Blog Archive

December 31, 2016

Landmark Study Shaklee

Assalamualaikum

Hrmm....sanggup tak anda cipta satu produk dan kemudian benarkan pihak ketiga buat kajian ke atasnya. Apa sahaja result sama ada baik atau tidak akan di keluarkan kepada tatapan umum. Berani tak ambil risiko tu?


Ha..tu nak cerita, bagaimana Roger Barnet boleh setuju apabila ada pihak ketiga nak buat kajian ke atas produk Shaklee (dari segi keberkesanan) dan apa resultnya.


Sebenarnya landmark study ni hanya satu seumpamanya di dunia. Tak ada syarikat lain yang berani ambik risiko sama seperti apa yang dilakukan oleh CEO Shaklee ni. Kenapa? Ini menunjukkan  beliau yakin bahawa produknya benar-benar berkesan.


Landmark study ni dilakukan untuk mengkaji manfaat dan khasiat serta kesan dari pengambilan pelbagai supplemen dalam satu jangka masa yang panjang.


Apa  yang menyebabkan landmark study ni menjadi sesuatu yang penting? 

Ia adalah kerana kajian saintifik berkenaan hal ini adalah sangat terhad dan tidak banyak dilakukan.

"Landmark Study" adalah kajian secara menyeluruh bagi pengambilan berbilang suplemen. Suplemen bukanlah seperti ubatan yang terhasil dari dadah makmal di mana kesannya boleh dilihat SEGERA kerana ia merawat simptom tertentu dan melibatkan enzim-enzim tertentu sahaja.

Kebanyakan kajian saintifik yang sedia ada  dibuat  untuk jangka masa yang pendek dan ini kurang bersesuaian kerana penyakit mengambil tempoh masa 10 ke 30 tahun untuk mula wijud dan mengganas di dalam tubuh kita. Di sinilah pentingnya "Landmark Study" ini di mana, kajian di buat untuk tempoh masa yang panjang iaitu lebih 20 tahun.


Dalam kajian yang amat penting ini, ia diketuai oleh Dr Glady's Block, top saintis di UC Berkeley.
Beliau sendiri yang  mengusulkan kepada Shaklee untuk menjalankan kajian tersebut bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh waktu yang panjang


  


Apa yang menyebabkan Dr Glady's Block memilih Shaklee?


Ada beberapa sebab iaitu;
  • Shaklee terkenal dengan reputasinya yang berintegriti dan berkualiti
  • Shaklee mempunyai kumpulan sasar yang bersesuaian kerana penggunanya terdiri daripada pengamal tegar yang telah mengamalkan suplemen untuk tempoh waktu yang panjang. Sesuai dengan kewujudannya yang telah lama dan kukuh.

( Vita-Lea sendiri dan berusia 100 tahun sekarang ni dan boleh bayang tak berapa lama dah Shaklee dah bertapak?)



Roger Barnet pada ketika itu pun mempunyai keinginan yang sama iaitu nak tahu adakah produknya ini benar-benar seperti yang diyakini dan kerana keyakinan yang sangat tinggi itulah maka kajian ini dibenarkan.

Hurm..kalau dah CEO sendiri yakin denganShaklee jadi mengapa para pengedar perlu takut-takut? Itulah menjadi sebab kenapa Atiey memang tak pusing belakang dah sejak terlibat denga supplemen Shaklee ni.




Cara ia dijalankan melibatkan 3 kumpulan sasar iaitu;
  • Pengguna Shaklee yang telah mengambil suplemen Shaklee lebih 20 tahun
  • Pengguna yang mengunakan multivitamin selain dari Shaklee(MV)
  • Tidak menggunakan suplemen


Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Triglycerides


Keputusan yang diperolehi hasil dari kajian ini sangat mengejutkan. Malah ianya memang menunjukkan sesuatu . 





Kajian tersebut berjaya membuktikan bahawa;

  • nutrisi di dalam suplemen Shaklee adalah sangat "bioavailable"–nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik, terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplemen.
  • pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat, mengurangkan risiko mendapat penyakit. 
  • pengguna suplemen Shaklee menunjukkan kadar yang rendah dalam mendapat penyakit.
  • Shaklee adalah suplemen adalah selamat tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi di aras toksik dalam tubuh pengguna.


Dr. Gladys Block memperakui, hasil kajian mendapati pengguna akan mendapat manfaat dari penggunaan suplemen untuk jangka masa yang panjang.


 Untuk info yang lebih lanjut, boleh rujuk sini juga iaitu Nutrition Journal  yang menerangkan secara detail tentang Landmark Study tersebut.



December 28, 2016

Vitamin Rambut Pun Shaklee Ada ?

Assalamualaikum.
Sebagaimana kita memotong, mewarna dan mendandannya, rambut kita mencerminkan mood kita, aktiviti kita dan semua tentang kita.

Lelaki dan wanita sama-sama akan mengalami masalah kerosakan rambut. 50% dari lelaki akan mengalami masalah penipisan rambut dan 40% wanita akan menunjukkan tanda yang ketara pada umur 35 tahun.

Kerosakan ini akan berlaku disebabkan oleh diet yang tak baik, kekurangan nutrisi, proses kimia seperti melurus, mengerinting, dan mewarna rambut, penggunaan alat pengering serta ditambah dengan tekanan kerja serta kekangan masa.


Untuk jangka masa 50 tahun, Shaklee telah menerajui dunia saintifik untuk memahami bagaimana cara untuk menyuburkan tubuh dan kulit kita. Kini kepakaran yang tiada bandingnya telah diaplikasikan kepada penjagaan rambut dengan satu pendekatan yang eksklusif dan semula jadi, untuk menangani punca masalah rambut dan kulit kepala khasnya.

Ujian klinikal yang meluas telah menunjukkan sistem penjagaan rambut ProSante secara semula jadi mengurangkan kehilangan rambut sewaktu menyikat, meningkatkan ketebalan dan mengurangkan kerosakan untuk semua jenis rambut.

Sistem ProSante tidak menanggalkan atau mengeringkan rambut anda dan sebenarnya membantu rambut mengekalkan kelembapan dan melawan kerosakan. Keputusannya adalah rambut yang menawan, berseri dan sihat.

Setiap rambut memerlukan rutin berbeza dalam aspek pencucian, pemulihan keadaan dan perlindungan dari kerosakan supaya kekal sihat dan hebat. Sistem Produk ProSante menampilkan Scalp Health Complex Shaklee yang eksklusif, satu formulasi klinikal, ramuan 10 vitamin, mineral dan herba yang amat derma-tersedia. Ia digunakan sebagai satu sistem lengkap, menyokong kulit kepala secara optimum.


BAGAIMANA MASALAH RAMBUT BOLEH BERMULA?

Rambut kita boleh rosak akibat;
-proses semasa mendandan yang melibatkan bahan kimia dari pewarna dan haba dari alat pengering.
-cuaca yang panas, cahaya uv dari matahari dan pelbagai pencemaran udara dan air mampu menekan folikel dan merosakkan rambut, menjadikannya mudahpecah dan putus.
-tekanan yang dialami setiap hari akan menyebabkan folikel rambut kekurangan zat dan "letih". Kemudian ia menyebabkan semakin banyak rambut akan rosak , nipis dan rapuh.
-kerosakan oksidatif yang jika tidak dibendung, radikal bebas akan memulakan pelbagai kerosakan, ketidakselesaan dan gatal-gatal serta minyak berlebihan.


Kesan yang diperolehi selepas 30 hari diuji ke atas rambut yang rosak adalah;

-rambut gugur ketika disikat berkurang sebanyak 65%
-rambut yang pecah dikurangkan sebanyak 73%
-61% subjek ujian mengalami rambut yang jelas kelihatan makin menebal
-55% pengguna menyatskan peningkatan yang ketara dalam jumlah rambut mereka.



NOURISHING SCALP TREATMENT

Produk teras dalam Sistem Penjagaan Rambut Pro Santé adalah Nourishing Scalp Treatment yang padat dengan formula eksklusif Scalp Health Complex kami.
Nourishing Scalp Treatment menangani punca masalah rambut dengan rumusan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
  • Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
  • Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama
  • Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak
Keunikan ShakleeProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif yang telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat. Ia juga melebatkan dan menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.



REVITALIZING SHAMPOO
  • Humektan berperanan melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih berpaten, dengan mekanisme tindakan yang lembut
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa menjadikannya terlalu lembap atau kering



PURIFYING SHAMPOO
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala − rambut juga tidak berkelemumur.



LIGHWEIGHT CONDITIONER
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur agar rambut tampak lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut lebih mudah digayakan dan diuruskan




REPLENISHING CONDITIONER
  • Pelembap yang pekat untuk memastikan agar rambut sentiasa berkilat dan halus selembut sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli



LONG LASTING FINISHING SPRAY

  • "Medium hold" atau “ketahanan sederhana” mengekalkan pilihan gaya rambut
  • Memberikan perlindungan UV
  • Merapikan rambut yang kusut, kering dan sukar diurus.

Beli Sekarang


December 27, 2016

Punca Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum.

Atiey dulu pernah dengar senior cakap kalau anak dah start sembur-sembur air liur, nanti rambut ibu akan gugur. Memang takde kaitan kan. Apa pulak air liur anak buat sampai rambut maknya gugur. Hihi.

Sekarang ni bila anak dah dua, dah alami sendiri situasi tu dan faham kenapa orang cakap macam tu. Bijak orang - orang tua dulu-dulu.



PERUBAHAN HORMON
Lebih kurang umur anak kecil dah mula pandai menggunakan mulut dan lidah untuk melakukan pelbagai reaksi termasuk bubbling, masa tu hormon ibu sedang pulih dan kembali seperti sebelum hamil.

Masa semester ketiga tu atiey suka mengadap cermin sebab masa tu kulit muka glowing, lembap dan cantik. Kalau ada bulu roma di kawasan betis dan lengan, semua gugur. Kulit licin dan cantik. Rambut hitam berkilat dan lembut. Hormon cukup dan sangat optimum masa tu.


TEKANAN
Selepas bersalin, ibu jadi sibuk. Pernah ada ibu yang memberitahu rutin hariannya kucar kacir sejak melahirkan. Tambahan pula ibu perlu keluar bekerja dan tidur malam tidak nyenyak.
Menghadapi keadaan sebegini menghadkan ibu untuk mengambil berat tentang rambut. Bila dibiarkan ia boleh menjadi satu masalah serius dan sukar ditangani.


FAKTOR UMUR
Ditambah dengan faktor usia, peluang untuk pertumbuhan ramvut baru semakin rendah berpunca dari sel-sel yang semakin tua. Selain itu, nutrien untuk pertumbuhan juga sudah agak lambat diserap.
Kekurangan pengambilan nutrien yang cukup dari makanan menyebabkan badan terpaksa mengagihkan dan mengutaman organ penting terlebih dahulu seperti jantung, hati dan buah pinggang.


POLA PEMAKANAN TIDAK SIHAT
Macam yang atiey bagitahu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah rambut gugur semakin tidak terkawal. Ditambah pula bila ibu yang lepas bersalin mengamalkan diet untuk mendapatkan kembali bentuk badan asal, menyebabkan nutrisi tidak mencukupi.
Wanita tidak sama seperti lelaki. Kita mengalami penuaan dengan lebih cepat termasuklah pada kulit kepala. Ia menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan seterusnya terbenam.

Kesimpulannya, ia adalah satu keadaan normal namun ia tidak boleh dibiarkan berlaku tanpa ditangani dengan sebaiknya.

Kenapa Shaklee Tak Mahal?

Assalamualaikum

Suatu petang suami Atiey balik kerja dan bagitahu ada kawan sekerja tanyakan tentang harga Chewable Vitamin C Plus. Ala, vitamin c untuk budak tu kan. So, Atiey contact beliau dan bagitahu lah;

Harga jualan runcit RM37.50 sebotol.




Lepas tu dapat feedback. Katanya kenapa mahal.


Alamak!!


Dalam sebotol tu ada 90 biji.
Setiap hari makan sebiji je..

Maknanya sebotol tu boleh tahan sehingga 3 bulan. 
Bagi Atiey murah sebab kalau nak kira dari segi harga, sebulan hanya perlu bayar RM12.50 je u'olls. Murah sangat kan..

Lagi satu, dengan harga yang sebegitu rendah, ia memberi banyak manfaat termasuklah membantu:


  • menyokong sistem pertahanan antioksidan semula jadi dalam tubuh.


  • memelihara sel badan


  • menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah.


  • meningkatkan sistem imun dalam badan


Adakah anda masih rasa vitamin Shaklee mahal?



 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Kenapa Shaklee Terbaik Untuk Semua?



Bila kita nak beli sesuatu benda tu mesti kita nak pilih betul-betul kan. Nak tahu kualiti, kesan dan berbaloi ke tak untuk kita bayar dan bawa balik. Kalau produk yang kita nak makan, lebih-lebih lagi la nak kena check supaya tak rugi kemudian hari.

Berbaloi tak beli produk Shaklee?


Kenapa tidak?

Shaklee menggunakan bahan yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan setiap produknya. Pernah Shaklee menolak sejumlah sumber yang besar hanya kerana sesuatu yang tidak menepati piawaian Shaklee. Betapa ia menitik beratkan kesan yang bakal diperolehi di hujung proses pengeluaran, bukan keuntungan semata-mata.

Salah satu contoh yang kita boleh lihat berkaitan kualiti adalah Anggur Muscadine . Ia merupakan anggur berkualiti tinggi yang tidak mudah diperolehi begitu sahaja dan kosnya juga tidaklah murah.

Lebih 83,000 ujian kualiti dilakukan ke atas produknya setiap tahun. 350 ujian pula dijalankan oleh para saintisnya ke atas bahan-bahan botani yang baru.


Pelaburan yang tinggi telah dibuat dengan melaburkan sekurang-kurangnya USD 300 juta dalam Research & Development (R&D). Sebanyak 100 kajian klinikal telah diterbitkan, memiliki 55 paten dan telah pun dilakukan Landmark Study tentang keberkesanan produknya oleh University of California Barkeley.


Selain itu, 50 Tahun Pencapaian kaji selidik membuktikan bahawa pengamal supplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.


Tak perlu takut dan bimbang untuk mengubah brand anda kepada Shaklee. Berbaloi.

December 26, 2016

Vitamin Untuk Kulit Cantik dan Kelihatan Lebih Muda

Assalamualaikum

Pertama kali Attiey bancuh Collagen Powder Shaklee, rasa kagum sangat sebab tesksturnya terlalu halus dan mudah larut dalam air. Attiey suka bancuh dengan minuman coklat. Minum pagi-pagi selepas bangun tidur.




Shaklee Collagen Powder (SCP) adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.


Kolagen Shaklee adalah sangat rendah   dalam berat molekular, sekitar 1,000 mg Dalton ( berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Tujuh ramuan utama termasuk biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan kita dari dalam ke luar.


Apabila kita semakin meningkat umur, semakin berkuranglah kolagen yang dihasilkan dan akan menyebabkan lebih banyak kedutan dan garis halus muncul. Dalam masa yang sama kulit juga akan semakin kendur.


Selain daripada faktor umur, ada punca lain yang menyebabkan kolagen semakin berkurangan iaitu faktor luaran seperti cahaya matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, tabiat merokok dan lain lain.


Dengan adanya Shaklee Collagen Powder dapatlah kita mengekalkan keanjalan semula jadi dan memperlahankan kemunculan kedutan tu.


Manfaat Utama Shaklee Collagen Powder

Tampak Lebih Muda 


  • Kolagen juga bermanfaat dalam mebantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula rambut baru.


  • Kuku akan jadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.


  • Kulit akan kurang kering dan keanjalan akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.


  • Membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan.



Rasa Lebih Muda
  • Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti mana tulang memerlukan kalsium.
  • Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  • Ia juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
  • Baik untuk mata . Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • Kolagen memastikan otak sentiasa sihat. Sel gyla membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Penting untuk memastikan agar otak kita mendapat manfaat kolagen supaya minda kita tetap dalam keadaan baik walaupun semakin berusia.
 
Fungsi Ramuan Utama


Kolagen dari sisik ikan merahSisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan pencemaran yang sedikit tetapi kadar penyerapan yang tinggi jika dibandingkan dengan kolagen haiwan.

Ekstrak biji Camelia japonicaIa terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semula jadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak PfaffiaPfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil , apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla japonica , membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid ini memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Elastin dari kolagen ikanElastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik. 

Vitamin C dan Vitamin BVitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalm metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Ekstrak kekerangGlucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sinstesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan mata yang tak selesa.

Lactobacillus acidophilusMembantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Sihat

Antara rahsia orang-orang yang berkulit cantik dan awet muda yang kita selalu dengar adalah mengamalkan minumm air masak yang banyak setiap hari. Selain mengelakkan terhidrat, dalam masa yang sama amalan ini boleh menghilangkan masalah kulit kering dan wajah nampak segar.


Selain dari amalan minum air, amalkan zikir berikut supaya wajah berseri dan sihat luaran & dalaman.

- ya Badaniah sekali
- ya Nur sekali
- ya Hadi sekali
- ya Allah tiga kali

Hembuskan pada tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.



Ada tiga jenis vitamin yang sesuai untuk digabungkan bagi mendapatkan kulit yang cantik. Vitamin tersebut adalah Vitamin C, Vitamin E dan B-Complex.


VITAMIN C SHAKLEE

Dengan mengamalkan vitamin c ni, dapat membantu memerangi kanser. Ia satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semula jadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Yang bestnya ia mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Jarang Atiey dengar vitamin c ni dikaitkan dengan kebaikan mengekalkan kolestrol sihat tapi sebenarnya ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindari arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidunv berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Kalau dalam hal kecantikan, ia meransang pembentukan kolagen. Kolagen tu adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kedut boleh dilamat dan dikurangkan.

Tak dinafikan, jika ambil vitamin c ni dengan konsisten boleh mencerahkan kulit badan kita, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen iaitu penyebab jeragat.

VITAMIN E SHAKLEE

Pengambilan harian sebanyak 800IU vitamin e dapat membantu jantung jadi lebih sihat. Ia melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan lain-lain.

Ia merupakan antioksidan yang kuat. Jika diambil lebih 1,200UI sehari pula berkesan untuk melawan kanser, menguatkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikak bebas dan dapat memperbaiki masalah oksidasi (katarak dan masalah penglihatan)

Bagaimana kalau ambik sebiji? Berita baik sebab ia mampu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut jerawat dan bintik penuaan. Bukan tu je malah tekstur kulit dan tone muka , dada dan otot peha dapat dipulihkan.


Adik atiey selalu guna vitamin e ni sebagai masker. Boleh mengurangkan kesan parut jerawat lama.


Oh ye..dah dua vitamin untuk kulit, ada lagi satu yang tak patut kita lupa iaitu B - Complex. Ia lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, dilengkapi dengan Sistem Penyerapan Bioktif Berpaten.

Dengan vitamin b ni, stress dan tekanan dapat dikurangkan. Nak cantik jangan stress. Betul tak?

B -Complex boleh membantu kestabilan saraf dan meningkatkan proses berfikir, cegah kanser serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang lebih baik .



Mehla kita cantik dan sihat dalam masa yang sama.

December 25, 2016

Murahnya Harga Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum

Lucu ada gembira pun ada. Terkejut pun ye jugak. Semuanya pasal vitamin c Shaklee lah.

Atiey mula makan vitamin c ni lepas tahu cerita di sebalik namanya.

Sustained Release Vitamin C
***********************************
Mula tu terfikir jugak. Apa bezanya sebab bagi atiey semua vitamin c sama je rupanya Shaklee ni istimewa sebab dah diformulakan untuk di"release" ke dalam badan secara berperingkat, sikit-sikit dalam masa lima jam.Menjimatkan.


Atiey tengok harga sebotol RM92.50. Ish mahal pulak rasanya masa tu. Apasal vitamin lain dalam RM20+ je. Rasa orenla, strawberi la.


Tengok lagi kat botol. Ada 180 biji.
Biar betuiiiii. Banyaknya maakkkk. Nak buat apa banyak-banyak ni.

Kira punya kira, untuk maintain kesihatan cuma perlu sebiji sehari je kan. Maknanya vitamin C Shaklee ni tahan sampai 6 bulanlah. Setengah tahun guna satu botol ni je. Kiranya sebulan spend RM15.42 SAHAJA!!!!
Atiey rasa nak melompat.


MURAHNYERRR...

Antara kelebihannya adalah

-tiada pewarna tiruan
-tiada perasa tiruan
-tiada bahan pengawet

InshaaAllah selamat dan berkesan.
Jadi, atiey pilih untuk amalkan Vitamin C Shaklee hingga sekarang. Kalau anda berminat, whatsapps atiey untuk dapatkannya. Selain makan sendiri, atiey jadi pengedarnya juga.

Emailkan pertanyaan ke attieymohamad@gmail.com

December 24, 2016

Ibu Muda Lega Jumpa Ubat Buasir Moden

"Atiey, nak tanya ni tapi segan pulak. Tadi saya buang air. Tiba-tiba saya perasan ada darah merah segar kat mangkuk tandas tu. Pelik betul. Takkan saya period?"



Memang pelik..tak mungkin period sebab kawan atiey ni mengandung lima bulan masa tu. Pulak tu tiba-tiba je. Bimbang sebab tak tahu punca pendarahan dari mana, kawan atiey terus jumpa doktor.

Doktor kata, kawan atiey kena buasir. Hurm....



Kisah kedua pula selepas bersalin Raisha, atiey alami masalah yang hampir sama tapi takde bleeding cuma otot di sekitar yang tak kuat. Mungkin kerana proses meneran tu jadi punca kot.

Lama juga cari penawar. Nak jumpa doktor tak sempat masa tu. Tambah dengan rasa malu. Yela, muda-muda dah ada masalah.



Nak dijadikan cerita, atiey start consume Ostematrix sebab atiey tak boleh minum susu. Alah laktosa. Badan sedap la rasa. Tak sakit pinggang semua kan sampai tak sedar bila masalah atiey tu dah hilang. Tahu-tahu dah ok.


Ostematrix ni memang menjaga usus kita dan melancarkan pembuangan najis. Lawas. Dalam pada tu membantu saraf berfungsi dengan baik.



Sebenarnya bukan Ostematrix je tau.Amalkan sekali dengan Omega Guard untuk membantu mengurangkan bengkak pada rektum akibat tekanan ke atas otot dubur dan kawasan sekitarnya. Omega Guard yang bertindak sebagai anti-radang terbukti membantu.


Kalau yang pernah guna Set Hamil dan Set Berpantang Shaklee, mesti perasan yang dua benda ni ada dalam setiap set tu. Lagipun ketika hamil, memang bab buang air besar ni problem sikit kan. Selalu sembelit, seksa rasa.


Oklah, kalau berminat dan ada persoalan , boleh whatsapps atiey 013.921.8084 atau email attieymohamad@gmail.com

Ubat Gastrik Yang Paling Selamat

Assalamualaikum..

Tahun lepas akak Atiey tanya,

"Kenapa ye...lepas amalkan Garlic Complex tu, perut dah tak sakit?"

Masa tu macam ligat kepala fikir.



Garlic Complex ada kaitan ke dengan sakit perut ek...lepas baru dapat recall. Oo..betullah. Garlic Complex ni bantu meningkatkan tahap sistem penghadaman dan dalam masa yang sama bantu masalah kembung perut, senak perut, ulser, gastrik dan ketidakhadaman.

Lepas tu atiey bagitahula kat akak semua tu dan akak memang amalkan sampai sekarang.



Selain dari Garlic Complex, ESP tu pun boleh bantu kurangkan keasidan dalam perut. Sebenarnya kacang soya mentah ni sifatnya tak berasid dan tak juga alkali. Tengah-tengah. Tapi apabila minyak kacan soya disingkirkan untuk mengelakkan serbuk soya jadi tengik nanti, menyebabkan ia jadi sangat berasid.

Jadi Shaklee telah membuat kajian dan penyelidikan. Hasilnya kalsium (alkali) telah ditambah ke dalam serbuk soya yang dikeluarkannya. 500 miligram untuk setiap 28 gram (3 sudu besar) serbuk soya ESP.


Selain sifatnya yang alkali, ESP terkenal dengan zat 20 jenis asid amino yang membantu untuk membina sel dan tisu baru bagi dinding perut kita. Mungkin ada yang luka kan. Kita tak tahu apa jadi kat dalam.



Satu lagi, kalau anda kerap makan ubat tahan sakit, apa kata cuba B Complex Shaklee pulak? Atiey biasa akan ambik setiap hari. Boleh legakan stress dan kurangkan kesakitan secara tak langsung.


Jangan biarkan gastrik lama-lama tanpa ubat atau supplement tau. Doktor atiey pernah nasihatkan. Bimbang nanti jadi migraine pulak. Yang tu kita sambung lain kali.


Sebarang pertanyaan boleh whatsapps 013.921.8084 atau email ke attieymohamad@gmail.com

December 23, 2016

Tips Mudah Buang Angin Dalam Badan

Assalamualaikum.

Awal bulan Disember baru-baru ni memang tak selesa sangat-sangat perut ni. Kembung perut memanjang je. Lepas tu rasa angin tak lepas nak keluar.

Bila difikir-fikir balik, mungkin sebab lewat sarapan kot. Jadi, esoknya cuba awalkan. Tapi sama jugak. Tak ada perubahan.

Kebetulan ada Minyak habbatussauda kat rumah, ambik dalam satu sudu. Sedap sikit badan.

Bila difikir-fikir balik, apa yang Atiey makan ye? Memang tak selesa. Call mak, bagitahu mak dan mintak pendapat. Akhirnya dapat jugak tahu punca. Atiey tak boleh makan oat . Terus stop. Nanti dah ok mungkin boleh try sikit-sikit.

Kalau tadi atiey cerita ada ambik minyak habbatussauda kan. Tapi kalau tak ada, boleh try tips ini menggunakan benda yang memang senang nak dapat.

Hanya dengan menggunakan bawang putih, perut akan rasa lebih ok.

Caranya ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiriskan nipis-nipis. Lepas tu rebuskan bawang putih tadi bersama dengan 2 gelas air putih. Biarkan mendidih sehingga menjadi segelas sahaja. Sejukkan dan minum dengan bawangnya juga.

Oh ye.. jangan buat setiap hari tau. Cukup sekali je dalam sebulan.

Selain rebusan hirisan bawang putih ni, cuba amalkan makan dalam portion yang sedikit-sedikit tapi kerap. Ketika makan tu, kunyah perlahan-lahan dan telan bila betul-betul dah hancur. Sunnah nabi tu kunyah banyak kali. Nanti takdelah perut kita nak kena kerja kuat sangat.

Ketika ada masanya yang kita dah mula rasa lapar tapi belum sempat makan, usahakan minum air suam supaya perut tak dimasuki angin.

Atiey pernah terbaca tentang urutan visera (bahagian abdomen). Senang je caranya. Mula-mula letakkan kedua-dua tapak tangan di peha kanan atas, kemudian tekan abdomen anda dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan mengurut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri dan kemudian turun ke bawah hingga di atas peha kiri.

Urutan ni boleh diulang hingga anda rasa semua angin dah keluar dari badan.


Siapa yang belum cuba, boleh try.

Perkongsian: Jawapan Kepada Masalah Kulit Berminyak dan Jerawat

Assalamualaikum

Ada seorang student ipt yang mengalami masalah kulit jenis berminyak dan sering ditumbuhi jerawat dan kadang-kadang jerawat bernanah juga. Masalah tersebut makin teruk lepas beliau menggunakan make up pelbagai jenis untuk memenuhi satu tugasan yg diberikan pensyarah.


Selepas daripada tu, beliau berusaha mencuba bermacam-macam produk utk menghilangkan jerawat di muka. Pada suatu hari, kakaknya menyarankan beliau menggunakan Sustained Release Vitamin C Shaklee.


Amazingly! Selepas 3 minggu beliau guna dengan konsisten, 2 biji pagi dan 2 biji malam, kulit wajah beliau dah mengalami perubahan yang ketara. Semakin baik dan jerawat tak seperti duku. Kawan-kawan dan pensyarah juga menegur perubahan yg beliau alami..


Kalaulah ada adik di luar sana atau sesiapa je yang sedang alami masalah kulit macam ni, apa kata cuba dulu Vitamin C juga?




Boleh hubungi atiey untuk pesanan dan jika ada sebarang persoalan, boleh whatsapps di 013.921.8084 atau email ke attieymohamad@gmail.com

Mudah Je Kalau Nak Kurus Selepas Bersalin

Assalamualaikum.

Susah ke mudah nak turunkan berat badan selepas bersalin ni?


Atiey ada sembang dengan kawan,Za nama dia. Anak dah tiga. Katanya lepas bersalin anak ketiga ni, berat takmau turun. Susah nak kurus.


Atiey tanya Za, baby menyusu badan tak? Rupanya kali ni tak. Ada beberapa masalah. Sebenarnya tulah. Bila ibu bagi susu badan, secara tak langsung,berat badan ibu akan mudah nak turun.


Selain menyusu, tahu tak kombinasi beberapa vitamin Shaklee boleh membantu badan untuk kurus dan dalam masa yang sama sesuai untuk ibu dalam pantang dan menyusu.



Mula-mula sekali minum ESP dulu. Susu soya yang berkualiti tinggi tanpa bahan pengawet ni mampu buat ibu rasa kuat dan bertenaga. Selain membuatkan si ibu kenyang dalam tempoh yang lama, ESP juga akan menggantikan sel badan yang tak elok tu dengan sel yang lebih sihat dan berkualiti. Oh ye..ESP ni bagus untuk kembalikan kepejalan otot-otot perut yang kendur tu .



Dalam Set Menyusu Shaklee ada Omega Guard. Atiey suka nak suggest Omega Guard ni sangat-sangat. Sebelum tu, tahu tak kenapa dimasukkan dalam set menyusu? Sebabnya Omega Guard mengandungi DHA isitu nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Bila ibu makan dan menyusu, khasiat tu anak pun akan dapat juga. Manfaat lain, lemak-lemak yang termendap dalam badan ibu juga akan dibuang. Ibu untung, anak pun untung.

Alang-alang baru bersalin, teruskan usaha untuk bekalkan susu ibu semampu mungkin buat si comel. Atiey dulu Alhamdulillah, dapat rasa pengalaman 2 tahun lebih menyusu Raisha. Rindu suasana tu.



Masa tu Atiey ambik Alfalfa Shaklee. Suka bila susu lebih pekat. Alfalfa ni "milk booster". Boleh bikin susu banyak kalau betul caranya. Haa..bila susu dah banyak nyummies, berselera nanti si comel..Selain sebagai penggalak susu, Alfalfa terkenal sebagai ejen pencuci badan kita atau detox satu badan.

Pernah ada sorang customer atiey yang respon bagitahu lawas setiap hari sejak makan Alfalfa. Haish...makib cepat kempis perut mama camtu..

Berminat nak dapatkan
1-ESP
2-Omega Guad
3-Alfalfa

atau boleh add on Ostematrix sebagai sumber kalsium kita selepas bersalin serta vitamin C plus untuk meningkatkan sistem pertahanan ibu yang menyusu dan baby .

Whatsapps Atiey (013.921.8084) atau email attieymohamad@gmail.com

Amalkan Vivix Untuk Turunkan Darah Tinggi


Assalamualaikum..

Nak baca kisah macam mana  Puan Arbayiah dapat turunkan bacaan darah tinggi selepas amalkan Vivix? Jom.


"Nama saya Arbayiah Binti Mohd Noh dan berumur 53 tahun. Saya seorang suri rumah dan kini menetap di Selangor serta mempunyai 5 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengamalkan Vivix kerana masalah darah tinggi, sakit tumit dan cepat penat.


Saya pernah mencuba pelbagai suplemen, berjumpa doktor dan membeli produk lain seperti Jus Nusantara, Jus dari produk Zhulian dan macam-macam lagi. Doktor juga membekalkan ubat-ubatan setiap kali selepas check up.


Saya mula mengenali Shaklee melalui phamplet yang dibawa pulang oleh anak saya, Nurliyana. Beliau merupakan seorang pengedar Shaklee. Saya juga turut membuat pembacaan di Internet untuk mengetahui kandungan Vivix serta membaca testimoni-testimoni di Internet.


Saya mengambil 1 sudu teh Vivix setiap pagi. Selain Vivix, saya turun mengambil Ostematrix setiap hari. Selepas 5 bulan mengamalkan kedua-kedua produk ini secara konsisten, bacaan darah tinggi saya telah menurun dan dulu setiap 1-2 bulan saya perlu pergi ke klinik untuk check up, kini cuma 6 bulan sekali sahaja. Saya juga telah menghabiskan 2 botol Vivix dalam tempoh 5 bulan ini.


Saranan anda saya untuk pembaca yang mempunyai masalah seperti saya, minumlah Vivix untuk kesihatan yang menyeluruh. Saya berasa sangat gembira kerana bacaan darah tinggi saya telah berkurang bacaannya. Saya juga sangat berpuas hati sebab dengan Vivix ini saya tidak lagi perlu mengambil ubat-ubat lain. Ianya memudahkan saya yang tak suka sangat makan ubat ini. 


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anak saya kerana memperkenalkan Vivix kepada saya. Selama 4 tahun saya menghidapdarah tinggi ini, akhirnya saya bebas. Malah berat badan saya juga turun dengan banyak selepas mengamalkan Vivix."





 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

GARLIC complex Turunkan Darah Tinggi?

Assalamualaikum

Hari ni atiey nak kongsikan satu pengalaman pengguna Garlic Complex untuk membantu masalah tekanan darah tingginya.


Puan Su mula mengambil Garlic Complex apabila tekanan darah tingginya tak turun-turun selepas bersalin. Masa disahkan kena pun beberapa minggu sebelum bersalin anak keempatnya. Puan Sue kata memang arwah mak beliau ada alami penyakit ni jugak. Kira macam keturunanla ni.


Oleh sebab baru bersalin dan Puan Sue nak usahakan jugak bagi susu ibu, beliau cuba cari jalan untuk elakkan ubat-ubatan tapi kita fahamla kan. Darah tinggi ni tak boleh tinggal ubat. Sekali kena, memang hidup dengan ubat jelah.


Jadi Puan Sue cuba Garlic secara konsisten setiap hari dan katanya beliau dapat kesan positif. Tekanan darah kembali kepada paras normal. Kalau sebelum ni beliau pun ada masalah asma, tapi sejak amalkan Garlic Complex, asma pun hilang.

Alhamdulillah...atiey rasa mesti Puan Sue lega dan lebih yakin untuk teruskan penyusuan susu ibu kepada anaknya.


Garlic Complex ni murah je. Sebotol hanya RM47.50. (60 tablet)

Setiap hari cuma dua biji dan sebotol tu untuk sebulan.


Secara ringkasnya, Garlic Complex ni ada satu bahan istimewa dari sebatian yang berasal dari bawang putih tu sendiri dan sangat bermanfaat iaitu Allisin.


Allisin ni hanya dihasilkan apabila bawang putih yang sebiji tu kita potong halus atau dihancurkan.



Allicin ni jugalah yang berfungsi untuk membantu menurunkan tekanan darah dan mempunyai anti darah beku dan anti aktiviti radang. Bagi yang asma baguslah jugak sebab ia berfungsi sebagai antibiotik dan antibakteria semula jadi. Selsema boleh dikurangkan.



Garlic Complex sangat selamat. Seolah-olah mengambil bawang putih sebenar kerana tak ada pewarna tiruan, takde pemanis dan juga tak ada bahan pengawet pun. Selamat sangat-sangat.


Sebarang pertanyaan dan pesanan, whatsapps atiey (013.921.8084) atau email ke attieymohamad@gmail.com

Turunkan Darah Tinggi Dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum.

Dengan keadaan ekonomi kita sekarang ni, ramai yang makin sibuk mencari peluang untuk menambah pendapatan. Atiey rasa makin ramai yang stress dan ligat memikirkan cara untuk dapat income. Betul tak? Ditambah dengan gaya pemakanan yang tak sihat, sebenarnya ia mendedshkan kita kepada satu penyakit popular iaitu tekanan darah tinggi.

Kat sini atiey senaraikan siapa yang berisiko untuk mengalaminya iaitu mereka yang;

-mempunyai keturunan hipertensi, jantung & diabetes.
-berumur 55 tahun ke atas
-obesiti
-tidak aktif
-merokok
-suka makanan masin
-mengambil ubat-ubatan

Seboleh mungkin, cubalah elakkan daripada berada dalam senarai golongan berisiko tu ye. Caranya adalah;

Kurangkan berat badan jika berlebihan dan kekalkan jika dah mencapai berat ideal.

Usahakan untuk bersenam setiap hari walaupun senaman ringkas. Bila kita aktif, risiko berkurang sebanyak 20% - 50% berbanding mereka yang kurang aktif.

Elakkan makanan tinggi garam sama ada dalam masakan atau makanan.

Jauhi minuman beralkohol.

Kawal tekanan dan elakkan stress


Disarankan beberapa nutrien ya g perlu kita ambil untuk membantu mengurangkan risiko darah tinggi ni.

Potassium

Kalsium -

  • 1,000mg kalsium = dewasa 19 hingga 50 tahun.
  • 1,200mg kalsium = dewasalebih dari 50 tahun, ibu hamil dan ibu menyusu.


Magnesium

Minyak ikan (sumber Omega-3)

Bawang Putih


Takpe, untuk dapatkan semua tu tak susah. Tak perlu cangkul dan pisau. Sediakan air kosong. Kemudian cari supplemen berikut:-


Vivix
Resveratrol yang ada dalam vivix dapat membantu mengawal tekanan darah terutama bahagian sistolik. Selain tu, ia juga membantu mengurangkan iritasi dan melancarkan perjalanan darah melalui saluran darah.


Garlic Complex
Dalam dua tablet Garlic Complex ada 1,000mg khasiat bawang putih tulen. Sama macam makan dua biji bawang putih mentah. Ia boleh membantu menurunkan paras tekanan darah dan mengawal kolestrol.


Ostematrix
Mengimbangi tekanan darah dan memelihara jantung.


Omega Guard
EPA & DHA membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah.


Jaga pemakanan kita, bersenam dan kawal stress dengan baik. Jika berminat untuk dapatkan Set Turunkan Darah Tinggi Shaklee, whatsapps atiey atau email ke attieymohamad@gmail.com.


Atiey Mohamad
013.9218084

December 21, 2016

Betul Ke Shaklee Tak Bahaya

Assalamualaikum.  

Biasanya pagi-pagi macam ni, kita akan mulakan dengan kolagen. Lepas tu ambik Vivix satu sudu. Dah sarapan nanti ambik Vitamin C dengan B-Complex pulak... Sesetengahnya minum ESP atau Mealshakes.. kena susunlah mana keutamaannya tau.

Banyaknya yang atiey senaraikan. Semua nak kena makan ke? Tak masuk multivitamin lagi tu. Tak bahaya ke?



Kalau makan semangkuk macam kat atas ni, memang sangat bahaya lah. 


Bagi attiey, bahaya atau tak sesuatu vitamin tu bergantung kepada pemilihan jenama. 
Ada berita kata ; 

Kes kematian kerana pengambilan produk kesihatan "x" .
Bahaya Produk "A"


Jenama yang memang atiey yakin sangat ianya selamat bukan sahaja kepada kita as a human being tapi juga kepada bumi yang kita diami ni iaitu SHAKLEE

Kenapa?

Terbukti dengan hasik kajian klinikal


Produk Shaklee memang berbeza dengan jenama lain. Buktinya 


  • Terdapat lebih 80,000 ujian kualiti  dijalankan dalam setahun




  • Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk bahan pencemaran bahaya.
dan selanjutnya seperti dalam rajah di bawah.



Yang paling utama mengapa atiey katakan ia adalah yang paling selamat adalah kerana adanya Landmark Study yang telah dilakukan ke atas vitamin Shaklee. Tiada kajian seumpamanya ke atas vitamin jenama lain lagi.


 
Landmark study adalah satu kajian ke atas 3 kumpulan berbeza iaitu;

Pengguna lebih 20 tahun produk Shaklee
Pengguna multi supplemen BUKAN Shaklee
Mereka yang tidak mengamalkan supplemen

Tujuannya untuk melihat kesan ke atas setiap individu dalam menilai kepentingan supplemen dan risiko yang wujud.

Walaupun ia mempunyai 3 kumpulan berbeza, tetapi jantina, usia, bangsa dan berat adalah SAMA.

Hasil yang diperolehi adalah


Nutrisi di dalam suplemen Shaklee adalah sangat "bioavailable"–nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik, terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplemen.

Pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat, mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Pengguna suplemen Shaklee menunjukkan mereka mempunyai kadar yang rendah dalam mendapat penyakit.

Shaklee suplemen adalah SELAMAT tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi pada aras toksik dalam tubuh pengguna.

Dr. Gladys Block turut mengakui bahawa hasil kajian beliau mendapati ianya sangat mengagumkan dan menyokong keberkesanan pengamalan supplemen Shaklee dalam jangka masa yang lama!


Janganlah ragu-ragu lagi dengan keselamatan produk Shaklee kerana ia telah dibuktikan dengan FAKTA. Perlu difahami bahawa Landmark Study ini hanya untuk peroduk Shaklee sahaja dan tidak boleh disamakan dengan mana-mana supplemen brand lain.






Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Punca Berlakunya Krisis Penyembuhan Selepas Pengambilan Supplemen Shaklee

Sesetengah orang akan melalui satu tempoh penyesuaian apabila mereka mula mengambil supplemen dietary.  Simptom-simptom yang timbul nampak macam satu penyakit tapi sebenarnya ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat yang berpunca daripada tabiat pemakanan kita sebelum ni. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, terjadilah krisis penyembuhan.

Antara krisis penyembuhan yang biasa customer respon dan adakalanya atiey sendiri yang alami adalah;

  • Gatal-gatal  setelah mengambil Alfalfa
  • Lenguh badan setelah mengambil Ostematrix
  • Sakit dan gatal hidung apabila mengambil Vitamin C





Ketika masa penyesuaian ni, ada kemungkinan penyakit lama yang pernah kita lalui sebelum ni akan datang balik. Tapi jangan risau. Ia hanya berlaku untuk beberapa hari, bergantung kepada tahap "kerosakan" yang berlaku pada tubuh seseorang tu.


Punca ia berlaku adalah kerana toksin yang telah lama bersarang dalam tubuh kita seperti sisa-sia, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan pengambilan makanan yang tak seimbang, tidur tak cukup, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary yang kita ambil tu membaik pulih sistem imun kita dan menjalankan proses detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Krisis penyembuhan juga merupakan petanda bahawa supplemen yang kita ambil tu berkesan dan keadaan akan bertambah baik kerana penyembuhan sebenar sedang terjadi.



Dalam jangkamasa krisis penyembuhan ni, biasanya atiey cadangkan supaya minum banyak air bersih, rehat secukupnya dan makan lebih sayuran serta buah-buahan. Janganlah panik dan fahami bahawa ia hanya sementara.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

December 20, 2016

Cari Apa Bila Migrain?

Assalamualaikum.
Sebetulnya atiey tak ada pengalaman kena migrain. Sakit kepala berdenyut-denyut sampai kena tidur tu adalah. Tupun sebab tak cukup tidur. Cuma atiey pernah tengok kawan dan kakak yang kena migrain ni.

Masa tu sape yang alami migrain ni nampak macam teruk sangat sakitnya. Baring je tidur sampai takleh buat apa-apa. Asyik pegang kepala dan mydah marah.

Migraine ni berpunca daripada stress dan tekanan melampau. Mungkin masa atiey tengok kawan dulu tu, dia stress dengan study. It's okay. Boleh faham.

Bila dah start keje, jangan ingat migraine boleh hilang. Menghadap bos dan tekanan tempat kerja boleh menambahkan kekerapan nak kena migraine ni.

Selain stress, makanan pun ada kaitan dengan masalah migraine rupanya termasuklah;

-  makan makanan mengandungi Tyramine macam keju
- penggunaan MSG dalam masakan
- Bau asap rokok dan bunyi bising
- Gemarkan minuman berkaffein
- Tekanan
- Tidur yang tak berkualiti dan tak cukup tidur
- perut kosong terlalu lama

Cuba check, ada tak buat benda-benda ni  ? Jangan biarkan tau. Kena kawal dan cari alternatif.
Biasanya pilihan pertama orang akan buat adalah telan panadol. Mula-mula dos rendah. Tapi bila lama-kelamaan, badan dah lali dan terpaksa ambik dos tinggi. Bahaya tuh.

Atiey nak bagi pilihan lain yang lebih selamat. Tahu tak Vitamin B-Complex ni anti-stress? 

Maknanya dia bagus untuk memastikan kesihatan fungsi saraf, sakit kepala, tekanan, kemurungan dan masalah susah tidur.

Atiey sendiri alami masalah susah nak tidur dan sakit kepala yang bedenyut-denyut tapi belum sampai tahap migraine. Bila rasa kepala berat, badan letih memang terus je telan B-Complex ni. Kurang sejam, kepala dah ok.

Kenapa cepat?


Vitamin B-Complex ni vitamin larut air.  Dalamnya ada beberapa gabungan daripada:

- B1 (thiamin)
- B2 (riboflavin)
- B3 (niacin)
- B5
- B6 (pridoxine)
- B12 (cobalamine)
- Folic Asid
- Panthothenic Acid
- Biotin

Selain cegah stress, ia juga mencegah anemia dan baik untuk mata.

Apa Manfaat B-Complex Shaklee??


Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut serta otot di saluran usus gastro.

Membantu proses penghadaman , menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

Apabila diamvil oleh ibu hamil, menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Ia membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

Membantu pembentukan sel darab merah yang sihat dan antibodi . Ia juga merangsang pengiran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, mencegah anemia dan sangat bagus diambil oleh ibu hamil.

Meredakan senggugut, PMS, meredakan kerisauan, keresahan dan madalah penghadaman terutama anda yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

Atiey rasa kebergantungan terhadap panadol dah hampir tiada sejak atiey kenal B-Complex Shaklee ni. InshaaAllah kalau anda cuba takkan rugi.

Jagalah kesihatan tubuh kita ni sebab dah tak ada gantinya kalau dah rosak. Dengan badan yang sihat, banyak ibadah dan  kebaikan yang boleh kita buat.

Jika ada persoalan atau pesanan, hubungi atiey (013-9218084) atau email ke attieymohamad@gmail.com.

December 19, 2016

Vitamin Untuk Suami

Bila sebut vitamin, bukan semua orang suka dan cakna tentangnya. Tapi setiap pagi memang akan jadi tugas atiey untuk pastikan anak dan encik somi tak tinggalkan vitamin.

Paling senang untuk dijadikan habit dan mudah untuk diterima oleh abiy Raisha adalah SR Vitamin C.

Selain untuk kulit dan membantu tubuhnya melawan sebarang jangkitan kuman, en somi dah semakin aware dengan kepentingan sumber antioksida . Wah...gitu.

Alhamdulillah. Bila kita nak sihat, kita juga nak orang yang kita sayang sihat juga kan.

Cara Mudah Hilangkan Bekas Jerawat

Teringat zaman sekolah menengah dulu. Kitorang kat asrama. Biasalah bila esoknya cuti, masing-masing ligat fikir apa nak dibuat malamnya.

Masa tu atiey tak berapa terdedah lagi dengan penjagaan kulit wajah sebab memang kulit attiey tak bermasaalan. Ok je.

Mula-mula nampak kawan-kawan sibuk duk cari pasu pecah. Kemudian diorang basuh  pasu tu. Masuk dalam dorm, ada dua tiga orang duh asah sesuatu kat kepingan pasu yang diorang ambik tadi.

Rupa-rupanya duk asah kulit kayu manis. Hasil asahan diorang campur dengan air sikit. Lepas tu tepek kat dahi dan ada yang tepek kat pipi. Tiba-tiba teringat, abang pernah buat kat muka dia. Ye, abangku memang jaga muka. Haha.

Balik rumah hujung minggu tu, atiey tryla buat. Bila taruk kat pipi, mula-mula ok. Lepas tu panassss. Phewww...

Itulah pertama dan terakhir. Tak buat dah.

Tak sanggup.

Sekarang ni untuk pudarkan parut-parut lama tak yah asah kat pasu. Ambik 3 benda ni.

Vitamin E membantu menghaluskan kulit dan menghilangkan parut jerawat @ jeragat. Selain tu bagus untuk luka juga. Pori-pori makin mengecil dan bintik hitam  berkurang bila amalkannya.

Sustained Release Vitamin C ni bukan sahaja mencerahkan kulit wajah je tapi satu badan. Sebelum ni muka atiey tona kulit tak sekata. Ada part cerah ada tompok sedikit gelap. Alhamdulillah, sejak ngadap vitamin c ni setiap pagi nampaklah perubahan tu. Sambil makan untuk kulit, sistem imunisasi tubuh kita bertambah baik.

B-Complex untuk mengurangkan stress. Perasan tak bila kita stress, kulit muka jadi tak cantik. Kerut dan tak bermaya.

Kalau vitamin c tadi repair kerosakan, ESP pulak membina dan menggantikkan sel lama dengan sel baru yang lebih baik. Kalau ada bajet boleh tambah ESP sekali.

Nak order boleh hubungi Atiey, 0139218084 (Whatsapp & sms)

Punca Terjadinya Kencing Manis Ketika Hamil



" Kak, saya dah pregnant 5 bulan. Sekarang ni kena check gula setiap hari. Tiba-tiba pulak kena kencing manis. Akak pernah kena tak? Apa saya nak buat ni? "



Susah hati sorang ibu muda ni bila disahkan mengalami kencing manis. Siapa yang tak panik bila kandungan tu anak pertamakan.


Atiey cuba tenangkan adik ni. Kencing manis ketika mengandung biasanya hanya bersifat sementara dan akan kembali normal selepas bersalin.

Tapi risaula kan. Nak tahu juga apa punca. Mana tahu boleh elak dari awal.



Sebenarnya, keadaan ni merupakan diabetes yang dikenali sebagai Gestational Diabetes. Berlaku disebabkan oleh kerintangan insulin ( sejenis hormon dihasilkan oleh badan kita untuk mengawal atur kawalan paras gula dalam darah)yang tidak berfungsi secara normal ketika mengandung.


Kerintangan insulin ni mengganggu penukaran gula kepada tenaga. Sebab tu paras gula dalam darah tu meningkat.


Macam adik tadi, masa tu kandungan dia usia lima bulan, yang mana perkara ni sememangnya terjadi pada pertengahan atau lewat usia kandungan.



Masa atiey pregnant, takut jugala bila kena buat ujian gula tu. Kit-koy tiba-tiba sangkut. Tapi alhamdulillah, semua ok.


Masa pregnant, badan akan mengalami perubahan ketara. Pankreas akan menghasilkan hormon (insulin) untuk menukar gula dalam darah dan dihantar kedalam sel untuk digunakan oleh badan. Uri atau plasenta juga akan menghasilkan hormon untuk membantu bayi membesar dan berkembang.


Hormon tersebut boleh menyebabkan sel-sel ibu kurang bertindak balas terhadap insulin dan pankreas bekerja dengan lebih keras untuk mengatasinya.


Kalau pankreas kita baik dan sihat, InshaaAllah tak ada masalah tapi kalau sebaliknya, insulin tak cukup dan paras gula dalam darah akan naik. Kesannya ibu yang hamil akan mengalami kencing manis.


Boleh ke masalah ni diatasi atau berserah je?


Jawapannya, kita boleh cuba kawal pengambilan makanan dengan memilih hidangan yang menyihatkan. Bukan tu je bahkan supaya lebih cergas dan usaha untuk mengelakkan masalah anemia masa hamil.


Apa nak buat kalau dah disahkan mengalami diabetes ketika hamil?


Atiey nasihatkan supaya teruskan amalan diet sihat serta kurangkan pengambilan gula. Bukan gula putih juga tapi gula yang tersembunyi dengan nama-nama lain contohnya sukrosa dan sirap. Banyakkan minum air kosong juga.


Cuba tetapkan waktu makan yang sama pada setiap hari. Kuantiti pun sama. Bukan untuk diet kurus tapi dengan cara ni lebih mudah kita nak pantau kestabilan gula dalam darah.


Ibu hamil boleh bersenam? Tentulah boleh. Asalkan bukan senaman yang berbahaya kepada kandungan dan ibu.


Pengambilan supplemen juga boleh membantu untuk melengkap keperluan nutrisi harian kita. Orang kata kena makan untuk dua orang kan. Sebenarnya wajib makan cuma bukan kuantiti yang diutamakan tapi kualiti nutrisi.


Cari sumber makanan yang mengandungi glisemik indeks (GI) yang rendah tapu dalam masa yang sama membekalkan protein yang tinggi. Bila kita makan sesuatu yang rendah GI, kita akan kurang rasa lapar dan ni dapat mengelakkan daripada makan yang bukan-bukan.


Tambahkan dengan pengambilan multivitamin setiap hari. Lebih-lebih lagi kepada ibu hamil yang bekerja. Amalkan Vita-Lea Shaklee yang membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap yang bukan sahaja baik untuk ibu malah anak juga.


Atiey doakan semoga kelahiran bayi anda menjadi sesuatu yang membahagiakan. Jaga diri dan jaga diet.

Ambil Vitamin Jangan Lupakan Sayuran Organik

Suami selalu pesan...sayur adalah sayur...supplemen adalah supplemen. Walaupun makan supplemen, tetap kena makan sayur. Makan sayur, supplemen tetap ambik jugak.

Petua nak pilih sayur, cari yang daunnya ada kesan kena makan ulat. Pernah dengar? Sebabnya kalau ulatpun tak berani makan, boleh bayangkan tak bahan kimua yang duk melekat kat situ?

Pernah atiey beli tomato kat satu pasaraya ni. Cantik berkilat tapi terkejut sebab tomato tu boleh tahan sampai sebulan. Tak rosak. Padahal kalau yang biasa, seminggu dah nampak lain.

Nak cakapnya, mungkin kita rasa kita dah makan sayur tapi disebabkan sayur sekarang tak macam dulu dan ada yang dah tercemar dengan bahan kimia, kita tak dapat khasiat dan manfaat sepenuhnya. Sebab tu kita kena top up dengan pengambilan supplemen.

Tapi jangan lupa, sayur mengandungi serat. Baik untuk penghadaman dan kalau nak turunkan kolestrol pun disarankan makan banyak sayur-sayuran.

Yang dah suka sayur, teruskan. Cuma tambah supplemen je. Yang dah ambik supplemen, jangan tinggalkan sayur tau.

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...