Blog Archive

March 27, 2017

Permandangan Paling Mendamaikan

Malam ni rasa nak meluah perasan pulak. Sambil-sambil dengar lagu Boyzone, Everyday I Love You pulak tu. Ni lagu kegemaran atiey dan akak yang nombor dua. kak Ayu. Masa tu umur 20-an..Kami beza 4 tahun tapi Alhamdulillah, masih sempat berkongsi minat dan cerita.

Nak ceritanya, bila dengar lagu-lagu camnikan...Atiey terbayangkan suasana padang rumput hijau, angin bertiup sejuk-sejuk je rasanya tapi matahari masih memancarkan cahaya. Wah, feeling gitu. Dan kalau nak tahu, Atiey pernah berada kat tempat yang macam ni. Bukan oversea tapi di bekas tapak rumah arwah nenek.

Masa tu kecik lagi. Arwah nenek bawa tengok kampung yang ditinggalkan. Tanah tu dah dibeli oleh syarikat penerbangan. So, orang kampung kena pindah. Kebetulan cucu tanya, arwah nenek pulak mungkin rindukan rumahnya dulu, terus sampai situ.

Nak sampai tu, kitorang lalu tepi sawah. Lintas anak sungai yang jernih, Kemudian sampai kat satu padang yang luas. Hijau rumputnya tapi tak ada semak. tanah airport kan...dijaga.

Waktu tu pagi lagi.. kabus pun nampak. Angin sejuk-sejuk. Tapi kalau suruh pergi sekarang ni, tak tahu kat mana. Tak ingat.

Serius, rindu tempat tu...===> Rindu arwah nenek.

AlFatihah kepada arwah Hajah Bidah.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...