Blog Archive

April 28, 2017

Jom ke HQ Shaklee Yang Baru di Menara Geo, Bandar Sunway, PJ

Assalamualaikum dan hai.


Nak tahu kat mana dimana HQ Shaklee yang terbaru? Tu dah bagitahu kat tajuk kan. Hehe. Baru je diorang pindah ni. 25 April yang lepas. Kiranya sehingga entri ni ditaip, baru  empat harilah diorang beroperasi kat sana.



Alamatnya adalah :

Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: +603-5622 3188 Faks: +603-5622 3199


Perkara baru yang ada kat tempat baru ni adalah tak perlu susah-susah fikir nak cari parking dan naik lif sebab tempat untuk beli vitamin tu semua dah berada di ground floor. Konsepnya pick and pay. 


Vita-Lea yang berusia 100 tahun ada kat situ u'olls..yang botol besar tu.

Bestnya pilih-pilih dan pilih masuk bakul.





Set Get Clean kegunaan di rumah.


Shaker biru yang cantik ni dah boleh beli dengan harga RM27.56 sebotol




















Barisan cik Vivix yang jadi rebutan ramai.
Untuk menjamin  kualiti, disimpan dalam tempat yang bersuhu rendah.


Kalau kat bawah ni hanya tempat shopping, bilik seminar dan kelas kat mana? Jawapannya adalah di Tingkat 3. Jadi lepas ni kalau ada heatlh & wellness talk dan apa jua mesyuarat akan diadakan di situ.


Jangan lepaskan peluang tinggalkan jejak anda disini dan alang-alang dah sampai tu, belilah supplemen dengan id 869588 (Nama Pengedar: Rafhati)  ye. Hehe. Terima kasih.


Semoga membantu!

Mencari Pengedar Aktif Shaklee di Melor, Kelantan?

Assalamualaikum dan hai.



- Adakah anda tengah mencari cara untuk mendapatkan produk Shaklee dan anda berada di Melor sekarang ni?

- Bagaimana anda nak tahu cara pengambilan supplemen Shaklee dan memerlukan guide dari Pengedar Shaklee yang sah?


Ada berita baik kerana di Melor, anda boleh hubungi Puan Syamimi.


Jangan risau juga kerana selain berkongsi manfaat dengan menjualnya, beliau juga mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee ni. Kiranya testimoni bergeraklah juga.


Tak sabar nak tahu bagaimana nak hubungi beliau?


Anda boleh dail untuk bercakap terus dengan beliau ataupun Whatsapp ke nombor  0194549071



Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.


 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Pengedar Sah Shaklee Peringat, Kelantan.

Assalamualaikum dan Hai



Bagaimana nak cari produk Shaklee di kawasan anda?
Masih tercari-cari kioisk atau stokis Shaklee?


Pertama sekali, ingin saya beritahu bahawa Shaklee tidak pernah mewujudkan sistem stokis untuk produknya. namun ini tak bermaksud ianya susah untuk diperolehi kerana di Peringat, Kelantan ada seorang Pengedar Sah Shaklee yang sedia untuk berkongsi khasiat dan manfaat dari vitamin-vitamin Shaklee.


Jangan risau juga kerana selain berkongsi manfaat dengan menjualnya, beliau juga mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee ni. Kiranya testimoni bergeraklah juga.


Tak sabar nak tahu bagaimana nak hubungi beliau?


Hubungi Puan Syamimi di nombor 0194549071 untuk pertanyaan dan pesanan supplemen Shaklee.


Jika anda berada berdekatan dengan beliau, mungkin beliau akan COD. Apapun, cuba hubungi terlebih dahulu ye.


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Pengedar Sah Shaklee Batu 9, Cheras Selangor

Assalamualaikum dan Hai




Hari ni saya nak gembirakan anda yang berada di Batu 9, Cheras. Kenapa? Sebab kat tempat anda ada Pengedar Sah Shaklee yang boleh terima order anda. Untung kalau sekitar situ, boleh terus COD.

COD ni maknanya Cash On Delivery iaitu buat pembayaran setelah barang diterima.


Bagaimana nak hubungi beliau?

Ok, namanya Asyikin dan boleh hubungi di nombor 0199619736. 


Jangan fikir dua tiga kali dah.Whatsapp sekarang ye.



Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH. 

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Kenapa Mesti Join Group Bisnes Terbaik Saya?

Pada hari Jumaat yang mulia ni saya nak ajak awak2 yang sedang mencari bisnes untuk dijadikan sebagai pendapatan sampingan atau tetap, untuk sertai kami dalam bisnes ni.

Berbisnes Shaklee dengan GROUP SHAKLEE NO 1 DI MALAYSIA!


Perkara pertama dalam memilih bisnes ialah PEMILIHAN MENTOR. Mentor yang baik akan membawa awak2 kepada kejayaan dunia akhirat. Mentor yang sebaliknya? Naudzubillah.

Jadi saya nak terangkan kelebihan berbisnes Shaklee dengan group saya:


✔1. COACHING ONE TO ONE

Sekiranya awak serious membina empayar bisnes, saya akan bimbing awak secara personal.


✔2. SISTEM DAN SILIBUS TERSUSUN

Saya akan bimbing awak untuk melangkah satu persatu, apa yg perlu awak buat untuk bisnes Shaklee.


✔3. MENTOR YANG BERPENGALAMAN

Saya sudah 4 tahun mengamalkan dan berbisnes Shaklee (Lama la tu). Saya pasti dapat menjawab segala persoalan awak dan sama-sama berlari ke puncak jaya.


✔4. SENTIASA AVAILABLE 24 JAM

Saya sentiasa sedia membantu awak di setiap masa awak perlukan. Kerana kita boleh online 24 jam.


✔5. MENTOR YANG POSITIF DAN PROAKTIF

Saya pastikan ahli-ahli group saya mendapat info dan tips terbaik. Oleh itu saya akan sentiasa gigih berkongsi ilmu-ilmu yang saya pelajari dengan awak.


✔6. TUKAR GAYA HIDUP KE LEBIH POSITIF


Awak jarang membaca? Awak banyak hutang? Awak selalu tertekan? Semuanya akan saya bantu untuk awak selesaikan.


Contact saya dgn kadar segera kerana saya membuka peluang untuk 10 orang sahaja kali ini untuk saya bimbing hingga berjaya menjana 4 angka dalam masa 6 bulan.


Atiey Mohamad
0139218084

April 24, 2017

Berbaik Sangka Dengan Allah SWT

Assalamualaikum,

Saya terima email ini dan merasakan perlu untuk berkongsi dengan anda semua.

"Sabar adalah kata yang sangat 
mudah diucapkan,tetapi sukar 
sekali dilakukan.

Begitu sukarnya sehingga membuatkan 
ramai orang tidak sanggup menanggungnya.


Sabar bererti menahan diri. 
Menahan diri dari amarah,

menahan diri melawan hawa nafsu, 
menahan diri dari semua godaan 
yang datangnya dari dalam 
atau dari luar diri kita.


Menunggu redha Allah, 
menunggu terkabulnya doa,

menunggu datangnya jodoh, 
juga termasuk sabar.

Bahkan dari semuanya, 
sabar inilah yang termasuk

sabar yang sangat sulit dilakukan.


”Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu,

maka sesungguhnya kau berada dalam penglihatan Kami,

dan bertasbihlah serta memuji Tuhanmu saat kau bangun berdiri."

(QS. At-Thuur: 48)


Kadang-kadang kita sudah berdoa 
berbulan-bulan,bahkan bertahun-tahun, 
tetapi tidak satupun doa kita

yang dikabulkan. 
Kita sudah menunggu dan menunggu 
lama sekali, tetapi tidak ada satupun 
yang kita minta dikabulkan.

Padahal kita sudah berusaha dengan baik,

sudah setiap hari beribadah, sudah 
setiap hari berbuat baik kepada setiap orang.

Tapi kenapa doa-doa kita belum ada 
yang terkabul?


Apakah Allah tidak mendengarkan kita?

Apakah Allah menganggap doa kita buruk?

Apakah Allah sengaja tidak mengabulkan doa kita atau bagaimana?


Tenang ya saudaraku. 
Ini adalah sebahagian dari proses terkabulnya doa.

Mungkin ada sebahagian darimu yang merasa kesal,

tetapi di sinilah Allah ingin memberikan sesuatu yang

lebih besar lagi dengan mengujimu dengan kesabaran.


Tetapi pentingnya, saat ini Allah sedang memintamu 
untuk bersabar.

Jangan berburuk sangka dulu. 
Justeru itu, pahalamu akan dilipat gandakan.

Jika bersabar dalam menunggu redha Allah,

imanmu tingkatannya akan dinaikkan.


Sabar adalah sebahagian dari ujian.

Sabar adalah kunci kepada Rezeki 
yang melimpah ruah.

Inshaa Allah"


Wassalam.

Ir.Hj. Ezwan

Makan Buah Tak Ori. Apa nak buat?

Zaman kecik dulu kemain mengadap kacang hijau bersalut tepung putih tu. Tak tahulah pulak apa nama kacangnya.

Sangkaannya memang kacang tu hijau begitu dari azali. Rupanya celup warna semata-mata. Tertipu pulak rasa.

Sebenarnya macam-macam dah jadi kat buah-buahan yang kita makan ni.

Peram dengan bahan kimia
Celup dengan pewarna tiruan
Cucuk pemanis dan pewarna tiruan
Diubah genetik supaya senang dimakan

Tak hairan sekarang ni muda-muda dah kena macam-macam penyakit sebab makanan kita dah tak macam dulu. Tapi nak buat macam mana. Kena follow je perubahan teknologi dan sains ni kan.

Cuma kita boleh ubah keadaan dengan menguatkan sistem pertahanan badan kita. Pilih makanan tambahan yang terbukti berkesan dan selamat. Yang tak ada perasa tambahan, tak ada pemanis tiruan & tak ada pewarna tiruan. Satu lagi,telah diuji secara klinikal oleh saintis yang sah, bukan bancuh di belakang rumah.

April 23, 2017

Tips Rahsia Untuk Jana Income Besar Tanpa Henti

Assalamualaikum dan Hai semua.





Tak mustahil sebenarnya untuk mencapai pendapatan 5-6 angka setiap bulan tetapi perlu ada caranya. Antara kaedah yang telah diamalkan dan terbukti berjaya adalah;

1- Wajib ada Big Why. Setkan apa yang menyebabkan kita perlu dapatkan kejayaan dalam apa yang kita buat.


2- Have a vision-long term and short one. Begin with the end in mind.

3- Mindset of a winner-focus on solutions rather than problems.

4-Create a positive circle.

5-Build a team

6-Branding-position yourself the right way in public.

7-Unique selling points. Cari kelainan yang unik untuk menonjolkan keistimewaan  bisnes kita.

8-Find passion . Tanpa rasa cinta, mana datangnya kesungguhan untuk berjaya? Buat dengan terpaksa takkan mendatangkan hasil yang umpph.

9- Invest in knowledge. Jangan terlalu berkira untuk ilmu yang dapat kita memberi pulangan berganda kepada kita.

10)Keberkatan. Jadikan Allah SWT sebagai yang utama dan teratas dalam hidup dan dalam perniagaan kita.



Kongsi ilmu ini jika ia memberi manfaat kepada anda. 


Cara Yang Selamat Untuk Potong Kuku Bayi



Assalamualaikum dan Hai.

Selamat menyambut ahli keluarga baru dalam hidup anda. Jika anda baru sahaja bergelar ibu, sesetengah perkara akan membuatkan anda rasa khuatir. Bimbang kalau-kalau cara tu salah dan tak tepat.


Menjadi kebimbangan dan menimbulkan rasa gerun kan untuk potong kuku bayi ni. Memanglah sekali fikir tak perlu potong sebab jari bayi duk dalam sarung tangan je. Tapi tak salah untuk kita merapikan mereka.


Jadi, boleh follow cara-cara berikut:


1- Usap dan sentup tangan bayi dengan lembut sebelum mula memotong kuku. Ini untuk memberikan rasa lebih bersedia dan supaya bayi tak terkejut.


2- Cari waktu yang sesuai untuk memotong kuku. Kalau Atiey sendiri, Atiey suka potong kuku diorang selepas siap mandikan sebab masa tu mood baby tengah ok dan kuku pun lembut.


3- Tangan bayikan biasanya akan menggenggam. Jadi, mulakan dengan kuku jari tangan dengan cara menahan jari-jarinya satu persatu. Atiey akan pastikan jarinya ke atas, baru mula potong.


4- Gunakan gunting khas untuk memotong kuku bayi macam dalam gambar kat bawah ni. Hujung gunting tu tak macam gunting biasa sebab dia ada bentuk bundar dan tak tajam. Selamat.


Tak perlu gunting terlalu rapat dengan isi nanti boleh mencederakan bayi. Kang tak pasal-pasal maknya pun ternangis sama. Lagi satu, tak perlu buat bentuk sebab kuku bayi ni cukup untuk kita nak pendekkan saja.


5- Dah siap, lap jari dan tangan bayi. Pastikan cebisan kuku yang dah dipotong tu tak tertinggal dalam tapak tangan bayi.


Semoga info yang Atiey kongsikan ni bermanfaat dan dapat membantu anda.

Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Masalah Tekanan Darah Rendah



Assalamualaikum

Masalah tekanan darah rendah boleh menyebabkan kita rasa pening, loya, susah nak berdiri dan mudah pitam.


 Apabila  mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan  seseorang tu  mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan.


Menurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.


Tambah beliau, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.


Tekanan darah rendah


Katanya lagi, tekanan darah rendah merupakan suatu situasi yang boleh dirawat dan apa yang penting adalah untuk mengetahui apakah punca sebenar berlakunya tekanan darah rendah.


Begitupun, Dr. Ismail mengingatkan bahawa tekanan darah sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti emosi, tahap tekanan, aktiviti fizikal, keadaan semasa (demam atau tidak), saiz tubuh badan, posisi badan, makanan yang diambil serta suhu persekitaran.


Dan disebabkan itulah bacaan tekanan darah boleh berubah-ubah dalam selang masa yang singkat dan kebiasaannya bacaan tekanan darah lebih rendah pada waktu malam.


Antara penyebab tekanan darah rendah adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.


Dr. Ismail turut menjelaskan tekanan darah rendah adalah berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti penyakit jantung koronari, lemah jantung, gangguan rentak jantung, masalah injap jantung, penyakit buah pinggang, kencing manis yang tidak terkawal, paras gula rendah, penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakti adrenal dan tiroid, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain faktor genetik.


Ia juga tidak terkecuali kepada mereka yang mengalami alahan yang teruk dan situasi ini boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.


“Tekanan darah rendah boleh mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi.


“Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan.


“Tetapi perlu dinyatakan di sini bahawa tekanan darah boleh berubah-ubah dalam tempoh masa yang sekejap sahaja di mana ianya boleh naik ataupun turun dan mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang itu," ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.



Ikhtiar Dengan Vitamin Shaklee


  • Vitalea 
- merupakan multivitamin  yang lengkap dan seimbang (28 jenis vitamin dan mineral)
- mengandungi formula iron untuk pembentukan sel darah merah  dan menghasilkan sel darah sihat
- zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.




  • Vitamin C Plus

- membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi
- bantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan



  • B Complex
-Membantu  mengurangkan stress dan menghasilkan tenaga.
-Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin
-Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk B12 dan folat.



  • Soya Protein ESP
-Membantu meningkatkan tenaga



  • Mealshakes
-Minuman yang lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral




  • Ostematrix
-Sumber kalsium yang penting untuk mengawal selia tekanan darah


Bagaimana nak dapatkan ?

Hubungi Atiey mengikut pilihan di bawah.

Facebook: Attiey Mohamad
Fan Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084


 Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!


Info: Utusan

Demi Mencari Buku "Nutrition.Immunity.Longevity"...


Assalamualaikum dan hai semua.

 Nak cerita pasal satu buku yang tajuknya macam saya Atiey sebut kat atas ni. Dah lama duk aim nak beli buku ni. Sejak Sarah Nutritionist Shaklee bagitau dan cadangkan buku ni untuk semua orang baca, terus  masukkan dalam wishlist.

Sebelum ni dah pernah ajak hubby p cari kat MPH tapi memang takdelah sebab buku ni ada kat Kedai Buku Popular je. So korang kalau tengah cari buku ni pi larik tuju kat situ je tau.


Malam lepas solat Maghrib, mintak dengan encik suami nak pergi Aeon Bukit Raja tu ha sebab kat situ je ada Popular. Tak lama lepas tu Adib tidur. hrmmmm, lagi sonang kojo omak. Hihi. dari lepas Maghrib jadi lepas Isya' sebab nanti kangberkejar keluar kang jadi pape tal solat, haaaa sape nak qadha' kan?


Sampai kat Aeon Bukit Raja Tingkat 2 tu dah 9.30 malam. Diorang tutup pukul 10 malam. Lajuuuuuu carik.


Dikelilingi buku-buku dan dapat bau buku tu, syorgaaaa nye rasa. haa, tu syurga dunia baru. Syurga betul-betul camno? Kompem lagi bahagia kan.


Harga asal RM32 sebuah tapi masa Atiey beli ni, 17/4/2017, harga cuma RM25.90. Banyak beza tu.






Buku ni ditulis oleh DR. Jau-Fei Chen, PhD (Immunologist) dan bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris yang mudah difahami. Kiranya kalau tak pernah belajar tentang hal kedoktoran pun boleh fahamlah.


Antara isi kandungan buku ni ialah:




Bagi yang nak tahu lagi lanjut, meh cepat-cepat beli buku ni.


Tengok jam kat kaunter nak bayar tu dah pukul 9.45 dan tak lama lepas tu lampu dah tutup satu, satu dan satu...


Apapun, kat dalam kereta rasa tak sabar nak buka plastik dan baca buku ni. Hihiks.. Sape macam Attiey (suka buku), angkat keyboard okeyhhhhh..

Babai,



April 17, 2017

Cara Betul Bancuh Soy Protein ESP Supaya Tak Berketul

Assalamualaikum dan hai.

Orang kata bancuh ape pun senang jekan tapi kalau tak kena caranya, bukan rasa je kurang sedap tapi nutrisi pun tak dapat.


Esp ni kalau nak rasa yang lebih creamy dan tak berketul, guna shaker adalah yang terbaik. Tapi kalau nak guna gelas biasa pun boleh.


Dalam shaker Shaklee ada disertakan besi bulat macam dalam gambar atas ni. Tujuannya untuk sebatikan tepung dengan air.


Masukkan dua hingga tiga sudu besar ESP ke dalam shaker.


Tuangkan air suam. Agak-agak sesuai dengan tepung ESP. Jangan terlalu banyak pulak nanti cair pulak. Jangan guna air panas tau. Kalau tak proteinnya rosak pulak.


Inilah rupanya selepas ditaruh air.


Ready untuk "shake shake".


Dua tiga kali shake, cukuplah kan


Nampak tak macam mana rupa ESP yang telah siap disediakan dengan shaker? Nampak lemak berkrim kan.


Untuk pengetahuan, ESP boleh dicampur dengan kurma, badam, jus buah yang diperah dan banyak lagi kecuali minuman berkafein dan gas.

Semoga bermanfaat.

Kesan Pengambilan Shaklee Collagen Powder (SCP) . Kulit Cantik dan ...

Banyak dah baca fakta ttg SCP dalam web atau sumber-sumber lain yang anda percayai?

Mesti kalau adapun banyak menyentuh soal kulit je kan?

Tapi tahu tak kolagen memang sangat banyak manfaatnya, bukan setakat nak cantikkan kulit je.

Kolagen adalah protin yg paling banyak terdapat dalam badan kita. Ia ada dalam kulit, otot, salur darah, tulang, tendon, sistem pencernaan dan banyak lagi. Ia penting dalamm memberi kekuatan dan daya elastik pada kulit, baiki sel, dan sebagai gam utk lekatkan anggota-anggota badan kita.

Badan kita hasilkan kolagen secara semulajadi. Tapi bila dah masuk 30-an, production kolagen ni jadi slowdown... haaa masa ni la kita mula nampak kedut-kedut kat muka, lutut mula rasa bergetar, sengal sana sengal sini.... dan paling tak best, sekarang ni muda-muda pun dah rasa simptom-simptom tu.

Kenapa? Sebabnya banyak sangat benda yg boleh memusnahkan kolagen kita, iaitu

- pengambilan gula
- asap rokok
- pendedahan kpd matahari
- pencemaran udara
- kurang nutrisi
- stress

Sekarang dah tahu kan pentingnya kita amal colagen ni. Bukan setakat nak cantik je. Kolagen juga meningkatkan metabolisma tau. Memang kalau nak disenaraikankan manfaat colagen ni mmg banyak. Bukan sekadar untuk dapat kulit cantik je.

Cepat-cepatlah amalkan kokagen ni dan pastinya pilih yang paling terbaik iaitu Shaklee Collagen Powder.

April 14, 2017

Makanan Kesihatan Untuk Alergi Hidung

Assalamualaikum

Dalam Shaklee, ada beberapa supplemen yang boleh diamalkan untuk membantu mengurangkan masalah alergi atau alahan pada hidung.


  • Vivix

-melindungi  dan membaiki sel DNA
-memberi impak positif kepada pengawalan genetik
-menggalakkan pembentukan baru mitochondria (penjana tenaga)
-melambatkan pembentukan protein Advanced Glycation End (AGE) product


  • Nutriferon

-membantu meningkatkan sistem pertahanan badan


  • SR Vita-C

-membantu mengurangkan kesan keradangan/alergik


  • Garlic Complex

-antibiotik semulajadi


  • Carotomax

-Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan


  • Vitamin E

-membantu meningkatkan sistem pertahanan badan


  • Alfalfa Complex

- ejen detoks dan juga bersifat anti-keradangan



Facebook: Attiey Mohamad
Fan Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Tip Menarik Kekayaan Dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Adakah anda ingin memiliki banyak masa untuk keluarga?

Adakah anda mengidamkan kebebasan kewangan?

Ini adalah masanya untuk anda mula menarik kekayaan menjadi realiti hidup anda.

Tiada rahsia untuk menarik kekayaan dalam kehidupan anda.

Sebenarnya, dengan menambah beberapa langkah mudah ke dalam rutin anda setiap hari,

anda boleh merubah hidup anda ke arah kekayaan.


Berikut adalah 3 tip untuk menarik kekayaan dalam kehidupan:


1. Kenalpasti visi anda

Apakah yang anda inginkan daripada kehidupan anda?

Samada visi anda menarik kekayaan dengan memiliki rumah
banglo besar di tepi pantai atau hidup bebas daripada hutang,
cara terbaik untuk menarik kekayaan adalah strategi untuk mengenalpasti matlamat anda. Anda boleh mulakan hari ini.

Tuliskan segala yang anda mahukan dalam kehidupan anda.

Buat senarai matlamat yang akan membantu anda masuk dalam minda anda yang mana perlu untuk menarik kekayaan.


2. Uruskan Wang Anda

Apabila kita tersekat dalam belenggu kemiskinan, tindakan yang biasa kita buat adalah dengan elakkan daripada
melihat akaun bank, melainkan apabila sangat diperlukan.

Satu-satunya aspek penting dalam kekayaan adalah dengan

mengawal kewangan anda. Kenalpasti berapa yang anda hutang dan berapa yang anda perolehi.

Bincanglah dengan perancang kewangan untuk mendapatkan
status kewangan yang baik.


3. Hasilkan emosi tarikan kekayaan

Anda harus merasakan dengan penuh emosi apabila  membayangkan tentang kekayaan. Secara tidak langsung, tarikan kekayaan bertindak.

Menurut hukum tarikan, emosi positif yang kuat akan menarik tindakan positif yang kuat.

"Saya kongsikan email yang saya terima daripada Ir Hj Ezwan. Semoga bermanfaat."

Pengedar Aktif Shaklee Jalan Mat Raji, Klang

 


Rasanya belum terlambat lagi Atiey nak war-warkan program yang sangat bermanfaat kepada semua iaitu Health & Wellness Talk Shaklee pada bulan April ni.

Apa ada dalam Health & Wellness (H&W) ?

Pertamanya, perkongsian tentang maklumat tentang vitamin dan kesedaran tentang menjaga kesihatan tubuh badan serta kepentingan vitamin dalam mencegah penyakit yang kronik.

Kedua, ada penerangan tentang produk serta manfaatnya oleh Pakar Nutrisi Shaklee.

Ketiga, pelbagai info mengenai kesihatan dan keperluan nutrisi oleh tubuh kita.


Macam dalam video kat bawah ni, diadakan juga  demonstrasi penggunaan produk kecantikan  serta diberi penerangan mengenainya. 





Untuk siapa H&W ni?

Terbuka kepada semua yang ingin hadir untuk mendengar dan mendapat ilmu tentang kesihatan. Sid amat dialu-alukan untuk memperkemaskan lagi pengetahuan dan meningkatkan lagi keyakinan untuk berkongsi manfaat produk Shaklee.


Pada bulan April ni, tarikh dan tempat adalah seperti berikut.


14 April 2017
H&W Talk (BM) 
08:30 PM ~ 10:00 PMBayview Hotel, Melaka

17 April 2017
H&W Talk (BM) 
 02:30 PM ~ 04:00 PMPenang Branch

18April 2017
H&W Talk (BM) 
02:30 PM ~ 04:00 PMHome Office

19April 2017
H&W Talk (BM) 
02:00 PM ~ 03:30 PMKK Branch

20April 2017
H&W Talk (BM) 
04:30 PM ~ 06:00 PMKB Branch

21April 2017
H&W Talk (BM) 
03:00 PM ~ 04:30 PMThe Regency Waterfront, K.Terengganu

22April 2017
H&W Talk (BM)
02:00 PM ~ 03:30 PMShervinton Hotel, Tawau




Home Office adalah di Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor


Semoga anda dapat hadir di tempat yang dinyatakan pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.
Jumpa lagi

April 12, 2017

Kenapa Pesakit Diabetes Kena Pilih Vitamin Shaklee Untuk Turunkan Bacaan Gula?

Ketakutan pesakit kencing manis adalah bila berlaku luka dan luka sukar untuk sembuh. Orang kata boleh bawa kes potong kaki. Mula- mula sebelah dan kemudian terpaksa juga buat untuk lagi sebelah. Ada seorang makcik ni sellau bagitahu saya yang dia kerap telek kaki sendiri. pelik jugak tapi katanya dia bimbang kalau-kalau ada luka di kaki dan susah sembuh. Bimbang ada kencing manis.



Gambar: ADAM.Inc


Selain meneruskan pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor, tak salah untuk mengamalkan makanan tambahan. Vitamin ni bila kita ambik, ia menyokong mana-mana  keperluan nutrisi tubuh yang tak mencukupi. Perlu diingat, vitamin bukan ubat.


Antara barisan produk Shaklee yang banyak tu, ada 7 jenis vitamin yang sangat sesuai dan membantu pesakit kencing manis untuk lebih kuat.


 1. Zink
Kecik saja tablet zink ni tapi ia membantu dalam pembentukan insulin dalam tubuh kita.
Insulin ni penting untuk kita kerana ia menukar gula dalam darah menjadi glukosa dan membawanya ke sel-sel untuk menjalankan fungsi badan. Insulin ni juga bertindak sebagai termostat. Bila kandungan gula dalam kita banyak mungkin kerana pengambilan secara berlebihan, kurang bersenam dan sebagainya, insulin akan menukarkannya kepada glukosa untuk menstabilkan kembali darah.

Apa yang berlaku pada pesakit Diabetes;


Gambar: Mr Google




Jenis 1
insulin tak ada dalam badan untuk menjalankan fungsi ini sebab tu diorang perlu cucuk insulin sendiri.

Jenis 2
insulin ada tapi tak mencukupi atau tak dapt berfungsi dengan baik untuk menukarkan gula kepada glukosa.


2. Vita-Lea

Sejenis multivitamin  yang sangat berbeza kerana mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang penting. Vita-lea mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai kromium yang membantu untuk toleransi gula. Pesakit diabetes memerlukan manfaat ini dimana bila kromium mencukupi dalam badannya, ia membantu fungsi insulin supaya lebih berkesan sebanyak 10 kali ganda.

Dalam multivitamin Shaklee ini mengandungi

-"Mangan"
ia menjadi faktor supaya enzim bekerja dalam metabolisma gula. Kandungan mangan dalam satu tablet vitalea adalah 1mg. Biasanya pesakit kencing manis mengalami kekurangan kandungan mangan dalam badan mereka.

-"Magnesium"
membantu penghasilan insulin seperti zink juga. Kebanyakan pesakit kencing manis mengalami kesusustan magnesium. Magnesium ni penting kerana ia membantu menurunkan komplikasi akibat kencing manis.


3. GLA Complex

Pesakit diabetes biasanya mengalami rasa kebas tanga. Ini kerana saraf yang menjadi kurang sensitif. Oleh itu, GLA Complex akan membantu meningkatkan fungsi saraf dan mesalah kebas kaki serta tangan. Jangan lupa, GLA Complex juga membantu penghasilan hormon insulin yang kritikal tadi.


4. Protein Soya ESP 

Jangan abaikan pengambilan protein tau kerana ia penting untuk bina semula kulit jika berlaku luka. Selain tu penting juga untuk hormon badan kita. Dalam memilih protein, cari yang paling berkualiti kerana bila kita pilih yang terbaik, maka barulah dapat betul-betul bantu proses pemulihan dan dalam masa yang sama kandungan gulanya rendah dan lemaknya juga rendah. Barulah berat badan tak bertambah!

Dalam banyak-banyak soya, saya cadangkan ESP untuk pesakit kencing manis kerana ia adalah soya terbaik. Diperbuat daripada kacang soya yang diproses hingga menjadi sangat halus dan mudah diserap oleh badan. Ia juga tak membebankan buah pinggang. Kadar glisemik indeks yang rendah (39) adalah satu keistimewaan sebab gula akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam saluran darah.

Lagipun, pesakit diabetes ni kena hindari peningkatan gula secara mendadak kan.


5. Vivix

Vivix  merupakan botanikal supplemen yang terkenal dengan sifat tinggi antioksidan. Kenapa? Kerana ia kaya dengan resveratrol. Satu fakta penting adalah resveratrol ni membantu menurunkan rintangan terhadap insulin.

Banyak kalidan ramai pengguna yang kongsikan kesan selepas minum Vivix ni, bacaan gula dari 23 drop sehingga berlas-belas. Jadi, ada peluang untuk dapatkan bacaan yang cantik jika terus diamalkan secara konsisten kan?


6. Alfalfa Complex

Supplemen yang dihasilkan daripada tumbuhan hebat Alfalfa ni membantu membuang toksin dan menurunkan paras gula dalam darah. Kandungan kromonium dalamnya membantu insulin untuk menjadi 10 kali lebih berkesan.


 7. SR Vitamin C Plus

Ramai dah yang tahu vitamin C Shaklee diperkaya dengan bioflavonoids. Tapi tak semua sedar iaitu Quercetin yang merupakan salah satu elemen dalam bioflavonoids ni berfungsi untuk menyekat enzim yang membawa kepada pengumpulan ofsorbitol , yang dikaitkan dengan saraf mata dan kerosakan buah pinggang dalam diabetes.

Satu masalah yang selalu dialami pesakit kencing manis adalah luka yang lambat sembuh. Berlaku perkara ni kerana  vitamin tak boleh nak sampai pada sel yang rosak adalah kerana insulin tidak berfungsi.

Dalam hal ini, cara yang boleh diambil adalah dengan mengamalkan lebih vitamin C supaya luka lebih cepat baik.



Sekarang jelas kan sebab-sebab kenapa sesetengah pengedar menggelarkannya Set Turunkan Bacaan Gula. Bukan sekadar untuk kami menjual semata-mata tapi kami nak pastikan kesan yang optimum dapat diperolehi kerana setiap satu vitamin tu mempunyai peranannya masing - masing untuk menyokong kesihatan anda.


Nasihat saya, belilah dengan pengedar yang mampu memberi rundingan sebelum dan selepas jualan serta bersedia memberikan tunjuk ajar sekiranya ada sebarang pertanyaan selepas belian.



Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084



April 10, 2017

Fungsi Hati dan Periksa Jika Ada 3 Tanda Hati Anda Bermasalah



Hati kita ni merupakan organ terbesar di dalam tubuh kita dan ia mampu untuk membaiki organnya sendiri sekiranya berlaku sedikit kerosakan.

Hebat tak?


Mestilah hebat kerana ciptaan Allah SWT tu semuanya tidak sia-sia.

Fungsi hati adalah seperti berikut;


1. Rembesan hempedu

- Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika proses penghadaman.

- Hempedu kita ni, walupun kecil namun ia diperlukan untuk pencernaan lemak di mana ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)

- Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitaminA,D,E & K (vitamin larut lemak) dan ia mengasimilasikan kalsium.

- Hempedu menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A


2. Bertindak sebagai Detoksifikasi

- Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.

- Hati mngawal metabolisme protein

- Untuk detoksifikasikan ammonia ni, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.

- Bahan-bahan tersebut kemudian akan dikumuhkan oleh buah pinggang.

-jadi, dalam usaha untuk kita mempunyai hati yang berfungsi dengan baik, kita juga memerlukan buah pinggang yang sihat.


3. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

- Dengan menukarkan tiroksina- hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif.

- Jika penukaran tak mencukupi, ia boleh menyebabkan hipotiroidisme.

-  Hati mewujudkan GTF ( Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation.

- GTF ini diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.

- Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian akan ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.

- Hati kita  memecahkan hormon seprti estrogen adrenalin dan insulin.


4- Penting Untuk Metabolisme Lemak

- Penting dalam sintesi asid lemak dan asid amino serta gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein, dan phospolipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk hasilkan tenaga.

- Makanan yang berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati dan kemudiannya diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.


Bagaimana Nak Kenalpasti Sekiranya Hati Bermasalah?

Berikut adalah bahagian tubuh yang berkait jika hati anda ada masalah.

Bau mulut yang kuat dan menyengat
Sekiranya anda tiada masalah gigi rosak, bau mulut yang seakan-akan ikan busuk perlu dipandang serius. Ia mungkin kerana ammonia yang diproduksi secara berlebihan dalam tubuh.

Lingkaran gelap pada mata
Selalunya masalah mata panda berlaku jika seseorang tu kurang tidur dan penat. Tetapi lingkaran gelap pada mata juga berkait dengan masalah kerosakan hati.

Mata berwarna kuning
Mata putih, jika berubah warna kekuningan menunjukkan berlaku sesuatu di dalam hati dan pada waktu ini anda tidak boleh bertangguh lagi untuk berjumpa doktor.

Perut membesar dan buncit
Perut yang telah kelihatan buncit menunjukkan hati yang sedang membengkak. Kelihatan buncit di sini adalah kelihatan besar lain dari kebiasaan.



Jagalah hati anda sebaik mungkin dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Semoga info ini dapat membantu.

April 9, 2017

Setelah Pengambilan Carotomax Shaklee Untuk Mata Secara Megadose, Kesannya Mengejutkan Wanita Ini!



Apa benda pula Carotomax ni?

Carotomax ni adalah sejenis makanan tambahan untuk mata yang membantu meningkatkan kualiti penglihatan kita.

Baca mengenai Carotomax lagi di sini.


Berkesan sangat ke makan Carotomax ni? Selalunya kita tengok bila mata dah mula kabur, jarang sangat akan makin baik ataupun power makin berkurangkan. kalau ada, makin naik adalah. Dari 100 jadi 200 kemudian cermin mata pun makin lama makin tebal. Bila buka spec, teraba-raba.


Dalam banyak-banyak kisah di sebalik keberjasaan Carotomax ni, baca apa yang berlaku kepada Puan Sabariah ni.



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017.

Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat. 

Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak.

Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum.

Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee.

Terima kasih.



Bagaimana nak dapatkan sebotol Carotomax dan sebotol Vivix seperti Puan Sabariah tadi?


Sebotol Carotomax mengandungi 30 kapsul ( RM74.00 sahaja) manakala sebotol Vivix (150 ml) pula adalah RM475

 Anda boleh klik pada E-Sell di bawah untuk belian secara terus melalui website Shaklee2u.

E-Sell


2. Hubungi saya (Pengedar Sah Shaklee Anda, id; 869588) untuk sebarang pertanyaan tentang produk dan juga untuk pesanan belian.



Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

April 4, 2017

Vitamin Untuk Hati Yang Paling Laris 2017

Dalam tubuh kita ni ada satu organ yang sangat penting yang turut berfungsi sebagai memusnahkan bahan toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh iaitu hati. Ia juga merupakan tempat simpanan tenaga, vitamin dan mineral. Selain tu, hati turut mempunyai peranan berikut;


  • menghasilkan hormon yang baik
  • menghasilkan protein
  • memudahkan sistem penghadaman
  • mengekalkan tenaga dan menyeimbangkan kolestrol dalam badan
  • membantu sistem imun tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit.


Nampaknya, memang terbukti sangat hati ni organ luar biasa yang mana jika tanpanya, macam-macam masalah boleh timbul nanti.


Jadi, bagaimana nak jaga hati?



Dalam Shaklee, ada sejenis makanan tambahan yang dikenali sebagai DTX Complex.

Ia mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizanda, ektsrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

Bahan-bahan yang terdapat dalam Shaklee DTX Complex ni digunakan secara tradisional untuk tonik hati.



Kita lihat secara lebih terperinci, khasiat setiap satu bahan yang digunakan.


Dandelion

  • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
  • Mengandungi Cynarin yang melancarkan pengaliran hempedu.
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku pembengkakan hati (hepatitis) dan jaundis.
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu serta mencegah batu karang.
  • Membantu masalah endometris
  • Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi ( menangani maslah anemia)
  • Membantu melawan tumor dan kanser
  • Membantu merendahkan paras gula dalam darah
  • Membantu masalah kembung dan lebihan air 



Cendawan Reishi (Ling Zhi)

  • Digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Membantu membina pertahanan/imun- antioksida
  • Mengurangkan masalahbronkitis, sinusitis
  • Membantu maslah keletihan yang teruk
  • Membantu mencegah masalah jantung



Kunyit

  • Kandungin Curcumin yang berfungsi membantu mencegah barah hati dan kesihatan pundi hempedu
  • Membantu meningkatkan kesan antu radang dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti viral terhadap HIV



Schizandra

  • Mengandungi bahan antioksida
  • Membantu merangsang sintesis protein - menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru
  • Membantu meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
  • Membantu memperlahankan pembentukan toksin



Biji Milk Thistle

  • Digunaka di Eropah sejak 2000 tahun lagi
  • Mengandungi Silymarin yang berfungsi sebagai antioksida.
  • Melindungi hati daripada toksin termasuk dadah, racun dan bahan kimia.
  • Membantu masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.

Articok (Artichoke)


  • mengandungi Cynarin yang;
  • Membantu membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu



Untuk pengetahuan, DTX Complex ni tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, warna-warna atau bahan pengawet tambahan. Namun, ianya tidak disyorkan kepada ibu yang sedang hamil atau menyusukan bayi. Begitu juga dengan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Tetapi  jika perlu  juga, dapatkan nasihat doktor anda.


Hubungi Attiey untuk dapatkan maklumat lanjut tentang DTX Complex dengan: 
Whatsapp/ Sms: 0139218084


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH. 

April 2, 2017

Cara Makan Omega Guard Untuk Kanak-kanak

Dalam memastikan kesihatan ibu bapa, kita juga perlu menyediakan makanan tambahan yang terbaik untuk anak-anak.




Salah satu vitamin yang menjadi pilihan utama para ibu bapa untuk anak-anak adalah Omega Guard. Terkenal sebagai minyak ikan terbaik di dunia, ianya sememangnya selamat untuk diambil oleh golongan muda ini.


Bagaimana Cara Makan Untuk Kanak-kanak?


  • Anak semuda usia 1 tahun selamat untuk diberikan gel Omega Guard

  • Bilangan kapsul yang dicadangkan adalah sebiji sehari


  • Jangan risau kerana minyak ikannya disalut dengan gel lembut yang halal, mudah ditelan dan semestinya senang larut bila memasuki badan.


  • Jika anak mengalami kesukaran untuk menelan, cucuk dan keluarkan minyak ikan ke dalam sudu untuk disuap.


  • Bagi anak yang enggan menerima Omega Guard, ibu bapa boleh mengambil cara lain dengan memecahkan gel dan minyak ikan dicampurkan ke dalam makanan atau susu.



Cara Nak Simpan Omega Guard?

Seeloknya disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan khasiat dan keadaan fizikal kapsulnya. Sekiranya terdedah kepada suhu yang agak panas, lapisan gel boleh rosak dan menjejaskan minyak ikan.


Orang Dewasa Boleh Makan Omega Guard?

Sememangnya amat sesuai untuk mak ayahnya juga amalkan. Boeh dijadikan ikutan dan tauladan gitu. 


  • Maksimum pengambilan yang dicadangkan adalah cuma 6 biji sehari.


  • Ambil kapsul SELEPAS MAKAN untuk membantu memecahkan lemak.


  • Jika keberatan, boleh agihkan waktu pengambilan iaitu 3n kapsul selepas lunch dan 3 kapsul lagi selepas dinner.


  • Kajian daripada saintis dari Jepun menunjukkan Omega 3 (yang terkandung dalam Omega Guard) dapat membantu menghalang pembentukan lemak tak sihat dan membantu pembakaran lemak.



Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH. 

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

April 1, 2017

Perbezaan Antara Protein Isolated dengan Soy Protein Concentrate

Susah ke nak pilih soya yang paling baik dan sesuai untuk kita? Selalu sangat ada pertikaian dan perbincangan pasal soya ni.


Ada banyak jenis produk soya di pasaran tak termasuk yang biasa kita jumpa ( air soya, tauhu, tempe dan sebagainya) iaitu dalam bentuk tepung seperti protin soya (soy protein). Soy protein ni pula ada banyak kategorinya. Antaranya soy protein concentrate, textured soy protein dan soy protein isolated.


Apa Yang Membezakan 3 Jenis Soya Tersebut?

Soy Protein Concentrate
Protein soya yang diasingkan dari bahan larut air dan lemak dari serbuk kacang soya. Kandungan protein dalam soy protein concentrate dalam 65% dan ia masih mengandungi rasa soya kerana masih ada karbohidrat di dalamnya.


Soy Protein Isolate
Soy protein concentrate yang diasingkan karbohidratnya yang menjadikan ia adalah protin soya paling "pure" dengan kandungan protin lebih kurang 90%.


Textured Soy Protein
Tepung protein soya yang melalui proses extrusion yang  menjadikan teksturnya lebih padat dan kasar.


Perbezaan proses yang dijalani oleh soya-soya ini memberi banyak perbezaan terhadap kesan-kesan langsung dan kesan sampingannya.


Soy protein isolate tu sendiri  juga dihasilkan dengan proses yang berbeza-beza  dan ia memberi kesan kepada khasiat serta kandungan phytonutrien dalam soya tersebut.


Kaedah biasa yang digunakan terhadap soy protein isolate ( akan menyebabkan khasiat berkurang dan beri kesan buruk) adalah;

- diproses dengan suhu yang tinggi

- pengasingan dilakukan dengan melibatkan penggunaan alkohol

- menggunakan bahan kimia


Kenali soy protein yang anda ambil dan jadilah pengguna yang bijak dengan memilih protein soya yang paling baik sebagai tambahan kepada diet. Jauhi protein soya yang boleh meningkatkan risiko kanser. 

Bagaimana?

Cari soy protein yang tidak melibatkan 3 kaedah di atas. 



Hubungi saya untuk dapatkannya.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...