Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Rahsia Pemakanan Genius Menurut Islam ( Vol.1)

Formula pemakanan yang menjadi amalan para genius Islam silam menunjukkan amalan pemakanan sebenarnya mampu untuk melahirkan insan yang cemerlang. Kajian saintifik yang dilakukan memang ada membuktikan kebenarannya khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Kat bawah ni adalah antara formula pemakanan para genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1- Madu

Madu merupakan makanan yang sangat berkhasiat . Bahkan dalam al-quran pun ada mengiktiraf madu sebagai syifa'iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental seseorang.

Selain tu, madu juga mempunyai pelbagai zat galian yang penting seperti ;
kalsiumsulfurfosforuszat besikarbonmagnesiumpotassiumkuprumsilikaklorinmangganesebelerang Zat galian di atas berguna untuk memupuk tenaga dan kesihatan mental serta fizikal.

Sabda Rasulullah saw "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manis…

Jenis - jenis Masalah Berkenaan Otak Manusia Termasuk Aneurysm Yang Perlu Difahami

Pembentukan otak manusia bermula pada lapan minggu pertama kehamilan seorang bakal ibu. Menurut Prof. Dr Jamiyah Hassan, Pakar Perunding O&G (Feto-Maternal), PPUM, dalam banyak-banyak organ badan manusia, otak satu-satunya bahagian yang akan terus membentuk dan berkembang sehingga lahirnya seorang bayi.

"Otak manusia terbentuk mengikut peringkat usia kandungannya dalam rahim ibu. Ia berbeza dengan organ lain, contohnya jantung yang akan lengkap terbentuk dalam badan manusia sebaik mencecah usia kandungan lapan minggu pertama kandungan. Selepas itu ia akan membesar sahaja mengikut usia kandungan tapi tidak bagi otak". (Rujukan: Pa&Ma Mei 2008)

Ujian ultrasound dikatakan boleh mengesan beberapa kelainan tetapi ia tidak semestinya menunjukkan berlaku kecacatan pada otak bayi kerana ianya hanya boleh dilihat apabila bayi lahir sahaja.

Jom Kenali Masalah Kecacatan Otak

1- Anancephaly



Ketiadaan tempurung kepala menyebabkan otak tidak dapat membentuk dengan sempurna. Biasanya…

Hasil Tangan Raisha & Acik Ijat

Biarkan anak anda expressi kan imaginasi mereka dan lihat hasilnya.

Nak tergelak pun ada jugak bila tengok gambar atas tu. Nak kata kucing tapi kepala macam tudung..hihi.

Acik Ijatnya memang tangan seni. Dari kecik suka lukis-lukis. Memang sesuau sgtla bidang engineering tu dengan dia.

Lepas ni nak tengok lukisan ape pula Raisha nak buat..😝

Lampin Pakai Buang Drypers Punya Cerita

Seminggu dua ni encit suami agak sibuk sebab uruskan bisness insurans kereta yang baru set up tu.

So untuk membiasakan diri tu memang agak ambil masa lah kan..

Nak jadi cerita, pampers adib dah tinggal beberapa keping dan ati rasa,tak cukup kotttt. Hihi.

Encit suami balik malam so x sempat dah nak menyinggah. So, ati cuba kuatkan semangat untuk p beli sendiri. Kedai memang tak jauh tapi nak membawa tu yg penat sikit.

Lepas amik kakak, terus ke bank nak cucuk duit dulu. Masa drive, Adib elok je dlm carseat. Bila nak keluar terpaksa ati guna baby carrier yang dah lama tinggal. Meragam jugakla.

Masa nak keluar bank, ati perasan ada orang pandang2 sambil pegang hp. So cepat2 mibta kakak Raisha masuk kereta.

Sampai kat speedmart, Adib dah start meragam. Nampaknya umi kena pro aktif dah ni. Haha.

Kupimpin kakak n gendong Adib. Masuk dlm speedmart, amik pampers n susu. Aiyyok. Tangan penuh!

Pusing belakang, orang yg sama jumpa kat bank ada kat situ. Haish!!

Takmo fikir panjang, bayar dan…

Petua Orang Lama Tetapi Menarik dan Berguna Untuk Diamalkan Sewaktu Dalam Pantang

Orang orang tua zaman dahulu sangat kaya dengan petua. Kalau di kalangan muda mudi sekarang petua ni dipanggil tips. Sama je sebenarnya. hehe.

Petua mereka kadang-kadang kedengaran lucu, kadangkala macam tak logik. tapi percayalah ada sebabnya mengapa petua tu wujud. Cuma nenek-nenek kita tak reti nak jelaskan secara saintifik dan terang. Kita yang muda ni carila inisiatif kaji mengapa dan hasilnya pula.. Ye dokk?

1- Petua Segarkan Badan

Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga hari ke 40 selepas bersalin.

2- Petua Naikkan Seri Wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

3-Petua Kecutkan Rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya.Masukkan bersama pucuk pokok…

Perkara Yang Semua Ibu Perlu Lakukan Selepas Bersalin

Tahniah jika anda bakal ibu. Teruskan membaca kepada yang mencari info tentang hal ini.

Seawal jam 6.00 pagi, anda dah boleh memulakan hari dengan membersihkan badan. Jangan rasa takut atau jangan setkan fikiran kita "susah nak bergerak".
Minta bantuan ibu, suami atau mungkin pembantu rumah untuk menyediakan kelengkapan mandi.


Tapi, kenapa ibu baru bersalin digalakkan untuk mandi?

Selepas  melahirkan, anda pasti berasa letih kerana seluruh tenaga digunakan sewaktu proses bersalin. Oleh sebab itulah, anda digalakkan untuk mandi untuk menyegarkan badan. mandi ni bukan sahaja untuk membersihkan badan sahaja tetapi juga untuk menenangkan fikiran.

Bagi anda yang beragama Islam, ibu yang baru melahirkan diwajibkan untuk mandi wiladah iaitu mandi khusus selepas bersalin.

Masa saya dulu, saya gunakan air suam sebab bimbang kalau air sejuk digunakan, katanya tak elok untuk urat-urat kita yang sedang bengkak.

Keesokan harinya, anda boleh mula mandi menggunakan serbuk rempah yang telah…

Shaklee dan Usaha Pemuliharaan Alam Sekitar

Kadangkala, anda melakukan sesuatu kerana ianya menguntungkan perniagaan anda. Dan kadang kala, anda melakukan sesuatu hanya kerana naluri anda mengatakan bahawa anda perlu melakukannya. Sejak 50 tahun lalu, Shaklee telah mempelbagaikan usahanya untuk menerajui inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta menyokong usaha-usaha kebajikan dan kesejahteraan sosial. Shaklee, yang ditubuhkan pada 1956, ialah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf Climate Neutral dan berjaya mengimbangi sepenuhnya pelepasan CO2 daripada segala aktivitinya bagi menjana impak sifar bersih terhadap alam sekitar.

Kita selusuri sejarah yang telah dicipta oleh Shaklee
1910s1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals, salah satu multivitamin pertama di dunia. 1950s1956 Dr. Forrest C. Shaklee mengasaskan sebuah syarikat berteraskan Living in Harmony with Nature® yang komited membangunkan produk-produk yang dapat meningkatkan kesejahteraan insan dan bumi ini. 1960sShaklee memperkenalkan P…

Manfaat Alfalfa Bukan Hanya Untuk Wanita Sahaja.

Alfalfa merupakan supplement wajib untuk KAUM HAWA yang ada masalah KEPUTIHAN. Juga untuk puan-puan ISTERI sekalian yang nak manfaat kesuburan untuk suami anda. Kaum SUAMI pun boleh consume bersama  untuk MENINGKATKAN STAMINA.

Camane rupa Alfalfa ni?



Dah tuuu...nak kena makan macam ulam ker?

Dop aihhhhh....hehe


Shaklee dah senangkan kerja kita.
Buka penutup botol dan nyum nyum.... (^_^)

MANFAAT ALFALFA COMPLEX:

.
1. Legakan sakit-sakit sendi dan belakang

2. Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan

3. Memberi kelegaan semasa period

4. Membantu mengurangkan arthritis

5. Membantu mengurangkan asthma/lelah

6. Mencuci usus bagi membuang toksik

7. Membantu membuang angin dalam badan

8. Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor

9. Meneutralkan asid dalam badan

10. Membantu masalah keputihan pada wanita

11. Membesar dan menegangkan payudara

12. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri

Fahami Perbezaan 3 Jenis Sumber Protein Shaklee ; Mealshakes, ESP dan Cinch Shake Mix

Yang mana satu nak pilih ni.
Sekejap kata ESP, pastu Mealshakes. Aik..tup-tup Cinch Shake pulak?

Sabar..hehe


Sebenarnya Shaklee mempunyai 3 jenis makanan tambahan untuk sumber protein. Protein ni penting kerana protein adalah makanan sel2 dalam badan kita. Berikut adalah senarai protein shaklee dan info ringkas tetang perbezaannya.

MEALSHAKE
————–



• Mengandungi 24 jenis vitamin & mineral yg diperlukan oleh badan.
• Kaya dengan serat yang membantu membuang lemak berlebihan dari perut & usus.
• Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yg diperlukan untuk membina tulang dan sel2 untuk membesar
• Mengandungi vitamin A, C, E, zink & selenium yg merupakan agen antioksida yg bertindak melawan jangkitan.
Berat 544g


ESP


• Mengandungi 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
• Dihasilkan dari 30kg kacang soya Non GMO dan turut diperkaya dgn 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Mengandungi 14g protein dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.
• …

Kawal Selera Makan Dengan Cinch Untuk Kekal Cantik

Assalamualaikum semua

Nak kurangkan pengambilan makanan berat tapi tak nak ambil ESP sebab tak suka soya?

Takpe...

Cuba CINCH SHAKE



CINCH SHAKE selain untuk MENGAWAL SELERA MAKAN, ia juga bertindak sebagai pemangkin untuk mempercepat pencairan lemak. Tetapi yang bagusnya CINCH SHAKE nih dia tak menggangu dan memusnahkan otot. Sebab itu lah kita slim down dengan shape yang cantik, lemak dihapuskan manakala otot pula akan dibina. .
.
Apa bahan yang terkandung dalam CINCH SHAKE nih yang membantu kita slim secara cantik dan sihat? .
.
It's LEUCINE.
.
Leucine ini lah yang membantu memelihara otot dalam badan kita so that sewaktu proses pembakaran lemak berlaku, Leucine bertindak untuk memelihara dan membina otot kita. Badan makin slim secara sihat malahan shape juga lebih cantik.
.
Terdapat 3 perisa untuk anda pilih: VANILLA, CHOCOLATE or CAFE LATTE.
.

Untuk IBU MENYUSU, tak sesuai yer. ESP / MEAL SHAKES pilihan yang lebih sesuai 


Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : a…

Pilihan Supplemen Terbaik Untuk Anak Kita

Jika anak kita sukar untuk menelan vitamin dalam bentuk kapsul atau tablet, juga sukar untuk mengunyah vitamin-vitamin, ibu bapa ada pilihan lain iaitu mealshakes yang datang dalam bentuk serbuk seperti susu.

6 fakta menarik tentang Mealshakes:

1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z, mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin memiliki berat badan yang ideal.




2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.


3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan…

Set Weight Gain (Naikkan Berat Badan Dengan Jayanya)

1) Meal Shakes.

Fungsinya untuk meningkatkan selera makan. Walau pun kita kurang makan, pengambilan Meal Shakes banyak membantu memberikan badan kita rasa bertenaga.





Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:

Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein. .Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik. .Rasa French Vanilla yang enak, boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu atau minuman kegemaran kecuali yang berkafein sebab kafein boleh mematikan protein..

2) Vita Lea. 

Fungsi Vita Lea nih untuk membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. So here Vita Lea sebagai pelengkap kepada nutrisi harian kita.





3)B-Complex. 

B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Ramai yang salah anggap ingatkan B-Complex nih menambahkan selera makan. Tapi sebenarnya B-Com…

KELEBIHAN SET SHAKLEE UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN BAYI,

Salam semua pembaca

Since sekarang ni ramai yang punya kesedaran tentang pentingnya susu ibu kepada bayi terutama 6 bulan ke bawah.



Ok, ramai yang wassup tanya saya apa produk Shaklee yang boleh membantu ibu-ibu yang menyusu.
Jadi, saya sarankan 2 produk sahaja iaitu ESP dan Alfalfa.

Mengapa?



ESP:

Memekatkan & membanyakkan susu ibu.
Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.

ESP membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.

Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. Kenapa perlu pilih ESP Shaklee? Sebab ESP dijamin bersih & selamat kerana ia non GMO – diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan kualitin…

Carseat Paling Banyak Buat Jasa

Salam semua pembaca..
Awal-awal lagi dah tengok senyuman muhammad adib ni...suka tu dapat jalan - jalan sebenarnya.

Nak cerita ceritu pasal carseat tu sebenarnya. Dulu masa pakai viva 1.0 manual kaler hitam tu, kerusi tambahan ni memang sentiasa ada kat sebelah tak pernah bukak. Sebab apa? Masa tu kakak travel 24-27km everyday, every morning p teman umi kje kat husm sinun.

Inilah carseat yg paljng banyak berjasa sebab bila umi resign n dtg shah alam ni...carseat ni jugakla yg jd pembantu umi dudukkan kakak lpas umi dpt kje n kakak umi letak kat nursery.

Macam-macam kenangan klo nak cerita. Ada satu masa tu kakak nak kluar dari carseat waktu umu tgah drive kat highway. Federal highway. Gelabah umi.

Sekarang umi guna untuk adib pulak. Almost 5 yo, seatbelt dia masih ok cuma kpala dia je dah patah tp boleh lagi nak pkai.

Sekarang umi tgah fikir camane nak letak 2 carseat bila balik kg. Yela, anak snak dah besar. Kadang2 bila abinya drive, suka sangat si adib & kakak berdiri kat ar…

Shaklee Buat Saya Jadi Jutawan?

Assalamualaikum semua pembaca

Suka untuk saya kongsikan hal ni bila bangun di pagi hari dan terasa cergas serta bersemangat.
Dua tiga hari lepas, saya rasa lemah dan tak bersemangat. Asyik nak tidur je.
Bila saya fikirkan semula, mungkin gaya hidup yang tak aktif serta pemakanan yang tak sihat.

Akhir-akhir ni, saya suka buat kerja lewat malam dan saya memaksa diri saya untuk mengambil minuman berkafein. Bukan sikit tapi banyak. Saya amalkan 2-3 minggu jugak dan saya kurang bersenam.

Hasilnya, badan selalu lemah-lemah, berangin dan rasa penat yang berpanjangan.

Jadi, saya ambil keputusan untuk sambung ESP Shaklee. Kebetulan saya nak qadha' puasa Ramadhan saya yang belum berganti.

 Cara minum mudah sahaja. Hanya bancuh 2 sudu bersama 150ml air suam dan shake..shake..shake sampai sebati.

Saya minum pada waktu sahur selepas makan nasi bersama telur goreng. hehe.

Hasilnya, saya sedar bahawa badan saya tidak cukup nutrisi sebelum ni.

Saya ambil ESP waktu sahur dan saya mampu untuk terus…

Dapatkan Khasiat Bawang Putih Tanpa Perlu Mengunyah Dengan Garlic Complex

Jika sebelum ni saya ada kongsi tentang manfaat dan kelebihan bawang putih untuk kesihatan dan kecantikan, hari ni saya nak share pulak macam mana nak dapatkan khasiat tu tanpa perlu kita kunyah bawang putih tu setiap hari. Dahla bau nya agak kuat kan...hurm..jom baca sampai habis.







Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak.
Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. 


Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia : 
Mengurangkan p…

Rahsia Bawang Putih Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.



Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ial…