Blog Archive

August 9, 2017

Omega 3 Baik Untuk Kesihatan Jantung


Rugi betul sebab saya baru kenal dan baru faham kepentingan asid lemak omega 3 ni sejak kenal Shaklee.  Kalaulah saya tahu tentangnya dulu lagi, mungkin dah lama saya amalkan omega 3 ni. 
Dalam pemakanan kita, ada macam-macam jenis lemak tetapi lemak yang paling baik adalah asid lemak omega 3. Ia merupakan lemak yang sihat tak seperti lemak-lemak yang lain. 


Omega 3 Baik Untuk Kesihatan Jantung


Asid lemak omega 3 adalah lemak poli tak tepu yang banyak beri manfaat untuk kesihatan kita. Kalau nak tahu, sel kita sangat memerlukannya untuk membantu dalam penghasilan sel membran untuk sel-sel badan kita.


Dalam diet kita, kalau boleh elakkan transfat kerana ia boleh menyumbang trigliserida dalam badan.


Bila sel membran kita sihat dan mendapat nutrisi yang cukup, keadaan ini membantu penyerapan nutrisi ke dalam sel dan keluar sel dengan lebih baik. Maknanya sel kita boleh berfungsi dengan lebih bagus.


Kalau selama ni kita tak terlalu kisah sangat sumber omega 3 kita, makan ikan apa, berapa hidangan dsbgnya, selepas ni kena lebih peka sebab omega 3 ni tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ia hanya dapat diperolehi bila kita makan sesuatu yang membekalkan omega 3 sahaja. Jadi penting sangatlah untuk dapatkan pemakanan dan supplemen omega 3 yang baik untuk badan kita.

DHA & EPA


Perasan tak, dalam susu formula untuk kanak-kanak juga ditekankan tentang bekalan omega 3 ni. Sebab utamanya kerana ia menyumbangkan EPA dan DHA yang diperlukan oleh badan setiap lapisan umur terutama kanak-kanak.


KEBAIKAN OMEGA 3

DHA & EPA amat penting untuk menyokong kesihatan jantung. Bagaimana? 


Dalam badan kita ni di mana-mana bahagian amat mudah untuk berlakunya keradangan. Paling kita takut jika ia terjadi pada bahagian salur darah kerana ia akan merosakkan salur darah tersebut. Kesannya ia akan meningkatkan risiko untuk penghasilan plak pada salur darah yang keradangan tu.


Bayangkan bila salur darah kita sihat, darah boleh mengalir dengan lancar dan jantung boleh bekerja dengan baik untuk mengepam darah. Rentak jantung juga bagus dan tiada tekanan. Tetapi bila salur darah tak ok, jantung kena pam lebih kuat dan menyebabkan pulse jadi tak cantik.


Bila kita amalkan Omega 3, ia akan membantu menurunkan trigliserida dalam badan yang akan mengurangkan risiko sakit jantung. DHA dan EPA yang terdapat dalam Omega 3 juga adalah merupakan sumber anti radang yang membantu salur darah tadi kembali sihat. Dengan menjaga diet dan mengamalkan pengambilan Omega 3 setiap hari, pasti ia membantu kita menghindari masalah berkaitan dengan jantung.


Sebagai tambahan, 60% daripada otak kita ni adalah lemak. Jadi sangatlah penting untuk kita mendapatkan lemak yang sihat untuk menyokong kesihatan terima otak kita. Omega 3 iaitu lemak sihat ni mengandungi DHA dan EPA yang bagus untuk membantu kesihatan neuron otak kita. Perlu ke neuron yang sihat? Mestilah perlu untuk memastikan transmission antara sel-sel neuron bersambung dengan baik.


Nanti saya sambung lagi sharing pada entri akan datang mengenai Omega 3 yang menyokong kesihatan sendi. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Supplemen Menyusu Untuk Ibu Agar Susu Meriah dan Badan Bertenaga Macam Superwoman.

Ini dia rahsia seorang Peer Caunselor Laktasi amalkan untuk memastikan beliau mampu menjayakan misi untuk menyusukan anak  dengan susu ibu s...