Blog Archive

March 5, 2012

Energizing Soy Protein

Apakah Energizing Soy Protein?

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Tahu kan, asas tubuh kita adalah sel. Dari sel ini akan membentuk organ, dan akhirnya membentuk sistem tubuh kita.

Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.

Selain soya, protein boleh diperolehi daripada daging, ikan dan telur.

Apakah Beza ESP (singkatan bagi Energizing Soy Protein) dengan sumber protein lain?

Sumber protein lain mempunyai banyak side effect jika diambil dalam kuantiti yang banyak.Contohnya, daging jika diambil dengan kuantiti banyak akan berpotensi menaikkan kolestrol dalam badan kerana kandungan lemaknya. Ikan mengandungi merkuri terutama ikan dari jenis yang besar. Telur juga mengandungi kolesterol yang tinggi jika diambil dengan banyak.

Apa beza ESP dengan minuman soya jenis lain?

Protein adalah zat yang tidak tahan panas, kepanasan akan merosakkan elemen protein. Kebanyakan air soya di pasaran, meskipun yang dibuat sendiri akan melalui proses dimana soya2 ini dimasak dalam suhu tinggi dan ini akan merosakkan kandungan protein di dalamnya.

ESP tidak melalui proses tersebut dan kandungan protein di dalamnya terpelihara.

Siapa yang patut mengambil ESP?

Dicadangkan kepada semua kerana ia adalah asas pembentukan badan kita. Namun kepada golongan2 di bawah adalah lebih utama untuk mengambil ESP.

  • Mereka yang sentiasa sibuk
  • Mereka yang selalu berasa letih
  • Kanak-kanak yang sedang membesar (1 tahun ke atas)
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anakj

Apakah kebaikan ESP selain membina sel?

Antara kebaikan ESP ialah:

  • Membekalkan tenaga
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan

Fakta tentang ESP

  • Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa dan pemanis
  • Tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana ini akan merosakkan protein
  • Sesuai untuk diambil oleh seisi keluarga
Untuk order ESP yang berharga RM131 (termasuk pos), sila hubungi saya.

sumber mommy lyna

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

:::Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di are_t84@yahoo.com | SMS 013-9218084 untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Anak Jarang Sakit Dengan Set Penyusuan Shaklee


perkongsian dari Store Shaklee

Salmah (bukan nama sebenar) amat cemburu bila ada ibu yang berjaya mengumpul stok sehingga 300-400 botol. Lalu dia mengambil pelbagai jenis bahan makanan atau apa saja yang boleh membanyakkan susu, seperti halba, longan kering, malah ubat hormon. Hasilnya, susunya banyak sehingga boleh menyimpan stok penuh peti ais, terpaksa membeli deep freezer pula. Salmah bangga, namun bayinya sering saja sakit dan bersaiz kecil sahaja. Tipukah bila orang kata susu ibu menjadikan anak sihat?
Ida (juga bukan nama sebenar) seorang yang menjaga kesihatan. Dia tahu garbage in garbage out. Jadi dia bersungguh2 mengambil vitamin2 untuk keperluan tubuhnya. Dia tidak terkejar2 menyimpan stok susu beratus botol, sebaliknya mengikut kehendak bayinya. Susunya tidak terlalu banyak, tapi amat mencukupi untuk keperluan harian anaknya, dan sedikit untuk stok simpanan. Anaknya ialah seorang bayi yang sihat dan ceria. Jarang demam dan montel tubuhnya.
Sesuatu yang harus difahami oleh setiap ibu menyusu... Susu ibu adalah susu terbaik dan makanan terbaik untuk bayi, dari mana datangnya susu itu? Susu itu dihasilkan dari tubuh seorang ibu, dari darahnya, dari sel2nya, dari zat2nya. Jadi susu ibu itu ialah 'essence' daripada ibu itu sendiri.
Susu yang sihat itu datang dari tubuh ibu yang sihat, bukan?
Ingat tak semasa Halimatussaadiah mengambil Rasulullah SAW sebagai anak susuannya, kambing2nya jadi segar, gemuk dan menghasilkan susu yang berkualiti.
Usahlah ghairah mendapatkan susu yang banyak dengan 'memerah' keringat kelenjar susu di dalam tubuh, hanya untuk mendapatkan susu. Sebaliknya dengan menjaga pemakanan, menjaga aktiviti, menjaga amalan, susu yang terhasil bukan sahaja sihat malah berkat.
Orang kata rezekiyang berkat, walaupun sedikit namun cukup. Susu yang berkat tidak perlu sampai 500 botol stok dalam peti sejuk. Bayangkan kalau tiba2 satu Malaysia kena blackout 12 jam ke, habis semua susu yang kita bangga-banggakan. Susu yang berkat adalah dari ibu yang ikhlas menjaga dirinya sendiri untuk menghasilkan susu bernutrisi, dengan menjaga pemakanannya, menjaga aktivitinya, menjaga amalannya... Insya-Allah.
Bagi ibu2 menyusukan yang mahukan yang terbaik untuk diri dan bayinya, anda boleh mendapatkan Set B ( set breastfeeding)dengan harga  RM241. Anda juga digalakkan mengambil Ostematrix (kalsium) dan Soy Protein untuk hasil yang lebih menggalakkan.
Selamat menyusu!


::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

:::Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di are_t84@yahoo.com | SMS 013-9218084 untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

March 3, 2012

Hadiah Buat Seisi Keluarga

Ati selalu terfikir apa agaknya supplement terbaik untuk seisi keluarga...maknanya takdelah stiap org perlu vitamin yg berlainan sekaligus menjimatkan bajet ...jom baca perkongsian oleh mommy lina ni..

Pengambilan Vitamin Untuk Kesihatan Seisi Keluarga

Seorang warga tua memberitahu saya, walaupun produk Shaklee ini bagus, tapi pil2nya bersaiz besar dan agak sukar untuk ditelan oleh orang tua sepertinya. Saya memberitahu bahawa sesungguhnya rangakaian produk Shaklee menyediakan prasarana untuk setiap lapisan umur dan situasi.

Kalau tak boleh nak telan pil, ada alternatif lain.

Di sini saya kongsikan antara cadangan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian.

Bayi 0-2 tahun : Pemberian susu ibu adalah vital. Untuk membekalkan nutrient yang secukupnya, tidak memerlukan sebarang supplement, cukuplah si ibu yang mengambil set Breastfeeding dengan tambahan seperti Ostematrix, Omega dan Soy Protein. Insya-Allah air susu yang lebih bernutrisi untuk bayi anda.

2-4 tahun : Meal Shake, Omega.

4-12 tahun : Chewable Vita-C 100mg, Chewable Vita Lea, Meal Shake, Omega

12 tahun ke atas (pelajar) : Set A, Omega

Wanita dewasa : Set F, Set A, Set E

Ibu hamil : Set A, Soy Protein, Ostematrix, Omega

Ibu dalam pantang : Set D, Vita-E, Soy protein, Omega

Ibu menyusukan : Set B, Soy Protein, OStematrix, Omega

Lelaki dewasa : Set A, Vita-E

Mereka yang mengalami masalah menelan pil : Meal shake, Vivix, Nutriferon

Untuk imuniti : Nutriferon

Untuk antioksidan : Vivix

*senarai di atas cuma cadangan, untuk produk/vitamin yang lebih sesuai boleh consult terlebih dahulu, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Shaklee sebenarnya produk untuk seisi keluarga. Ia lebih menjimatkan berbanding produk2 lain kerana:-

1) Hanya mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh, bukan bahan2 penggalak lain seperti steroid dan sebagainya.
2) Sesuai diambil oleh seisi keluarga dan tiada bahan2 hanya khas untuk wanita/lelaki sahaja. Shaklee sesuai untuk semua, yang di atas itu cuma cadangan saja, ye la takkan nak makan semua sekali kan.
3) Mengandungi wide-range produk pemakanan untuk seisi keluarga.


::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

:::Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di are_t84@yahoo.com | SMS 013-9218084 untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

March 2, 2012

Apa Nak Buat Bila Suami Tak Sokong Penyusuan?


Ada ibu-ibu dan juga merangkap isteri-isteri mengeluh suami tak bersetuju bila si isteri nak bagi fully bF kat baby...Ibu-ibu jgn cepat melatah sebaliknya kena cuba duduk berbincang cari sebab dan sekaligus cuba mengatasi masalah2 yg menyebabkan punca suami tak setuju. Bagi ati, alhamdulillah. Hubby sgt mnyokong Raisha diberi susu badan sepenuhnya.

Jom kita kongsi punca2 yg telah dikenalpasti oleh anakku wira ini.


1. Si isteri selalu mengeluh keletihan.

Seorang suami mengharapkan isterinya menjadi supermom; baik yang bekerja mahupun yang menjadi surirumah semata2…maka apabila si suami asyiklah mendengar si isteri kepenatan terutama yang bekerja di siang hari dan malam dengan tak cukup rehat dan mengadu keletihan maka si suami pun akan menyarankan memberi si kecil minum susu formula.

Bagaimana nak mengatasi keadaan ini: Jagalah pemakanan, berikan fizikal dan rohani makanan yang mencukupi dan jika rasa badan perlukan supplement,do something jangan sampai rumahtangga beri satu masalah kepada kita sebagai isteri. Supplement fizikal yang perlu: B complex, Multivitamin dan Kalsium. Supplement rohaniah: Solat tahajud dan zikir nama2 Allah .


2. Si isteri tidak memberi layanan yang sepatutnya.

Apabila seorang wanita itu menyusukan anaknya maka hormon prolaktin akan menjadi tinggi dan hormone progesterone akan munurun. Ini secara langsung memberi kesan kepada keinginan seks seorang isteri. Si isteri akan mula menunjukkan kedinginan yang ketara. Kehendak si suami akan menjadi satu beban kepada si isteri. Pernah juga ibu mendengar cerita kenalan ibu yang mempunyai masalah ini dan berlarutan.sehingga si suami mencari teman baru, nauzubillah.

Bagaimana mengatasi: Banyakkan mendekatkan diri dengan pencipta..secara langsung akan mengingatkan kita tanggungjawab dan amanah yang dipikul dalam melayari alam rumahtangga. Jika perlukan supplement: Vitamin E dan Alfalfa adalah antara yang dapat membantu.


3. Si isteri tidak menjaga penampilan diri.

Rata2 si isteri yang menyusukan anak akan pastinya mempunyai masalah badan…bukan kerana apa tetapi kerana bau susu dari badan kita. Adakala disebabkan oleh makanan pemangkin susu seperti halba. Dengan berbaju t yang dah lusuh ditambah kain batik yang warnanya makin kusam membuatkan mata suami menjadi sakit. Si isteri menjadi seolah2 tidak terurus atas alasan menyusukan anak dan masa yang tidak mencukupi. Walhal kita punya 24 jam dan setiap orang perlu mempunyai kebijaksanaan menguruskan masa. Ada yang wajah nampak tua dari umur dek kerana tak cukup tidur dan keletihan sepanjang hari.

Bagaimana nak mengatasi:



Cubalah amalkan setiap kali selepas mandi , gunakan pewangi walaupun hanya duduk di rumah. Belilah lotion2 yang tahan lama wanginya agar bau peluh kita diserap oleh bau lotion tadi. Jika kurang berkemampuan, memadai memakai Johnson baby cologne…terutama summer swing, ibu dan anak pakai sekali, pasti bahagia hidup.



Jika ada baju yang dah lusuh, buanglah tetapi janganlah pula disedekahkan kepada orang susah kerana tidak elok memberi sesuatu dalam keadaan uzur. Begitu juga dengan kain batik, carilah warna yang menarik dan alangkah bagus pakailah seluar panjang supaya dapat menarik perhatian suami untuk menatap si isteri lebih banyak dari wanita yang lalu lalang sewaktu suami berada di luar rumah. Namun jika hidup dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim. Pemakanan penting...makanlah buah setiap hari agar pembentukan kolagen tidak terbantut dan si ibu akan nampak sentiasa muda.


4. Si isteri mencari alasan tidak masak

Memang tidak dinafikan apabila mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya, masa kita akan lebih banyak tertumpu kepada si kecil sehingga tanggungjawab rumah seperti mengemas dan mamasak sedikit terganggu. Jika mendapat suami yang sangat memahami dan berkemampuan, pastinya akan membeli lauk dan si isteri menanak nasi di rumah. Namun bukan semua suami itu sama…ada yang memang suka masakan isterinya walau makan hanya nasi dan telur serta ikan masin, sudah memadai baginya.Walau bagaimanapun takkanlah kita nak hidangkan nasi dan telur selama 2 tahun penyusuan? Rasanya suami pun mengamuk sakan.



Bagaimana mengatasi:

a. Bagi si surirumah: Belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap apabila dinikmati.

b. Bagi working mom: Kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat masak, keluarkan sedikit dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.



5. Si anak asyikla nak melekap @ mengempeng.

Si suami juga perlukan masa bersama dengan si isteri.. untuk merehatkan minda dan ber”yoga” bersama..namun jika si kecil asyiklah mengempeng sepanjang malam dan menyebabkan si suami ketandusan kasih sayang, mulalah golongan suami ini akan menyarankan si kecil minum susu formula. Akan lahirlah idea dalam otak si suami badan si isteri tidak mampu menghasilkan susu.

Bagaimana nak mengatasi: 
Jagalah pemakanan, ambillah supplement jika perlu.. Supplement itu penting agar dapat mengisi ruang kosong di dalam tubuh kita. Pengambilan supplement membantu meninggikan kandungan nutrisi dalam susuibu. Ini akan membantu si anak tidur lebih nyenyak. Kita juga mampu menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan hamba kepada yang Esa dengan dapat menunaikan tahajud dengan tenang. Banyakkan juga membaca fatihah serta bacalah zikir Ya latif agar si kecil nyenyak tidur tanpa gangguan.


6. Si isteri tidak berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.

Kebanyakan yang mengambil berat betapa pentingnya susuibu kepada is kecil adalah ibu itu sendiri. Namun ilmu ini tidak dikongsi bersama suami tercinta. Jadi dek kerana kekurangan ilmu inilah si suami tidak menyokong penyusuan.


Bagaimana nak berkongsi dengan suami tentang ilmu penyusuan?

Ajaklah suami hadiri kursus yang melibatkan penyusuan…minta nasihat doc di depan suami agar suami turut mendengar kebaikan susuibu. Maklumkan kepada suami yang penyusuan exclusive selama 6 bulan pertama sudah boleh membuatkan badan si isteri kembali langsing. Bercerita selalu dengan suami kebaikan susuibu pada si kecil iaitu membantu meningkatkan system imun maka sebagai ibubapa tidak banyak masalah pada masa akan datang. Carikan artikel yang boleh dibaca bersama bersama suami dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.



Kesimpulannya :


Secara peribadi ,makanan fizikal dan rohani sangat penting. Bila tubuh sihat, kita dapat menyusukan anak dengan baik. Bila rohani kita sihat kita dapat menempis segala cubaan dan halangan yang datang.

Fizikal kita perlukan makanan yang seimbang, jika terdapat kekangan dalam pengambilan zat, cubalah ambil alternative dengan pengambilan supplement. Jika mempunyai kekangan untuk membeli dapatkan dari klinik kerajaan secara percuma. Namun jika ada lebihan dapatkan yang lebih baik. Rohani juga tidak boleh diabaikan. 

Solat 5 waktu, berpuasa dan menunaikan zakat adalah basic keperluan rohani. Rohani juga perlukan supplement iaitu zikir dan amalan2 sunat. Inilah keseimbangan yang perlu semua ibu ada untuk Berjaya dalam penyusuan selama 2 tahun atau lebih.


Tidak perlu terlalu rigid dengan pendapat orang sekeliling termasuklah doc dan LC yang tidak menyokong pengambilan supplement.Saya tak nafikan pokok boleh hidup dengan hanya matahari, tanah dan air tetapi alangkah bagusnya jika dibaja kerana ia akan lebih subur. Bukannya apa, bila kita punya masalah rumahtangga akibat dari penyusuan, bukannya doc atau LC yang datang menolong…tetapi diri kita sendiri. Tepuk dada Tanya selera.


Featured Post

Potty Train Anak Kecil Perlu Kesabaran.

Hari ni atiey nak share satu kejayaan potty train Adib. Start awal tahun baru-baru ni, oleh kerana Adib belum kami daftarkan ke mana-mana ta...