Blog Archive

May 24, 2016

Perkara Penting Perlu Anda Pastikan Sebelum Ke Bahagian Kecemasan Hospital

Seminggu yang lepas, Attiey diuji dengan masalah kesihatan anak-anak. Mula-mula Adib yang demam dan lepas tu si kakak pulak.

Attiey cerita ni bukan nak mengeluh tau tapi nak kongsi  sesuatu.

Masa Adib demam awal-awal tu, Attiey ingatkan macam sebelum-sebelum nilah tapi kali ni lain pulak. Panas badan Adib sangat tinggi dan walau pun dah masukkan supp pcm ikut bontot tu, suhu dia turun selepas sejam kemudian. Lama kott.

Kenapa bagi ikut bontot? Sebab masa tu dah lewat malam a.k.a awal pagi dalam 2-3 am camtu. Supp pcm memang selalu standby dalam peti ais.

Ada juga bagi syrup pcm tapi seolah-olah tak makan ubat. Panas dia menten je.

Start malam ketiga, Adib taknak menyusu, taknak makan...Attiey syak tonsil dia bengkak. Lagipun bibir dia merah dan lidah  dia sangat merah. Mungkin panas dalam.

Doktor dah start bagi antibiotik dan  kata mungkin pnemonia. Hari kelima masih demam, doktor suruh p check darah.

Kami ni kategori masih kes yang tenang dan tak emergency sangat. BBagi keadaan Zon Merah, mungkin tak sesuailah nak guna tip ni.

ok, mula-mula sekali sebelum gerak p hospital tu pastikan ada bawa Mykid anak kita.

Kemudian standby buku suntikan vaksin anak sebab ada sesetengah doktor nak tengok benda tu.

Jangan sesekali tinggalkan kain atau napkin basah untuk sejukkan suhu badan anak sebab masa menunggu yang agak panjang boleh meningkatkan suhu badan tu balik.

Disebabkan Adib ni baru 2 tahun, so Attiey angkut pampers, susu, air masak dalam beg tu ha. Dah jadi poket Doraemon.

Spare jugak seluar panjang untuk tukar sebab kita tak tau nanti sejuk terlampau ke kat hospital tu kan.

Macam kes Adib ni, Hospital Shah Alam tu baru buka kan, jadi aircond tahap bekulah sampai menggigil bukan sebab demam tapi sebab aircond.

Kat atas tadi, Attiey bagitahu Adib takmo menyusu kan. Alhamdulillah tergerak hati nak masukkan syringe ubat tu dalam beg. Sepanjang kat hospital memang Adib minum guna benda tu.

Adib tak kena tahan wad cuma dimasukkan air dalam setengah beg. Kitorang keluar rumah jam 11.30pm dan balik esoknya jam 3.00pm.

Attiey tak ngantuk langsung masa kat hospital tu walaupun siang tak tidur sebab sebelum keluar rumah Attiey telan B Complex Shaklee dulu sebiji. Hebat betul kesan dia.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...