Blog Archive

October 8, 2017

Cara Penjagaan Kulit Wajah Agar Kekal Cantik Berseri dan Awet Muda

Kulit kita ni ada 5 lapisan. Lapisan pertama adalah sel kulit diikuti kolagen. Kemudian Elastin, salur darah dan yang paling bawah adalah lemak. Setiap lapisan mempunyai peranan masing-masing untuk melindungi otot dan organ kita.




Kawasan kulit yang manakah yang banyak terdedah kepada sinaran matahari dan dalam masa yang sama memerlukan penjagaan yang lebih rapi? Jawapannya adalah kawasan wajah kita.

Kulit awet muda impian ramai wanita


Antara masalah kulit yang biasa kita ketahui adalah;



Kulit kering
Kulit yang kering akan kelihatan tidak bermaya, kering dan kasar. Kulit juga akan mudah gatal dan kelihatan terik. Kenapa masalah kulit kering ni berlaku?

-salah pilih produk wajah
-terdedah pada pendingin hawa dalam tempoh yang lama
-terkena sinaran matahari
-umur
-nutrisi tidak mencukupi



Kedutan
Kedutan amat mudah kelihatan pada bahagian mata, mulut dan leher. Kedutan dikaitkan dengan;
- umur
-kulit kering
-terdedah kepada cahaya matahari (UVA)
-kurang perlindungan matahari
-merokok, pemakanan tak seimbang
-mimik muka



Jeragat
Kesan gelap pada muka adalah kerana
- kesan usia dan parut jerawat
-ia menjadi lebih teruk dengan faktor sinaran matahari dan juga keturunan
-umur
-perubahan hormon
-kekurangan vitamin seperti B12




Jerawat
Masalah jerawat termasuklah bintik hitam, bintik putih, lebam merah dan jerawat.
-masalah biasa yang berlaku di kalangan remaja
-berlaku apabila ada bakteria+maslah hormon + pori tersumbat
-penghasilan minyak berlebihan menyebabkan pori tersumbat dan menggalakkan bakteria jadi aktif. Kesannya pori akan meradang menhasilkan jerawat.
-tekanan
-keturunan
-maslah jerawat boleh menjadi lebih teruk dengan solekan, makanan bergula dan tabiat merokok




Kulit kendur
Kesan ketara kulit mengendur adalah kulit di bahagian muka dan leher nampak "jatuh". Faktor menyumbang kulit kendur adalah;
-GRAVITI
-kulit kurang elastik
-usia tua
-kekurangan penghasilan kolagen dan elastin
-otot muka yang lemah
-gaya hidup terdedah kepada cahaya matahari, penurunan berat badan secara mendadak dan merokok


Lima masalah kulit di atas berlaku atas faktor-faktor tertentu. Namun ia  juga dipengaruhi oleh kekurangan 4 sumber penting iaitu protein, kolagen, vitamin C dan Asid Gamma Linolenik (GLA)

Protein merupakan blok asas penghasilan kulit kita. Ia membantu menghasilkan sel-sel baru dan membaiki sel kulit sedia ada.

Pengenduran misalnya berlaku kerana kekurangan kolagen yang memberi kulit yang sihat, membaiki kelenturan kulit dan menegangkan kulit kita. Vitamin C tak boleh diketepikan kerana ia bertindak melindungi kulit daripada sinaran uv dan menyokong penghasilan kolagen. Kesannya kulit lebih cerah dan bersih.

Masalah kulit kering di atas pula kerana kurangnya GLA yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan keradangan kulit. Jadi, kulit kering dan gatal tak jadi masalah. GLA juga mengurangkan sensitiviti pada kulit kita.


Bagaimana Nak Pastikan Kulit Kita Kekal Sihat?


Sesuai dengan umur yang semakin meningkat, kita memerlukan sesuatu yang boleh menyokong agar kulit kita sihat dan cantik. Pastikan kita mendapat cukup protein kerana ia membekalkan asid amino untuk fungsi kulit yang optimum. Protein juga membantu dalam menghasilkan sel-sel kulit yang baru dan dalam masa yang sama membaiki sel-sel yang sedia. Dengan mengamalkan sumber protein secara berterusan, kita dapat melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari.


Semua protein sesuai ke? Untuk kesan optimum, cuba cari sumber protein dari tumbuhan yang tiada GMO. Sebaiknya yang mempunyai markah PDCAAS (bersamaan dengan protein haiwan) yang tinggi. Yang paling utama, protein tersebut mempunyai 9 jenis asid amino yang badan perlukan.


Dah jumpa protein, kita kena pastikan kulit maintain anjal dengan kolagen. Kenapa kolagen? Kolagen dapat membantu mengurangkan garis-garis halus dan mengurangkan kesan parut di samping mengekalkan kesihatan dan ketegangan kulit. Pasti dah tahu bahawa berat molekul kolagen yang amat rendah adalah 1,000 Dalton. Sumber kolagen yang premium pula adalah daripada sisik ikan merah (RSS).


Kekalkan kelembapan kulit untuk mengurangkan kegatalan dan kekeringan kulit. Ia juga untuk mengurangkan keradangan. Untuk itu pastikan supaya sumber GLA yang diambil adalah daripada minyak borage yang tulen serta mempunyai kepekatan GLA yang tinggi. Apa yang best, formulasi campuran GLA bersama minyak bunga matahari dan vitamin E amat bagus untuk menghasilkan kulit yang sihat.


Dapatkan perlindungan antioksida dengan mengamalkan vitamin C untuk mengurangkan garisan halus, kulit kering dan kulit kasar. Vitamin C juga menggalakkan penghasilan kolagen dan sel kulit yang lebih baik. Selalu kita dengar, vitamin c membantu penyembuhan luka. Ya, itu betul. Ia juga menyumbang dalam mempertahankan kulit daripada radikal bebas. Tips untuk memilih vitamin C, carilah yang bersumberkan semula jadi. Dalam satu-satu masa, badan kita hanya menyerap 100mg - 300mg vitamin c sahaja. Selebihnya dibuang. Jadi, cuba dapatkan vitamin C yang mempunyai formula pelepasan secara berperingakat untuk memastikan semua vitamin c itu dapat diserap oleh badan.

Nak tahu tak fakta penting? Vitamin C bersama buah citrus bioflavonoid dan hesperidin boleh membantu meningkatkan kesan vitamin C ni.


Bagaimana nak dapatkan 4 sumber yang mengandungi ciri-ciri yang saya nyatakan tadi?
Mudah sahaja kerana kerana Shaklee dah sediakan untuk anda dalam 4 produk di bawah.

1) ESP (Bina)


2) COLLAGEN POWDER (Anjal)




3) SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS (Baiki)




4)GLA COMPLEX (Melembapkan)





Di bawah ni antara kesan-kesan yang telah dialami oleh mereka yang mengamalkan 4 jenis produk di atas yang juga dikenali sebagai The Radiant 4.









Berminat untuk mendapatkan The Radiant 4 atau anda ada sebarang pertanyaan? Hubungi;

Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084  (Klik pada nombor untuk wassap)

Boleh juga klik pada gambar "Buy Now" untuk belian terus dari website Shaklee.

Beli Sekarang?


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...