Blog Archive

August 29, 2017

3 Jenis Supplemen Wajib Ibu bapa Perlu Berikan Untuk Anak-anak Yang Sering Tidak Sihat


Nasihat yang amat berguna Atiey dapat daripada seseorang yang lebih senior di tempat kerja dulu. Katanya untuk tahun-tahun pertama, kalau boleh berikanlah susu yang paling bagus dan berkualiti. Usahakan juga jika mahal kerana katanya tahun pertama untuk si anak adalah waktu paling krikital untuk mendapatkan nutrisi dan khasiat untuk tubuh badannya. Atiey faham. Maksudnya lebih baik kalau kita boleh laburkan sedikit wang untuk berikan makanan dan minuman kepada anak kita demi kesihatannya untuk dua tiga tahun seterusnya. Memang betul tu sebab semua ibu bapa pun mahu anak yang sihat kan.

Anak yang sihat dan aktif, idaman semua ibu bapa
cr: Google Pic


Alhamdulillah sebab Atiey berjaya bagi susu paling mahal untuk anak pertama iaitu susu badan. Raisha menyusu badan sampailah umurnya 2 tahun 3 bulan. Itupun sebab Adib dah ada dalam perut time tu. Lepas tu, bermulalah episod nak pastikan raisha terus dapat sumber kalsium. Sumber kalsium ni penting tau untuk anak-anak sehingga umur diorang 5 tahun. At least kena minum susu 2 gelas sehari.

Dalam kes Raisha, dia susah nak minum susu dalam botol. Makan pun kurang. Jadi, atiey tak boleh nak harapkan sumber kalsium tu banyak dari pemakananlah. Lepas beberapa cubaan termasuklah dari cikgu taska Raisha, akhirnya berjaya juga minum susu pakai botol. Kenapa tak pakai cawan? Hrmm..lagi Raisha taknak. Huhu

Sebagai kanak-kanak, mereka pun tak terlepas daripada terkena pelbagai masalah kesihatan malah lebih mudah dijangkiti kuman dan virus. Antara masalah biasa yang adalah 
  • pertumbuhan yang terbantut
  • alahan atau elergik
  • anemia
  • obesiti yang boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dan jantung
  • astma yang berkait rapat dengan pertahanan badan melawan kuman/virus

Raisha pertama kali kami berikan gas Nebulizer pada umur 3 atau 4 bulan. Memang rasa bersalah tapi pada masa tu, kalau tak bagi memang tak boleh tidur. Kata doktor, masalah semput atau asma pada kanak-kanak boleh berpunca daripada pemakanan dan persekitaran yang tercemar sama ada udara atau air.


Apa pilihan kita sebagai ibu bapa untuk pastikan anak-anak kekal sihat dan dapat melawan apa jua kuman dan virus yang datang pada mereka? Mungkin bukan 100% tapi sekurang-kurang kita mencuba sesuatu sebagai persedian mereka.


Oleh itu, Atiey sarankan kepada supaya kita beri anak-anak yang berumur 1 tahun dan keatas makanan tambahan berikut;

 

Meal shakes
  • mengandungi karbohidrat yang rendah glisemik indeks. Membekalkan tenaga sepanjng hari
  • protein  yang terkandung padanya membekalkan 9 asid amino yang perlu untuk  pertumbuhan dan  pembaikan tisu badan
  • sumber antioksidan (Vitamin A, C, E)  yang boleh membantu meningkatkan  sistem imun, kulit dan mata.
  • mempunyai fiber - serat ; bantu penghadaman  dan  elakkan sembelit
  • mengandungi Vitamin B yang boleh membantu anak lebih  fokus dan beri  perhatian. Ia menolong  penghasilan sel darah merah.
  • Sodium & Magnesium yang diperoleh apabila mengamalkan mealshakes membantu menyeimbangkan  cecair dalam  badan dan anak akan  kurang rasa letih. 
  • Vitamin C - bagus untuk gusi,gigi, kulit 
  • Vitamin A- baik untuk mata 
  • Kalcium  dan  Vitamin D - sangat penting untuk kesihatan  dan  perkembangan tulang 
  • Iron & B12 - diperlukan untuk pembinaan sel darah merah



Omega Guard
  • mengandungi EPA dan DHA yang bagus untuk otak dan mata anak-anak
  • membantu kanak-kanak fokus
  • membantu mengurangkan masalah astma kerana berfungsi sebagai anti radang




Lecithin
  • membantu menguatkan ingatan
  • sesuai juga  untuk masalah obesiti 



Pengalaman pengguna;
Mealshakes

Omega Guard


Berminat untuk dapatkan supplemen di atas? Hubungi Atiey;

Facebook: Attiey Mohamad 
Fb Page: Mommy Ceria 
WhatsApp: 0139218084  (klik nombor untuk wasap)


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

August 26, 2017

Bagaimana Mengatasi Masalah Kesuburan Di Kalangan Lelaki dan Wanita?








 
Masalah kesuburan bukan sahaja dialami oleh kaum wanita sahaja tetapi juga di kalangan lelaki.
Bagi wanita, masalah kesuburan  berpunca dari beberapa faktor iaitu :

. pemakanan kurang berkhasiat
. lifestyle
. alam sekitar
. berat badan
. ubat-ubatan yang dimakan setiap hari
. stress
. rokok
. hormone yg tak seimbang
. pekerjaan & persekitaran
. wanita yg pernah keguguran
. umur


Faktor-faktor tersebut pula membawa kepada beberapa masalah yang mengganggu wanita seperti ;

. pcos
. thyroid
. premature ovarian failure


Selain daripada tiga masalah di atas, ada juga masalah lain yang menyebabkan seseorang wanita itu mengalami perkara yang sama (masalah kesuburan) iaitu masalah pada rahim dan tiub fallopiannya. Kemungkinan berlakunya blockage pada tiub fallopian yang menyebabkan telur atau ovum tidak dapat keluar dari tempatnya. Selain itu, boleh jadi juga masalah  endometriosis, fibroids dan infection (jangkitan) .



Bagaimana pula dengan lelaki?
Apakah masalah yang boleh dialami oleh mereka berkaitan dengan kesuburan?


. air mani tak normal
. testis (masalah buah zakar) - kanser, jangkitan/luka
. hypogonadism - hormone testosterone kurang


Jangan biarkan masalah begini berterusan kerana ia memberi kesan dalam tempoh yang panjang kepada anda dan juga pasangan  sekiranya ingin mendapatkan zuriat dalam perhubungan. Mungkin ada beberapa pilihan untuk menyelesaikannya tapi kali ni saya nak syorkan untuk anda amalkan cara di bawah iaitu melalui pengambilan supplemen Shaklee.




1. Vivix 
- tonik yang bagus sebagai anti penuaan  dan bertindak pada peringkat sel .Ianya kaya dengan  resveratrol & polifenol


. menggalakkan penuaan yang sihat. Walaupun usia semakin bertambah, tetapi kesihatan masih terjaga. Bila sihat, sistem badan mampu berfungsi dengan baik.

. sel pembiakan lebih sihat dan dapat meneruskan proses semulajadi dengan lebih teratur.
. membantu mencegah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kerosakan sel.
. penting untuk meningkatkan daya tahan badan



2.ESP

. mengandungi kandungan glisemik index yang rendah
. membantu seimbangkan hormone tubuh
. sumber protein sihat
. membantu mengurangkan risiko kanser dengan membekalkan protein yang berkualiti
. terbukti dapat membantu mengurangkan gejala menopause seperti rasa panas dan resah.



3. Phytocol ST

. jika anda mempunyai kadar kolestrol (lemak jahat) yang tinggi, selepas pengambilannya najis akan kelihatan lebih  gelap kerana  bercampr dgn lemak
. kolesterol baik membantu dlm penghasilan hormone


Lelaki yg ada masalah bengkak prostate, saiz  bengkak boleh membesar seperti   buah lemon;

. amalkan phytocol kerana ia boleh membantu mengurangkan bengkak prostate




4.GLA
. mengandungi omega 6  iaitu sejenis asid lemak yang diperlukan oleh  badan  untuk bantu kurangkan radang.



5. B Complex
Asid folik membantu  mencegah berlakunya sebarang ketidak sempurnaan pada saraf spina bifida bayi sewaktu kehamilan.




6. Vitamin E
. membantu meningkatkan keupayaan sperm  untuk berenang ke depan menuju ke arah ovum untuk disenyawakan.




7. Zinc
. kandungan zink di dalam Vitalea membantu meningkatkan kepekatan  sperm dari segi bilangan,bentuk dan  motility.

 Sperma Normal  VS  Tidak Normal

. Zink juga membantu masalah pergerakan,  pembengkakan & mati pucuk



Untuk pertanyaan ataupun pesanan, hubungi saya melalui ;


Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084 (klik untuk terus wasap)


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

August 22, 2017

Usaha Hamil Berjaya Akhirnya. Apa Yang Pasangan Ini Amalkan?

Nak hamil mungkin mudah bagi sesetengah pasangan suami isteri namun bagaikan impian yang tak kesampaian bagi sesetengah pasangan yang lainnya. Bagi yang disahkan hamil dan dikurniakan anak yang ramai, Alhamdulillah. Itu rezeki yang Allah kurniakan. Pemberian dariNya. Bagi yang masih belum disahkan positif hamil, jangan berputus asa untuk terus kan usaha untuk hamil sehingga berjaya.

Usaha Hamil
Cr: Google


Ada kisah yang saya nak kongsikan tentang satu pasangan yang baru berkahwin. Isterinya  Ida (bukan nama sebenar) dan suaminya Edie (bukan nama sebenar) tidaklah terlalu berharap untuk mendapat cahaya mata dalam masa terdekat namun selepas beberapa minggu diijab kabulkan, Ida disahkan hamil. Mereka sangat gembira dan menjaga kandungan sebaik mungkin. Pertama kali pemeriksaan, kandungan berusia 8 minggu.


Tetapi  pada usia kandungan  masuk 12 minggu, Ida merasakan seperti ada yang tak kena pada kandungannya. Jadi mereka pergi berjumpa doktor. Setelah di-scan, saiz janin tidak berkembang dan ia seperti saiz janin 8 minggu. Bila diperiksa degupan jantung, memang dah tiada. Tapi pasangan ni ambil sikap positif memandang usia perkahwinan masih baru.


Apapun, kita hanya merancang. Dalam masa 2 tahun, masih tiada khabar gembira yang datang. Hrmm...masa ni dah tentu ramai pasangan dah mula gelisah dan sedihkan? Tetapi Ida dan Edia masih cuba berusaha dengan merujuk doktor pakar. Ovum, tube dan rahim diperiksa dan keputusannya tiada masalah serius. Doktor tersebut juga menyarankan supaya Ida dan Edie mengamalkan supplemen dan menerangkan bagaimana vitamin tu nanti bertindak. Antara vitamin yang dicadangkan adalah asid folik dan protein untuk Ida, dan vitamin E dan zink untuk Edie.


Kalau nak tahu, ovum dan sperma memerlukan nutrisi yang secukupnya supaya dapat berfungsi dengan baik . Sebagai contoh, Vitamin E boleh membantu menyokong pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma. Perlunya protein pula untuk membantu rahim agar lebih sihat dan kuat. Bila kedua pihak saling menyokong dan bersedia, barulah proses akan lebih lancar dan baik.

ovulation kit

Jadi, Ida sedaya upaya konsisten pengambilan GLA Complex, ESP, B Complex, Vitamin C dan Vitalea. manakala suaminya Edie pula dengan  Zinc Complex dan Vita-E Complex. Selain tu, Ida lebih bersungguh-sungguh dengan menggunakan ovulation kit untuk mengetahui waktu subur.
Waktu subur ni penting sangat kerana ianya hanya dalam tempoh 24 jam dan kemungkinan untuk hamil pada masa tu lebih tinggi.


Selepas 2 bulan pasangan ini berdoa dan berusaha dengan supplemen Shaklee serta mengamalkan gaya hidup sihat, Ida akhirnya disahkan hamil anak pertama mereka. Alhamdulillah.

************************************************************************

Ini adalah kisah benar cuma nama wataknya diubah. Alhamdulillah, tak lama selepas kelahiran anak pertama mereka, isterinya disahkan hamil anak kedua dan lahir dengan sihat.


Sebarkan kisah ini kepada pasangan di luar sana yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Semoga ia menjadi satu cara yang terbaik untuk mereka.

Nak dapatkan produk yang saya sebutkan di atas? Hubungi:

Facebook: Attiey Mohamad 
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084  (klik untuk wasap)


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

August 18, 2017

Shaklee Dah100 Tahun. Apa Yang Shaklee Lakukan?




1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals.


1956 Dr. Shaklee mengasaskan syarikat berdasarkan falsafah Living in Harmony with Nature® yang komited untuk membangunkan produk yang dapat memperbaiki kesihatan orang ramai dan planet ini.


1960 Shaklee memperkenalkan Basic-H Concentrated Organic Cleaner, pembersih terbiodegradasi pertama bebas toksik.


1961 Dr. Shaklee mencipta Instant Protein, formula pertama pengasingan protein soya.


1972 Shaklee memperkenalkan Basic-L, salah satu sabun basuh pakaian terbiodegradasi pertama tanpa fosfat, nitrat atau borat.


1981 Shaklee memperkenalkan sistem penghantaran pelepasan-berterusan berasaskan tumbuhan untuk vitamin C.


1983 Rakyat Amerika pertama mendaki Gunung Everest tanpa bekalan oksigen diperkasakan oleh nutrisi Shaklee.


1986 Penerbangan tanpa henti pertama mengelilingi dunia oleh Voyager dikuasakan oleh nutrisi Shaklee.


1986 Shaklee menyediakan sokongan kewangan dan produk untuk rakaman ekspedisi pertama menggunakan anjing peluncur ke Kutub Utara, diketuai oleh pemenang anugerah National Geographic, penjelajah kutub, pengarang dan pendidik Will Stege


1987 Shaklee dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society untuk menyediakan produk pembersih mesra alam untuk kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Calypso dan Alcyone.


1987 Penerbangan menggunakan kuasa manusia paling lama, sejauh 72 batu merentasi Lautan Aegean dan dinamakan Projek Daedalus, dikuasakan oleh Shaklee Performance®.


1989 Shaklee membantu membina sekolah dan klinik kesihatan, dan menanam lebih 1 juta pokok di Asia melalui perkongsian bersama American Himalayan Foundation, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Sir Edmund Hillary.


1990 Basic-H bebas toksik dan terbiodegradasi dipilih sebagai salah satu produk rasmi Hari Dunia.


1991 Produk barangan rumah dan penjagaan peribadi Shaklee dipilih untuk digunakan dalam Projek Biosphere 2 di Arizona.


1991 Shaklee memperkenalkan Basic-D, salah satu sabun untuk mesin pembasuh pinggan automatik pertama yang bebas-fosfat.


1992 Shaklee Cares®, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan untuk menyediakan bantuan akibat malapetaka alam seperti tornado dan taufan, di mana tahap kemusnahannya telah diperburukkan lagi oleh perubahan iklim.


1993 Shaklee membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidrat-semula khusus untuk angkawasan Shuttle yang dinamakan AstroAde, yang masih digunakan sehingga kini.


1996 Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi enam pingat emas di Atlanta.


1998 Shaklee memperkenalkan Enfuselle® – salah satu jenama penjagaan kulit pertama berasaskan nutrisi – disokong oleh tujuh paten dan kajian klinikal bernilai $1 juta dolar.


2000 Shaklee membuka Ibu Pejabat Dunia miliknya, salah satu bangunan hijau, jimat-tenaga, pemenang-anugerah, yang direka menggunakan bahan lestari, termasuk kayu yang diperolehi secara lestari, karpet kitar semula dan plastik kitar semula.


2000 Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia mendapat pensijilan neutral-iklim dan mengimbangi sepenuhnya pelepasan karbonnya, menghasilkan impak bersih sifar ke atas alam sekitar.


2002 Shaklee menerima Climate Protection Award daripada Environmental Protection Agency.


2003 Shaklee memperkenalkan Minerelles, salah satu jenama kosmetik pertama semula jadi berasaskan mineral. 2004 Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece. 2004 Roger Barnett dilantik sebagai Pengerusi dan CEO


2005 Shaklee memperkenalkan salah satu interferon pertama- formula pemangkin imuniti: Nutriferon®.*


2006 Pasukan Ski AS dan Luncur Papan Salji AS, atlet yang dikuasakan oleh Shaklee, memenangi 10 pingat di Olimpik Musim Sejuk 2006 di Turin, Itali.


2006 Shaklee mengadakan persidangan neutral-karbon pertama di San Francisco.


2006 Dr. Wangari Maathai, pemenang anugerah Keamanan Nobel 2004, menjadi Duta Global kempen Sejuta Pokok.Sejuta Impian Shaklee [Shaklee A Million Trees. A Million Dreams.]


2006 Shaklee memperkenalkan jenama penjagaan rumah yang selamat dan semula jadi yang dinamakan Get Clean®.


2007 Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang mengimbangi pelepasan karbonnya dengan menyediakan tenaga lestari untuk menjana elektrik di kampung-kampung di Afrika dengan dengan usahasama Earth Institute di Columbia University.


2007 Shaklee menerima pujian daripada bekas Presiden Bill Clinton dan diiktiraf oleh Clinton Global Initiative untuk kepimpinan dalam mengimbangi pelepasan karbon dengan menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di Afrika.


2007 Shaklee memperkenalkan Vitalizer, dengan sistem penghantaran perintis dan eksklusif yang terbukti secara klinikal untuk membentuk asas yang membantu menjadikan kehidupan yang lebih panjang dan lebih sihat.* 2007 Shaklee diberi penghormatan oleh Global Green USA dan menerima Organizational Design Award untuk peranan kepimpinannya dalam melaksanakan perubahan alam sekitar yang positif.


2007 Kajian terbesar pengguna jangka panjang suplemen, dilakukan dengan kolaborasi bersama penyelidik dari UC Berkeley School of Public Health, mendapati mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali.


2008 Shaklee menerima Anugerah Stevie untuk Best Corporate Environmental Responsibility Program oleh American Business Awards.


2008 Shaklee melancarkan Tru-Infinity™, pelan pampasan pertama sedang-dipatenkan untuk memberi ganjaran melalui infiniti sebenar.


2008 Pekatan Get Clean Basic H2® dan Dish Wash Shaklee memenangi Seal of Approval PTPA (Parent Tested Parent Approved) Media Inc.



2008 Shaklee memperkenalkan Vivix®, dihasilkan secara saintifik untuk Memperlahankan Penuaan di Peringkat Selular*.


2008 Shaklee dinamakan dalam senarai Top 20 Retail Partner oleh EPA Green Power Partnership.


2009 Roger Barnett diberi penghormatan dengan anugerah Clean Air Award daripada Breathe California sebagai mengiktiraf sumbangan Shaklee Corporation untuk mengurangkan kesan pemanasan global dan memperbaiki kualiti udara.


2009 Shaklee diberi penghormatan dengan Business Environmental Award for Sustainability daripada Acterra: Action for a Healthy Planet.


2009 Shaklee diberi penghormatan dengan Green Power Leadership Award daripada U.S. Environmental Protection Agency


2009 Shaklee mencapai matlamat EPA Climate Leaders dengan pelepasan gas rumah hijau bersih sifar dari 2006–2013.


2010 Shaklee dinamakan sebagai Industry Innovator oleh Climate Counts untuk kepimpinan syarikat dalam melaksanakan tindakan sukarela untuk menangani perubahan iklim.


2010 Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi 22 pingat di Vancouver, Kanada. 2012 Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi tujuh pingat di London.


2013 Shaklee memperkenalkan Shaklee 180, cara baharu bagi menurunkan berat badan dengan betul – lemak, bukan otot – pelajari cara untuk mengelakkan penambahan semula berat badan.


2014 Atlet bertaraf dunia dikuasakan oleh Shaklee memenangi 10 pingat di Sochi, Russia.


2014 Shaklee memperkenalkan MindWorks, penemuan terkini dan termaju dalam sains otak.


2015 Shaklee membuka Dr. Forrest C. Shaklee Innovation Center, menyediakan ruang untuk penemuan saintifik selama 100 tahun lagi.


2015 Komisyen Shaklee seluruh dunia berjumlah $7 bilion.


2015 Shaklee Life Plan diperkenalkan, pelan nutrisi harian paling menyihatkan di dunia ini.



Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Tips Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi

Di pasaran sekarang ni ada banyak pilihan untuk mendapatkan supplemen minyak ikan. Tetapi antara seribu, yang mana satu permata? Cewahhh. Bukan apa, kena pilih yan g paling bagus sebab ni berkait dengan kesihatan tau. Benda yang kita nak makan, masuk dalam tubuh jadi darah daging. Minyak ikan yang paling bagus mesti mempunyai ciri-ciri berikut;


Minyak ikan = Omega 3

  • Cari syarikat yang anda boleh percayai, dengan sejarah pengeluaran produk yang berkualiti. Sebaiknya berjaga-jaga dengan produk yang "claim" kesan yang "superb" tanpa bukti. Jika ada kajian klinikal lagi bagus.


  • Ia mestilah tulen dan selamat dengan melalui proses penyulingan molekul. Ia merupakan proses memisahkan EPA dan DHA daripada logam berat dan menyingkirkan toksin. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir


  • Syarikat yang bertanggungjawab memberi perhatian kepada saiz populasi, hadkan penangkapan dan elakkan penangkapan semasa membiak untuk memastikan bekalan cukup untuk jangka masa panjang. Maksudnya bukan dari sumber ikan yang hanya ada pada masa tu sahaja. Sebaliknya sumber tersebut dijaga dan dipastikan agar kekal wujud sehingga anak cucu kita.


  • Minyak ikan itu  diperoleh dari ikan kecil. Ini kerana ikan kecil mempunyai pengumpulan toksin yang lebih rendah. Jika dibandingkan dengan ikan bersaiz besar, risiko untuk ia menyerap lebih banyak logam berat seperti merkuri adalah lebih besar. Tahukan logam berat ni bahaya untuk kita?



Nak dapatkan minyak ikan yang paling tulen dan selamat?


Pilihlah Omega Guard ye.
Semua ciri-ciri diatas ada padanya


Hubungi;


Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084  (klik nombor untuk wassup)


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

August 13, 2017

Vitamin Untuk Jantung Sihat

Tahun 2016 sangat menginsafkan saya. Bukanlah kerana saya buat salah apa tapi sebelum tu saya tak kisah pun tentang apa yang saya makan. Saya rasa saya masih muda dan saya makan ikut sedap rasa dan sedap mata je. Lemak, kalori, masin, manis semua saya tak fikir. Soal jantung saya sihat atau tak pun saya belum fikir masa tu. Tapi Alhamdulillah, saya memang dah amalkan beberapa vitamin.

Vitamin yang saya dah amalkan


Sehinggalah suatu hari saya terbaca satu status kawan FB yang bagitahu dia sedang bersedih sebab abang iparnya baru sahaja meninggal selepas collapse di tengah padang. Bila diperiksa secara teliti oleh doktor, perginya arwah kerana masalah jantung yang berpunca daripada lemak yang menyekat oksigen sampai ke jantung. Ia berlaku sedikit demi sedikit dan bila tak dihiraukan, menjadi bertambah serius.


Bermula dari situ, saya terus melakukan ujian kolestrol dan apa yang saya bimbangi memeang berasas memandang saya tak teliti dalam  diet saya. Jumlah kolestrol kurang dari border lain. Sekali dengar rasa dah ok, tapi bila tengok pada lemak LDL iaitu lemak jahat yang ada dalam tubuh, telah pun melepasi border lain. Alhamdulillah, trigliserida masih rendah.





Sejak dari hari tersebut, saya mula cuba hadkan pemakanan berlemak, bergoreng dan sedaya upaya tidak mengambil makanan tinggi gula secara kerap. Latihan atau senaman juga saya lebihkan. Risau tau...sebab benda dalam badan kita tak boleh nak jangka.

Selain tu, saya prefer untuk amalkan Lecithin, Omega Guard dan paling bagus jika dapat konsisten Phytocol-ST yang memang khusus untuk membantu menurunkan kadar kolestrol darah tubuh kita.


Harga

Lecithin (180 kapsul) RM55
Omega Guard (90 kapsul) RM136.25
Phytocol-ST (120 biji) RM197.50


Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084 (klik untuk wassup)


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

August 11, 2017

Kebaikan Omega 3 Yang Boleh Membawa Manfaat Kepada Kita


Dalam entri yang sebelum ni saya pernah ceritakan sikit tentang kebaikan Omega 3 dalam membantu menyokong kesihatan jantung. Ia berlaku dengan tiga cara iaitu mengurangkan keradangan, menurunkan tahap trigliserida serta  tekanan darah dan mengekalkan peredaran darah. Bila peredaran darah normal, rentak degupan jantung lebih stabil dan baik. Apa lagi kelebihan omega 3 ni?




Kali ni lebih banyak lagi kelebihan Omega 3 akan saya kongsikan dengan anda.

Menyokong fungsi otak yang sihat

  • memperbaiki fungsi kognitif dan perasaan
  • meningkatkan ingatan, pembelajaran dan perhatian (fokus)
  • melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan



Menyokong fleksibiliti sendi

  • mengurangkan keradangan, melegakan simptom kesakitan
  • pelincir semula jadi dan menyenangkan pergerakan
  • mengurangkan kekakuan sendi, meningkatkan fleksibiliti sendi



Menyokong perkembangan bayi

  • menyokong perkembangan otak dan mata bayi
  • kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega 3 pada bulan -bulan terakhir kehamilan meningkatkan sensori, kognitif dan motor bayi



Menyokong kesihatan kulit

  • mengurangkan kekeringan kulit
  • mengurangkan keradangan pada kulit yang boleh menjadi punca jerawat



Meningkatkan kesihatan imun

  • meningkatkan fungsi sel B iaitu  menyokong penghasilan B sel dalam badan. Ia merupakan sejenis sel imun yang perlu untuk penghasilan antibodi



Meningkatkan kesihatan sperma

  • memainkan peranan penting dalam badan seseorang sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran sel termasuk pada sperma


Attiey Mohamad Napi
(Whatsapp/Sms)

August 9, 2017

Omega 3 Baik Untuk Kesihatan Jantung


Rugi betul sebab saya baru kenal dan baru faham kepentingan asid lemak omega 3 ni sejak kenal Shaklee.  Kalaulah saya tahu tentangnya dulu lagi, mungkin dah lama saya amalkan omega 3 ni. 
Dalam pemakanan kita, ada macam-macam jenis lemak tetapi lemak yang paling baik adalah asid lemak omega 3. Ia merupakan lemak yang sihat tak seperti lemak-lemak yang lain. 


Omega 3 Baik Untuk Kesihatan Jantung


Asid lemak omega 3 adalah lemak poli tak tepu yang banyak beri manfaat untuk kesihatan kita. Kalau nak tahu, sel kita sangat memerlukannya untuk membantu dalam penghasilan sel membran untuk sel-sel badan kita.


Dalam diet kita, kalau boleh elakkan transfat kerana ia boleh menyumbang trigliserida dalam badan.


Bila sel membran kita sihat dan mendapat nutrisi yang cukup, keadaan ini membantu penyerapan nutrisi ke dalam sel dan keluar sel dengan lebih baik. Maknanya sel kita boleh berfungsi dengan lebih bagus.


Kalau selama ni kita tak terlalu kisah sangat sumber omega 3 kita, makan ikan apa, berapa hidangan dsbgnya, selepas ni kena lebih peka sebab omega 3 ni tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ia hanya dapat diperolehi bila kita makan sesuatu yang membekalkan omega 3 sahaja. Jadi penting sangatlah untuk dapatkan pemakanan dan supplemen omega 3 yang baik untuk badan kita.

DHA & EPA


Perasan tak, dalam susu formula untuk kanak-kanak juga ditekankan tentang bekalan omega 3 ni. Sebab utamanya kerana ia menyumbangkan EPA dan DHA yang diperlukan oleh badan setiap lapisan umur terutama kanak-kanak.


KEBAIKAN OMEGA 3

DHA & EPA amat penting untuk menyokong kesihatan jantung. Bagaimana? 


Dalam badan kita ni di mana-mana bahagian amat mudah untuk berlakunya keradangan. Paling kita takut jika ia terjadi pada bahagian salur darah kerana ia akan merosakkan salur darah tersebut. Kesannya ia akan meningkatkan risiko untuk penghasilan plak pada salur darah yang keradangan tu.


Bayangkan bila salur darah kita sihat, darah boleh mengalir dengan lancar dan jantung boleh bekerja dengan baik untuk mengepam darah. Rentak jantung juga bagus dan tiada tekanan. Tetapi bila salur darah tak ok, jantung kena pam lebih kuat dan menyebabkan pulse jadi tak cantik.


Bila kita amalkan Omega 3, ia akan membantu menurunkan trigliserida dalam badan yang akan mengurangkan risiko sakit jantung. DHA dan EPA yang terdapat dalam Omega 3 juga adalah merupakan sumber anti radang yang membantu salur darah tadi kembali sihat. Dengan menjaga diet dan mengamalkan pengambilan Omega 3 setiap hari, pasti ia membantu kita menghindari masalah berkaitan dengan jantung.


Sebagai tambahan, 60% daripada otak kita ni adalah lemak. Jadi sangatlah penting untuk kita mendapatkan lemak yang sihat untuk menyokong kesihatan terima otak kita. Omega 3 iaitu lemak sihat ni mengandungi DHA dan EPA yang bagus untuk membantu kesihatan neuron otak kita. Perlu ke neuron yang sihat? Mestilah perlu untuk memastikan transmission antara sel-sel neuron bersambung dengan baik.


Nanti saya sambung lagi sharing pada entri akan datang mengenai Omega 3 yang menyokong kesihatan sendi. Jumpa lagi.

August 4, 2017

PROMOSI Bulan Ogos! Shaklee Tawarkan E-Discount Voucher Bernilai RM60

Sempena bulan merdeka ni memang macam-macam Shaklee bagi! 

Beli 5 Omega Guard, dapat e-discount voucher RM60

BELI 5 BOTOL OMEGA GUARD DAN LAYAK DAPAT RM60 E-VOUCHER!
Untung tau, beli 5 botol boleh dapat e-voucher RM 60 utk pembelian akan datang. Nak beli untuk siapa? Kalau nak kira, tak cukup 5 botol ni satu family yang ada anak-anak bersekolah memandangkan ia bagus untuk otak. kena beli lagi banyak.




❤️COOLER BAG VIVIX & SUDU COMEL!
Ini Promotion bulan July yang diteruskan lagi untuk bulan Ogos.

So kalau beli 2 botol VIVIX, korang boleh dapat ni;
✔️keahlian free
✔️postage free
✔️bonus next month
✔️boleh beli cooler bag & sudu comel!

Selain tu, beli Men's Vital Health Set dan Amazing Golden set For Him pun melayakkan untuk dapatkan Cooler Bag pada harga seperti di atas.


Berminat untuk dapatkan produk vitamin Shaklee?
Hubungi;

Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084 

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Apa Sebenarnya Kolik Di Kalangan Bayi?


Kolik bayi adalah keadaan di mana bayi menangis dengan  kerap  untuk tempoh yang panjang tanpa apa-apa sebab yang jelas. Keadaan ini biasanya muncul dalam beberapa bulan pertama kehidupan bayi dan akan hampir selalu hilang dengan serta-merta  sekitar usia  bayi itu hampir lapan bulan. Kolik pada  bayi  lebih kerap berlaku pada  yang diberi botol (menyusu botol), tetapi juga boleh terjadi pada bayi yang diberi susu ibu.


Apa Itu Kolik Di Kalangan Bayi?
Kredit: Google


Punca terjadinya kolik  pada bayi belum  diketahui secara terperinci. Lagipun kekerapan bayi menangis antara satu sama lain pun tak sama. Jadi tidak ada persetujuan umum mengenai definisi kolik bayi. Cuma  ibu bapa harus ingat bahawa keadaan ini  boleh hilang  dalam masa tertentu. Ia bukan gangguan yang memerlukan rawatan khusus dengan segera. Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada  bayi itu mengalami  kolik adalah dengan  mengetepikan sebab-sebab lain seperti lapar atau lampin yang perlu ditukar.


Walaupun penyebab sebenar kolik bayi tidak diketahui pada masa ini, ahli perubatan profesional  telah membuat beberapa pemerhatian tentang mengapa keadaan itu mungkin dialami oleh bayi baru lahir. Apabila dilahirkan, bayi mungkin masih mempunyai sistem pencernaan yang tidak matang.


Sistem gastrointestinal sebenarnya hanya baru mula belajar untuk berfungsi. Otot pencernaan mungkin belum menghasilkan irama yang tepat untuk memindahkan makanan dengan cekap melalui saluran pencernaan. Ini mungkin menyebabkan gangguan perut yang kerap dan tidak selesa pada bayi dan mungkin dapat menjelaskan mengapa terdapat keadaan seperti kolik bayi dan mengapa hampir semua bayi menghidap kolik dalam tempoh enam atau tujuh bulan pertama kehidupan.




Penjelasan lain untuk kolik bayi, ia mungkin melibatkan ibu. Ada  makanan tertentu yang dimakan oleh ibu menyusui yang mungkin mengandungi bahan kimia dan alergen  yang dapat mengakibatkan ketidakselesaan  dan gangguan pencernaan pada bayi.


Melalui penyusuan, makanan  bergas dan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan perut  boleh disalurkan ke bayi melalui susu ibu dan menyebabkan gas dan kembung pada bayi. Bayi sering menelan udara semasa memberi makan atau semasa menangis, yang mungkin akan meningkatkan gas dan kembung dan menambah beberapa ketidakselesaan kepada bayi.


Pada masa ini tiada rawatan perubatan yang diterima umum untuk kolik bayi. Pakar perubatan mungkin mengambil pendekatan yang berbeza dalam usaha merawat keadaan. Ramai doktor percaya bahawa kolik bayi kini tidak dapat dibasmi, dan sebaiknya dibiarkan lazimnya dijalankan. Apa yang boleh dilakukan ibu adalah cuba menjadikan bayi selesa. Langkah-langkah menenangkan, seperti penggunaan pacifier dan buaian secara  lembut mungkin berkesan untuk menenangkan bayi semasa menangis.


Sesetengah ibu bapa boleh bergilir- gilir  memegang bayi dalam posisi tegak atau duduk  yang juga boleh membantu  mengurangkan rasa sakit dan menangis bayi. Ubat-ubatan homeopati tertentu juga boleh digunakan sebagai pilihan yang sangat baik untuk merawat gejala-gejala kolik bayi. Rawatan homeopati dianggap selamat dan bebas alergen tanpa kesan sampingan yang diketahui. Ia bergantung kepada ibu bapa untuk mempertimbangkan alternatif tersebut selagi mereka mendapati ia sangat berkesan dalam menangani gejala kolik.


Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...