Blog Archive

February 28, 2017

Ajar Anak Dunia Bisnes



Waktu anak-anak tidur, tenung wajah mereka dalam-dalam.

Amanah dari Allah SWT untuk kita jaga dan didik dengan penuh tanggung jawab. Untuk apa? Untuk menjadi hamba Allah yang taat pada perintahNya.

Atiey suka sembang-sembang dengan Raisha. Maklumlah umur 5-6 tahun ni fasa diorang banyak bertanya itu dan ini. Layani dengan sabar dan sokong dengan jawapan yang membina minda.


Sekali sekali, Atiey selitkan tentang bisnes jugak. Saje nak buka minda Raisha dengan dunia perniagaan. Jangan under estimate anak kita. Bimbinh dan pimpin mereka. Dalam mada yang sama, wajib dekatkan dengan Sang Pencipta.

Cara Buat Bisnes Dengan Untung Yang Lebih Banyak



Bila kita buat bisnes, mesti kita nak dapat untung kan...kalau bisnes takde untung, bukan bisnes namanya.

Nak untung banyak ke untung sikit?

Ada orang kata, untuk permulaan tu biasanya untung ciput. Lama-lama baru makin besar.


Betul tu. Bila modal besar, untung untuk permulaan mungkin sikit-sikit dulu.

Tapi, tahu tak kalau buat bisnes Shaklee, untung lebih sebab modal cuma RM65 +6% GST je. Untuk seumur hidup. Haa...

Sewa kedai?

Tak perlu kedai cuma sediakan sedikit ruang di rumah untuk simpan stok sebagai persediaan COD. Rak pun dah cukup. Jimat? Mestilah sebab kurangkan kos dan untung lebihla.

Kalau buat produk sendiri, kita kena spend sedikit wang dan tenaga untuk buat kajian atau upah pihak lain buat test. Tapi dengan Shaklee, semua tu company dah siapkan. Pengedar tinggal buat pemasaran untuk diri sendiri je. Mudah?

Jadi, jomlah maksimakan keuntungan dengan bisnes Shaklee Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

February 27, 2017

Telemores Panjang Melambatkan Penuaan

Telemores, penuaan, radikal bebas...apa tu?

Semua ni berkait sebenarnya tau. Sebelum ni atiey pernah jumpa dua orang yang sebaya tapi sorang nampak muda dan seorang yang lain nampak agak berumur. Kenapa jadi macam tu?

Selain jawapan yang selalu kita dengar, dah berumur sebenarnya ada sebab lain yang kita perlu faham iaitu telemores mereka berdua tak sama.


Seorang dah pendek telemoresnya dan seorang lagi masih panjang. Yang masih kelihatan muda tu telemoresnya panjang dan yang nampak dah berumur pula mengalami telemores yang pendek.


Telomeres adalah topi di akhir setiap untai DNA yang melindungi kromosom kita macam tali kasut tu. Hujungnya akan ada macam plastik penutup tu kan.





Faktor umur dan pendedahan kepada pencemaran dan radikal bebas mempercepatkan proses pemendekannya. Bila jadi macam tu, DNA kita hilang perlindungan dan sel akan mula membahagi dengan menyalin "maklumat" yang rosak.

Ini menyumbang kepada penyakit kronik dan penuaan kita.


Boleh ke ia lambatkan?

InshaaAllah, boleh.


Dengan mengamalkan  supplemen Shaklee, telah terbukti dapat meningkatkan 11% kepanjangan telemores kita.

Jadi, produk mana yang perlu difokuskan?

Vivix Shaklee terbukti dapat membantu  menjaga sel badan kita . Kajian membuktikan  pengamal Vivix menunjukkan yang telomeres mereka memendek dengan lebih perlahan iaitu 40% lebih perlahan daripada mereka yang tidak mengamalkan Vivix.

Minum Vivix dari sekarang dan nikmati usia anda dengan kesihatan yang berpanjangan.



Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Apa Collagen Powder Shaklee Dah Lakukan Pada Saya?


Tak pasti korang dah pernah baca tak cerita atiey sebelum ni yang pasal cap jari hilang tu.


Seksa tau. Susah nak berurusan di bank. Rasa macam alien pun ye jugak. Hihi.


First time jadi masa tahun 2005. Masa tu belajar lagi. Cuma bila balik rumah cuti semester, buat kerja dapur, celup air sabun, jari pecah-pecah dan menggelupas.


Baru-baru tahun 2016, makan kolagen Shaklee, saje nak cuba-cuba jer. Tujuannya nak kurangkan jeragat. Seminggu amalkan #collagen powder Shaklee, kulit tapak tangan rasa licin pulak.


Baru-baru ni pergi bank, staf kaunter kata dah tak perlu guna surat khas lagi. Cap jari dah ok. Senyum lega rasa.


Kesan Collagen Shaklee ni indah khabar sungguh. Rupa lagi indah. Halus. Senang nak serap.


February 26, 2017

Kenapa Nak Berniaga Kena Ada Mentor?



Ramai tak yang rasa nak berniaga? Tak kiralah online atau offline.


Bila orang kata berniaga tu senang, mungkin sebab dia dah ada mentor dan orang yang boleh dijadikan rujukan.


Tanpa mentor, plan mungkin kita boleh buat tapi di pertengahan jalan, ada yang sedikit loss. Bukan atiey cakap kosong tapi memang dah berlaku kepada sesetengah peniaga baru.



Jadi, sebelum mula bisnes, cari dulu ilmu dan cari dulu mentor supaya kita lebih jelas hala tuju perniagaan tu.

February 25, 2017

Vitamin Antioksida Yang Membantu Masalah Fibroid


Kak E pesan bulan lepas, kalau tiba-tiba rasa tak kena dengan badan, baik p jumpa doktor. Bukan sengaja nak takutkan sesape tapi macam Kak E pubya ceritalah, semua ok cuma rasa perut cam buncit je.

Rupanya ada fibroid.

Maunya tak panik. Takut juga katanya.


Tapi sebab Kak E ni pengguna tegar vitamin Shaklee, selain dari ikut apa nasihat doktor, Kak E cuba semua vitamin antioksidan yang ada macam

Vivix
Vitamin A (Carotomax)
Vitamin C Plus
Vitamin E Complex

Alhamdulillah. Usaha Kak E berhasil. Fibroid menunjukka perubahan yang sangat ketara. POSITIF

Kalau nak tahu cara beliau ambil dan apa kesan selanjutnya, meh pm tepi ye.
 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

February 24, 2017

KAROTENOID Warna Yang Melindungi Tubuh Kita, Bagus Untuk Masalah Mata Rabun

Apakah Karotenoid?



Perasan tak  dengan pelbagai warna dalam tumbuh-tumbuhan, buah -buahan dan sayur-sayuran di sekeliling kita? 

Daripada warna kuning yang bersinar-sinar sehingga ke warna labu oren dan lada hijau serta tomato yang merah menyala dan sayuran hijau yang berdaun gelap. Tetapi tahu tak apakah yang membuatkan ianya begitu kaya dengan warna warni? 

Karotenoid lebih dikenali sebagai “Krayon Semulajadi” untuk tumbuh - tumbuhan dan mikroorganisma yang bertanggungjawab untuk warna-warna kuning, oren dan merah. 

Warna-warna krayon ini tidak hanya wujud untuk menjadikan tumbuh-tumbuhan ini kelihatan cantik tetapi ianya melindungi tumbuhan ini terhadap sinaran matahari yang terik, menstabilkan sel membran dan membantu dalam proses fotosintesis. Sama saperti karotenoid yang melindungi tumbuhan, ianya juga boleh melindungi kita! 





Rasa-rasanya mampu tak untuk ambil semua sayur-sayuran dan buahan yang pelbagai warna ni dalam masa satu hari?

Kalau rasa tak mampu, saya ada berita baik. 



Carotomax Shaklee


Manfaat Utama ;

Adalah lebih selamat untuk kita ambil beta karotena iaitu satu prekursor Vitamin A berbanding kita mengambil Vitamin A sepenuhnya kerana telah didapati  pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti.


Dengan mengamalkan Carotomax, ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia membantu meningkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.


Bukan setakat masalah mata je tau. Pengambilan yang konsisten dan berpanjangan akan membantu melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan secara luaran juga boleh untuk membantu masalah pustule, scabies, akne dan ulser kulit.


Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan memmbantu ulser saluran usus semakin baik.


Kalau anda lihat balik gambar yang saya sertakan di atas, anda akan perasan fungsi antioksidan yang juga ada dalam Carotomax ini. Pengambilan secara berpanjangan akan membantu mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Secara tak langsung ia mengurangkan risiko kanser terutama kanser paru-paru dan breast cancer. Sebagai antioksida, ia juga mengurangkan kesan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.


Fakta seterusnya, ia membantu merangsang enzim pembunuh kuman, menyekat dan membantu meningkatkan keadaan penyakit sistem respiratori paru-paru ( batuk, hepatitis, asma, flu dan selsema) kepada keadaan yang lbih baik.

Selain tu boleh juga diamalkan untuk merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi, gusi dan reproduksi.


 Apa yang terkandung dalam Carotomax?



Apa kata mereka?




Harga sebotol Carotomac Shaklee hanya RM74.00. 
Mengandungi 30 kapsul.



Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Bagaimana Untuk Tingkatkan Sistem Imun Kita Secara Semula jadi



Sistem imun kita sangat penting. Ia merupakan tentera peribadi yang mengawal badan kita 24/7 untuk menentang serangan dari penyerang iaitu bakteria, kulat dan virus. Ia juga bertindak sebagai satu pertahanan terhadap jangkitan dan pertumbuhan sel tak normal.


Selain melindungi kita daripada jangkitan , sistem imun juga boleh mengurangkan tahap jangkitan. Keupayaan sistem imun kita untuk mengingati serangan penyakit yang terdahulu membuatkan kita lebih bersedia untuk berlawan dengan jangkitan-jangkitan yang sama pada masa depan. Ia juga membantu kita sembuh dengan lebih cepat dan dapat mencegah daripada timbulnya isu-isu kesihatan yang lebih serius .


Sistem imun yang lemah akan membuatkan kita lebih mudah dipengaruhi kepada beberapa serangan yang boleh menimbulkan huru-hara di dalam badan.


Apabila kita mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan tekanan yang baik, dilengkapi dengan diet yang berkhasiat dan disokong oleh makanan tambahan yang diperlukan menggambarkan pendekatan holistik dalam menjaga sistem imun kita untuk memaksimumkan perlindungan badan kita daripada bahaya.


Didalam tubuh kita ni terdapat 3 tahap pertahanan.

Sistem imun kita ni bukanlah dibentuk oleh satu benda tunggal tetapi ia merupakan satu sistem organ, sel dan tisu yang ada di seluruh tubuh kita. Sangatlah penting untuk kita memelihara ketiga-tiga tahap perlindungan ini untuk memastikan badan kita kekal kuat dan sihat.


Bagaimana 3 Tahap Perlindungan Imun Bekerja?

Tahap Pertama
Peringkat pertama pertahanan adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut kita yang bertindak sebgaai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman dan menghalang mereka daripada memasuki badan.


Tahap Kedua
Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, mereka akan menemui pelbagai jenis sel-sel imun, termausk sel-sel darah putih san sel-sel pembunuh semula jadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan badan kita.

Protein isyarat imun yang dipanggil Interferon memainkan peranan yang penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindak balas imun untuk melindungi kita daripada serangan kuman.


Tahap Ketiga
Tahap pertahanan ini bertindak balas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan mengingatinya.

Sekiranya ia menyerang badan kita lagi di kemudian hari, ia akan bertindak balas dengan sewajarnya.

Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakan yang serius kepada sel-sel kita. Untuk pulih dengan sendiri, sel-sel kita memerlukan Resveratrol dan Polifenol untuk pemulihan yang lebih cepat.


Nutrien Yang Merangsang Sistem Imun

1. Protein
Menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.


2. Vitamin & mineral
Membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun


3. Omega 3
Terbukti dapat membantu untuk mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif


4.Biji labu, biji plantago, Bunga honeysuckle Jepun
Secara semula jadi 3 benda ini meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.


5. Karetonoid
Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih


6.Bawang putih
Ia adalah antibiotik semu lajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.


7. Vitamin C
Ia merupakan 'otot' sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing.


8. Resveratrol & Polifenol
Meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semula jadi semasa membaiki dan melindungi sel-sel DNA


Tahukah anda, keperluan nutrisi yang saya nyatakan di atas boleh didapati dalam:


  1. ESP Shaklee
  2. Multivitamin Vita-Lea with Iron Formula
  3. Omega Guard
  4. Nutriferon
  5. Carotomax
  6. Garlic Complex
  7. Sustained Release Vita-C Plus
  8. Vivix
Untuk mendapatkannya bagi memenuhi keperluan tubuh untuk meningkatkan sistem imun kita, boleh hubungi saya:

Rafhati
013.9218084
COD Shah Alam

atau boleh buat pesanan terus di sini untuk Set Imuniti Shaklee .Klik esell ok.

Klik sini untuk membuat pesanan terus 



 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Impian Ke Jepun



Tak pasti sejak bila atiey ada azam untuk ke negara bunga sakura ni tapi yang pasti sangat lama.

Kenapa nak sangat pergi sana? Dulu mungkin sebab nak tengok bunga sakura semata-mata tapi lama-lama rasa nak tengok sendiri budaya dan cara hidup orang-orang Jepun tu.

Lebih tepat, nak tengok macam mana cara mereka handle life dan perniagaan di sana. Hehe..nak sangat.


Soon....

Doakan atiey sampai kat Jepun ni dan dapat apa yang atiey nak sangat tahu. Shopping tu bila-bila pun boleh kan..acah-acah pejam mata.

10 Soalan Lazim Tentang Vivix Shaklee

Vivix ni dah jadi macam satu fenomena sekarang ni sampaikan stok di beberapa cawangan Shaklee dan Hq pun habis. Penangan betul.

Tapi apa yang membuatkan Vivix ni istimewa?

Vivix ni merupakan formula enak yang dicipta untuk membantu mengekalkan kesihatan sel darah kita. Ia mengandungi campuran polifenol semula jadi yang dicipta untuk membantu meneutralkan radikal bebas.

Dapatkan jawapan kepada persoalan anda dan soalan-soalan berikutnya di bawah ni.



Apakah Vivix ni sebenarnya?
Vivix mengandungi  semua campuran polifenol semula jadi dari anggur Muscadine luar biasa, Polygonum Cuspidatum, Elderberri Eropah dan lobak Ungu yang direka untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan dan ianya dipatenkan.

Apakah yang membuatkan Anggur Muscadine berbeza dengan anggur-anggur yang lain?
Anggur ini merupakan sumber alam yang paling luar biasa sifatnya.
Ia sangat berkhasiat dengan profil polifenol yang unik di mana sains telah mencadangkan yang ia menawarkan khasiat kesihatan yang sangat banyak. Memang lain dengan anggur-anggur lain. Anggur Muscadine kaya dengan konsentrasi asid Ellagitannin dan asid Elargik  yang bila keduanya dicampurkan dengan polifenol anggur Muscadie, berupaya menghasilkan kuasa antioksida yang hebat.

 Adakah ekstrak botani ini merupakan bahan-bahan antioksidan?
Kajian dalam makmal telah menunjukkan ekstrak botani dari Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu boleh bertindak sebagai antioksidan yang kuat.

Bahan ini telah ditunjukkan dalam satu kajian klinikal berupaya mengaktifkan pertahanan selular dan bertindak balas terhadap keradangan yang biasanya berlaku dari satu hidangan yang tak sihat.


Bilakah saya perlu mengambil Vivix?
Ambil Vivix ni seeloknya setiap hari. Goncang sebaiknya sebelum diminum sebanyak satu sudu teh sehari.

Bolehkah saya mengambil Vivix dengan makanan tambahan Shaklee yang lain?
Vivix boleh diambil bersama makanan tambahan diet Shaklee yang lain.  Vivix juga salah satu makanan tambahan yang terdapat dalam set Shaklee Advance Protection kerana ia merupakan pelengkap idea kepada Essenetial Multivitamin Vita-Lea Iron Formula, ESP, Omega Guard dan SR Vita-C Plus untuk memberikan asas untuk hidup yang lebih sihat.

Apakah terdapat apa-apa halangan terhadap Vivix?
Tiada sebarang interaksi di antara Vivix atau apa jua kandungannya dan juga makanan tambahan diet yang lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami sarankan mereka yang di bawah seliaan perubatan atau menghidap sebarang penyakit atau mereka yang sedang mengambil preskripsi perubatan tertentu, terutama ubat pencairan darah, sila rujuk dengan pakar kesihatan anda terlebih dahulu sebelum meneruskan pengambilan Vivix.


Adakah Vivix mengandungi alkohol?
Tidak.

Kenapa saya perlu menyimpannya di tempat sejuk selepas dibuka?
menyimpan Vivix di tempat dingin (peti sejuk) selepas dibuka dapat membantu mengekalkan kesegaran optima, warna dan aktiviti polifenol yang maksimum di dalam produk tersebut.

Kenapa produk tersebut tidak dihantar menerusi penyejukan?
Ujian meluas termasuk penghantaran sebenar ke seluruh negara dan simulasi pengangkutan di bawah kadar suhu melampau dan keadaan kelembapan telah mengesahkan yang produk ini masih dapat mengekalkan kualiti asalnya di bawah semua syarat-syarat perkapalan di mana produk akan terdedah.

Siapa yang sepatutnya mengambil Vivix?
Vivix dicipta untuk semua orang dewasa yang prihatin tentang kesihatan dan kesejahteraannya.



Diharap perkongsian ini menjawab persoalan yang berkaitan dengan Vivix. Jika ingin dapatkan Vivix anda sendiri sekarang juga, sila klik pada esell di bawah dan anda akan dibawa ke website shaklee2u untuk pesanan.

Hubungi saya jika perlukan bantuan atau boleh hubungi saya untuk pesanan.

Klik untuk beli Vivix sekarang


 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

February 23, 2017

Bagaimana Nak Elakkan Anak-anak Dari Mudah Dijangkiti Penyakit?


Satu masa dulu atiey tak suka dekat-dekat dengan orang yang selsema atau demam. Bukanlah bajet sihat ke sombong tapi masa tu atiey senang dapat penyakit tu.


Macam tulah jadinya kalau sistem imun tubuh kita tak kuat. Nak lawan virus dan kuman pun tak boleh,. Sudahnya senang dijangkiti penyakit.


Kalau selsema dan demam je ok la tapi kalau penyakit lain-lain tu camne? Takut jugak kan bila sistem pertahanan badan kita ni lemah.


Tapi Alhamdulillah sangat sebab sekarang ni tak semudah dulu untuk dijangkiti demam dan selsema. harap-harapnya dijauhi juga dari penyakit-penyakit yang sukar nak ubat tu.


Mungkin korang boleh cuba cara atiey iaitu amalkan Vitamin C dan Nutriferon. Tak susah pun. Sebiji sehari je vitamin C tu. Nutriferon pula satu sachet je. Oh ye, Nutriferon ni kalau nak bagi kat anak-anak pun boleh. Atiey pernah bagi kat Raisha masa dia demam.. Sedap katanya. So, tak da masalah.

February 22, 2017

Sebab Yang Paling Mudah Kenapa Kena Berniaga



Tadi p kedai runcit. Beli lauk mentah.


Sempat jugak tengok "drama kecil" antara customer yang tak puas hati dengan harga ayam kat situ dengan boss aka tuan punya kedai.


Memangla kan. Sekarang ni kos sara hidup semakin tinggi. Gaji 3k macam gaji 1k rasanya. Tak boleh nak bermewah sangat.


Tapi, ramai pulak atiey tengok kawan-kawan yang p situ sini berjalan-jalan dengan family. Bawak makan angin. Oh ye, diorang ni geng biz Shaklee rupanya. Hihi.


Macam zaman gawat sebelum ni jugak, bonus Shaklee tak pernah ada masalah untuk dibayar. So, kos yang semakin tinggi tu dapat ditangani sebab income on je selagi kita sentiasa berusaha. Jangan goyang kaki pulak.


Ada yang teragak-agak lagi? Jom atiey tolong meh. Kita serius berShaklee

February 21, 2017

Kenapa Set Kecantikan Shaklee Jadi Pilihan Utama?

Makan sebab nak cantikkan kulit tapi mula sedar yang badan makin beetenaga dan berat badan dan turun.

Nafsu makan pun makin senang nak control. Kalau tak mulut asyik mengunyah je.
Ada lagi. Bila kena hujan atau berada kat tempat berhawa dingin, selsema dah tak mudah nak hinggap. Bangun pagi pun idokla terbersin-bersin.

Seminggu guna collagen powder, kulit rasa lembab dan nampak perubahan. Liang roma semakin kecil. Betulla orang kata, kalau jadikan amalan, muka licin, liang pori tutup terus. Wahhh..
Dalam nak tutup liang pori, sakit-sakit dan sengal tulang makin kurang. Nak cantik tapi dapat sihat sekali. Untungkan.

Benda apa ni?
🌻Vivix
🌻Collagen powder
🌻Vitamin c
🌻Vitamin e
Cantik tapi tak sihat tak bawa erti apa-apa. Tapi bila kita sihat dan cantik, kita akan lebih bahagia.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

February 20, 2017

Perlu Ke Buat Kerja Sampingan Sekarang ni ?


5 tahun lepas, dah cuba berjimat untuk beli satu benda ni..

Dah cukup 5 tahun, benda yang diidamkan tu dah naik harganya u'olls.

So atiey rasa kaedah berjimat untuk era sekarang ni tak berapa nak efisyen sangat dah. Nak tak nak kita kena buat side income jugak tau. Baru boleh merasa nak beli sesuatu.


Kecuali..korang memang dah dapat RM20k sebulan sekarang ni...mungkin cukup.

February 19, 2017

Tips Bina Business Network


Korang ada name card biz?

Selalu tu benda wajibkan bagi yang berniaga. Selain untuk memudahkan orang menghubungi kita, boleh jadi benda untuk meluaskan network jugak.

Sebut pasal luaskan dan kembangkan network, kita kena rajin bersosial. Bukan sosial lepak tak tentu hala tapi bina hubungan untuk berbisnes dan cari prospek.


Kat mana?

Kat fb boleh, insta boleh tp bukan duk scroll je memanjang.

Kalau ada event, joinlah. Selain beramah mesra, bina ukhwah bina silaturrahim, kita besarkan network. Susah? Cuba dulu.

February 18, 2017

Pentingnya Makanan Kesihatan Selepas Bersalin


Masa dapat gambar baby yang dah kaku kes korban ibu sendiri last week, rasa agak terkejut tapi dalam hati dah ada satu sangkaan yang mungkin ibu itu mengalami masalah meroyan.


Memang waktu berpantang ni tak boleh ambik mudah. Kita rasa kita kuat dan boleh berpantang sorang-sorang tapi pastikan ada masanya kita ada seseorang yang kita boleh harapkan untuk melakukan sesuatu bagi pihak kita.


Sebab apa, bila semuanya kita buat..ada potensi untuk makan kita tak terjaga. Anak sorang ok lagi. Kalau anak 2 dan lebih?


Nutrisi yang cukup penting tau. Macam atiey dulu, anak pertama tak kenal Shaklee. Waktu berpantang rasa tak kuat dan demam dua kali. Hampir bentan jugak.


Alhamdulillah, anak kedua masa hamil dan berpantang setia dengan Shaklee. Sampai mak pelik pulak sebab sihat dan tak pucat ke apa.


Ser berpantang dalam Shaklee terdiri daripada:


-ESP (protein)
-Vitalea (multivitamin & iron)
-B Complex (asid folic)
-Omega Guard ( Omega 6)
-Ostematrix (kalsium)
-Vitamin C


Lengkap kan untuk nutrisi ibu selepas bersalin.
Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

February 17, 2017

Tips Buat Bisnes Walaupun Sibuk Sepanjang Hari


Kak Bedah ni nampak sibuuuuk je sepanjang hari tapi sempat jugak dia buat bisnes kan.


Kak Bedah jawab:
Memangla kalau nak ikutkan kerja yang bersusun kat rumah tu, pejam tak pejam pukul 12 malamlah baru habis.


Sebab tu kita kena buat jadual dan selesaikan ikut keutamaan.

Lagi satu, badan kena selalu fit dan bertenaga. Kalau tak cepat pancit dan lesu. Taknaklah camtu. Nanti otak rakleh fokus. Jadi setiap pagi pastikan ambik B Complex dan ESP.

Ada kerja nak settle smpai mlm tapi mengantuk? Minum cinch tea mix supaya mata segar bugar...


 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

February 16, 2017

Punca Berlakunya Tekanan Darah Tinggi dan Cara Mengurangkannya


Sekarang ni bukan golongan yang berumur je yang mengalami masalah hypertensi atau tekanan darah tinggi. Tapi golongan muda pun dah ada yang kena. Mungkin kerana factor pemakanan dan gaya hidup kot kan. Kalau mak ayah kita dulu, rasanya kos sara hidup tak setinggi sekarang ni. Harga rumah pun masih mampu milik tak macam zaman kita ni.


Tak cakap lagi pasal yang struggle cari pendapatan sampai kerja lebih masa dan kepenatan yang melampau. Makanan sekarang pun banyak betul pilihan dan tentunya kita terdedah dengan penggunaan bahan perasa dalam masakan. Huish…


Tekanan darah tinggi ni tak ada sebab khusus tapi boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Macam mana nak tahu seseorang tu ada hypertensi?

Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala je.


Jadi cara yang paling baik adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.


Kalau dah doktor sahkan memang mengalami tekanan darah tinggi, camane nak buat pulak?

Pertamanya, sekiranya doktor bagi ubat, jangan tinggal. Makan ikut arahan dan peraturannya.
Kedua, jaga pemakanan dan kurangkan pengambilan garam serta makanan yang tinggi garam.
Ketiga, amalkan minum Vivix.
Keempat, jauhi tekanan dan suasana tegang.


Chop! Vivix tu apa? Oh...

Vivix ni adalah sejenis minuman antioksida yang sangat kuat. Ia terhasil daripada ramuan 4 jenis bahan ini iatu muscadine grape, purple carrot, elderberry dan polygonum cuspidatum. Di dalamnya terkandung Resveratrol. Resveratrol ni merupakan sebatian dalam tumbuhan dan  boleh dijumpai dalam anggur, badam dan coklat.


Khasiat Vivix ni sukar nak jumpa dari mana-mana produk biasa. Kitakan selalu terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas yang menyebabkan DNA kita akan cepat rosak. Jadi resveratrol dalam vivix ni membantu memulihkan sel DNA kita tu.

Selain tu, ia membantu mengawal atur supaya paras gula dalam darah menjadi sihat. ia juga melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar uv. Vivix menjadi pilihan kerana ia membantu mengawal tekanan darah  yang sihat.

 




Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084  

Majukan Diri dan Capai Kejayaan



Dalam dunia ni kan bagus kalau semua orang jadi baik. Aman je.. tak tahula nak kata impian atau angan-angan sebab realitinya rambut sama hitam, hati lain-lain.

Atiey belum cukup ilmu untuk bercakap tentang agama lain tapi atiey percaya semua agama menekankan penganutnya supaya mengamalkan nilai-nilai murni.

Antara salah satu nilai murni adalah berusaha. Bila berusaha, kita akan mampu untuk mencapai apa jua yang kita nak. Bila dah tercapai, maknanya kita dah maju selangkah.


Sememangnya membawa diri kita keluar dari zon selesa dan jadi lebih baik tu semua impian kita kan.

Jadi, jom kita majukan diri kita mengikut kehendak dan cara agama masing-masing

February 15, 2017

Tips Atasi Rasa Letih Supaya Tak Lembik Sebelum Waktu Lunch

Dah tengah hari ni. Lagi beberapa minit nak lunch kalau kerja pejabat.

Nak tanya, ada tak yang rasa macam seksa sangat nak tunggu lunch hour. Bukan nak makan tapi nak lelapkan mata. Penat. Letih. Tak larat.

Kalau anda yang baca post ni ada rasa camtu, apa kata mulai esok pagi, minum ESP masa breakfast. Lepas tu jangan lupakan B Complex jugak. Boleh bantu hilang stress dan bagi tenaga dengan segera.
Sebelum tidur ambik Ostematrix untuk tidur yang nyenyak dan bangun dengan rasa yang segar.


 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

February 10, 2017

Perkongsian: Boleh Ke Berpantang Dengan Vivix?

Assalamualaikum. Saya Amanie, seorang ibu yg masih lagi dalam tempoh berpantang semasa testimoni ini ditulis. Saya ingin berkongsi mengenai Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee yang saya amalkan semasa hamil dan berpantang anak pertama pada 2 May baru2 ini.
.



Sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang, produk2 shaklee yg saya ambil ialah Esp, Sustained Released Vitamin C, Vitalea Iron Formula, Ostematrix, B-Complex, Omega Guard, Alfalfa, Lecithin, Gla Complex, dan Zinc Complex.
.

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya hamil dan berpantang, alhamdulillah banyak Shaklee Effect yang saya dapat yang boleh dikatakan agak seronok bagi saya.
.

Saya dijangka bersalin pada 11 May. Tapi mungkin baby tak sabar nak keluar agaknya. 1 May pukul 10.45 malam saya dgn suami ke hospital memandangkan contraction makin kerap dan ada darah dengan lendir dari tengah hari. Kami terus ke emergency exit, sambil2 tunggu suami settlekan deposit dan apa2 yg patot, sempatlah layan Facebook sekejap.
.

Kemudian nurse datang bawakkan wheelchair utk masuk ke labour room. Sempatlah kami berselfie dulu sebelum ke labour room. Kikiki.. Masa on the way ke labour room tu nurse tanya saya "anak ke berapa ni puan?" Saya pon jawab la anak first ni. Die pon dah macam terkejut. Sambil gelak2 die cakap "nampak macam relaks je. Tak nampak macam nak bersalin pon. Kalau orang lain anak first cuak takut sume ada" saya dah dengar macam tu kelakar pon ada, pelik pon ada, bangga pon ada. Hahaha.
.

Sampai aje ke labour room, tukar pakaian dan check bukaan dah 2cm.! Terkejut jugak. Masa kat rumah tadi pon teragak2 lagi nak pergi ke tak hospital sebab rasa macam boleh tahan lagi. Tapi risau sebab darah masih keluar jadi pergilah menapak ke hospital.
.

Alhamdulillah walaupun dari pukul 11 malam kat labour room, saya masih lagi bertenaga untuk lahirkan anak saya pada pukul 6.37 pagi tanpa epidural. Kira okay la kan untuk anak pertama.
.

Ini adalah antara Shaklee Effect yang saya dapat sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang bersama produk Shaklee.
.

✔ Tiada lagi masalah rambut gugur sejak dari zaman Diploma. Makan maggi banyak la ni.

✔ Jarang sembab kaki. Sepanjang tempoh kehamilan ada la dalam 2 3 kali macam tu je kot kaki sembab. Itupon sebab duduk lama sangat atau berdiri lama sangat.

✔ Tiada migrain atau pening kepala

✔ Tiada masalah sembelit semasa hamil dan berpantang

✔ Tiada masalah kejang kaki, kejang perut atau simpul mengkarung

✔ Tiada morning sickness

✔ Tiada kemurungan atau gangguan emosi (stress)

✔ Badan cergas seperti bateri fully charge. Dicember 2015 masa kandungan dalam 5 bulan kami pindah rumah. Alhamdulillah sangat bertenaga pergi survey dan tengok rumah, packing barang dalam kotak siap angkat dan susun kotak yang dah diisi berpuluh kotak. Kena marah dengan suami letak tepi. Haha

✔ Koyakan semasa bersalin kurang dari 1cm. Kira okay la kan untuk anak pertama dengan berat 3kg.

✔ Luka jahitan bersalin sembuh dalam masa 2 minggu

✔ Tiada stretchmark semasa hamil dan selepas bersalin

✔ Hari kelima berpantang dah boleh jalan laju mcm org tak bersalin. Yg paling best family dan kawan2 datang melawat kat rumah cakap "tak nampak macam orang bersalin pon".

✔ Berat turun tanpa sedar. Berat asal sebelum hamil 46kg. Berat akhir kehamilan sy 59.4kg. Selepas 25hari pantang berat dah turun 47kg. Sepupu datang rumah tengok saya terus cakap "tak gemuk pon?" Kena gemuk ke?

✔ Susu banyak melimpah ruah. Alhamdulillah rezeki baby saya dapat buat stok ebm dari hari ke-3 berpantang lagi.

✔ Kurang stress walaupun tak cukup tidur baby nak menyusu tengah malam, menangis, tukar pampers, pump susu dll

✔ Kurang bengkak susu tapi susu masih banyak. Sekali pump dapat 10oz. Seronok tengok.
.

Untuk ibu2 yang sedang hamil, set kehamilan dan berpantang Shaklee sememangnya pilihan yang terbaik untuk ibu-ibu mengharungi fasa2 terindah dalam hidup dengan lebih ceria, bahagia dan menyeronokkan. InsyaAllah.



Jika berminat untuk mendapatkan Vivix, hubungi Atiey untuk pesanan atau pertanyaan. 
Boleh juga jika anda ingin membuat pesanan sendiri pada link "ESell" di bawah. Klik pada gambar dan sekiranya inginkan bantuan, hubungi Atiey.

Order Vivix Sekarang!


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Perkongsian: Pesakit Slip Disc dan Prolong Period Usahakan Kesihatan Dengan Vivix



Assalamualaikum wbt.

Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong.
.

Saya seorang yang agak aktif ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata..jatuh terseliuh, lebam dan injured dah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki.
.

Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti
.

Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian memerlukan saya banyak keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan computer..makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit itu datang semula. Paling ketara di bahagian belakang hinggalah ke tapak kaki. Berdenyut-denyut dan sungguh menyakitkan.
.

Jadi apabila saya mula rasa sakit..saya akan makan kan ubat tahan sakit yang diberikan doctor. Memang lega..namun ia hanya berkesan untuk sementara waktu..

Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2013 sakit belakang saya menjadi amat kronik. Sakit hingga saya berjalan mengengkang ke hospital kerana terasa amat perit di bahagian pinggang, punggung dan kaki. Jika saya berjalan seperti orang normal..sepertinya ada sesuatu mencucuk-cucuk belakang dan kaki saya.
.

Suami cadangkan saya refer terus ke pakar Ortopedik kerana keadaan saya yang amat merisaukan nya. Bila sesi soal jawab dengan pakar..pakar menegur saya kerana membiarkan masalah belakang saya yang berlarutan tidak dirawat sehingga 9 tahun lamanya.Pelik juga katanya saya boleh tahan sakit sebegitu..huhuhu..
.

Beliau menjalankan beberapa ujian dan hasil dari ujian MRI mendapati tulang L4 saya telah terkeluar sedikit atau dalam istilahnya Slip Disc. Kata doctor itulah yang menjadi punca kepada sakit belakang saya selama ini dan ia masih belum di tahap kritikal.
.

Saya ditahan wad selama seminggu dan menjalani beberapa sesi fisioterapi dan ia mendatangkan sedikit kelegaan. Namun kata doctor saya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat benda berat kerana masalah slip disc saya itu. Sedih mendengarnya kerana saya sedar sebagai seorang pekerja/ ibu pasti banyak perkara yang akan terbatas nanti.
.

Disebabkan tuntutan kerja yang agak sibuk ketika itu saya tidak menumpukan proses penyembuhan fisioterapi yang telah dijadualkan doctor, namun saya cuba ikhtiar dengan cara lain yang saya rasa fleksibel dengan diri saya.
Saya bertanyakan kepada rakan dan juga mencari di internet . Saya lihat ramai orang bercerita tentang khasiat Vivix yang telah membantu ramai pesakit kronik untuk kembali sihat. Jadi tanpa berlengah lagi...tanpa berkira kira berapa harga sebotol Vivix itu saya terus membeli sebotol Vivix dan juga GLA ( Saya consume serentak dengan Vivix kerana saya turut mengalami masalah prolong period)
.

Awal ambilan saya kena healin crisis yang teruk juga...pening kepala, tak sedap badan, rasa nak demam.. tapi saya tabahkan hati juga untuk habiskan sebotol.
.

Perubahan yang mula-mula saya rasai, apabila Prolong Period saya yang tak berhenti selama 6 bulan (dimana seiring dengan sakit slip disc) berhenti serta merta. (Prolong period ini tidak tahu apa puncanya kerana saya disahkan tiada cyst dan fibroid oleh Doctor O&G.)
.

Perubahan ini turut disedari oleh suami. Katanya saya nampak sihat berbanding dulu dan tidak lagi mengadu sakit belakang setiap malam
.

Dan syukur pada anugerah yang tak terhingga dariNya yang saya hamil anak kami yang ketiga.Saya alahan diawal kehamilan namun tiada sakit pinggang /belakang yang teruk seperti dua kali kehamilan sebelum ini. Dengan asbab Vivix dan GLA, slip disc dan prolong period saya sembuh. Badan saya sihat dan segar..malah sentiasa bertenaga. Terima kasih Allah..terima kasih Vivix kerna kembalikan semula nikmat sihat pada diri saya.

Order Vivix Sekarang!

Untuk pembelian segera secara online menggunakan kad debit atau kad kredit anda, boleh klik link yang berwarna biru di atas. Untuk sebarang bantuan, hubungi Atiey ok.


 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Perkongsian : Jerawat Batu Hilang Selepas Amalkan Vivix

Ini adalah sharing daripada pengguna yang telah menggunakan Vivix untuk masalah kulit muka yang teruk dan  jerawat batu yang senang tumbuh. 


Assalamualaikum..Hai.. Saya Sarah..berumur 33 tahun. Sebelum ni saya pernah mengalami masalah kulit muka yang agak teruk. Muka saya jenis muka yang berminyak. Jadi, jerawat senang sangat tumbuh dan kadang-kadang bernanah seperti jerawat batu. Boleh dikatakan hari-hari ada je jerawat baru menyebabkan muka saya penuh dengan bekas-bekas jerawat terutama di bahagian pipi.
.

Kulit saya sangat sensitif pada pencuci muka terutama yang mengandungi alkohol dan bahan kimia kerana ia menyebabkan kulit saya bertambah kering. Disebabkan itu, saya tak pakai langsung mana-mana pencuci muka.
.

3 tahun yang lepas saya mula mengamalkan Vivix. Vivix ni produk Anti Penuaan dan Antioksidan. Saya jadi teruja nak cuba sebab fungsi Vivix nie sendiri yang membantu memperbaiki sel DNA kita. Bila sel kita sihat InsyaAllah kulit kita juga akan sihat.
.

Baru-baru nie saya perbaharui passport saya. Memang agak terkejut bila dibandingkan dengan gambar passport saya 2 tahun lepas. Sangat-sangat berbeza. Muka makin licin dan paling tak sangka gambar passport lama saya memang nampak macam muka makcik-makcik. Tapi gambar terbaru saya nampak kelihatan lebih muda sedikit.
.

Sekarang, saya dah pun berani memakai pencuci muka kerana kulit muka dah semakin baik. Kulit dah tak berminyak macam dulu, jerawat dah jarang-jarang tumbuh dan bekas jerawat dah pudar.
.

Nasihat saya pada kawan-kawan yang ada masalah kulit muka, dah pakai dan consume macam-macam produk, tapi masih tak berkesan, cuba rawat sel-sel badan dengan Vivix ni konsisten selama 3 tahun. Insya Allah masalah kulit muka kawan-kawan akan dapat di atasi.




Bagi anda yang mengalami masalah yang sama, boleh cuba ikhtiarkan dengan mengamalkan Vivix dan lihat kesannya.

Order Vivix Sekarang!

Klik link diatas untuk membuat pembelian Vivix dan boleh hubungi Atiey untuk sebarang bantuan.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Perkongsian : Supplemen Wajib Bawa Ketika bercuti


Assalamualaikum..baru-baru ni saya dan keluarga bercuti ke Perth, Australia. Kami pergi pada musim bunga. Suhu memang sejuk di sana sekitar 10 darjah celcius.
.

Saya memang jenis tak tahan sejuk termasuklah anak kedua saya yg baru berusia 1 tahun 4 bulan. Saya pula memang ada masalah paru-paru dari kecil. Bila sejuk sangat saya akan terkena batuk gatal tu sampai berbulan-bulan. 
.

Setiap kali musim hujan saya akan cepat-cepat ambil Vitamin C dan Nutriferon supaya saya tak terkene batuk atau selsema. Macam anak saya yang kecil, bila musim hujan memang senang berair hidung dan berlarutan berhari-hari. Biasanya saya akan suapkannya Omega Guard atau Nutriferon supaya antibodi jadi kuat.
.

Jadi, sebelum ke sana saya memang dah prepare siap-siap Vitamin C, Nutriferon dan Omega Guard. Saya tambah lagi satu suplemen iaitu Vivix. Vivix nie memang bagus untuk tingkatkan sistem imunisasi kita.
.

Sesampai je di sana, malam tu saya terus minum vivix. Sambil-sambil tu saya suap kan pada anak-anak saya, suami dan saya bagi abang ipar minum juga. Memang setiap malam dan pagi sebelum keluar kat sana kami minum Vivix dulu.
.

Alhamdulillah 4 hari kami di sana. Kami semua pulang ke Malaysia dalam keadaan yang sihat. Anak-anak pun sihat. Anak saya yang kecil tu adalah selsema sikit. Tu pun sekejap sangat tak sampai sehari dah baik. Anak saya yang sulong pulak relax je tak pakai baju sejuk. Sampai kene paksa pakai. Punyalah power lepas minum Vivix. Sampaikan saya terlupa nak suapkan anak Omega Guard dan Nutriferon.
.

Kawan-kawan yang bercadang nak bercuti ke tempat sejuk, jangan lupa bawa suplemen atleast Vivix ye. Sangat-sangat berguna. Tak seronoklah kan kalau sakit semasa bercuti.


Pengguna: Siti Sarah M. Noor

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Perkongsian; Hilangkan Sakit-sakit dan Lenguh-lenguh Badan Dengan Vivix

Assalamualaikum.

Saya Wan Zainab Bt. Wan Muhammad berusia 29 tahun. Mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki. Saya suri rumahtangga yang bekerja dari rumah. Saya merupakan ibu yang aktif dan sibuk dengan aktiviti luar.
.

Selepas melahirkan anak kedua, saya mengalami masalah sakit pinggang, lenguh-lenguh, sakit belakang dan kerap letih. Situasi ini saya sedar sewaktu anak kedua berusia 7 bulan. Anak sulung pula jenis yang aktif. Tambahan pula sekarang anak kedua dah berusia 1 tahun. Adik dan abang sama-sama aktif.
.

Saya rasa hari-hari ingin diurut belakang badan. Memang rasa tak selesa bahagian belakang. Waktu tidur, saya alaskan bantal pada bahagian belakang. Selain sakit belakang, kaki juga sering sakit terutamanya pada bahagian buku lali. Suamilah yang selalu jadi tukang urut tak berbayar.
.

Sehinggakan saya rasa ingin jumpa doktor, risau jugak kalau bahagian belakang bermasalah.Takut slip disc atau lain-lain masalah. Tapi saya batalkan hasrat kerana ingin mencuba Vivix.
.

Jun 2016, promosi Vivix. Saya ambil peluang ini untuk consume Vivix. Alhamdulillah, 3 minggu amalkan Vivix, rasa sakit badan dah beransur hilang. Bangun pagi pun mudah je dan badan rasa lebih ringan daripada biasa. Sakit kaki dan tumit dah tiada. 
.

September lepas, saya join marathon. Walaupun 3 KM, saya rasa bertenaga dan masa larian, saya tak rasa sakit perut (senak perut). Kebiasaannya kalau larian, sakit perut memang akan terasa. Sangat pelik! Saya tak mudah penat. Jatuh cinta pada Vivix!!




Beli Vivix Sekarang!

Klik link di atas untuk pembelian secara online.
Hubungi Atiey jika perlukan sebarang bantuan.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

February 9, 2017

Bila Ayah Tanya Vivix



Dah baca cerita dalam gambar atas ni? Terharu ada, gembira ada, sebak pun ada. Yelah, bila kita dapat bagi sesuatu yang boleh buat ayah kita lebih sihat dari sebelumnya, bahagia rasa.

Selagi mak ayah ada, jomlah kita berkhidmat kepada mereka walaupun apa yang kita buat sebenarnya tak setimpal dan takkan mampu untuk membalas jasa mereka.


Mak atieypun dah try Vivix ni. Alhamdulillah, nampak perubahan dari segi bacaan kolestrol mak. Muka pun nampak berseri-seri.



Anda perlukan Vivix sebagai hadiah mereka? Boleh hubungi atiey untuk dapatkannya.

...atau boleh klik pada link Esell di bawah ni untuk pembelian terus secara online. Jika ada sebarang masalah dan perlukan bantuan, hubungi Atiey.

Order Vivix Sekarang!


Hp; 013.921.8084
Email; attieymohamad@gmail.com

February 7, 2017

Ubat Darah Tinggi Tanpa Dadah

Darah tinggi ni jangan buat main-main. Bila doktor dah bagi ubat tu, kena makan ikut aturan dan jangan skip. Atiey sangat risau kalau tiba-tiba rasa sakit kepala dan atas leher sebab orang kata boleh jadi antara sipmtom atau petanda tekanan darah sedang tinggi.                                                                                                                                     

Cerita yang mungkin boleh dijadikan teladan untuk semua. Ada seorang saudara terdekat atiey, ambil lewa dengan pengambilan ubat darah tinggi. Sebabnya beliau fikir tekanan darahnya dah stabil. Suatu hari, tekanan darah terlalu tinggi dan tiada bacaan dapat diambil. Boleh faham tak macam mana panic keadaan masa tu? Mungkin Allah dan tetapkan perkara tu jadi asbab untuk beliau dipanggil “pulang”. Al- Fatihah.


Untuk membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, ramai juga yang berusaha dengan mengambil sumber-sumber makanan tambahan seperti minyak ikan, bawang putih dan vitamin B.


Bawang putih memang berkhasiat dan mampu membantu merendahkan tekanan darah kita. Pernah ada seorang cikgu yang atiey kenal, bila stress (ada darah tinggi) dia akan makan bawang putih mentah 4 biji camtu je sebagai ulam. Katanya memang berkesan.


Minyak ikan pula untuk melancarkan darah dan menghalang pembekuan darah. Sememangnya minyak ikan ni kita amalkan untuk membantu memecahkan lemak-lemak dalam badan juga. Orang yang nak kurus cari minyak ikan lah untuk kurus.


Darah tinggi berkait sangat dengan stress atau tekanan. Btul tak? Sebab tu vitamin B termasuk dalam senarai supplemen yang boleh merendahkan tekanan darah. Ia mampu menurunkan tekanan. Bagi yang migraine, cubalah makan vitamin B, kepala akan rasa lebih ringan dan boleh bantu hilangkan sakit tu.


Kalau dalam produk Shaklee, supplemen ni boleh didapati dalam bentuk

-Garlic Complex
-Omega Guard
-B Complex


Banyak sangat ke rasanya nak telan 3 jenis ni? Kalau camtu minum satu sudu Vivix setiap pagi untuk membantu mencapai total wellness. Vivix ni memberi impak kepada 4 mekanisma utama penuaan selular. Ia meresap jauh ke dalam DNA dan membantu membaiki kesihatan sel kita. Bila sel sihat, sistem badan kita ok dan inshaaAllah badan kita sihat secara keseluruhannya.




Nasihat atiey adalah jangan tinggalkan ubat darah tinggi anda tanpa arahan dari doktor. Supplemen ini kita gunakan sebagai satu usaha untuk membantu badan kita sihat. Apabila tekanan darah dah betul-betul stabil, dan badan benar-benar sihat, pergantungan kepada ubat mungkin boleh dilepas perlahan-lahan dengan nasihat doktor.

-Garlic Complex (60 biji) RM47.50
-Omega Guard (90 kapsul) RM136.00
-B Complex (120 biji) RM43.00

Jumlah kesemuanya adalah RM226.50


Untuk lebih kesan yang optimum, amalkan Vivix (150ml) RM475.00


 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...