Blog Archive

November 27, 2017

Anak Lelaki dan Anak Perempuan Tak Sama

Sabtu lepas Raisha ada ujian diagnostik untuk menguji tahap kemahiran. Ujian ni memang semua bakal murid tahun satu kena ambil. Tujuannya untuk susun kedudukan kelas nanti. Dua minggu sebelum sekolah cuti, kami dah minta Raisha buat latihan sikit dan refresh balik apa yang dia dah belajar dari awal tahun.

November 24, 2017

8 Tips Mencegah Jerawat Semudah ABC

Jerawat adalah keadaan pada kulit yang menyebabkan terjadi  bintik-bintik dan jerawat, terutama pada muka, bahu, belakang, leher, dada, dan lengan atas.

Penyelesaian Kepada Masalah Angin Dalam Badan

Masalah angin dalam badan ni, betul-betul mengganggu. Rasa tak selesa dan serba tak kena duduknya. Semuanya gara-gara tak jaga waktu makan dua tiga hari ni. Maklumlah, ada masanya rasa macam nak makan sarapan yang ringan-ringan saja macam karipap dan roti. tapi sebenarnya perut ni mintak nasi. heh heh.


November 23, 2017

Petua Untuk Masalah Jerawat

Jerawat selalu terjadi di kalangan remaja. Lebih kurang 80% remaja lelaki dan perempuan mengalami masalah ini. Jerawat berpunca daripada hormon yang dipanggil androgen yang berfungsi meningkatkan minyak yang dihasilkan oleh kulit, menyebarkannya di dalam darah kita.


November 22, 2017

Makanan Semula Jadi Terbaik Untuk Penghidap Ulser

Ulser peptik adalah luka terbuka yang terbentuk di lapisan dalam perut dan bahagian atas usus kecil kita. Gejala yang paling biasa dari ulser peptik adalah sakit perut.


November 18, 2017

Set Hamil Ibu Sihat Bantu Kurangkan Risiko Bayi Bermasaalah Selepas Lahir

Bila masa yang sesuai untuk mula menjaga keperluan nutrisi? Selepas doktor sahkan kita positif hamil? Sebenarnya adalah lebih baik untuk kita pastikan tubuh badan kita dalam keadaan yang sihat dan cukup pengambilan nutrisi terlebih dahulu sebelum kita dapat beri yang terbaik kepada janin yang bakal berkembang.

November 17, 2017

Bagaimana Cara Mengelakkan Masalah Pada Bayi Baru Lahir

Kesedaran kita pada kepentingan penjagaan kesihatan sewaktu hamil semakin meningkat sekarang ni jika dibandingkan dengan beberapa tahun dahulu. Pelbagai info boleh didapati dengan mudah oleh pasangan yang sedang cuba untuk menimang cahaya mata dan juga bakal ibu. Sama ada melalui kelas-kelas yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu atau dengan membaca buku serta melayari internet.




Pentingnya untuk kita menjaga kehamilan sebaik mungkin adalah untuk mengelakkan berlaku masalah selepas kelahiran. Antara masalah yang boleh dikaitkan adalah spina bifina, kelahiran tak matang dan kekurangan nutrisi.


BAGAIMANA MENGELAKKAN MASALAH PADA BARU BARU LAHIR?


Perkara paling utama adalah dengan memastikan kita mengambil nutrisi seperti B9 (folat), B12, iodin dan zat besi secukupnya ketika hamil.


Kekurangan vitamin B9 semasa mengandung boleh meningkatkan risiko kecacatan masa lahir seperti spina bifina, spinal cord, masalah pada otak dan jantung. Untuk perkembangan neuro dan fungsi kognitif, pengambilan vitamin B12 dan iodin perlu kita ambil secukupnya mengikut cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 600mcg asid folik, 405mcg B12 dan 200mcg iodin setiap hari.


Docosahexaenoic Acid (DHA) merupakan nutrisi yang akan disalurkan kepada bayi kita sepanjang tempoh kehamilan dan penyusuan berlaku. DHA penting untuk mata, otak dan perkembangan sistem saraf bayi. Selagi bayi masih berada di dalam rahim, kita sokonglah ia dengan pengambilan sumber DHA yang mana seterusnya akan diperoleh manfaatnya kepada bayi. DHA amat disyorkan untuk kita amalkan ketika akhir trimester kehamilan. Namun, jika kandungan tiada masalah, ia boleh dijadikan amalan sejak awal lagi.


Ketiga kita bercakap tentang kalsium. Saya pernah bertemu dengan seorang ibu yang telah memberitahu bahawa giginya reput sewaktu mengandung. Patah sedikit demi sedikit. Pastinya sudah dapat meneka di mana ibu tersebut mengalami masalah kekurangan kalsium. Risiko juga pada bayi yang bakal lahir kerana tidak cukup sumber untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Sebab itulah, doktor juga akan membuat ultrasound ketika kita hamil, salah satunya untuk memeriksa keadaan tulang belakang bayi sama ada sempurna atau sebaliknya. Jadi, kita perlu berusaha untuk minum susu bagi  mendapatkan kalsium secukupnya. 


Jadi, jawapannya adalah dengan memastikan kita, para ibu yang sedang hamil dan merancang untuk hamil agar mengambil beberapa nutrisi utama yang telah saya nyatakan tadi. Bukan sekadar ambil tadi makanlah ia dengan secukupnya. 


Jangan lupa untuk memilih hidangan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang tidak berkhasiat. Terutamanya yang mengandungi MSG dan garam serta gula yang tinggi.


Pilih supplemen yang betul dan selamat yang memiliki kajian klinikal ke atasnya. Dalam hal ini, sudah tentunya saya syorkan untuk memilih Set Hamil  Ibu Sihat dari  Shaklee.


Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua.

November 13, 2017

Bagaimana Kajian Pemakanan Supplemen Shaklee Dijalankan?

Pada tahun 2004, Roger Barnett telah membeli Shaklee. Sebelum tu, beliau dengar ramai pengguna Shaklee mengatakan tentang fenomena produk Shaklee yang sangat bagus dan terbaik untuk kesihatan. Tetapi masa tu masih tiada bukti ke atas apa yang disebut0sebut dan diperkatakan oleh mereka. Boleh kata ia hanya khabar angin sahaja pada tanggapannya. Lalu, Roger Barnett mengambil keputrusan untuk membiayai kajian komprehensif bagi membandingkan antara pengguna jangka panjang supplemen Shaklee dengan pengguna lain.


BAGAIMANA IA DIJALANKAN?

Ia telah dikendalikan mellaui pengumpulan data secara atas talian dengan pakar epidemiologi nutrisi yang terkenal iaitu Dr. Gladys Block, Ph.D dari UC Barakeley, Fakulti Bahagian Kesihatan Awam.

Data sebanyak 602 orang dari gabungan bukan pengguna dan 176 orang pengguna bagi satu jenis supplemen telah diambil daripada Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES).

Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES).
Badan ini mempunyai data terperinci daripada kajian yang telah dijalankan sebelumnya ke atas para pengguna tidak mengambil supplemen dengan para pengguna mengambil sejenis supplemen. Roger mahukan kajian ketiga bagi NHANES, jadi terdapat 3 kumpulan yang terlibat dalam perbandingan ini;


  1. Pengguna tidak mengambil supplemen
  2. Pengguna yang mengambil satu jenis supplemen sahaja
  3. Pengguna pelbagai supplemen Shaklee jangka masa panjang

Maklumat berkenaan diet dan pengambilan supplemen, senaman, status kesihatan telah diperolehi melalui borang kaji selidik secara atas talian dan pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap 278 orang yang berumur lebih daripada 20 tahun yang mengambil pelbagai supplemen Shaklee dalam jangka masa panjang.

UC Barkeley menyemak semua statistik, menganalisa semua darah yang diambil, menulis kajian dan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan yang dihasilkan. Shaklee hanya membiayai kajian tersebut sahaja, dimana keputusan yang diperolehi tidak hanya berpihak kepada Shaklee. Risiko tinggi ni tau sebab Shaklee memang tak masuk campur semasa kajian dilakukan.

Apabila kajian ini selesai, UC Barkeley telah menghubungi penerbit Shaklee, mahukan iamya disemak oleh penilai sejawat yang mana merupakan  piawaian penting untuk semua ujikaji klinikal di mana panel para pakar saintifik bebas mengakses data, bagi memastikan ketepatan data yang dihasilkan. 

Diterbitkan di dalam Jurnal Nutrisi pada 2007, ini adalah kajian bebas oleh Universiti California, Barkeley terhadap beberapa corak pengambilan nutrisi tahap kesihatan, status pemakanan supplemen para pengguna dalam jangka masa panjang.




Dalam kajian ini, ia mendapati pengguna  Shaklee dalam  jangka masa panjang Shaklee mempunyai  kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin lain atau tidak mengambil apa-apa jenis supplemen.

Mereka yang mengamalkan pelbagai supplemen  Shaklee dalam jangka masa panjang mempunyai;


1. Tahap Nutrien Darah Yang Lebih Baik

Tahap nutrien darah biasanya meningkat dengan peningkatan pengambilan supplemen. Folat, Vitamin C, Alpha & Beta-karotena dan Vitamin E mempunyai tahap optimum yang konsisten dalam populasi pengguna yang mengambil pelbagai jenis supplemen.


2. Tahap Vitamin D dan Zat Besi Yang Selamat

Bagi menangani isu keselamatan pengambilan pelbagai jenis supplemen untuk jangka masa panjang, kajian ini juga menemui tahap Vitamin D dan zat besi yang sihat dan selamat- nutrien dia mana bila ia diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan.

3. Penanda Aras Utama Kesihatan Jantung Yang Lebih Baik

Para pengguna pelbagai supplemen mempunyai bacaan yang lebih tinggi bagi kolestrol HDL dan bacaan rendah bagi trigliserida, di mana kedua-dua bacaan konsisten dengan risiko serangan jantung yang lebih rendah. Peningkatan dalam pengambilan supplemen juga dikaitkan dengan tahap serum homosistein dan protein C-reaktif (CRP) yang lebih rendah. C-reaktif merupakan penanda bagi keradangan tahap rendah.


4. Risiko Menghidapi Penyakit Lebih Rendah 

Secara keseluruhannya, risiko penyakit lebih rendah bagi kumpulan pengguna pelbagai supplemen Shaklee berbanding kumpulan pengguna satu jenis multivitamin dan pengguna yang tidak mengambil sebarang supplemen.

Pengguna pelbagai supplemen mengambil pelbagai kombinasi supplemen ini. 

Kajian menunjukkan bahawa pengguna pelbagai supplemen mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap;

-peningkatan tekanan darah
-kencing manis

Selain itu, pengguna pelbagai supplemen Shaklee juga berasa kesihatan mereka adalah lebih baik atau hebat. Tiada seorang pun peserta daripada 278 pengguna pelbagai jenis supplemen Shaklee daripada kajian ini mempunyai peningkatan tahap CRP lebih dari 3.0mg/L. Sebagai info, jika lebih dari 3.0mg/L, Pertubuhan Jantung Amerika mengenalpastinya sebagai berisiko tinggi. 



November 11, 2017

Set Sendi Kuat Untuk Wanita

Seorang wanita melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Contohnya pada zaman remaja, berlaku  perubahan fizikal dan diteruskan ke fasa dewasa dan membawa ke alam keibuan. Setiap peringkat perubahan membawa  kesan  kepada keadaan tubuh badan secara luaran dan dalaman. Ia termasuklah perubahan kesihatan fisiologi dan perubahan akibat penurunan hormon yang berkurangan.




Bagi kita  yang sedang melalui usia matang, dalam lingkungan 30 -40 tahun, tak boleh lari dari masalah sakit-sakit sendi terutama pinggang dan lutut. Tulang-tulang seakan sengal di malam hari. Sendi pula mencucuk-cucuk pedih. 


SET SENDI KUAT
Dalam diet kita seharian, meski kita rasa semua sudah mencukupi tetapi kita perlu terima bahawa kadangkala cara ia disediakan mungkin menyebabkan kehilangan  nutrisi yang kita perlukan. Oleh itu, saya sarankan supaya mengamalkan Set Sendi Kuat ini. Ia terdiri daripada;


Set Sendi Kuat

Ostematrix
Pengambilan kalsium yang diperkaya dengan vitamin D dan magnesium membantu menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka tubuh, gigi dan sistem saraf. Ia juga membantu memperbaiki tulang retak, osteomalicia, kuku rapuh, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.


Collagen Powder
Membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko kerapuhan. Ia membantu mengurangkan kesakitan akibat geseran sendi.


Sustained  Release Vita-C 
Merangsang pembentukan kolagen yang menghalang otot menjadi lembik. Vitamin C juga mampu membantu mengurangkan kolestrol dan mengekalkan kapilari darah yang sihat. 


Omega Guard
Memelihara fungsi-fungsi sendi dan bertindak sebagai anti radang.  Paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh itu ia membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia juga membantu menghindari  radang pada sendi, memelihara fungsi sendi dan gout dengan  berkesan.


ESP 
Membekalkan asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kalenjar dan banyak lagi. Ia jua amat baik untuk mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot dan merangsang pembentukan semula kulit dan otot.


B-Complex
Membantu menukar makanan kepada tenaga sekaligus mengurangkan kelesuan untuk kekal aktif. Ia juga mebaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. 


Vita-Lea
Berusia 1002 tahun sejak ia dicipta, merupakan multivitamin yang menjadi pelengkap nutrisi seharian. Ia sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.


Vivix
Dihasilkan daripada anggur Muscadine yang istimewa yang emngandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, ia menghasilkan satu kuasa antioksidan yang sangat hebat. Dengan amalan secara konsisten dari awal, minuman yang kaya dengan sumber resveratrol ini juga boleh membantu tubuh kita awet muda iaitu kuat dan sihat dari dalam.


Klik untuk belian

Hubungi saya sekiranya anda ada bajet tertentu. Saya akan cuba bantu mengikut apa yang anda mahukan.

Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084 (Klik untuk wassap tanpa simpan nombor)

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Supplemen Terbaik Untuk Tulang Kuat

Kesihatan dan kekuatan tulang perlu kita utamakan. Bila usia meningkat, kita tak boleh lari daripada keadaan di mana ketumpatan  tulang kita semakin berkurang. Bila keadaan ni berlaku, pelbagai masalah kita boleh hadapi termasuk risiko tulang rapuh.


Oleh sebab itu, kita wajib pastikan supaya pengambilan kalsium perlu konsisten setiap hari. Jangan tunggu sehingga umur dah masuk 40 siri baru nak mula. Sebaiknya, amalkan pengambilan sumber kalsium yang cukup sejak dari umur 20-an lagi. Pengambilan kalsium dari usia muda ni macam kita menabung di bank. Ini kerana bila usia dah tua, kita lebih banyak menggunakan kalsium yang sedia ada. Penyerapan kalsium yang kita ambil pada usia tua tidak seoptimum zaman muda belia.


Kesihatan kita ni mahal harganya. Jangan dibiar berlalu begitu sahaja.


Carilah kalsium yang berkualiti tinggi untuk menyokong keperluan tubuh badan kita. Amalkan kalsium yang dilengkapi dengan mineral lain yang bekerjasama untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.


Kalsium diperlukan kerana ia membina tulang kita umpama batu bata. Manakala mineral pula bertindak sebagai simen yang melekatkan batu-bata tu. Saling memerlukan.


Kenapa Pilih Kalsium Shaklee?

Kalsium Shaklee atau namanya Ostematrix bukan sekadar mengandungi kalsium. Ia juga mengandungi bahan-bahan lain untuk saling melengkapi dan emmberikan kesan yang hebat.


  • Kalsium ~ bahan asas untuk membina tulang
  • Magnesium ~ membantu menghantar kalsium kepada tulang
  • Boron ~ membantu metabolisme tulang
  • Vitamin D ~ merangsang penyerapan kalsium
  • Kuprum,Zink dan Mangan ~ mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang


Ramai sebenarnya dari kita yang sukar untuk menjadikan tabiat minum susu 2 kali sehari sesuatu yang konsisten. Jadi, dalam usaha untuk menjadikan ia satu amalan, Ostematrix amat penting sebagai pelengkap. Bukan sahaja kepada lelaki malah wanita, terutama wanita hamil. Keperluan kalsium mengikut sarana RDA ialah 800-1000mg sehari untuk dewasa, 1500mg untuk wanita mengandung.




Cara pengambilan amat mudah. Disarankan 2 biji selepas makan tengah hari dan 2 biji sebelum tidur. 4 biji Ostematrix bersamaan 1000mg. Ianya sangat sesuai.

Oh ye, ia tidak membahayakan ginjal kita selagi tidak diambil secara berlebihan iaitu melebihi 2500mg sehari. Satu kapsul bersamaan 250mg. Maknanya jangan lebih dari sepuluh kapsul.



November 8, 2017

Tulang Mudah Patah Sebab Kurang Kalsium?

Teringat saya kisah beberapa bulan lepas bila dapat tahu salah seorang saudara terdekat saya patah kedua-dua belah kaki dan tangan kanan. Malang sekali bila sedikit tulang peha  yang bersambung dengan kepala lutut pula tercampak keluar ke jalan. Tempurung kepala lutut disahkan hancur. Istighfar masa mendapat khabar tersebut. Semua berpunca dari kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sekolah.

Bagaimana tulang boleh patah?

Jisim tulang kita boleh mengalami ketidakseimbangan antara pembinaan tulang baru dengan kehilangan jisim tulang. Untuk memastikan ia seimbang, kita perlu pastikan supaya kita mengambil sumber kalsium yang mencukupi.

99% daripada kalsium yang kita ambil disimpan di tulang dan gigi. Selebihnya pula berada di dalam aliran darah yang berfungsi membawa nutrien ke dalam sel membran. Apabila kita tidak mendapatkan  sumber kalsium yang cukup , tubuh kita akan mengambilnya dari tulang dan menyebabkan ketumptan tulang semakin berkurang.


Bagaimana untuk mendapatkan sumber kalsium terbaik?
  1. susu
  2. produk tenusu; cheese, yogurt 
  3. sayuran hijau ; brokoli, kailan


Walaupun begitu, kita masih boleh kekurangan kalsium jika bahan-bahan di atas tidak segar, mempunyai perasa tambahan dan mengalami kehilangan nutrisi ketika ativiti  pemprosesan.

Adakah kita telah minum susu sebanyak 3 gelas setiap hari secara konsisten? Kalau jawapannya Ya, tahniah.

Jadual Cadangan  Pengambilan Kalsium oleh RDA

Di atas adalah cadangan keperluan kalsium  bagi semua peringkat umur. Apabila umur berada dalam linkungan 9 hingga 18 tahun, kita memerlukan 1300 mg kalsium setiap hari dan ia sebenarnya penting untuk bekalan ketika umur semakin meningkat.



Kesan apabila kekurangan kalsium
Tubuh kita akan memberikan beberapa tanda apabila mengalami kekurangan kalsium seperti;
  • Sering sakit otot, sakit sendi, lenguh-lenguh dan mudah cramp
  • Sering mengalami tekanan dan tinggi
  • Gigi mudah longgar dan mengalami penyakit gusi
  • Selalu cramp ketika PMS
  • Insomnia ; mengalami masalah tidur
  • Bagi kanak-kanak dan remaja yang tidak mendapat kalsium secukupnya akan berisiko tinggi untuk mendapat osteoporosis di usia tua.

Pastikan kita terus minum susu atau paling tidak mengekalkan diet seimbang dalam kehidupan seharian kita. Jangan lupa untuk bersenam mengikut kemampuan kerana senaman membantu tulang kita kuat dan sihat juga.


Ataupun kita amalkan Ostematrix setiap hari. Pengambilan hanya 2 kaplet menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah (mg/dl), diukur dalam tempoh 12 jam. 



Ostematrix diformulai khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, megnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.




Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084  (klik untuk wassap tanpa simpan nombor)

 Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

November 7, 2017

Kenal pasti Simptom Insomnia dan Cara Merawatnya

Insomnia adalah gangguan tidur yang sering memberi kesan kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Bila kita mengalami insomnia, pasti menghadapi masalah sukar untuk tidur atau apabila terjaga,  kita  sukar untuk menyambung tidur.. Kesannya pastilah boleh memudaratkan.




Insomnia biasanya akan menyebabkan rasa mengantuk pada siang hari, keletihan, dan  rasa  tidak sihat, baik dari segi mental dan fizikal. Ia  boleh menjejaskan sesiapa sahaja tak mengira peringkat umur tetapi ia lebih kerap dialami oleh wanita dewasa berbanding lelaki dewasa. Jadi, anda yang baca ni wanita atau lelaki?


Gangguan tidur  memberi kesan buruk terhadap  prestasi sekolah dan kerja kita serta menyumbang kepada obesiti, kebimbangan, kemurungan, kerentanan, masalah kepekatan, masalah ingatan, fungsi sistem imun yang lemah, dan mengurangkan masa tindak balas kita.

Beberapa kajian telah dilakukan  kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Kajian tersebut menunjukkan pendedahan kepada cahaya dari televisyen dan telefon pintar sebelum tidur akan mempengaruhi tahap melatonin semula jadi dan menyebabkan ia meningkat semasa tidur. Di samping itu, satu kajian yang dijalankan oleh Institut Politeknik Rensselaer mendapati bahawa komputer tablet tertutup boleh mempengaruhi corak tidur. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa teknologi di dalam bilik tidur dapat  memburukkan lagi masalah insomnia, menyebabkan lebih banyak komplikasi.


Insomnia biasanya disebabkan oleh:


Gangguan dalam rentak circadian - jet lag, perubahan shift pekerjaan, ketinggian tinggi, bunyi alam sekitar, haba melampau atau sejuk.

Isu-isu psikologi - gangguan bipolar, kemurungan, gangguan kecemasan, atau gangguan psikotik. 

Keadaan perubatan - kesakitan kronik, sindrom keletihan kronik, kegagalan jantung kongestif, angina, penyakit asid refluks (GERD), penyakit paru obstruktif kronik, asma, apnea tidur, penyakit Parkinson dan Alzheimer, hipertiroidisme, arthritis, luka otak, tumor, strok.

Hormon - estrogen, hormon beralih semasa haid. 

Faktor lain - tidur di sebelah rakan berdengkur, parasit, keadaan genetik, minda yang terlalu aktif, mengandung.


Pernah tak kita tahu apa tanda-tanda kita mengalami insomnia? Ke kena tunggu sesiapa bagitahu dulu? Ok, ni antara tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan insomnia. Cuba check ada tak pada kita?
  1. Kesukaran tidur pada waktu malam. 
  2. Bangun pada waktu malam. 
  3. Bangun lebih awal daripada yang dikehendaki. 
  4. Masih berasa letih selepas tidur malam. 
  5. Keletihan atau mengantuk siang hari. 
  6. Kerosakan, kemurungan, atau kecemasan. 
  7. Kepekatan dan tumpuan yang tidak baik. 
  8. Tidak terkoordinasi, peningkatan kesilapan atau kemalangan. 
  9. Sakit kepala ketegangan (merasakan seperti ketat di kepala). 
  10. Kesulitan bersosial. 
  11. Gejala gastrointestinal. 
  12. Bimbang tentang tidur.

Bagaimana cara nak memperbaiki masalah insomnia ni? Cukupkah hanya dengan mengambil ubat tidur sahaja? Bagaimana untuk mengelakkan rasa stress bila tak dapat tidur pulak?


Amalkan kalsium yang bahannya paling seimbang untuk memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Ia mesti diperbuat daripada mineral semula jadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron.

Nutrien-nutrien di atas perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.


Bagaimana Memilih Kalsium ?


  1. Mesti mengandungi bersama vitamin D dan magnesium
  2. Elakkan produk yang diperbuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral




Ostematrix Shaklee mempunyai semua ciri-ciri terbaik dan ia juga membantu mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan  jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur yang nyenyak, membantu masalah jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Jika kita mengamalkannya, ia membantu membaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan masalah pitam.


Selain Ostematrix, boleh juga diambil bersama vitamin B yang mengandungi kesemua 8 vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin -diambil pada masa yang sama) untuk memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan masalah insomnia itu sendiri.


B-Complex Shaklee lengkap dengan kesemua 8 Vitamin B

 Klik untuk pesan sekarang

Berminat?

Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084  (Klik untuk wassap tanpa perlu simpan nombor)


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

November 5, 2017

Risiko Bagi Anda Yang Suka Berjaga Malam

Anda suka tidur lewat? Tapi kenapa anda tidur lewat? Mungkin anda rasa ia satu keperluan untuk tidur lewat kerana menyiapkan kerja yang dateline nya  sudah begitu hampir atau mungkin juga hanya kerana terbiasa tidur lewat.

Apa kesan jika selalu tidur lambat?


Cuba perhatikan keadaan tubuh anda sejak habit tidur lewat ini anda lakukan. Apa yang berlaku? Adakah tenaga anda ekkal pada momentum yang sama? Atau bagaimana tahap kesihatan pula?

Saya pun selalu juga tidur lewat. Maklumlah, kadangkala tak semua kerja boleh dilakukan ketika anak-anak masih belum tidur. Pilihan yang ada, kena tunggu anak-anak tidur. jawapannya, kerja saya hanya bermula jam 11 ke atas.

Anda tahu tak badan kita ni akan terkesan kalau kita jadikan amalan tidur lewat ni satu  sikap yang berpanjangan. Kenapa? Kita telah mendedahkan diri kita kepada risiko-risiko berikut.


1. Obesiti
Bila kita berjaga malam, kita akan mengalami tidur yang tak cukup. Ia  menjadi punca gangguan keseimbangan hormon utama yang mengawal selera makan, Tak hairan bila kita cenderung untuk berasa lapar pada waktu tengah malam menyebabkan kita  makan lebih dari yang sepatutnya. Senaman mungkin akan jatuh ke tangga bawah apabila kita kurang tidur dan memaksa tubuh jadi obes.


2. Stress
Tidur  yang cukup mempengaruhi daya tumpuan untuk berfikir. Bila kita berjaga malam, secara automatiknya menganggu daya fokus dan kemampuan berfikir serta membuat keputusan. Badan yang lemah mendorong kita jadi lebih cepat stress.


3. Kulit kusam
Tubuh kita akan menghasilkan lebih banyak hormon stress kortisol apabila kita berjaga lewat malam. Hormon kortisol yang berlebihan akan meleraikan kolagen dalam tubuh, iaitu sejenis protin yang mengekalkan kecantikan dan keanjalan kulit. Hrm..mata panda dan kedutan halus kat sekitar mata memang cepatlah nampak. Kita mesti tak suka kan?


4. Penyakit berisiko tinggi
Antara penyakit yang berkait rapat dengan sikap tidur lewat adalah penyakit hati, serangan jantung, stroke (tekanan darah tinggi & kolestrol) dan kencing manis.

Beberapa kajian menunjukkan kaitan diantara tempoh masa tidur yang pendek iaitu kurang daripada 6 jam akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Proses hati juga terganggu kerana sekitar jam 11 malam hingga 3 pagi, hati membuang racun hasil metabolisme tubuh dan akan melakukan regenerasi sel-sel organ hati. Pada  waktu ini sebenarnya sangat disarankan untuk berhenti melakukan aktiviti dan sebaiknya beristirahat.


5. Mati mengejut
Pernah dengar kes seorang pelajar yang tiba-tiba meninggal kerana salur darah pecah? Setelah disahkan oleh pihak perubatan, ia merupakan kes aneurisme otak iaitu terjadinya pelebaran pembuluh darah pada otak. Sudah tentu ia tidak terkait secara langsung tetapi ia terkesan daripada stress, kolestrol tinggi dan gaya hidup yang tak sihat.


6. Nafsu seks menurun
Tekanan emosi dan tenaga yang tak mencukupi amat emmpengaruhi nafsu seks. Kajian yang dilakukan dalam tahun 2002, mengatakan ramai lelaki yang menghidap apnea tidur mempunyai kadar testosteron yang rendah berbanding biasa.


7. Penuaan lebih cepat
Ia berkait dengan hormon tumbesaran. Sewaktu kita muda, hormon ini menggalakkan pembesaran dan apabila usia semakin tua, ia menguatkan otor dan tulang serta menyihatkan kulit. Tabiat tidur lambat mengganggu hormon ini kerana ia dihasilkan ketika tidur sedang lena, dimana gelombang otak adalah perlahan ketika tidur. Ketika inilah berlaku pemulihan sel dan tisu tubuh, membaiki kerosakan tisu semasa kita berjaga sepanjang hari.


Anda rasa anda masih mahu teruskan aktiviti berjaga malam tak? Mungkin boleh dikurangkan sedikit demi sedikit.

Bagi yang memang tak boleh nak elak dan terpaksa berjaga, contohnya anda yang kerja shift malam, ada beberapa makanan tambahan yang boleh anda amalkan.


SR Vita- C
-membantu mengurangkan rasa stress
-membaiki dan menyokong  kulit agar awet muda.

DTX Complex
- membantu fungsi hati
- membantu meningkatkan jumlah enzim hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

B-Complex
- membantu melawan tekanan
- meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
- mengurangkan masalah keletihan mata dan meningkatkan daya pemerhatian

Omega Guard
- membantu menurunkan paras kolestrol
- bertindak sebagai anti keradangan
- mencegah penyakit salur darah dan strok
- mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

ESP
- mengurangkan kedutan
- membantu menghasilkan sel-sel baru yang berkualiti
- pembekal tenaga
- meningkatkan kualiti memori



 Berminat?


Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084  (klik untuk wassap tanpa simpan nombor)

 Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

November 2, 2017

Set Mandian Bayi Organik Terbaru

Ingat tak masa kita pregnant  kali pertama? Macam-macam persediaan yang kita lakukan. Dari persediaan diri kita sehinggalah persediaan bila bayi dah keluar nanti.


Cuma pada masa tu kita mungkin tak ada pilihan bila melibatkan tentang produk mandian bayi. Jadi terpaksa redha pilih yang biasa diguna secara am. mandian organik lagilah tak pastikan?


Kulit bayi ni sangat fragile sebenarnya. Jadi tak salah malah wajib untuk kita cari dan pilih produk mandian yang selamat untuk mereka. Untungnya ibu sekarang kerana Shaklee baru saja memperkenalkan Set Mandian Organik untuk bayi. Wow!




SET MANDIAN ORGANIK UNTUK  BAYI KITA

Set ini terdiri daripada 3 jenis iaitu ;
-Mandian
-Losyen
-Minyak



1)Shaklee Baby Gentle Wash


Mandian yang diformulasikan khas untuk kulit bayi yang lembut dan ianya telah diuji selamat untuk digunakan oleh bayi. 79% dihasilkan daripada bahan organik dan  99% bahan semula jadi. 


- Rich organic aloe base with oat extract and olive oil creates a mild lather to gently cleanse
- Organic lavender soothes skin
- Organic chamomile calms and relaxes
- Easy to rinse
- PH balanced
- Pediatrician tested
- Clinically  tested
- Hypoallergenic
- Contains NO PARABENs & SLS
- Contains No 1,4-dioxane or formaldehyde
- No artificial colour or fragrance added




2)Shaklee Baby Soothing Lotion



Losyen yang akan memastikan kulit bayi lembut dan lembap. Dirumus dengan minyak bunga matahari organik dan minyak jojoba organik bersama shea butter. Mengandungi essential oil seperti lavender, chamomile, rosemary dan vanilla untuk membantu  bayi lebih tenang dan relaks. 

- 87% organic ingredients
- 99% natural ingredients
- Applies easyly, nongreasy
- Great for older baby, kids and adults with sensitive skin.



3)Shaklee Baby Massage Oil 


Minyak bayi ini telah diuji dan boleh digunakan untuk kulit sensitif. Sesuai untuk urutan ke atas bayi dengan 99% merupakan bahan organik dan 99% juga bahan semula jadi.

- Special blend of organic oils and essential oil extracts for gentle skin moisturizing
- Use for massage or moisturizing after bath
- Lavender and chamomile soothe and calm 



Berminat nak dapatkannya?

Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084  (klik untuk wassap)

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

November 1, 2017

Bagaimana Nak Beli Vivix Tapi Masih Lagi Boleh Berjimat?

Assalamualaikum.
Anda peminat  Vivix? Tahniah kerana anda telah memilih produk yang sangat berkualiti. Dihasilkan daripada kajian dan bahan yang berkualiti tinggi serta selamat.


Boleh ke nak beli Vivix tapi dalam masa yang sama nak berjimat?
Jawapannya boleh. Hanya dalam November, anda berpeluang dapatkan penjimatan sebanyak RM155.


Bagaimana?

Jika sebotol Vivix harganya RM475 sebotol, pada bulan November, 2 botol Vivix adalah lebih murah.

Caranya mudah sahaja.

Daftarlah  sebagai ahli

Kenapa perlu daftar sebagai ahli?
Kerana setelah anda mendaftar dan sah sebagai ahli Shaklee, barulah anda layak membeli twinpack Vivix (belian pertama)  dengan  mendapat pengurangan harga (LESS) sebanyak 5%. Kira-kira dalam RM40.28.


Setelah itu, anda akan diberikan starter kit Shaklee bernilai RM68.90 secara PERCUMA. Oh ye, penghantaran juga tidak dikenakan caj. Suka tak?


Pada pertengahan bulan hadapan, jika anda beli bulan ni, anda akan diberikan cashback sebanyak RM36.10. Hrmm, dapat duit lagi tu.


Yang lebih penting, untuk pembelian Vivix serta semua vitamin Shaklee selepas ini melayakkan anda  menikmati harga ahli. Berbaloi-baloi.


So, jangan tunggu lama-lama. Hubungi  saya sekarang juga.


Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084  (klik untuk terus wassap)

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...