaklee

Jumpa acik urut.

"Hari tu acik tengok dalam fb, gambar ejen Shaklee. Acik tekanlah. Macam kenal.Rupanya gambar kamu ye"

Tu dia...acik bidan pun ada fb tauuuu. Sebenarnya acik ni pun jual Shakeli jugak u'olls. Lepas urut ibu bersalin, acik promote Set Berpantang Shaklee tu haa..

Mudah kan. Sambil urut sambil menjual acik ni.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

March 14, 2017

Bagaimana Nak Hilangkan Kesan Kulit Hitam Selepas Melahirkan?

Pengalaman pertama saya mengandung, amat pelikla bila tiba-tiba bawah leher ni kulit jadi hitam. Bagi sesetengah ibu pula ada yang juga mengalami di celah ketiak, perut dan celah peha. Semesti tak perlu paniklah sebab ianya berlaku kerana perubahan hormon.


Bila bayi dah keluar pulak, baru perasan kulit perut jadi berkedut dan ada macam berdaki hitam. Sental kuat-kuat pun bukan boleh keluar senang-senang. Ini berlaku akibat dari regangan kulit yang dialami sewaktu tempoh hamil dan apabila anda bersalin, kulit perut menjadi kendur dan menggelebeh.


Malu jugak dengan suami sebab dia macam daki stok sebulan kan..Haha.


Sebenarnya kulit tu akan kembali pada asalnya dengan syarat kena rajin sapu losyen dan berbengkung. Yelah, nanti kulit perut akan kecut balik tau.


Yang paling nampak kesan bila minum ESP setiap hari. ESP ni sumber protein tau u'olls.
Protein kan penting untuk penggantian sel-sel kulit, kuku dan rambut kita.


Setiap 21 hari, sel kulit kita ni akan mati. Tapi bukanlah mati pastu lama-lama jadi takdak kulit. Ia akan diganti semula dengan sel kulit yang baru. Cumanya sel baru ni dia akan copy details dari sel kulit yang lama. Bayangkan kalau yang lama tak cantik, apa hasil yang baru?

Bila kita amalkan protein sewaktu kita mengandung lagi, bekalan tu cukup untuk digunakan sebagai sumber untuk menghasilkan sel kulit yang lebih berkualiti. Kulit perut pun cantik je walaupun perlu membesar dan meregang.

Tapi kalau baru  nak amalkan selepas bersalin pun boleh dapat jugak kesannya.






Selain tu, ESP juga boleh memberi jalan keluar kepada masalah gastrik.




Selain untuk kegunaan ibu bersalin, siapa lagi yang boleh minum ESP?


  • Ibu hamil
  • Kencing manis
  • Pekerja yang mahu kekal bertenaga
  • Diet
  • Nak kurus
  • Masalah kulit wajah


HARGA

Sebotol ESP hanya berharga RM160 termasuk kos pos ke tempat anda.

Konsultansi akan diberikan untuk guide cara minum dan resipi istimewa ESP khas HANYA UNTUK ANDA yang BELI DENGAN SAYA.


Atiey Mohamad
SMS/Whatsapp: 0139218084


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

March 13, 2017

Masalah Resdung dan Jerawat Semakin Baik Selepas Dua Bulan

Masalah jerawat bukan suatu yang boleh dibiarkan . Kalau tak dirawat dan menjaga kebersihan wajah, masalah itu akan semakin teruk dan boleh mengakibatkan rasa rendah diri pula.

Bagi yang biasa dengan masalah resdung pula, dah faham sangatkan macam mana bersin dan sakit hidung tu boleh mengganggu hari-hari anda.

Atiey kongsikan pengalaman Cik Norshahida Mamat yang mengalami dua masalah di atas dan kesannya setelah menggunakan produk Shaklee


"Nama saya Norshahida Mamat dan berusia 23 tahun. Saya berasal daripada Terengganu dan masih lagi bergelar pelajar di sebuah kolej swasta.


Sebelum ini, saya menghadapi masalah resdung dan jerawat yang amat dahsyat sehingga mengganggu banyak tumpuan saya terhadap rutin harian. Setiap pagi, saya pasti akan mengalami masalah bersin yang teruk sehinggakan nak kelas pun saya rasa tak selesa.


Belum lagi bab jerawat yang penuh di wajah sehinggakan saya rasa malu dan seolah rasa rendah diri. Lagi-lagi bila time datang bulan.. bertambah meriah jerawat di wajah saya ni! Masalah resdung ini bukan sahaja membuat bahagian hidung dan seluruh wajah saya menjadi gatal-gatal, malahan ada masanya sehingga tahap saya sakit kepala. Keadaan ini amat mengganggu situasi saya sebagai seorang pelajar kolej.


Pada ketika itu, rawatan yang saya mampu dan tahu hanyalah bergantung dengan ubat-ubatan yang dapatkan daripada farmasi. Memang berkesan namun hanyalah sementara. Namun, jika saya stop aje makan ubat terus simptom-simptom tadi datang balik.
Akhirnya, mimpi ngeri saya mula tiba ke penghujungnya apabila saya bertemu dengan produk Shaklee di Facebook upline saya, Mami Ayu Adyani.


Setelah menceritakan masalah yang saya hadapi serta sessi konsultasi bersama beliau; saya disyorkan untuk mengambil Vivix sebagai permulaan dengan sukatan satu pada waktu pagi dan satu sudu pada waktu malam. Selain itu, saya turut mengambil produk Shaklee yang lain iaitu kolagen, Alfalfa Complex, Vitamin C, Omega Guard dan ESP; dan masih mengamalkannya sampai hari ini.


Kesannya pada peringkat awal tidaklah seperti yang semua orang yang mengalami masalah seperti saya harapkan. Saya mengalami krisis pemulihan selama hampir 2 bulan lamanya. Saya kerap mengantuk dan keletihan, semakin kerap bersin dan paling saya tak suka, makin banyak pula jerawat yang keluar. Namun, sebab saya dah aware mengenai hal ini semasa sessi konsultasi, maka saya teruskan pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten.


Alhamdulillah.. berkat istiqomah dan sabar mengamalkan suplemen Shaklee seperti yang diajar oleh upline saya, dalam masa lebih kurang 9 bulan .. masalah resdung saya lama-kelamaan kian berkurangan dan beransur pulih. Tiada lagi masalah bersin di waktu pagi dan paling best, jerawat di muka kian berkurangan! Malahan, kalau ada pun cepat kecut.


Saranan saya untuk anda semua di luar sana, cubalah produk Shaklee kerana suplemen Shaklee adalah semulajadi, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan setiap satu produk telah menjalani ujian klinikal. Saya juga syorkan anda buat juga research tentang produk Shaklee yang sesuai dengan anda di samping mendapatkan konsultasi daripada SID yang boleh guide anda sehingga mendapat hasil yang diinginkan.


Juga, jangan lupa untuk sabar dan konsisten amalkan produk Shaklee ini. Sememangnya saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee dan konsultasi yang diberi oleh upline saya. Inilah Shaklee Effect saya!


Atiey doakan anda dimurahkan rezeki untuk mencuba produk-produk yang dinyatakan oleh Cik Norshahida dan dapat bebas dari masalah jerawat dan resdung.

Atiey Mohamad
0139218084

COD Shah Alam,,Bukit Raja, Klang, Meru.

March 11, 2017

Bahaya Denggi Serangan Kali Kedua

Atiey kalau kat rumah, nampak nyamuk duk terbang situ sini..laju je raket mosquito bat  tu dihayun-hayun. aksi melekat dan zzzzz..zzzz...zzzzzz. Bukan tidur tapi kena renjatan elektrik.


Serik dengan nyamuk Aedes yang bawak virus denggi tu. Pernah jaga adik yang kena demam denggi, kesian tengok dia menahan sakit sendi dan demam tinggi. Tak boleh nak bayang camne kalau kena kat budak kecik.



Biasa kalau kena virus atau kuman lain, badan kita akan kenal virus tu dan akan lebih bersedia untuk melawannya lain kali kan. Tapi denggi ni lain. Bila dah kena sekali, dan kena lagi kali kedua, boleh bawa maut sebab badan macam  tak kenal virus tu. tak boleh nak lawan. Terbalik kan.


Kita dengar apa Puan Sarah (Nutritionist Shaklee) katakan kat dalam video ni mengenai serangan denggi.





Saranan beliau adalah supaya pesakit minum banyak  air kosong dan elakkan  makanan berlemak, masin, pedas dan tinggi herba.


Selain tu kena tingkatkan bantu  sistem imun tubuh untuk lebih kuat dengan banyakkan makan buah-buahan.


Masa Atiey jaga adik dulu, memang nampak sangat dia tak bermaya. Penat. Demam tinggi dan makan pun kurang selera kan. Kalau ada yang alami benda yang sama, kena provide sumber protein untuk tenaga bekalkan tenaga. kalau tak ada tenaga macam mana badan nak lawan kuman kan.

Pening jugak fikir masa tu macam mana nak tolong. Yelah, orang sakit seleranya berubah. makan pun ada selera tertentu. jadi ESP pilihan paling tepat sebab protein diambil melalui minuman. ESP ni selain beri tenaga, dia boleh berfungsi untuk menyimpan mineral dan vitamin lain yang pesakit makan masa tu. Maklumlah, masa tak sihat, badan kita kehilangan banyak zat sebab kena bekerja lawan kuman tu.


Untuk bagi minum air kosong, berapa kali adik merajuk masa tu. Taknak. Alernatif lain, bagi minum Performance Drink yang  tinggi iron elak dehidrasi. Minum sikit-sikit. Tu pun satu hal sebab bila kena denggi ada simptom muntah-muntah. Jadi bila minum muntah, minum muntah. Tapi nak tak nak kena top up balik. Fungsi yang ada pada Performance Drink ni dia kekalkan cecair dalam badan. Tu yang bagus.


Doktor kata memang denggi tiada ubat, jadi bagaimana nak tolong pesakit denggi ni? hanya dengan membantu sistem imun tubuh jadi lebih kuat. Caranya adalah dengan makan banyak buah-buah. Bagi sumber Vitamin C. Selain tukang mengopek kulit buah, pesakit juga kena sabar mengunyah. Makan walau tak ada selera. tapi silap hari bulan mau bergaduh dengan pesakit sebab diorang stress kena paksa makan. Dah macam tu, bagi je tablet Vitamin C Shaklee. Dalam 1 tablet tu ada 500mg dan akan dilepaskan perlahan0lahan dalam masa 5 jam. Ambik 2 jadi 1000mg lah. Senang kan. Tak bikin pesakit tertekan.


Jangan lupa top up sekali  Nutriferon utk bantu badan kita bekerja melawan kuman. Yang ni senang je nak makan sebab dia dalam bentuk serbuk yang mudah larut. Letak bawah lidah nanti sekejap je dah sebati dengan air liur.Nutriferon ni bekalkan Interferon yang akan mengejutkan askar0askar dalam badan kita supaya serang kuman dan virus habis-habisan.


Tolonglah ahli keluarga kita yang kena Denggi ni sebab diorang sangat lemah masa tu. Atiey ingat lagi sampaikan adik cakap dia sangat takut masa tu sebab sangkakan hidup dah tak lama. Sakit sangat ras tak bermaya. Serik dengan rasa lenguh badannya, sakit kepalanya, sakit perutnya, demam lagi, muntah pulak. Kesian tengok.




Testimoni Set Denggi

Masa dalam wad, doktor ambik darah pagi sekali dan petang sekali. Mula-mula platlet ok, lepas tu makin turun dan turun . Sampai satu tahap doktor kata sel darah putih drop. masa tu atiey tak faham sangat. Alhamdulillah, semakin baik dan boleh discharge akhirnya.


Orang yang paling gembira bila adik dapat keluar wad, tentunya mak kitorang. Lega katanya.


Andainya ada sesiapa yang anda tahu sedang mengalami demam denggi, sampaikanlah cerita ini dan cadangkan Set Denggi yang atiey ceritakan.


Kalau sekitar Shah Alam, atiey boleh COD kalau nak.

Protein ESP RM150
Performance Drink RM82.50
SR Vitamin S Plus RM92.50
Nutriferon RM181.25


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey : 0139218084

March 10, 2017

Cara Turunkan Bacaan Kencing Manis






Dalam pada kebergantungan kepada ubat-ubatan dari hospital, tak salah untuk mencuba sesuatu yang telah diyakini dapat memberi kesan positif kepada tahap kesihatan pesakit diabetes.


Selain mengawal pengambilan makanan manis dan menjaga kebersihan anggota badan, boleh juga mencuba beberapa supplemen yang terbukti dapat membantu


  1. mengekalkan paras gula normal dalam darah
  2. menggalakkan kesihatan jantung
  3. melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  4. membantu dalam penyembuhan luka


Antara makanan tambahan tersebut ialah;

1)Multivitamin (Vita-Lea) mengandungi 28 jenis multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum.


2)Vitamin C yang juga diketahui merupakan sumber antioksida semula jadi. Ia berupaya membantu mengekalkan integriti sel badan kita. Ia juga menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan salur darah.


3)Gamma linolenic asid merupakan sumber Omega-6 yang boleh membantu merendahkan kadar gula dalam darh, meringankan kebas dan kesakitan yang disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam darah. Ia juga mengimbangi hormon insulin dan membantu menurunkan paras kolestrol.


4)Vivix antara sumber antioksidan yang paling kuat. Ia terbukti dapat;

  1. Memperlahankan sindrom Resistansi Insulin
  2. Mengawal kepekatan glukosa dalam darah
  3. Mencegah pembentukan protein AGE



Vita-Lea with Iron Formula ( Multivitamin ) RM88.80
Sustained Release Vitamin C Plus (Vitamin C) RM92.50
GLA Complex (Omega 6) RM91.25
Vivix RM475
`

Mungkin ada yang merasakan harga di atas ni sangat mahal tapi macam  mana pula dengan kos perubatan sekiranya penyakit makin memburuk? Kos yang lebih dari jumlah di atas kan?

Jadi melaburlah untuk kesihatan anda. Hanya RM747.55 untuk  kesihatan yang lebih baik.


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

March 7, 2017

Vivix Bantu Sel Manusia dan Elakkan Penyakit Kronik

Selalu sangat kita dengar nasihat untuk cantikkan kulit adalah dengan mendapat tidur yang cukup. Ada juga yang kata jangan berjaga sampai lewat malam. Kesannya proses penggantian sel kulit kita akan terganggu. Nanti kulit bermaya dan tak cantik katanya.


Proses penggantian sel ni berlaku dengan berpecah, mengganda dan mati. Biasanya ia adalah keadaan semula jadi sebab memang dah sampai masa ia mati. Nanti keluar sel baru yang lebih baik.


Tapi, ada jugak sel yang mati disebabkan faktor lain seperti terdedah pada radikal bebas, bahan kimia berbahaya, radiasi dan kecederaan. 


Bila sel tu mati bukan disebabkan proses semula jadi @ mati secara abnormal, timbullah keradangan kat situ. Merah, bengkak, sakit. Macam kaki pesakit diabetes yang jadi hitam. Itu contoh apabila sel dipaksa mati.


Boleh ke sel-sel yang dah mati akibat tercedera tadi pulih balik?


Tubuh kita ni sangat ajaib. Sebab tu Allah bagitahu bahawa manusia ni sebaik-baik kejadian. Bila DNA sel kita ada kerosakan, ia akan kesan kerosakan tu. Dah jumpa, ia akan cuba repair. Seandainya tak boleh nak repair, sel tu akan mati dengan sendiri.


Tetapi macam mana kalau sel tu degil dan tak sedar diri untuk mati? Haaaa...yang ni bikin kacau. Sel yang dah mengalami kerosakan DNA tapi tak mati, ia akan membiak dan copy sel-sel dia yang tak sihat tu.Jadi apa? Kanser.


Bila dah jadi kanser, macam-macam makanan dan herba akan dicuba untuk "cure" dan betulkan balik apa yang dab terjadi. Sememangnya bukan sembarangan produk yang boleh bagi kesan apa yang nak berlaku dalam badan kita ni.


Kena cari sumber nutrisi yang boleh lakukan 4 benda ni;


1- Pembaikan sel

2- Perlindungan sel

3- Beri tenaga kepada sel

4- Meningkatkan prestasi sel


Bila makan nutrisi tu mampu tolong sel kita terus hidup dengan 4 cara ini, organ badan kita boleh berfungsi dengan baik.


Mana nak cari sumber yang boleh bagi kesihatan pada sel? 


Jawapannya Vivix kerana hanya Vivix yang dapat memberi kesan kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap sellular.. (4 point tadi)


Kena faham yang sel kita juga perlukan tenaga. Selain dapat tenaga, kena dapat oksigen juga. Tak ada dua tu, sel mati jugak. Macam api, tak ada oksigen..padam.


Jadi, marilah kita bantu tubuh kita ni untuk sihat dan mampu baiki kerosakan DNAnya. Dengan itu sel yang rosak sepatutnya boleh mati bukan disalin kembali dan menjadi punca munculnya  penyakit kronik.


Kesimpulannya, bila datang benda luar seperti pencemaran/bahan kimia, sel akan mati kerana cedera. Akan berlaku keradangan dan menyumbang kepada penyakit kronik.


Tapi InshaaAllah bila kita amalkan Vivix, anasir jahat yang datang tu dapat dilawan dan dikalahkan. Sel-sel kita pun akan melalui proses penggantian dengan tenang dan normal.


Yang dah ada Vivix, jangan tinggal dan buat-buat lupa minum setiap hari. Yang belum cuba, dah tiba masa untuk mulakan segera.


Cuba hari ni?

013.9218084
Atiey Mohamad

March 4, 2017

6 Hormon Penyebab Kenaikan Berat Badan

Dalam badan kita ni ada banyak hormon. Paling biasa yang ramai orang tahu adalah  hormon lelaki (testosteron), hormon wanita (progesteron), insulin dan adrenalin.



Tapi tahu tak ada 6 hormon yang boleh menyebabkan berat badan meningkat?


  • Kortisol (hormon yang dirembes bila stress)
  • Tiroid (mengatur metabolisme)
  • Leptin (memberitahu perut sudah penuh)
  • Ghrelin (menghantar signal lapar ke otak. Ia akan meningkat jika kita kurang tidur)
  • Glukagon dan insulin ( mengatur gula darah)
  • Estrogen (salah satu hormon utama wanita)

Kalau macam tu, macam mana nak kurus? Apa kata cuba bakar 500 kalori sehari.

Bila bersenam, ia merupakan proses menurunkan berat badan. Tetapi ia tak bermakna kita boleh makan apa sahaja. Tanamkan dalam minda, berlari selama 30 minit ( 10 minit untuk 1.6km) sebanyak 270 kalori akan terbakar.


Untuk menurunkan setengah kilo seminggu, kita perlu membakar 500 kalori. Ini bermakna selain bersenam, kita harus mengurangkan 220 kalori daripada diets seharian. Caranya ialah dengan fokus kepada saiz hidangan sihat sepanjang hari.


Pesakit Gout Prepare Pasukan Bola Selepas Amalkan Vivix dan Jaga Makan


Assalamualaikum

Gout biasa Atiey dengar dari kalangan pakcik-pakcik tapi sebenarnya ada juga kaum wanita yang mengalaminya terutamanya yang telah menapouse.  GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.


Jangan kata ianya hanya berlaku pada golongan berumur. Orang muda pun boleh kena. Contohnya suami kawan Atiey sendiri. Baru umur akhir 20-an tapi dah bengkak situ bengkak sini. pantang termakan seafood, pasti demam tak boleh bangun. Sakit sendi.


Ada cara untuk kita ikhtiar iaitu dengan mengamalkan supplemen yang kaya dengan Resveratrol dan Polifenol yang terbukti tinggi antioksidan.


Mungkin anda pernah dengan tentang Resveratrol tapi dalam Vivix ni kandungan Resveratrolnya adalah 98% lebih asli daripada produk lain.  Dalam Vivix juga mengandungi 10 kali ganda lebih kuat Resveratrol yang mampu melambatkan pengumpulan protein AGE dalam sel tubuh manusia.




Pengalaman Encik Mail

"...saya tengah prepare pasukan bola pantai Malaysia untuk kelayakan piala dunia asia region. Alhamdulillah sihat-sihat aje dan penyakitnya pun dah tak datang selepas ambil ubat itu dan saya kawal makanan yang saya ambil"



Pengalaman ayah Puan Zarith
"Ayah menderita gout berpuluh-puluh tahun. Pain killer dan ubat gout peneman setiap hari. Salah makan mesti gout datang. Jalan sampai memapah dinding.
Tapi sejak amalkan Vivix satu sudu kecil setiap hari, Alhamdulillah takde lagi gout menjengah. Yang bestnya, boleh tinggalkan dah ubat gout dan painkiller yang dah bertahun ambik tu. Dan ayah dah boleh makan makanan kegemaran semula. Syukur Alhamdulillah" 


Sebotol Vivix (150ml) hanyalah RM475 sahaja. Setiap pembelian Vivix  akan menikmati kos penghantaran secara PERCUMA.

Kalau beli 2 botol, dapat keahlian pula PERCUMA dan bonus tunai pada bulan hadapan.


Klik http://bit.ly/2m3J3FD untuk terus whats app Atiey tanpa save nombor.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Featured Post

Supplemen Menyusu Untuk Ibu Agar Susu Meriah dan Badan Bertenaga Macam Superwoman.

Ini dia rahsia seorang Peer Caunselor Laktasi amalkan untuk memastikan beliau mampu menjayakan misi untuk menyusukan anak  dengan susu ibu s...