Blog Archive

January 18, 2017

Perkongsian : KESAN AMALKAN VIVIX ; BERAT BADAN MENURUN DAN KULIT SEMAKIN CANTIK

Saya mula makan Vivix sebab nak bagi sorongan pada suami. Dia ada ketumbuhan (cyst) di pangkreas. Pada mulanya suami tak nak makan, saya tak memaksa suami untuk makan Vivix tu tapi saya bagi tau bahawa pengambilan Vivix nie dapat mengurangkan/ melambatkan pembesaran cyst tersebut...
.

Lepas tu, suami mula makan apabila dia tengok saya makan Vivix tu... tapi tu la, tak lama pun dia makan dalam 2 ke 3 minggu.. Bila saya tanyakan apa yang dia rasa, rasa sakit berkurangan dari selalu, badan dia rasa cergas dan mood dia pun semakin baik. Mood tu dari segi melakukan kerja bertambah baik...
.

Pada masa yang sama, saya makan jugak Vivix tu tapi tak la macam suami saya kejap makan kejap tak. Saya konsisten makan Vivix tu sampai sekarang, saya dapati kesannya agak cepat, kulit muka saya yang berminyak dulu sekarang dah kurang tak la teruk macam dulu. Berat badan saya jugak semakin menurun, yang dahulunya tidak mahu berganjak dari angka 70kg ke 72kg sekarang dah mula menjejak ke angka 69kg dan ke bawah..
.

Ini saya baru makan Vivix dalam masa 1 bulan setengah sahaja tau... Saya tak perasan pun tentang berat badan ni makin mengecil, suami tegur "makan apa sekarang badan makin slim ni" malu pulak saya bila dia tegur begitu.. Kalau saya teruskan hasilnya pasti gempak kan?
.

Selalu saya akan makan Vivix sebelum sarapan. Kenapa boleh kuruskan badan ya Vivix ni? Vivix jugak boleh melancarkan sistem dalam usus kita, setiap hari mesti akan membuang 2 ke 3 kali. Samada kita makan banyak ke sikit ke pasti keesokan harinya kita akan ke tandas untuk membuang.
.

Dari luaran pula, tona kulit muka saya semakin sekata, lembut dan halus je.. Saya suka sangat, lagi-lagi kat bahagian hidung saya ni, dulu hitam dari permukaan kulit muka sekarang. Alhamdulillah.

NOORBIHA BINTI ABU

KULIT MUKA SEMAKIN CERAH SEKATA SELEPAS AMALKAN VIVIX

Assalamualaikum

Nama saya Zainah Mukhtar. Saya pengguna dan juga pengedar vitamin Shaklee.
.

Saya dah makan hampir semua vitamin shaklee sejak 2 tahun lalu, ada 4-5 jenis yang belum. Vivix adalah yang terbaru saya cuba. Sebelum ni memang selalu tengok kawan-kawan dan pelanggan jer yang bercerita tentang keberkesanan vivix ni. Terdetik juga dalam hati, satu hari aku mesti cuba vivix.
.

Dipendekkan cerita, saya dapat sebotol vivix hasil daripada bermain kutu. Sebab vivix ni agak mahal untuk saya sebagai seorang surirumah, jadi nak cuba punya pasal main kutu vivix la.
.

Sebelum minum vivix saya memang dah amalkan vitamin2 lain juga seperti ESP, VITA C, VITA E, B COMP, OSTEMATRIX, GLA, ALFALFA dan beberapa lagi. Setiap hari memang ambil vitamin2 ni semua. Saya ambil untuk menjaga kesihatan dan untuk kecantikan.
.

Saya teruja sangat dengan vivix ni. Saya nak buat 'eksperimen' kat diri sendiri. Sebelum ni ramai dah cakap vivix ni best, vivix ni vivix tu, jadi tiba masa saya pula nak cuba.
.

Saya berhenti ambil vitamin2 yang lain kecuali ESP 3 hari sebelum minum vivix. Saya dengan ESP ni kawan baik, waktu sarapan mesti minum segelas ESP. Saya jarang ambil sarapan yang berat2, cukup segelas ESP untuk memberi saya rasa kenyang dan tenaga sehingga waktu makan tengahari.
.

Maka saya cuba vivix satu sudu kecil buat permulaan selama 3 hari. Selepas 3 hari saya ambil 1 sudu besar pula. Saya mula perasan ada perubahan bila saya tengok cermin selepas bangun tidur. Wow!! Sangat luarbiasa kesan vivix ni, kulit wajah saya nampak lembap dan pori2 terbuka dah berkurang. Lepas seminggu tona kulit dah nampak makin lebih sekata dan semakin cerah. Saya senyum sorang2 depan cermin, seronoknyaaa
.

Sekarang barulah saya percaya yang vivix ni betul2 memberi kesan untuk awet muda. Sebelum ni macam kurang percaya sebab tak cuba sendiri.
.

Saya memang takde pakai krim kecantikan. Krim malam NutriWhite yang saya pakai sebelum ni pun dah lama habis sebelum saya minum vivix.
.

Jadi saya sangat syorkan pada semua yang nak wajah awet muda tapi malas nak makan vitamin banyak2 atau nak tepek krim siang malam, elok sangat minum vivix 1 sudu sebelum tidur. Bangun pagi tengok cermin mesti senyum sorang2.
.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu. Begitulah dengan vivix, mesti kena cuba sendiri.
.
Itulah kesan vivix kepada saya.

Perkongsian: AMVIL VIVIX KERANA TULANG RETAK

Ziela nak kongsikan pengalaman tragis Ziela dengan Vivix.


Pada Februari 2016 , kami buat keputusan nak hijrah ke Ampang. Jadi masa sibuk nak packing barang nak pindah. Ziela masuk dalam bilik, sebab nak keluarkan baju dalam bilik. Sebab anak tengah tidur masa tu Ziela tak on lampu. Dalam gelap, tarik kotak. Tiba-tiba kaki rasa kebas. Rupanya bola bowling suami yang berat tu jatuh atas kaki. Ya Allah. Sakit sangattt. Allah saje tau. Menangis tengok. Tiba-tiba kaki membengkak. Dalam keadaan sakit heret kaki keluar. Tunjuk kat suami. Sambil menangis cakap. "Bang kaki sayang cacat dah.. Tulang retak patah dah" sambil menangis.



Mintak suami ambikkan botol Vivix dan Herbal Blend. Picit sebanyak nya Herbal Blend atas kaki. Dan terus minum Vivix tanpa sukatan.
Malam tu tak boleh tidur. Sebab malam kan sejuk. Angin masuk banyak sebab bengkak. Menangis sambil tidur. Sebab berdenyut.
2-3 hari solat sambil duduk, tak boleh pakai kasut, kaki bengkak sentuh kain pun ngilu.



Alhamdulillah selepas hari ke-4 kami pindah. Punggah barang, saya dah rasa 95% hilang rasa sakit. Cuma bila tekan. Masih rasa la. Dan dapat rasa tulang tak ditempatnya. Dan harini, dah masuk bulan ke 10. Ziela nak bgtau. Alhamdulillah Ziela tak cacat. Tak tempang. Dengan habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu. Dan maintain kesihatan lain.

Perkongsian: AMALKAN VIVIX KERANA SAKIT BATU KARANG

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Akmal Mustafa dan berumur 28 tahun. Saya seorang suri rumah, mempunyai 3 orang anak dan kini menetap di Terengganu. Saya pernah mengalami masalah sakit kencing sejak dari bangku sekolah. Seingat saya ketika saya di tingkatan tiga.
.

Penyakit tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama. Hinggalah apabila saya berkahwin pada tahun 2008. Kesakitan yang saya alami semakin teruk. Saya mula tahu saya menghidap batu karang apabila terjadi insiden selepas saya mengurut perut dengan bidan, pada hari yang sama saya merasa sakit yang terlampau dahsyat.
.

Seperti ada sesuatu yang tajam seolah menghiris bahagian peranakan seta saluran kencing saya hingga menyebabkan saya menggelupur kesakitan. Bahkan saya tak mampu untuk berjalan kerana terlampau sakit. Suami saya terpaksa menggendong saya ke hospital kerana keadaan saya yang tak mampu untuk berjalan.
.

Bermula dari situ doktor melakukan scan dan test urine dan dapat detect saya mengalami batu karang. Ini berlarutan sehingga saya merasa sakit dalam saluran kencing, sakit ketika bersama suami, rahim bengkak dan jangkitan kuman. Saya mengalami perkara ini sejak berumur 15tahun. Selain ubat hospital saya ada berikhtiar dengan ubatan kampung. Minum rebusan akar kayu dan ubat homeopathy.
.

Tapi kesannya saya mengalami pening yang melampau serta saya juga terpaksa berjumpa pakar ENT kerana ubat yang saya makan menyebabkan dalaman saya kepanasan hingga memberi effect telinga saya sakit dan berdengung.
.

Doktor sarankan saya berhent dan mencadangkan saya supaya makan ubatan yang telah ditetapkan dos pengambilan yang betul. Akhirnya saya stop dan selepas itu hanya menggunakan suplemen Shaklee. Saya berikhtiar dengan produk Shaklee selepas hasil pencarian di internet.
.

Pada mulanya saya hanya mengambil Alfalfa Complex dan Garlic sebagai langkah untuk mencegah kencing kotor. Alhamdulilah sekitar 1 minggu konsisten saya dapat kesan positif. Sakit bertahun yang saya alami dan bergantung dengan pil killer untuk tahan kesakitan hilang! Lepas tu saya mula ambil tambahan vitamin lain seperti Ostematrix dan Vita-C. Then saya buat pemeriksaan doktor untuk kepastian, sakit kencing saya hilang, kencing kotor pun pulih, rahim dah tak bengkak. Tapi batu karang masih ada.
.

Kemudian saya mula membeli tambahan vitamin sebab saya nk kesan yang extra. Saya nak hilangkan terus batu karang. Saya mula minum Vivix. Alhamdulilah. Bersyukur sgt asbab sebotol Vivix yang saya minum, hasil pemeriksaan doktor batu karang saya hilang! Doktor pun terkejut dan tanya apa yang saya amalkan. Saya bawa botol Vivix dan tunjuk pada doktor. Doktor nasihatkan saya untuk terus amalkan pengambilan nutrisi yg sihat untuk mencegah batu karang dari terbentuk kembali. Saya mula beli Vivix selepas daftar sebagai ahli Shaklee.
.

Saya tahu tentang Vivix hasil dari research dan produk study serta mencari testimoni pengguna Vivix. Saya mengambil sesudu kecil sekali sehari. Saya juga turun mengambil suplemen Shaklee lain seperti Garlic, Alfalfa, Garlic, Vita-C dan Ostematrix. Antara hyling crysis yang saya alami ialah letih dan mengantuk, kencing menjadi sangat kuning dan beransur bersih dari hari ke hari. Oleh kerana saya menyusukan anak, hari pertama dan kedua baby kurang menyusu, mungkin ada perubahan pada rasa. Tapi saya lebihkan minum air putih. Sesudu Vivix sehari saya bahagikan untuk pengambilan 3 hari supaya kandungannya dapat balance dgn tubuh saya.
.

Alhamdulilah dengan cara tu baby saya kembali menyusu macam biasa dan lepas tu saya minum sesudu kecil sekali sehari balik. Dua minggu selepas minum Vivix, perubahan ketara saya tak lagi rasa sakit dan tak selesa pada saluran kencing. Tubuh menjadi ringan dan bertenaga dan tak mudah letih. Susu badan juga semakin meriah.
.

Saya mengambil masa dua bulan makan pil dan vitamin dan 2 minggu untuk menghabiskan 1 botol Vivix. Hasil scan dan urine test kuman batu karang dan batu karang hilang. Saranan saya pada yang mengalami penyakit batu karang, cubalah berikhtiar dengan suplemen Shaklee terutamanya Vivix, kerana Vivix berfungsi membantu untuk merawat sistem dalaman tubuh badan kita.
.

Saya sangat bersyukur pada Allah asbab pengambilan ViVix dan beberapa vitamin lain batu karang saya sembuh. Saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya saya sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang. Terima kasih atas peluang ini.

Tips Mengurangkan dan Menghilangkan Alahan



Alahan adalah satu keadaan tang bertindakbals tidak lazim terhadao bahan yang selalunya tidak membahayakan. Bahan ini mungkin tidak dimasukkan ke dalam badan kita melalui sedutan ataupun ditelan juga melalui sentuhan kulit. Ia mungkin datang daripada jangkitan dalam badan kita. Bahan yang menyebabkan sensitivity ini bertindakbalas dipanggil allergens.


Allergens biasa menyebabkan tidakbalas yang tidak disenangi bermula dengan mendengus dengan kongesi pernafasan dan dari pecahan kulit kepada pergolakan gastro usus termasuklah debunga, kulat, habuk rumah, kulit haiwan, bulu, bulu bebiri, biji kapas dan lain-lain lagi.


Sensitiviti mungkin tak kelihatan pada kali pertama tetapi akan berlaku setelah terdedah berulang kali.


Apabila dibiarkan alahan akan semakin menjadi-jadi. Simptom menjadi lebih teruk, saluran pernafasan , penghadaman dilemahkan dan memudahkannya diserang oleh kuman-kuman lain. Mengenal pasti PUNCA alahan akan menjadikan kita lebih sihat, bertenaga dan memberikan kehidupan yang lebih sihat.


MAKANAN PENAWAR HARIAN YANG MERUPAKAN ANTIBIOTIK SEMULA JADI
Kita memerlukan antibiotic untuk melegakan, meringankan gerak badan bagi mengatasi alahan. Antibiotik ni menghalang  tindakan  allergen, mengurangkan tindak balas yang menyakitkan dan membersihkan sistem tindak balas badan.Antibiotik semula jadi boleh didapati melalui bawang putih.


Bawang putih adalah makanan penawar setiap hari yang dapat mengatasi punca alahan dan melegakan symptom tersebut.


Bawang putih mengandungi dua bahan istimewa iaitu sulfide dan disulfida. Apabila dimakan, bahan-bahan ini akan bersatu dengan virus atau allergen. Ia akan membantu menghalang terjadinya kesan seterusnya.


Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Bawanng Putih?
Potong, sagat atau potong kecil-kecil dan campur dengan salad sayur-sayran mentah yang dicuci bersih.


ADA BERITA BAIK!!


Untuk lebih memudahkan, saya mencadangakan pengambilan Garlic Complex Shaklee yang bersumberkan bawang putih asli dan mengandungi rasa spearmint. Garlic Complex mengandungi Allicin iaitu bahna yang snagat penting dalam sebiji bawang putih.

Sehari  cuma amalkan 1-2 biji sahaja. Selain untuk digunakan sebagai tujuan di atas, ia juga bagus untuk kesihatan kulit bak orang Korea.



Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

January 17, 2017

Ketahui 3 Jenis Pendakap Gigi

Masalah pada gigi memang boleh mendatangkan masalah dan rasa kurang yakin untuk berada di hadapan ramai orang.


Sebab tu ramai juga yang atiey kenal ambil keputusan untuk membuat rawatan dan memakai pendakap gigi.


Ada 3 jenis pendakap gigi yang boleh digunakan iaitu;

Besi (Stainless steel)
📍📍📍📍📍📍📍📍
Mempunyai dua warna iaitu emas dan perak . Permintaan jenis ni tinggi kerana lebih murah. Ia juga elastik san boleh ditukar bila-bila masa sahaja.


Seramik (Ceramic or Tooth Coloured Braces)
📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍
Ia juga dianggap jenis tradisional tetapi seramik lebih cantik daripada besi.

Kalau dilihat dari jauh memsng tak kelihatan. Dari segi keselesaan, ia lebih baik kerana sisa makanan sukar nak melekat di celsh-celah pendakap ni. Cuma ada yang tak boleh tahan kesakitan menggunakan pendakap jenis ini kerana ia memberi tekanan kepada struktur gigi.


Jernih (Clear Inspire Sapphire Braces)
📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍
Pendakap gigi ini sedikit je bezanya dengan seramik cuma lebih jerbih dan sukar dilihat walau jarak dekat.

Bagi yang mempunyai gigi putih berseri, sesuai sangat. Keadaan dawai besi yang sungguh terperinci membuatkan ia sukar meregang dan lebih bersih dalam masa singkat.

Rawatannya berbulan-bulan untuk menjaga kualiti kebersohan oral


Nak pilih yang mana? Tepuk pipi tanya hati..hihi

Bibir Merah Secara Semula Jadi

Bulan puasa 2005, bibir jadi teruk betul. Cuaca panas tambah dengan badan kekurangan air, bibir atiey jadi macam ada lapisan plastik pulak.


Sambil-sambil study, tangan gatal nak mengopek bibir, berlopak jadinya. Berdarah.


Hujung minggu tu sempat balik rumah. Kebetulan kat rumah tu ada madu.


Nak tidur malam, sapu sikit kat bibir. Jangan banyak nanti semut datang pulak.


Kalau nak best lagi try madu dengan limau nipis untuk bibir cerah dan lembap.


Alhamdulillah, atiey buat dalam dua hari je dah dapat kesan lembap tu tau. Amalkan sepanjang masa? Lagi cantikla bibir tu.


Selamat melembapkan bibir ye.

January 16, 2017

3 Khasiat Brokoli

Assalamualaikum

Anda suka makan brokoli tak?

Brokoli dikenali sebagai makanan super yang merujuk pada makanan yang mengandungi banyak nutrisi dan bermanfaat untuk kesihatan.


Manfaat brokoli adalah;

1. Membantu menurunkan berat badan

2. Mencegah penyakit jantung

3. Mencegah depresi

So, rajin-rajinlah shopping brokoli lepas ni ye.

January 11, 2017

Bagaimana Nak Memulakan Bisnes Shaklee

Assalamualaikum

Duit RM50 tahun dengan RM50 tahun, nilainya dah tak sama. Kenapa? Sebab harga barang makin lama makin naik. Tak cerita pasal minyak naik lagi.



Jadi, rata-rata ramai yang ambik keputusan buat bisnes untuk cari pendapatan tambahan. Buka internet dan cari idea nak buat perniagaan yang macam mana. Macam-macam pilihan sebenarnya.


-Jual produk kecantikan
-Ejen insurans
-Ejen top up
-Bisnes pakaian online


Bagi Atiey pulak, dalam banyak-banyak bisnes, selepas melalui pengalaman mencuba beberapa jenis perniagaan dan join sekali bisnes suami, Atiey ambik keputusan untuk buat bisnes Shaklee dengan sepenuhnya.


Sebabnya 

- sepenuhnya buat dari rumah

- modal hanya RM65 + 6% GST sahaja

- belian 100% secara online

- tak ada masalah untuk bawa anak-anak semasa gathering

-kelas dan bengkel disediakan dengan harga lebih jimat (group iReach)


Bagaimana nak mulakan?

➨Daftar dengan group yang aktif dan menyediakan sokongan.

Sebelum tu, selidik dulu dengan siapa anda nak daftar. Penaja anda di bawah group mana? Apa kelebihan group penaja tersebut. Macam Atiey, berada dalam group iReach. Dalam group ni kami ada saingan secara sihat. Even sideline kami pun kami kenal dan tak ada rasa nak dengki-dengki atau ambik customer ke apa sebab kita diterapkan dengan keyakinan untuk sendiri berusaha dan banyak lagi amalan-amalan rohani lain. hehe..macam usrah pun ye jugak.



➡Daftar dengan pengedar yang komited

Macam mana nak tahu? Kalau penaja tu fokus offline, mesti dia ada skill tertentu dan boleh buat anda yakin kan.. kalau pengedar tu buat secara online, cuba follow blog, facebook atau page beliau. Dari situ kita boleh kenal.



Senang kan?


Jadi sekarang bagaimana nak daftar?
  1. Hubungi pengedar pilihan anda
  2. Pilih sama ada nak mendaftar dengan yuran sebanyak RM65+6% GST atau PERCUMA*
  3. Buat bayaran sama ada transfer/ bank in
  4. Berikan maklumat yang diminta oleh pengedar
  5. Anda akan menerima sms dari Shaklee ( Id dan Kata laluan Shaklee2u)



Berhubunglah dengan pengedar yang kini telah menjadi penaja anda. Mudah kan?

Ikut rapat-rapat tips dan coaching yang mereka beri.

Selamat maju jaya.

Nak daftar dengan Atiey? Klik sini.

Sign up now


 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

January 9, 2017

Blog Pengedar Shaklee Malaysia Yang Sah

Assalamualaikum

Apa khabar semua hari ni?
Harap-harapnya semua sihatlah ye. Hari ni saya teringat pulak satu peristiwa kat tempat saya kerja dulu. Masa tu saya first time up status di laman sosial tentang vitamin Shaklee. Kat situ saya bagitaulah yang saya ni pengedar sah Shaklee dan sesapa yang nak order vitamin Shaklee bolehla hubungi saya.


Esoknya saya perg kerja, terus kawan saya datang.

" La, kenapa tak cakap hang pengedar Shaklee? Puas aku cari tau. Nak beli vitamin C. Susah betul nak jumpa"



Haha..sekali kawan tempat kerja tak tahu..



Jadi nak bagitahulah kat sini. 


Saya, Rafhati Mohamad Napi adalah  pengedar sah Shaklee (869588). Bagi  anda di sekitar Shah Alam, Bukit Raja, dan Padang Jawa Klang boleh hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee. InshaaAllah saya boleh COD ke tempat yang saya sebutkan ni.


COD Bersyarat
Walau bagaimanapun, untuk belian bernilai tinggi,  Saya akan minta customer  buat pembayaran terlebih dahulu sebelum melakukan penghantaran. Bayaran sama ada secara bank-in/ transfer.


Bagi yang di luar kawasan di seluruh Malaysia  pun boleh juga melalui penghantaran secara Pos Laju/ Gdex/Citylink.


Cara Pesanan
Caranya senang jer..Selepas buat order, saya akan beri nombor akaun untuk pembayaran. 
Sebaik sahaja customer saya buat pembayaran dan maklumat yang diperlukan, saya akan uruskan proses pengeposan secepat mungkin.


Yang paling penting alamat, nama penerima dan no h/p mesti tepat dan betul bagi memastikan kiriman selamat sampai.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi

♥ HP : 0139218084 ( sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey



January 7, 2017

Tips Berjaya Dalam Perniagaan


Anda ada perniagaan atau baru nak berjinak-jinak dalam dunia berniaga? 



Sebelum saya mengambil keputusan untuk berniaga, suami saya berkongsi satu kata-kata yang sangat bermakna. Kalau berkerja makan gaji adalah 1 usaha, bekerja sendiri memerlukan 14 kali ganda usaha untuk berjaya. Jangan fikirkan nilai yang diberi 1 dan 14 tu tapi apa yang saya nak sampaikan adalah betapa jauhnya beza tahap usaha yang kita kena tanamkan dalm diri kita apabila kita berbisnes.


Namun, bukanlah ia menjadi suatu halangan tau malah sepatutnya dipegang sebagai bentuk motivasi dan juga peringatan agar tak berada dalam zon selesa.



Susah ke nak berjaya dalam perniagaan ni?


Di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk mengorak kejayaan dalam perniagaan. Antaranya ialah;


  • Rajin

  • Sabar

  • Bersyukur

  • Tidak mudah berputus asa

  • Pandai merebut peluang

  • Berpandangan jauh

  • Mempunyai daya juang yang tinggi

  • Menghargai masa dan tidak bertangguh

  • Menghargai pelanggan

  • Berjimat dan tidak membazir

  • Meletakkan harga yang berpatutan

  • Bergaul dengan orang-orang yang positif



Kesimpulannya, amalkan sikap-sikap di atas untuk mencapai kejayaan setelah banyak titik peluh dikorbankan. Namun kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kegagalan kerana ia adalah lumrah yang perlu dilalui sebelum betul-betul berjaya. Berusaha dan berdoalah agar urusan kita dipermudahkan oleh Nya.


Bagaimana Nak Jadi Peniaga Shaklee Yang Berjaya?

Assalamualaikum

Kita suka tengok orang berjaya. Rumah besar, kereta besar, hidup mewah dan sentiasa gembira. Tapi pernah tak kita terfikir apa yang pernah merka lalui sebelum mereka dapat apa yang dinikmati sekarang?



 Begitu juga dalam Shaklee. Kita dihidangkan dengan gambar-gambar senyuman dan percutian para leader ke luar negara bersama keluarga tersayang. Kita pun rasa termotivasi untuk join ahli Shaklee. Mereka yang join Shaklee untuk berbisnes ada dua. Satu yang duplicate apa yang diajarkan oleh upline dan satu lagi belajar tapi tak amalkan.


Bila belajar tapi tak diamalkan dan tak di praktikkan, kejayaan tu mungkin agak sukar untuk kita capailah. Seba tu upline saya selalu duk ulang, ikut apa yang para leader lakukan dan inshaaAllah akan membuahkan hasil. Kenapa? Kerana ia dah terbukti.


Sejak saya aktif menjalankan bisnes Shaklee ni, saya pelajari beberapa perkara iaitu;

Hapuskan Alasan
Keupayaan kita ni tak terbatas sebenarnya kecuali kita dah memang terperangkap dalam dunia alasan kita sendiri. Tak boleh buat sebab tak ada masa, anak ramai, suami tak bagi, tak ada modal dan sebagainya. Untuk berjaya, padamkan alasan-alasan yang telah kita cipta dan majulah dengan berani.


Buat Segera
Semakin kita bertangguh dan bersikap tangguh-tangguh, semakin jauh kita dengan kejayaan. Laksanakan segera apa yang kita nak buat.


Sayangi Perniagaan 
Jangan abaikan perniagaan yang kita bina. Ambil serius untuk menonjolkan diri supya dikenali sebagai pengedar Shaklee yang boleh dipercayai dan diyakini. Jangan khianati perniagaan kita dengan ambil mudah waktu "bekerja" yang telah ditetapkan. Pastikan kita terus berdisiplin. Kalau bukan CEO yang usahakan, siapa lagi?





4 Tips Marketing Instagram

Assalamualaikum


Sekarang ni pelbagai medium kita ada yang boleh  digunakan sebagai medium pemasaran. Hari ni, Attiey nak cerita tentang instagram.


Bagi yang belum biasa dengan facebook, kita sedia maklum cara penggunaannya yang mana kita boleh masukkan gambar dan juga menaip status dan boleh juga hanya menaip status  tanpa gambar.




Tetapi untuk instagram memang WAJIB ada gambar baru boleh kita taip sesuatu..


Jadi, untuk melakukan pemasaran melalui instagram memerlukan 4 tips ini:


Tahu Targeted Follower
Untuk siapa kita nak tuju produk kita? Boleh mulakan langkah pertama untuk dapat hasilnya. Wah gitu. Like-lah dulu gambar bakal  follower anda. Berikan komen yang sesuai dengan gambar dan jangan sesekali "spam" atau meletakkan ayat-ayat minta di"follow' semata-mata. nampak sangat tak ikhlas.


Gambar Menarik
Kreativiti sangat penting. Ambil gambar produk anda dari sudut yang berbeza tetapi menarik. Jangan lupa bahawa gambar boleh "berkata-kata". Belajar teknik mengambil gambar pasti takkan merugikan anda.


Permainan Hashtags (#)
Pilih hashtags yang popular dan boleh dikaitkan dengan produk anda. Sebagai contoh, atiey jual vitamin, attiey gunakan #sihat. Penggunaan hashtag sangat perlu kerana ia boleh menghubungkan audience dengan gambar produk kita.


Penjelasan Yang  Memukau
Bila gambar dah cantik, hashtag dah padu, jangan lupa untuk menaip penerangan yang boleh memukau prospek pula. Pembaca boleh menilai perniagaan kita melalui apa yang kita tulis. Bayangkan gambar tanpa penerangan. Nampak macam malas.


Adakalanya, pembaca gemarkan gambar-gambar di sebalik tabir sesuatu kejadian. Sebagai contoh, gambar anda sedang menerangkan sesuatu kepada customer atau gambar anda bersama model produk. Ia membuatkan prospek timbul rasa percaya dan yakin dengan anda. 

January 5, 2017

Anak Dah Tak Demam Selepas Makan Nutriferon


Susah hatinya mak ayah bila anak demam susah nak cakap kat orang. Tambah dengan suhu yang memang tinggi sampai 40 darjah celcius, kalau atiey memang tak berani nak tidur malam. 


Tapi sejak kenal Nutriferon, rasa tenang sikit sebab tahu ada alternatif yang atiey boleh cuba. Memang berkesan.


Sama macam testimoni kat bawah nilah...lega sangat bila anak dah boleh main-main macam biasa.




Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Bacaan Gula Pesakit Diebetis Dah Berkurang Selepas Amalkan Vivix


Bacaan gula dalam darah tinggi, bikin susah hati.

Atiey selalu dengar golongan yang berumur duk mengadu, risau kalau-kalau tiba-tiba tahu kena kencing manis. Takut kaki kena potong.


Alhamdulillah juga sebab ada antaranya dah mula amalkan Vivix sebab Vivix boleh membantu memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin ("metabolic syndrome") yang mengarahkan kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis disebabkan olek gen yang rosak.


 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

4 Tips Online Marketing



Berniaga dalam talian semestinya tak sama macam apa yang lakukan secara offline. Dengan persaingan yang banyak, kita kena kreatif dan pandai menarik minat bakal pembeli. Hari ni Attiey nak kongsikan apa yang  Attiey pernah baca dan tahu dari seorang sifu dan Attiey fokuskan kepada laman sosial facebook.

1. Cipta dan wujudkan identiti/branding
Setiap kali kita muncul, biasakan dengan satu cara atau tagkine atau apa sahaja yang boleh menyebabkan orang ingat dan bolek mengaitkannya dengan kita. Semestinya cari sesuatu yang positif. Sebagai contoh kita menjalankan perniagaan yang sangat mesra pelanggan dan tidak syok sendiri apabila bercerita tentang sesuatu produk.


2. Setiap info dan sharing disertai dengan imej
Pembaca akan lebih tertarik dengan post bergambar. Lebih-lebih lagi gambar yang mampu bercerita. Kurangkan menulis pos dan meletakkan hanya gambar produk sebaliknya pilih gambar model yang sedang menggunakan produk atau membawa produk. Ini bukan sahaja menarik pembaca tetapi boleh meningkatkan keyakinan juga.


3.Pos sesuai dengan masanya
Bukan setiap masa tu sesuai untuk kita buat promosi. Contohnya waktu pagi ketika ramai orang sedang bersesak di jalanraya, mereka mungkin akan berkesempatan melayari facebook tetapi pada masa tu mereka biasanya mahukan sesuatu yang agak enjoy dan fresh. Mungkin berita atau motivasi pagi. Waktu minum pagi dalam jam 10 dan waktu lunch adalah waktu yang ramai penjual membuat marketing dan ketika itu orang-orang kita lebih relaks untuk menerima input-input sedemikian.


4.Tetapkan sasaran
Bila kita menetapkan sasaran, kita boleh fokus kepada siapa kita nak tujukan iklan kita, pemasaran kita dan lebih menjimatkan masa. Kalau kita nak buat fbads pun memang ada ruangan untuk kita tetapkan dan pilih sasaran iklan kita.


Pesanan saya, dalam berniaga online ni sayangilah "kedai maya" kita. Mulakanlah seawal pagi dan pastikan ia aktif. Jika kita memang dah tahu satu-satu hari tu kita akan off, jadualkan pos kita melalui application "Buffer" di android/ smartphone.


Semoga berjaya

January 3, 2017

Pesta Vivix Januari Dengan Harga Jimat

Bulan Januari nih Shaklee buka peluang untuk semua orang dapatkan Vivix dengan harga jimat. Molek sangatlah. Dengan cuaca yang tak menentu ni, kita up sikit pertahanan antioksidan dalam badan kita. Lagipun mudah nak amalkan.  Buka tutup botol dan minum camtu je. Bagi yan g tak suka banyak-banyak jenis, memang andalah yang Shaklee nak tolong.


Kalau pada bulan biasa, harga sebotol RM475 sebotol (150ml), bulan ni ada tawaran hebat.

Beli 2 botol , anda layak dapat 5%  pengurangan harga dan automatiknya terus jadi ahli secara PERCUMA. Kos penghantaran pun tak yah bayar. FREE DELIVERY u'olls. Tengah bulan depan layak dapat bonus. Jumlah harga hanya sebanyak RM956.65


Kalau rasa nak beli banyak-banyak terus, memangla lagi jimat. Cuma RM3021.00 sahaja. 

Beli dengan harga 6 botol Vivix tapi  dapat 7 botol. Waaahhh...pemurah u'olls Shaklee ni. Siap bagi free sebotol yang berharga runcit RM475 tu. 




10 Kebaikan Vivix Shaklee: 
  1. Awet muda dan anti penuaan – menggalakkan penuaan yang sihat 
  2. Membantu melawan sel kanser – merencatkan sel kanser dari menjadi lebih serius. 
  3. Mengurangkan risiko sakit jantung – melindungi jantung 
  4. Mengurangkan komplikasi kencing manis / diabetis mellitus. 
  5. Meningkatkan kesihatan sendi – melindungi saraf 
  6. Mengurangkan risiko nyanyuk 
  7. Membantu proses penurunan berat badan 
  8. Menyokong kesihatan mata. 
  9. Menigkatkan tahap imunisasi 
  10. Menggalakkan kesihatan keseluruhan.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

January 1, 2017

Bisnes Shaklee Ok Ke?

Ada yang ragu-ragu lagi nak baut bisnes Shaklee. Macam-macam soalan yang berlegar-legar kat kepala katanya.


Modal
Tak perlu keluarkan sampai ribu riban,. Yuran keahlian cuma RM69 + RM10 pos Semenanjung/ RM20 Sabah /Serawak. Keahlian pula tak perlu nak perbaharui setiap tahun. Memang sekali tu je seumur hidup.


Kenal produk
Banyak kelas-kelas disediakan oleh pihak Shaklee untuk menyediakan maklumat kepada ahli. Bukan sahaj kelas mengenai produk malah ada bengkel nutrisi lagi untuk mereka yang mahu memahami dengan lebih mendalam. Siap ada sijil tau. Cara lain untuk kenal produk adalah dengan menggunakannya. Bila kita guna atau makan, kira rasa kesannya dan kita akan lebih faham mengenainya.


Cara Jual
Bila kita dah rasa, dah amalkan dan alami sendiri kebaikan dan manfaat serta khasiat produk, serta bagaimana ia bertindak, lebih mudah untuk kita kongsikan dengan orang kan. Bukan sahaja kongsi secara lisan tetapi boleh juga melalui media sosial seperti facebook, instagram dan blog.


Cari downline
Jika anda hanya nak guna sendiri, tak perlu cari downline tapi u\jika nak berniaga dan perolehi pendapatan daripadanya, kita kena pastikan ada "growth". Lebarkan empayar dengan sponsor ahli baru sama ada yang nak berbisnes atau makan sendiri.


Stok
Dengan hanya RM500 anda dah boleh mulakan stok permulaan. Tak perlu modal sehingga empat angka. Bila dah semakin maju, tambah stok supaya mudah jika ada yang nak segera terutama mereka yang walk-in. Lagipun dengan adanya website Shaklee2u, memudahkan kita untuk order je secara terus dan Shaklee akan hantarkan bagi pihak kita. Tak perlu beratur di kaunter lagi.


Bayaran Bonus
Dengan keinginan untuk berusaha, anda mampu mencapai pendapatan sehingga 4 angka dalam tempoh yang singkat. Perlu anda tahu, Shaklee akan tidak menghadkan income yang mampu kita jana dari bisnes ini. Infiniti. Yang penting, keinginan dan usaha untuk berjaya bermula dari diri kita.

 
Beza MLM Shaklee Dgn MLM Haram Jadah from iReach HD on Vimeo.


Hubungi saya segera di 013.9218084 ( whatsapps/sms), atau email ke attieymohamad@gmail.com untuk bina empayar perniagaan anda.

Doorgift Kahwin Dah Dapat

Assalamualaikum.

Hari ni pagi-pagi lagi keluar dari 9 macam yang kitorang dah plan minggu lepas. P mana?

Ke Banting. Nak ambik doorgift adik kat kedai Persada Popcorn. Pernah dengar nama kedai ni tak? Kalau nak try, call diorang 012-3375179/017-6932853.



Sebab sedap sangat, kitorang sanggup order kat sini untuk bawak balik kampung nanti.



Semua sekali 320 bekas. Penuh bonet kereta encik suami.. hihi.

Lepas tu encik suami tanya nak p mana pulak. Saje cuci mata jalan-jalan. Akhir sekali encik suami ajak p Bukit Jugra. Masuk ke dalam sampai jumpa jalan kecik naik atas. Tapi tak naik pun...tengok je monyet yang ada kat situ lepas tu balik.

Rindu zaman sekolah katanya. Atiey pun sama. Nak jejak balik tempat yang duk ulang alik zaman-zaman dulu.


Lepas p bukit Jugra tu kononnya nak p Pulai Cerry. Ntahla..macam tu ke ejaannya. Hihi. Sudahnya sampai kat pantai tempat orang kampung tangkap ikan. Best. Fresh..tapi tempatnya takdelah cantik. Sampai lupa nak snap gambar.


Disebabkan memang tak sesuai untuk main pantai pun, kitorang terus balik. Takpelah, nanti p pantai lain.


Ke

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...