Blog Archive

August 30, 2015

Sakit Belakang dan Lenguh Pinggang Lega Dengan Vitamin B-Complex Shaklee



Saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri apabila saya mengambil B-Complex setiap pagi selepas sarapan. Kalau sebelum ni memang saya tahu B-Complex adalah sjenis vitamin yang orang akan ambil apabila rasa badan letih dan penat tapi masa tu saya sangkakan cukup dengan hanya pengambilan ESP sahaja.

Tapi betul kata orang, walaupun kita amalkan makanan tambahan tapi masih juga tak tinggalkan cara pemakanan yang tak sihat, badan kita masih tidak lari dari risiko tidak sihat.

Saya tahu badan saya alah pada makanan sejuk dan benda yang boleh menyebabkan angin. Jika makan juga, badan saya akan rasa penat, letih dan lesu. Rasa nak baring jer.

Itulah yang berlaku bila saya tak jaga makan dan semuanya saya bedal. Air pula kurang saya minum.

Pada suatu pagi, saya tergerak untuk mengambil alfalfa dan B-Complex bersama Vitamin C. Saya telan sebiji B-Complex, sebiji vitamin C dan 5 biji alfalfa. Alfalfa ni untuk detox dan saya ambil 5 dulu sebab ianya herba kan.

Tengahari tu, saya rasa perbezaannya. Pinggang dah kuirang lenguhnya walaupun amasih terasa lagi. Angin pula pantang sentuh badannya asyik nak sendawa dan keluar angin. Tapi badan rasa legalah. Kurang sikit rasa mencucuk dalam perut.

Saya amalkan sehingga hari ke 4 dan badan rasa makin ringan.

Bila fikir balik, patutlah... Alfalfa kan herba. Jadi, ianya bertindak membersihkan usus saya dengan baik sekali. memang lawas. Perut rasa ringan.


B- Complex pula bantu badan saya dalam sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat serta bantu dalam mencegah stress selain memberi tambahan tenaga.

Haish, memang saya tak tinggal B-Complex ni skarang malah dah jadi sarapan encik suami juga.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

August 28, 2015

Tip Supaya Ibu Memasak Sambil Enjoy Bersama Anak-anak Di Dapur


Dah hari Jumaat kita ye. Cepat masa berlalu. Macam juga dengan masa setiap hari yang kita lalui. Sekejap je dah pukul 9, 10, seterusnya tengahari dan tingggg! Masa untuk masak.

Tapi...selalu sahaja ibu-ibu hadapi masalah untuk masak ye?

Kenapa?

Anak gayut kat kaki?
Anak sepah periuk belanga?
Anak tarik tangan  ajak p tengok tv?

Hehe...samala macam saya.

Last, saya fikir takkan anak boleh jadi alasan untuk saya tak masak? Perut minta isi takkan nak makan roti. Kita bolehla makan roti tapi takkan nak bagi anak roti juga?

Tak boleh jadik la kan...Saya kena fikirkan cara untuk sy masak sambil enjoy di dapur. Ye, saya ada pasang safety gate sebelum masuk ke dapur tapi kdg2 saya buka je sebelum sesi menggoreng ikan ke ayam ke. Saya bagi je anak-anak masuk masa saya potong sayur ke bawang ke yang x melibatkan minyak tu.

Biarkan Chef Kecil Beraksi

Jom kita bagi peluang kepada anak-anak untuk sama-sama terlibat dalam menyediakan hidangan keluarga, dengan memberikan tugasan mudah seperti;
  •  Membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Mengambil bahan dari peti sejuk 
  • Memasukkan beras ke dalam periuk
  • Menambah rempah ratus atau bahan ke dalam hidangan (pastikan dengan kawalan kita)
  • Mengoyakkan sayuran seperti kobis atau bayam kepada helaian kecil
  • Mengacau atau mencampurkan beberapa bahan kering bersama
Senang kan?

Anak-anak pun pastinya akan lebih gembira kerana tak ditinggalkan dan kita pun takdelah nak stress je memanjang.

Selamat mencuba.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

August 27, 2015

Cara Menggunakan Set Penjagaan Kulit Normal / Kering Enfuselle

Attiey rasa dalam banyak-banyak skin care, Set Skin Care Enfuselle Basic System Normal to Dry ni yang sangat berbaloi. Tak terlalu mahal tapi dia punye kesan setara dengan produk-produk yang mahal nun. Nak guna memang senang dan sangat jimat sebab boleh guna sikit je.

Bagi yang kulit dah cantik/normal atau pun agak-agak nak kering, set ni sesuai sangatlah. Tinggal nak bagi tona sekata dan lembap kan.. baru suami tak pandang yang lain. Hehe.


Jom pelajari cara-cara nak apply setiap satu dari set ni.



Hydrating Cleansing Lotion
Calitkan sikit je ke tapak tangan kita dan campur dengan air bersih. Lepas tu gosok sampai keluar buih dan ratakan ke wajah dengan lembut. Lepas dah rata elok tu, bilas sampai bersih.


Emulsi berkrim bertindak lembut untuk menanggalkan kotoran, bahan cemar dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semula jadi kulit.
  • Kaya dengan kandungan emolien serta penambahan Vitamin E agar kulit sentiasa halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik





Hydrating Toner


Lepas dah bilas wajah tadi, lap dengan dengan tuala bersih dengan cara menekap-nekap kain pada muka. Kemudian titiskan sedikit toner atas kapas muka dan sapu ke seluruh wajah kita termasuklah leher. Leher ni kena sapu jugak tau.

 Toner ni berfungsi untuk meneutralkan tindak balas yang boleh menjejaskan kulit.

Hydrating Toner membersihkan dan melegakan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semula jadi kulit, membersihkan dan melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan kamomil


Hydrating Moisturizer


Ambil sikit dengan jari kita dan ratakan ke kulit muka untuk menjadikan kulit muka sentiasa lembap. Takmau banyak sangat sampai bertompok-tompok tau.
Fungsi pelembap ini adalah untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit sehingga 24 jam. Lama tu dan ini menjimatkan. Betul tak?
Krimnya yang kaya dengan pelembap,tak ber minyak dan tak melekit ini bertindak pantas untuk menghidratkan kulit serta menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit.
  • Terbukti secara klinikal
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

 


Eye Treatment


Calit sikit di jari dari sapu rata di kawasan sekitar mata. Sapu dengan perlahan dan elakkan menggosok dengan kasar ye sebab kulit sekitar mata kita ni nipis je.

Tujuannya adalah untuk membantu menghilangkan garis-garis halus dan kedutan yang ketara di sekitar mata.
Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit
  • lembut di sekitar mata
  • Sempurna untuk bahagian leher dan bibir
Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh
Bila dah habis langkah-langkah di atas, boleh lah apply-kan compact powder yang anda gemari tu. Selamat mencuba ye.

Bagi yang berminat nak dapat Set Enfuselle Basic System Normal to Dry ni, boleh contact Attiey untuk dapatkan harga ye. Setiap pembelian set ini, ada berita menarik yang lain sedang  menunggu anda. Nak?


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

August 26, 2015

Pilihan Multivitamin Pertama

Setiap masalah kesihatan yang kita hadapi, cara penyelesaiannya tidaklah sama.

Sakit belakang, pening kepala, sakit kaki, kembung perut dan sebagainya memerlukan rawatan dan cara pencegahan yang berbeza-beza.

Begitulah apabila ditanya oleh kawan-kawan saya, ada tak supplemen yang boleh cover semua sebab malas nak makan banyak vitamin katanya.

Hurm..apa kata mulakan dengan Vitalea with Iron Formula dari Shaklee ni.



Ambil 2 biji sehari. Ia mengandungi 12 vitamin dan 15 mineral yang diperlukan oleh badan dalam komposisi yang seimbang. Setiap vitamin memerlukan vitamin yang lain dan mineral untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Aci tak macam ni?

Bulan ni, dengan pembelian serendah RM27.50 dan pendaftaran sebagai ahli Shaklee (seumur hidup) sebanyak RM65.00 anda  akan dapat Vitalea ni secara PERCUMA... yang berharga RM88.75.

Jomla cepat daftar sebagai ahli dan nikmati harga istemewa utk supplemen lain juga. Nak?

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! Rafhati Mohamad Napi ♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) ♥ Emel : attieymohamad@gmail.com ♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

August 23, 2015

5 Petua Dicinta Si Dia Hingga Hujung Nyawa



Assalamualaikum
Apa macam tajuk? Tak leh blahh kan..hihi. tapi betul ni. Atiey nak kongsi petua bagaimana nak buat si dia terpikat ngan kita sepanjang masa.

Petua ni seeloknya di amalkan oleh semua isteri ye. Bagi yang belum kahwin lagi, sematkan dalam hati untuk hadiahkan layanan sebegini hanya untuk suami sahaja kerana yang pasti suamilah yang berhak untuk menerima apa yang terbaik dari kita. Bukan kekasih atau sape-sape. kenapa? Kerana kadang kala kekasih belum tentu sampai ke jinjang pelamin.

Jika yang membaca ni adalah kaum lelaki, panjang-panjangkan ilmu ni dengan share kat fb isteri ye. Yang pasti, perkahwinan bukan hanya usaha sebelah pihak sahaja untuk menjadikannya rukun dan damai. Bersama-sama lah ye.

1. MILIKI IMPIAN YANG SAMA
 Bila bercakap soal impian, ada yang fikir sukar untuk suami dan isteri sentiasa sepakat atas setiap keputusan kerana boleh jadi perbezaan di sana sini.

Namun, cuba fikir semula. Pasti ada satu perkara yang mana matlamat keduanya adalah SAMA. Contohnya impian untuk memberikan pendidikan hebat untuk anak-anak atau impian untuk membalas jasa ibu bapa sebaik mungkin.

Walaupun begitu, apa jua perbezaan yang ada ( cara dan kaedah) , berlapang dadalah asalkan matlamat tetap satu iaitu mendapat kebahagiaan cinta.

2. SEDIA BERUBAH UNTUK SELALU JATUH CINTA
 Zaman pasti berubah dengan cepat. Begitu juga perasaan suami isteri yang mungkin akan berubah atas faktor tertentu. Tetapi, ingatlah bahawa tiada pantai yang tidak dipukul ombak. Cewahhh! Setiap perkahwinan pasti akan teruji tetapi atasilah dengan baik dan cari puncanya bukan menjauhkan diri. Mengapa suami begitu dan begini? Jawapan pasti ada. Mungkin kerana sibuk dan kurang sentuhan kerana aktiviti sendiri-sendiri, maka bibit jurang mula timbul.
Bila dah tahu punca, fikirkan bagaimana cara untuk kembali menjalin cinta. Kembali memikat dan dipikat. Bagaimana membuat pasangan kembali jatuh cinta kini dan selamanya. Jangan putus asa untuk berusaha!

3. LEBIH SABAR DARI PASANGAN
 Tahun-tahun awal perkahwinan adalah sangat menduga kesabaran sesetengah pasangan kerana kedudukan ekonomi yang belum kukuh, kejutan untuk memahami sikap pasangan dan sebagainya.
Buktikan cinta anda kepada pasangan dengan menunjukkan kesabaran anda mendampinginya di kala susah dan senang. Kesabaran adalah modal utama seorang isteri, menyiapkan keperluan suami dan mentadbir rumah tangga bukan peranan biasa yang boleh dikutip di tepi jalan.Wow!Betul ni.
Jika ada yang tertanya kenapa perlu sabar, cuba fikir apa terjadi apabila isteri hilang sabar?
Pastinya suami akan tercabar, anak-anak pula akan tercalar jiwanya. Jom para isteri, kita lebihkan sabar.
(Tidak termasuk kes-kes berat yang berlaku dalam rumah tangga ye. Kalau ada kes penderaan, tolong laporkan cepat2 ok).

4. ABAIKAN SESUATU ATAU SESEORANG DEMI SI DIA
Jadikan si dia orang yang paling penting di mata anda. Abaikan kerja rumah atau pejabat jika bersamanya. Libatkan si dia dengan apa jua perkara yang dia suka untuk dilibatkan. (Ada bab yang suami tak suka buat kan?. hehe)

5. CIPTAKAN SUASANA TENANG PADA JIWANYA
Tiada ketenangan yang sebenar-benarnya di dunia ni kecuali apabila seorang hamba mendekatkan dirinya dengan Allah SWT, mencintai dan dibalas cintanya. Dan tiada cinta yang diredhai Allah yang akan mengalirkan ketenangan pada jiwa manusia melainkan cinta suami kepada isterinya. Para isteri, jom hayati peranan sebagai pemikul amanah dariNya untuk sentiasa menciptakan suasana tenang kepada suami tercinta.
Tak dinafikan ada masa-masanya isteri sibuk dengan urusan anak-anak hingga rumah tunggang langgang, banyak kerja rumah tertangguh dan sebagainya. Namun cubalah sedaya upaya kita untuk tidak meletakkan ianya sebagai punca kita gagal menjadi penenang kepada suami.

Ok, Atiey bukanlah pakar dalam hal rumah tangga tapi Atiey hanya berkongsi sedikit ilmu yang ada. Jika timbul persoalan dan masalah antara pasangan anda tak kira suami atau isteri, bawak berbincang dan jangan letakkan emosi di tempat paling atas. Sekali lagi, ikhlaskan hati mencintai pasangan kita dan tak perlu untuk berkira soal tugas siapa dan siapa. Jika suami boleh laksanakan, ringan-ringankan tulang anda membantu ok.

 PSSSSTT!

Atiey ada jual Vitamin Cinta...

 

Nak tahu lanjut, contact atiey ye... untuk pasangan berkahwin sahaja tau...hehe

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Jangan Abaikan Kemungkinan Simptom Penyakit Berbahaya


Assalamualaikum
Pernah tak sesekali kita rasa sesuatu yang tak biasa kita alami pada mana-mana bahagian tubuh badan kita? Sekiranya ada tanda-tanda berikut, saya rasa anda tak perlu abaikan kerana ianya mungkin simptom untuk penyakit-penyakit tertentu.

1. Sakit Pelvik
Sakit atau tekanan di bawah pusat yang berterusan dan tidak terhad kepada sindrom prahaid jangan dibiarkan kerana ia dikaitkan dengan kanser endometrial, barah ovari, barah servik, barah tiub falopio dan barah vagina.

2. Pembengkakan dan Kembung Abdominal
Ia adalah salah satu gejala barah ovari dan selalunya tidak dihiraukan. Rasa kembung boleh menjadi teruk sehinggakan anda tidak boleh nak butangkan seluar dan harus menukarnya ke saiz yang lebih besar.

3. Sakit Bahagian Bawah Belakang Yang Berterusan
Ada yang mengaitkan sakit pada bahagian ini seperti sakit hampir melahirkan namun ia juga merupakan tanda barah ovari.

4. Pendarahan Vagina Yang Tidak Normal
Hal ini merupakan gejala biasa oleh wanita apabila mereka mengalami barah ginekologi. haid yang keluar dengan banyak, pendarahan antara haid dan pendarahan semasa dan selepas hubungan seksual merupakan pendarahan yang tidak normal. Biasanya tanda tersebut dikaitkan dengan barah servik, rahim dan ovari.

5. Demam Berterusan
Demam yang tidak sembuh atau berlanjutan lebih daripada 7 hari sangat-sangat perlu diberi perhatian serius. Demam yang sukar kebah juga berkait dengan gejala barah.

6. Rasa Sakit Perut dan Perubahan Pada Usus Yang Berterusan
Jika anda mengalami sembelit, diarea, darah dalam najis, angin, najis cair, atau perubahan keseluruhan dalam tabiat usus, segeralah bertemu doktor. Hal ini adalah berkaitan barah kolon dan ginekologi.

7. Penurunan Berat Badan Yang Tidak Dirancang
Kehilangan berat sebanyak 10 paun atau lebih tanpa perlu melakukan sebarang usaha mungkin mengejutkan ketahuilah bahawa itu adalah tidak normal dan perlu dilaporkan kepada doktor anda.

8. Keabnormalan Pada Vulva Atau Vagina
Keabnormalan pada vulva atau vagina seperti luka, lepuhan, perubahan pada warna kulit dan keluarnya cairan perlu diberi perhatian. Wanita perlu memeriksa vulva dan vagina dengan kerap bagi mengesan sebarang perkara yang tidak normal.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Kenali Penyakit Hypothyroidism



Assalamualaikum.
Jangan sangka bahagian tiroid bebas dari sesuatu abnormal. Terdapat satu penyakit yang dikenali sebagai  Hypothyroidism yang boleh  menyapa kita semua. Sekali lagi, adakah ia berkaitan dengan diet?


Apa itu penyakit Hypothyroidism?

-       Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif. Tanpa hormon tiroid yang cukup, banyak fungsi tubuh menjadi perlahan. Ia juga dikenali sebagai penyakit kelenjar tiroid.

Bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma).?

-       Metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.

Thyroid
-       Merupakan satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3).

Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa bagi menampung keperluan badan memerlukan T3.

Kekurangan rembesan hormon T4 dan T3 (hypothyroidism) akan mengurangkan/ melemahkan proses metabolisma dan sekaligus akan memberi impak yang besar kepada badan dari segi fizikal dan emosi.

Apa yang menyebabkan hipotiroidisme?

Hypothyroidism mempunyai beberapa penyebab, termasuk;

1. Penyakit Hashimoto
2. Tiroiditis, atau keradangan kelenjar tiroid
3. Hipotiroidisme kongenital, atau hipotiroidisme yang hadir sejak lahir
4. Pembedahn pelantikan sebahagian atau seluruh kelenjar tiroid
5. Radiasi rawatan tiroid
6. Kesan beberapa ubat

-       Hipotiroidisme disebabkan oleh yodium terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam diet atau dengan kelainan kelenjar hipofisis.

-       Orang yang menghidap hypothyroidism tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism

        1. Badan rasa lemah
        2. Daya ingatan menurun
        3. Hilang indera rasa dan bau
        4. Kadar pengepaman jantung perlahan
        5. Kulit jadi kuning – lesu, pucat
        6. Kulit kering
        7. Masalah kesuburan
        8. Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
        9. Muscle cramp dan bengkak
        10. Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
        11. Pendarahan haid banyak (heavy period)
        12.Percakapan lambat
        13. Pertambahan berat badan
        14. Rambut rontok
        15. Rasa mengantuk
        16. Rendah nafsu seks
        17. Sakit kepala
        18. Sembelit
        19. Suara menjadi serak
        20.Tak tahan sejuk

TAHUKAH ANDA???
Seseorang yang kurang makan makanan laut, seperti ikan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi gejala hypothyrodism ?

Tidak lupa kepada perokok. Haba asap, dan bahan-bahan kimia lain di dalam rokok akan sedikit sebanyak menggangu proses yang terjadi di thyroid. - 

Kanser Tiroid 

Apakah suplemen yang sesuai?


Produk

Qty
Pengambilan
Catatan
ESP
2




                    
      2 kali sehari
             
Tahap plasma rendah dikaitkan dgn hipothiroid
ALFAFA
10
Iodine,bahan asas homon thyroid
B COMPLEX
2
Memperbaiki pengoksigenan & tenaga(lesu)
VITALEA
1
Lengkap dgn imbangan vitamin & mineral
VITA C SR
1
Dos rendah digalakkan
Produk

Qty
Pengambilan
Catatan
OSTEMATRIX
4
       
        2 x sehari
Mengurangkan PMS & sakit otot
OMEGA GUARD
2
Utk fungsi spatutnya kelenjar thiroid
GLA
2
Menstabilkan hormon



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Featured Post

Potty Train Anak Kecil Perlu Kesabaran.

Hari ni atiey nak share satu kejayaan potty train Adib. Start awal tahun baru-baru ni, oleh kerana Adib belum kami daftarkan ke mana-mana ta...