Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Bayi Menyusu Susu Ibu Lebih Mudah Mengalami Kolik?

Sebaik sahaja bayi baru sahaja dilahirkan, doktor menggalakkan agar ibu menyusukan bayi. Ini kerana susu yang keluar sebaik sahaja ibu melahirkan  mengandungi nutrien dalam kepekatan yang sangat bagus untuk bayi. Ia juga mempunyai antibodi, yang menjadi barisan pertahanan pertama terhadap bakteria dan virus berbahaya.

Kajian menunjukkan bahawa seorang ibu boleh terus menyusu anak sehingga mencapai umur 4 tahun. Tetapi kerana ketika usia sebegitu, ramai bayi dah mula mempunyai gigi, kebanyakan ibu memutuskan untuk menggunakan pam atau menukar ini untuk susu buatan.

Salah satu cabaran pertama yang  ibu bapa akan hadapi dalam  tempoh enam bulan pertama adalah keadaan di mana bayi mengalami masalah kolik atau kembung perut. Pada waktu ini, bayi akan menangis tanpa alasan dan boleh berlarutan selama dua hingga tiga bulan.

Sesetengah doktor percaya bahawa kolik berpunca daripada  penyusuan secara terus oleh ibu kepada bayi. 

Terdapat dua teori yang menjelaskan perkara ini. Yang pertama ada…

Tips Mendapatkan Barang Keperluan Bayi Tanpa Keluar Shopping

Mengetahui berita kehamilan  adalah berita terbaik yang ditunggu oleh semua ahli keluarga.  Ia juga merupakan perkara kedua terbesar selepas berita tentang  perkahwinan. 

Untuk bergelar ibu buat kali pertama, mungkin agar sukar untuk menentukan dan membeli barang-barang keperluan bayi. Bakal ibu  perlu menyenaraikan terlebih dahulu  semua perkara yang diperlukan oleh bayi. Kemudian, belilah sedikit demi sedikit sementara menanti tibanya hari yang dijangka.

Tetapi ada satu lagi cara mudah untuk mendapatkan  hampir kesemuanya, tanpa keluar shopping. Hehe. Bestkan dengar macam tu.  Penyelesaiannya adalah untuk mengadakan pesta mandi bayi! Alaa..."Baby Shower".  Apa yang perlu bakal ibu fikirkan adalah menu untuk tetamu pada hari tersebut. 


Ok, sekarang tak perlu fikir tentang barang-barang bayi dah. Cuma fikirkan sahaja tentang majlis  yang bakal diadakan nanti.  Apa temanya, yang akan menjadi konsep pada hari tu.

Ada beberapa cara untuk bakal ibu  memilih dan menentukan tema …

Petua Banyakkan Penghasilan Susu Ibu - Part 1

5 tahun yang lalu, ibu-ibu yang baru bersalin seakan-akan berada dalam satu fenomena untuk masing-masing menyusukan sendiri bayi mereka. Kebetulan pula masa tu Attiey sedang bekerja di Unit kewangan salah sebuah hospital di pantai Timur yang menyokong penyususan susu ibu. Bayi yang baru dilahirkan WAJIB menyusu dan nurse yang bertugas akan pastikan teknik lekapan adalah betul sebelum meninggalkan hospital.

Mungkin di hospital, ibu-ibu bersemangat untuk menyusukan bayi tapi bila kembali ke rumah masing-masing, ada yang mengadu dan komplen susu badan tak cukup. Akibatnya, bayi dihentikan susu ibu.

Masih ramai yang tak faham dengan prinsip asas penyususan susu ibu. Kesannya macam tadilah. Timbul rungutan yang memberitahu susu merudum.


FAHAMI PRINSIP ASAS PENYUSUAN

1. Kerap susukan bayi

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi anda supaya dia menghisap dengan betul. Kalau bayi tidur lebih dari tiga jam, kejutkan dia un…

Jerawat Bernanah Di Muka Jadi Mimpi Ngeri Boleh Dihilangkan. Bagaimana?

Klise tak dengan tajuk macam ni? Takpe, biar tajuk klise tapi jalan penyelesaian sangat berbeza namun berkesan. Chewaaah.

Bagi yang tak pernah merasa, mungkin ini bukan satu perkara besar tapi percayalah, apa yang atiey kongsikan ni boleh jadi jalan penyelesaian buat yang memerlukan.


Bayangkan bila kunyit berminyak, berjerawat teruk dan bernanah serta gatal pula. Apa lagi nak dibuat kalau bukan tangan gatal nak memicit untuk pecahkan jerawat.Kenapa? Tak tahan. Tapi dalam tak tahan tu tetap juga takut nak basuh muka sebab risau muka berdarah. Haa...tulah yang dihadapi oleh akak kecik molep iaitu Puan Siti Noriza Saleh.

Teruskan membaca kisah beliau↴↴↴


Macam-macam pencuci muka saya guna, malahan sampai saya terlalu terdesak sehinggakan sanggup beli produk kecantikan yang "hari ni guna, 3 hari dah cantik":"!!...betul, sebab saya terdesak sangat sangat nak dapatkan kulit muka yang bersih. tapi, makin teruk dan makin teruk!!! makin bernanah dan sangat perit..lagi lagi nanah d…

Minuman Tenaga Yang Dijual Dalam Bentuk Serbuk ?

Bila sebut minuman tenaga, apa yang terbayang dan bermain-main dalam fikiran anda? Kalau 10 tahun dulu, sudah tentunya minuman isotonik seratus plus tu. Brand lain tak kenal.

Tetapi rupanya ada yang lebih hebat sekarang ni. Minuman tenaga ni sangat terkenal untuk atlet dan makin tinggi permintaan bila tiba bulan puasa. Bukan air milo, bukan air Horlics. Tetapi minuman tenaga Performance Drink Shaklee.

Ia dijual dalam bentuk serbuk. Serbuk ni kalau celup jari dan rasa di lidah pun sangat sedap. Lazat. 
Macam ada seorang pengguna ni bagitahu. 
" Kalau dulu dulu saya tak pandang sangat apa istimewanya kelebihan performance drink shaklee ni...Memang ada sentiasa setin kat rumah tapi jarang berusik, hanya bila demam atau cuaca panas terik baru saya minum, tu yang sampai keras2 serbuk tu.. Dan hanya minum ketika mengerjakan umrah tapi tak tahu terperinci pentingnya minuman tu. Tapi selepas baca serba sedikit tentang pentingnya minuman elektrolit dan diberi penjelasan secara terperinci…

Pengakuan Seorang Ibu, Kesan Selepas Mengamalkan Vitamin Shaklee

Macam-macam pengakuan yang kita boleh baca sebulan dua ni. Ada di facebook, ada di website. Pengakuan ni ada yang baik dan ada yang sebaliknya.


Masa yang ada ni, saya nak kongsi juga satu pengakuan oleh seorang ibu iaitu Puan Ayu yang pada mulanya memang tak pandang sebelah matapun pada supplemen Shaklee tapi apa jadi bila beliau sendiri yang merasai kesannya?

***************
Kisahnya bermula; ***************
Saya Ayu, ummi kepada 3 orang permata hati. Berusia 32 tahun dan bekerja. Saya mula mengenali Shaklee sewaktu berpantang anak ke 3 pada hujung Disember 2013 lalu.Dulu, saya tak suka dengan Shaklee,sebab hanya menganggap ia sekadar MLM.


Apa yang membuatkan saya mencuba Shaklee iaaah apabila saya mencari set berpantang yang terbaik, setelah saya mencuba 2 jenis set berpantang yang berbeza pada dua kelahiran yang lalu.


Namun keduanya tidak memberikan saya kepuasan. Bila ditanya, ramai yang suggest Shaklee,namun saya rasa was was lagi, Sehinggalah saya bertanya dalam group kawan2 sekolah…

Apakah sebenarnya kolagen?

Kolagen bertindak seperti "gam" yang mengikat tubuh kita dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak dalam kulit. Kolagen ni dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit  kita lebih tegang, elastik dan gebu, mengecilkan liang pori, mengurangkan kedutan dan garis halus, merangsang kulit supaya lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.


Pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan apabila umur bertambah, menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah.


Terdapat  29 jenis kolagen dan 90%  adalah dari jenis kolagen I, II, III dan IV.


Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponene utama tulang) dan gigi.


Kolagen II pula pada tulang rawan (komponen utama tulang rawan) , mata.


Kolagen III terdapat pada reticulate (komponen utama retikular serat). rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, j…

Sukan PASTI Raisha 2017

Acara wajib setiap tahun bagi anak-anak PASTI adalah sukan atau lagi tepat kita sebut sukaneka.  Acara ni dah lama. Awal tahun hari tu lagi. Tapi semalam baru jumpa balik gambar, terus buat entri lah.

Tahun 2017 sukanekanya macam hanya ambik syarat buat sukan sebab ada 3 acara je untuk  setiap murid. Mungkin sebab nak pendekkan masa kot. Kalau nak banding tahun 2015 dulu, agak banyak acara dan habis dalam pukul 1 lebih. kali ni habis dalam pukul 11 lebih kalau tak silap.

Pembahagian hadiah pun lebih cepat dan semua dapat pingat. Semua pingat adalah "Tempat Pertama" dan semestinya warna Gold. Hehe.. Oklah tu, budak-budak suka.

Tahun depan Kakak dah 7 tahun. Masuk tahun 1 nanti macam mana lah ye agaknya. Cepatnya masa berlalu.

Beginilah Rupa Bila Travel Balik Kampung,

Zaman kecik-kecik dulu selalu berangan nak duk luar dari negeri kelahiran dan pasang impian macam-macam. Allah memang menurut sangkaan hambaNya. Lagipun , apa yang kita fikirkan tu lama-lama bila dah selalu sangat dia jadi aura tarikan.

Allah betul-betul jodohkan dengan jejaka luar negeri kelahiran. Hehe.

Jadi, bermulalah episod balik kampung setiap kali beraya atau bila ada keperluan menjenguk mak abah.


Selalunya, kalau esok nak gerak, malam ni Atiey tidur agak lambat sebab sediakan barang-barang mentah untuk masak sebagai bekal dalam perjalanan. Suami tak suka makan kat kedai. Satu sebab harga agak mahal. Satu lagi suami pentingkan kebersihan. jadi, kitorang ngap-ngap dalam kereta je. Kalau lapar, berhenti tepi jalan dan keluarkan makanan, makan dalam kereta. Tapi bukan kat tepi highway la kan. Jalan-jalan kampung agak selamat.





Haa, macam ni lah rupanya bahagian seat depan tempat letak kaki tu setiap kali balik kampung. Bukan tak boleh letak  belakang tapi macam lagi senang nak cap…

Enjin Carian Selain Google Yang Sesuai Untuk Anak-anak

Anak-anak bila tengok umi mengadap Google, dia pun nak join sama. nak cari itu nak cari ini. Yang paling banyak nak tengok gambar. Kalau jumpa Youtube, melompat-lompat.


Bagi ibu bapa yang nak bagi anak-anak cari sendiri bahan-bahan belajar kat dalam internet tapi risau kalau anak-anak jumpa benda pelik-pelik, boleh gunakan Kiddle ni.


Caranya mudah je. Search http://www.kiddle.co/  dan anda akan terus dibawa ke web page yang betul.






Menariknya Kiddle ni dia berwarna warni yang sesuai dengan jiwa anak-anak. Tulisan kat kotak carian pun berwarna tau.






Hasil carian pun sesuai dengan carian untuk anak-anak. 



Jadi, kepada ibu bapa, cepat-cepat setkan enjin carian yang comei ni untuk kegunaan anak-anak.

SET KESUBURAN SHAKLEE BANTU KAWAL DIABETES DAN HB LOW SEMASA HAMIL

Assalamualaikum.

Dah ada beberapa entri sebelum ni yang Atiey cerita tentang masalah Hb yang rendah dan dibantu oleh supplemen Shaklee. Salah seorangnya adalah adik ipar atiey sendiri ketika hamil anak sulung.


Kali ni Atiey nak kongsi cerita yang berlaku kepada kawan satu course masa di UiTM dulu. Semoga ada yang boleh anda jadikan sebagai jalan penyelesaian.


Kawan Atiey ni, namanya Yani. Lama dah lost contact. Tup-tup jumpa dalam Fb. Tu yang tahu cerita dia ni. Jom baca bagaimana Yani cuba  usahakan untuk dapat bayi kedua. Seterusnya apa yang Yani lakukan bila doktor sahkan alami Diebetes semasa hamil dengan keadaan Hb pula yang rendah.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t dengan nikmat yang diberikan kepada hambanya. Yani nak berkongsi pengalaman yani sendiri menggunakan set kesuburan untuk hamil. Supplement ni asbab sahaja tetapi yang memberi sudah pasti pencipta kita kan!


Yani berkahwin pada tahun Mei 2008 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada bulan April 2009. Pada yani, ya…

Bila Kolestrol Dalam darah Terlalu Tinggi, Lelaki Ini Terpaksa Buat Pilihan...

Selamat  Hari  Raya kepada semua. Memandangkan kita baru dalam minggu kedua Syawal, kiranya tak terlewat untuk Atiey nasihatkan supaya berpada0padalah ketika menjamu selera di rumah terbuka atau majlis-majlis sempena hari raya ni. Bukan apa, kadang kita tak tahu keadaan dalam badan kita ni. Tup-tup bila check darah, kolestrol tinggi. Bahaya tu.



Nilah, pasal kolestrol ni Atiey nak share apa yang  Pn. Noor Azmiah dan suaminya Encik Huzair kongsi di page Supermom Shaklee Story.  Menarik jugak bila baca satu-satu bagaimana Encik Huzair ni memang tak suka pun makan supplemen sampai biar je tikus yang bawak lari. tapi apa jadi lepas tu? Meh baca.
=======================⇊ ⇊ ⇊ ⇊======================
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee.


Orang kata kalau tak kenal tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul2 jatuh cint…

Masalah Bacaan Hb Rendah Semasa Mengandung Boleh Diatasi . Buat Macam Ni Untuk Naikkan Hb.

Ngeri bila fikirkan setiap kali nak pergi check up nanti kena sound dengan misi. Bukan sebab lain dah. Sebab Hb rendah. Nanti kena bebel. Hik hik. Penakut pula tiba-tiba kan.



Masalah ni bukan Atiey sorang je yang rasa. Ramai ibu-ibu yang berpengalaman dengan benda ni. Masa mengandung anask sulung Hb ok je, tapi yang kedua ritu drop sampai 10.6. Cuak jugak.
Macam Puan Siti Aishah ni, beliau ada cara nak counter balik Hb supaya jadi lebih baik semula.


Meh baca kejap ⇓⇓

Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan.


Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’.... Bile ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari ape2 supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.


Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan…

Nurse Pun Terkejut....Apa Yang Dia Buat Sampai Susu Badan Tiba-tiba Jadi Banyak ?

Diceritakan oleh  NOR ZARITA BINTI MAT SALEH


Assalamualaikum..

Nama saya Nor Zarita Binti Mat Saleh berumur 31 tahun.... sebenarnya saya mula kenal shaklee penghujung tahun 2012 ...masa mula mengandungkan anak sulung.Bila anak sulung..kita excited nak bg yang terbaik kan.... saya hanya cari info kt google je masa tu n cari seller shaklee pun kt google. Seller tu suggest esp utk ibu mengandung Tapi malangnya tekak saya tak mampu nak telan esp sebab alahan yang teruk.


Akhirnya esp tu saya wakaf je kat ahli2 dalam rumah..Lepas bersalin anak sulung, saya terjebak lagi dengann shaklee. Kali ni kawan pula yg suggest sebab masa tu saya nak bnyakkn susu. Tp saya tak ambil dari awal, kalau tak silap dua atau tiga bulan lepas pantang. Sebabnya esp kan soya,mak tak bagi sbb tkut sejuk. Saya pun ikutkan jela.


Habis pantang saya minun esp tp tak konsisten. Ikut suka je sbb mcm tak yakin je . Lagipun sebab kena “brain wash” dengan mak. Mak memang pantang anak atau menantu dia makn bukan-bukan lepas be…