Blog Archive

November 30, 2016

Parut Jerawat Hilang Dengan Set Cantik Shaklee

 


Adakah anda mengalami masalah berikut?

✔ Liang2 pori di wajah  yang besar

✔ Blackhead & Whitehead

✔ Tona kulit wajah tidak sekata

✔ Perlu belanja yang besar untuk mencari produk-produk yang mahal.

✔ Kerap ke pusat kecantikan merawat wajah

✔ Mudah terpengaruh dengan lambakan produk yang merbahaya di luar sana

✔ Kulit kering serta berminyak

✔ Kurang mengenakan mekup yang tebal dan merimaskan

✔ Kulit sihat secara semulajadi

✔ Tampil lebih yakin


Jangan risau sebab sememangnya ada jalan penyelesaian untuk masalah ni.

Atiey kongsikan pengalaman seorang pengguna yang telah mengamalkan Set Cantik Shaklee untuk menghilangkan masalah jerawat.

Sebelum beliau mengenali Set Cantik Shaklee, beliau telahpun mengambil beebrapa vitamin khusus untuk menghilangkan jerawat sahaja tetapi secara tak langsung, parut lama turut sama pudar.


Set Cantik tersebut mengandungi;
  • ESP
  • SR Vitamin C Plus
  • Vitamin E

Adakalanya, selain daripada ditelan, beliau juga menjadikan Vitamin E sebagai masker pada waktu malam dan Vitamin C sebagai masker pada sebelah pagi.




Apa Hasilnya?







✔ Liang2 pori di wajah yang besar dahulu akibat kesan jerawat kini semakin kecil dan tertutup.


✔ Blackhead & Whitehead berkurang

✔ Ketika  mengenakan bedak di wajah juga kelihatan lebih rata dan flawless.

✔ Tak perlu belanja yang besar untuk mencari produk-produk yang mahal.

✔ Kini beliau  kurang ke mana2 spa untuk membuat facial,kerana kulit kini tidak seperti dahulu yang banyak dengan masalah.

✔ Kulit bertambah sihat dan anjal.

✔ Beliau tidak lagi terpengaruh dengan lambakan produk yang merbahaya di luar sana

✔ Kulit kekal lembap dan lembut serta tidak berminyak

✔ Kurang mengenakan mekup yang tebal dan merimaskan

✔ Kulit sihat secara semulajadi

✔ Tampil lebih yakin



Untuk mendapatkan kesan seperti yang telah dikongsi ini, jom cuba Set Kecantikan Shaklee. InshaaAllah dapat mengembalikan kulit remaja anda yang dahulu di mana pernah dirosakkan oleh bahan-bahan kimia yang melekat di wajah.



Bila kulit wajah cantik, kita akan berasa lebih yakin. Betul tak?

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

November 29, 2016

Tiada Lagi Sindiran Selepas Berjaya Hamil Dengan Set Untuk Hamil Shaklee


Menjadi impian setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga untuk menimang cahaya mata. Sama ada lambat atau cepat, itu adalah rezeki pemberian dariNya. Namun, bila dalam tempoh setahun tetapi masih belum ada apa-apa, walaupun telah mencuba...mungkin usaha perlu lebih lagi.

Bukan untuk membuktikan kepada orang luar yang asyik bertanyakan tentang zuriat, tapi sebagai penambah seri keluarga kita.


Atiey nak kongsi satu pengalaman daripada Puan Latifah Omar @ Ifa yang berumur 32 tahun. 
.
Ifa dan suami berkahwin pada 01 Ogos 2014. Sememangnya Ifa mempunyai masalah period yang tak teratur. Lebih-lebih lagi senggugut yang teruk setiap kali datangnya period. Biasalah masa zaman remaja, kita selalu dapat cerita yang masalah period ni boleh mengundang kepada susahnya nak mengandung.

Macam tulah dengan Ifa namun beliau cuba positifkan diri dan selalu bercakap dengan diri sendiri bahawa beliau mampu hamil. Bila usia  pun dah 30an, Ifa sangat berharap untuk mendapat zuriat. Lagipun tempoh perkahwinan dah masuk 4 bulan.

Lumrah apabila jadi seorang perempuan..bila umur kita dah jangkau 20an..orang keliling mula tanya “bila nak kawin??. 

Bila dah kawin, kena tanya lagi“ dah mengandung ke belum??”.

Bagi Ifa, beliau sedih  nak bagi jawapan... Perasaan sedih dan rasa tak mampu untuk bagi kebahagiaan pada suami mula terdetik dalam diri. Bukan Ifa je tapi suaminya pun turut rasa tempias.
Bertambah tekanan yang dirasai beliau bila ada suara-suaran yang menyindir tentang hal ini.


Selepas Ifa berbincang dengan suaminya, dan mendapatkan tips dari kawan suami beliau yang merupakan seorang doktor serta pandangan daripada sahabat yang arif tentang Shaklee, Ifa bersama suami sepakat untuk berusaha dengan Set Lengkap Kesuburan Shaklee. Mereka berharap usaha tersebut dapat membantu membaiki dan memperbetulkan semula masalah kesuburan dari dalam.

Beliau amalkan GLA Complex, B-Complex, Alfalfa dan ESP yang berfungsi untuk mengatur semula kitaran haid, melegakan simptom senggugut dan menguatkan rahim untuk menerima janin. 


Suami Ifa pula amalkan Vitamin E dan Zinc Complex untuk kesihatan prostat yang lebih sihat dan penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti.
.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha, ikhtiar dan tawakal tanpa jemu.. akhirnya Ifa disahkan hamil. Penantian 1 tahun 5 bulan itu cukup lama tapi sangat-sangat bermakna buat mereka.
.

Sewaktu beliau kongsikan cerita ni, kandungannya dah berusia 6 bulan dan Ifa masih meneruskan dengan set kehamilan Shaklee.


Yang bestnya tentang Shaklee ni, ada produk yang kita boleh start ambil dari sebelum hamil, continue ketika sedang hamil dan terus diambil masa berpantang. Sangat-sangat jimat dan berbaloi.


Kepada pasangan-pasangan di luar sana, jangan berhenti berharap. Yang penting teruskan berusaha,jom berikhtiar dengan set Shaklee dan tawakal tanpa jemu. Sesungguhnya Allah itu Maha Memberi. Tiada yang mustahil dengan izinNya.




Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey : 0139218084

November 28, 2016

Nak Beli Shaklee Dengan Harga Yang Murah?

Ada orang yang mampu sediakan RM89 sebulan untuk mendapatkan sehelai pakaian yang diminati tetapi sangat susah untuk keluarkan jumalah wang yang sama untuk membeli sebotol vitamin yang cukup untuk kegunaan selama empat bulan. Maknanya sebulan lebih kurang RM22+ sahaja.


Sepasang kasut untuk kelihatan cantik di kaki boleh dibeli dengan harga RM100  tanpa minta diskaun tapi Vita-Lea, RM88.75  pula ambil masa berbulan untuk menabung. Walhal ianya untuk kesihatan badan kita juga. Tanpa badan yang sihat, apalah ertinya.


Hakikatnya...



Harga multivitamin  Shaklee yang berusia 100 tahun ni , Vita-Lea adalah pada harga mampu milik yang cuma RM88.75. Sekiranya perlu, tabungan RM23 sebulan selama 4 bulan pun dah cukup.

Berbalik pada tajuk kita, bagaimana nak beli pada harga yang murah?

1- Beli dengan harga ahli setelah mendaftar sebagai ahli Shaklee
2- Beli ketika diadakan promosi


Hanya dengan membuat bayaran sebanyak RM69, anda dah boleh jadi ahli Shaklee seumur hidup. RM30 setiap tahun  pula diperlukan untuk mengaktifkan data keahlian pada tahun tersebut dan ianya akan dikembalikan apabila anda membuat pembelian produk. Ada ke company lain ambik duit pastu bagi balik? Hehe...


Dah daftar, apa keistimewaannya?


  • boleh guna ID Shaklee sepanjang hayat
  • boleh beli produk untuk semua ahli keluarga
  • boleh kenalkan produk pada ahli keluarga yang memerlukan
  • sesuai untuk semua peringkat umur mengikut produk tertentu


Cara Beli?

Sama ada anda boleh ke cawangan yang berhampiran. Kalau ke Hq, hq lah. Kalau taknak walk in, boleh order melalui Shaklee2u jer. Shaklee2u ni khas untuk ahli sahaja.


Cara kedua untuk nikmati penjimatan melalui harga yang lebih rendah adalah melalui pembelian ketika diadakan promosi.

Sebagai contoh, Shaklee akan menawarkan beberapa PROMOSI seperti

Beli 7 pada harga 6
Beli Pek Berkembar dan dapat diskaun 5%
Beli 3 PERCUMA 1


Tak mustahil untuk beli pada kuantiti sebegitu kerana anda boleh kumpul order dari kalangan rakan sekerja atau ahli keluarga. Untung juga kalau anda dapat botol yang  PERCUMA tu.


Dengan adanya pilihan sebegini, tepuk dada, tanya kesesuai. Yang mana satukah pilihan anda?

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan tentang hal ini.

Atiey Mohamad
013.9218084

Pengedar Shaklee Anda~

Bonus Shaklee Malaysia Tiada Had Bayaran?

Ada tak apa-apa perniagaan yang bayar bonus kepada ahlinya sekali sebulan? Bukan setahun sekali tau sebulan sekali. Shaklee tak terkecuali memberikan ganjaran kepada para pengedarnya setia 14 haribulan pada setiap bulan. Berapa jumlahnya tu bergantung kepada tahap usaha masing-masing. 


Serendah RM25++ hingga infiniti. 

Ya...infinity.



Shaklee tidak menetapkan had terhadap pendapatan yang bakal kita perolehi. 


Setiap syarikat termasuk syarikat MLM seperti Shaklee mempunyai kaedahnya yang tersendiri. Sistem masing-masing untuk mengira dan membayar bonus tersebut. 

Uniknya, cara dan sistem Shaklee telah dipatentkan dan tidak boleh ditiru oleh mana-mana company. Di sini, dah nampak bukti Shaklee merupakan company yang sangat adil dan berani.


 Patent No : 8,732,012.



Keadilan dan kekukuhan perniagaan Shaklee terbukti pada zaman kegawatan ekonomi tahun 1980 an. Ketika itu, operasinya terpaksa dihentikan selama sebulan namun ia tetap membayar bonus kepada para ahli tanpa masalah. Tak hairan kenapa ada yang telah setia bersama Shaklee sehingga mencapai 30 tahun.


Senangnya Mendaftar Keahlian Shaklee Macam ABC

Dengan hanya RM69 sahaja, anda dah boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dan ini merupakan bayaran untuk seumur hidup tau. Tak perlu renew setiap tahun.

1. Hanya perlu walk in ke kaunter dan isikan borang pendaftaran ahli.

2. Kemudian masukkan nombor ID Shaklee saya iaitu 869511 (RAFHATI MOHAMAD NAPI)  sebagai penaja dan ANDA AKAN TERUS LAYAK UNTUK MENDAPATKAN HARGA AHLI.


Tak nak walk in? Takpe, hubungi saya tak kira kat mana pun anda berada. Saya akan bantu daftarkan anda  secepat mungkin. 


Pilihan ketiga untuk mendaftar adalah dengan klik pada link  ==> http://bit.ly/2fBMkqX dan anda akan dibawa terus ke website Shaklee2u.



Selain tiga kaedah di atas,  keahlian boleh diaktifkan secara automatik hanya melalui pembelian bernilai RM700 ++ (termasuk GST) dalam satu resit. Maknanya anda dapat PERCUMA pendaftaran sebanyak RM69 tadi dan selain tu layak juga untuk terus mendapat  bonus tunai sebanyak RM30+.  Kiranya dapat balik dalam RM100.


Adakah Setiap Ahli Wajib Membuat Jualan? 

Jawapannya adalah tidak. Boleh je jika anda hanya buat pembelian untuk kegunaan sendiri. Malah jika pembelian tu mencapai point-point tertentu, anda akan dapat pulangan dalam bentuk "money cash back".



 



Namun begitu, sekiranya anda berniat untuk menjadikan Shaklee sebagai satu perniagaan untuk mendapat income, ia adalah satu pilihan yang tepat. 

Selain anda mampu mencapai pendapatan sehingga infiniti, Shaklee juga menawarkan  Car Bonus dan Convention Trip. Ia lebih dikenali sebagai 3C termasuk Cash Bonus yang saya cerita di awal tadi.

Tawaran 3C Shaklee


 
1. Cash Bonus

Dalam Shaklee, anda  bergelar pengedar dan dengan usaha yang setimpal, anda mampu mencapai sehingga tahap tertinggi iaitu Master Coordinator. Pada tahap ini, anda layak mendapat pelbagai insentif  termasuk  bonus leadership. 

Ini adalah anggaran pendapatan setahun  bagi setiap pangkat yang dipegang.
 

2. Car Bonus

Dapat kereta? Shaklee berbeza dengan MLM lain. Setelah anda mencapai kelayakan tertentu, Shaklee akan membayar sejumlah tunai tambahan yang dinamakan car bonus. Dengan tunai tu, terpulang pada anda sama ada nak beli kereta baru atau tidak. Bebas.




3. Convention Trip

Setiap tahun pasti ada imbuhan yang Shaklee tawarkan kepada para leaders yang telah berusaha dan bertungkus lumus sepanjang tahun. Yang terbaru dibawa ke Orlando menikmati percutian di hotel 6 bintang. Wow..

Dalam tempoh convention tu, trip adalah ditaja sepenuhnya. Malah duit shopping pun dapat. Rasa macam tak logik pun ye juga tapi itulah realitinya.


Jadi, pilihan terletak di tangan anda sama ada NAK atau Nak...

Jika berminat, mulakan langkah anda sekarang.
Hubungi saya untuk cipta Empayar Kejayaan Dalam Bisnes Shaklee



Attiey Mohamad
0139218084

Big Why Ummi

"Umi nanti kita pergi tempat salji tau"

"InshaaAllah..buat sampai berjaya"

Bila teringat kata-kata dari dua cinta hati ni, mata mengantuk terus terbuka. Tengah baring pun boleh terduduk.

Besar harapan mereka.
By hook by crook umi akan usahakan supaya target umi tercapai.

Takkan umi sia-siakan masa yang telah umi curi untuk usahakan bisnes ni. Semoga suatu hari nanti akan mengukirkan senyuman di hati mereka. Aamiin.



Tips Pulihkan Selsema Anak

Anak-anak selsema, atiey dah mula sibuk buat n sapu minyak bawang putih. Dulu biarkan elok sendiri tapi bila hingus tak dikeluarkan jadi benda lain pulak.


Selain sapu minyak bawang putih kat tapak kaki, dada dan belakang, petua dari orang dulu-dulu atiey try jugak. Kunyit tu lenyek dalam minyak masak atau minyak zaitun. Pastu sapu nipis kat atas tulang hidung sampai ubun-ubun.


Bila mandi, cepat-cepat lap dan keringkan rambut. Jangan bagi sejuk lama-lama. Pakaikan baju sentiasa.


Lagi satu cari Nutriferon dalam peti ais dan taruk setengah sachet pagi, setengah sachet petang. Vitamin C memang tak miss. Kalau mood anak-anak ok, bagi Omega Guard sebiji sehari tak tinggal.
Dah sembuh, Alhamdulillah

November 27, 2016

Masalah Kesuburan Boleh Dibantu Dengan Set Kesuburan Shaklee

Sumber; Mr Google


Adatlah bila belum berpasangan, orang tanya bila nak kahwin
Bila dah kahwin, orang tunggu anak pulak..

Bila belum rezeki kita, dan orang masih sibuk bertanya, boleh bikin stress juga.
Untuk anda yang berdepan dengan situasi ni, mohon mereka yang bertanya tu doakan je sementara usaha diteruskan.

Banyakkan solat hajat minta rezeki dikurniakan zuriat. Tambah dengan zikir. Selain tu, ikhtiar dengan pengambilan supplemen juga.

Oh ye. Selalunya atiey akan cadangkan pengambilan vitamin ni diteruskan untuk tempoh 90 hari. Kenapa? Sebabnya vitamin ni akan ambil masa untuk repair sel-sel tubuh kita. Sekurang-kurangnya 90 hari.


Penting sekali untuk pastikan anda ambil 3 vitamin asas iaitu

- Vita-Lea ( Multivitamin)
- Vitamin C
- B Complex

Ketiga-tiganya adalah vitamin asas yang merupakan tunjang utama untuk kesihatan badan kita.

Kemudian ditambah dengan vitamin kesuburan iaitu

- Vitamin E
Selain untuk menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peradaran pembuluh darah, mencegaj pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (DNA & RNA) dan lain-lain, Vitamin E amat terkenal dengan khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.


- Alfalfa
Sangat baik untuk diamalkan oleh semua wanita sebenarnya. Kenapa? Alfalfa ni boleh membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tak teratur atau senggugut atau sakit pinggang yang melampau apabila period ( alfalfa + kalsium) , dan turut membantu dalam hubungan suami isteri ( bertindak seperti Kacip Fatimah)


- Zink
Ia digunakan untuk kesuburanbagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria apabila berada dalam vagina.
Untuk lelaki, zink berfungsi sebagai zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosteron dan memberikan tenaga kepada sperma supaya lebih aktif berenang menuju ke ovum.
Jangan lupa, zink mempunyai peranan dalam proses pembentukan genetik iaitu pada Deoxyribose Nucleid Acid (DNA)


Untuk suami isteri, boleh juga kalau ditambah pengambilan ESP untuk membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat, menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna , membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang , menyokong kesihatan prostat (lelaki) , memberikan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan dan meningkatkan tahap kesihatan berada pada tahap optimum

Selain tu,  jika isteri ada mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur yang memberi kesan kepada kiraan waktu subur, amalkan GLA Complex.

Apapun, jangan berputus asa untuk terus mencuba.





Berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee?

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
 Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

Zaman Sekolah Zaman Bahagia

U'olls Pergi Sekolah Dulu  Naik Basikal Ke Jalan Kaki?

Bila nampak basikal, perkara pertama yang terimbas adalah zaman pergi sekolah menengah. 

Kisahnya mula bila dah  nak balik sekolah. Masa tu selalu balik berdua dengan Anna Maryatz. Anna Maryatz ni sekarang dah jadi tauke butik pengantin  D'Exclusive dengan adik dia Eila Eiwan. Tak pasti dia ingat tak..hehe

Dalam pukul 2 petang  kot masa tu, tiba-tiba rantai basikal Anna Maryatz ni tak nak sangkut. Asyik jatuh jer.Rumah jauh. Dalam 5 kilometer jugak jarak dari sekolah.

Jalan raya memang tak sunyi.Ada je kenderaan lalu. Bukan kereta je. Lori kecik, lori besar pun ada. Biawak pun ada. haha. Selamat la sikit. Tapi masa tu tak fikir pun pasal orang jahat ke apa ke sebab zaman 1997 tu keadaan tak macam sekarang. Masih selamat. Peragut pun tak macam sekarang. Mungkin masa tu semua orang masih kaya raya..kannnnn.

Kayuh 2 kali round, rantai jatuh. Angkat. Kayuh lagi...angkat lagi sampai tangan hitam. Tangan atiey tak sangat cuma tangan kawan atiey nilah yang dah kotor.

Alhamdulillah air masak banyak lagi. Minum sikit-sikit.

Jalan raya pulak bukan landai tau. Turun naik turun naik. Masa turun tu bestla...laju, berangin..hilang penat. Bila nak naik bukit, penat oooh. Sampaikan kitorang sempat berhenti rehat sekejap. Penat. Letih.

Dah petang..dalam waktu asar kot baru kitorang sampai rumah. haha. . Mencabar betul tapi best pulak bila diingat-ingat balik. Yelah, masa tu mana ada handphone semua ni.. .nak mintak tolong orang kat rumah memang tak boleh. Pakai instict je.

Tak tahulah Anna Maryatz ingat ke tak kisah ni. Dah lama.. Hampir 20 tahun. Tapi tak kisah lama mana pun, persahabatan tak boleh dijual beli. Semoga ukhuwah kekal  hingga ke syurga.

Aamiin.

Niat Buat Bisnes Boleh Jadi Sebab Upgrade Ilmu Kita

Perkara yang selalu bermain dalam fikiran atiey beberapa tahun lepas bila berjinak-jinak dengan biz Shaklee ni ialah macam mana nak dapat ilmu tentang nutrisi?

Kena ambik sijil dulu ke?
Kena belajar dalam bidang kesihatan sampai dapat ijazah?

Masa tu memang  tak  tahu sangat nak cakap pasal nutrisi dan kesihatan.

Apapun yang kita nak buat, mesti ada jalannya.

Mula-mula join group upline. Ambik semua nota,,baca dan fahamkan. Bila upline buat kelas online, takkan lepaskan peluang.

Pastu follow blog-blog yang berkait dengan hal kesihatan macam Webmd dan beberapa yang lain.

Kalau ada peluang, cuba hadirkan diri ke kelas-kelas yang Shaklee anjurkan.

Ada peluang Atiey p kedai buku, atiey akan merayap kat bahagian buku kesihatan. Kalau sesuai atiey beli.

Alhamdulillah, bila kita mahu...macam-macam kita akan usahakan.

Tips Sihat Di Waktu Cuaca Tak Menentu

Semalam hujan. Hari ni panas. Alhamdulillah. Kurniaan Allah SWT.

Tapi dalam cuaca yang tak menentu ni, Raisha dan Adib sekejap selsema, sekejap batuk. Atiey pulak asa masa tekak rasa perit, adakala ok. Pagi tadi suami pun dah mula selsema dan bersin. Family u'olls camane?

Nampaknya kena cari cara untuk pastikan ahli keluarga kita terus sihat.

Semestinya, elakkan dari terkena hujan terutama anak-anak. Ibu bapa ni kalau on the balik kerja, tiba-tiba lencun basah, sampai rumah terus mandi ok.

Sebaiknya pakailah pakaian yang sesuai dengan suhu sekarang ni. Nanti bila badan sejuk pun boleh kena selsema dan bersin.

Bagi yang belum ada Nutriferon kat rumah, bolehla dapatkan cepat-cepat. Senang nanti kalau tiba-tiba tak sihat. Maintain pengambilan vitamin c setiap hari juga. Paling penting, makan makanan yang berkhasiat.

Throwback Setahun Kesihatan Anak-anak

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Disember. Maknanya dah nak habis dah tahun 2016 kita lalui.

Teringat lagi masa pertengahan tahun ni. Adib dan Raisha semput teruk. Bergilir ambik nebulizer. Kemudian demam panas sampai 39 darjah celcius.

Lepas baik demam dan semput tu, Raisha dengan sukarelanya mintak nak makan vitamin c. Sebelum ni kemain susah kena nyorok masukkan dalam susu botol.

Mealshakes pun sama. Dah boleh minum dalam cawan. Tak perlu nak bancuh sekali demgan susu.

Mungkin biasa je dengar tapi bagi Atiey satu prncapaian besar jugak sebab Raisha ni tekak supersensitif. Rasa tak ok terus muntah. Muntah tau bukan just keluarkan dari mulut. Kadang pening nak bagi makanan baru.

Semoga bulan depan boleh senyum lagi lebar bila tengok bonus Shaklee. Aamiin.

Pertama Kali Jumpa Mentor?

Rasa tak sangka sangat masa mula-mula dapat jumpa dengan upline atiey. Bukan apa, atiey dah lama terinspirasi dengan beliau ni. Banyak kisah ajaib yang beliau cipta sama ada dalam busnes mahupun dalam kehidupan seharian.

Bila upline merangkap mentor kita dekat, peluang untuk join semua program yang beliau buat, lebih kerap.

Namun yang paling utama adalah bila kita dapat ambik ilmu yang dikongsi kemudian praktikkan untuk bisnes kita pula.

Bagaimana Saya Menguruskan Masa Sebagai Surirumah Berniaga

Bsngun pagi-pagi, setel yg perlu dan wajib, tengok hp ada customer pm rupanya lewat malam tadi.

Raisha dah ke sekolah, encik somi pun dah keluar ke ofis. Adib pulak masih bertenang, so umi cepat-cepatlah buka kedai..kedai online.

Reply msg customer, buat marketing dan selesaikan order . Sambil-sambil tu, kain dalam washing machine sedang berputar-putar, telur atas dapur & air panas tunggu masa nak mendidih.

Ngam-ngam 9.30 Adib akan bangun, confirmla umi stop sekejap. Tapi biasanya segala yang nak diupdate di fb dah di "buffer" dan blog pun dah siap -siap schedule kan malam tadi.

Urusan pos mengepos, biasanya umi akan buat sebelum pukul 11..petang memang cod je.

Boleh kata camtulah rutinnya. Bila malam, masa lebih relaks untuk follow up customer. Tapi ada juga yang sesuai petang-petang.

Buat bisnes Shaklee ni, kitalah CEO. Kalau kita tak disiplin, tak rajin, tak usaha...kitala yang rugi. So, kena sayang dan buat betul-betul. Jangan takut-takut ok.

7 Tips Inginkan Suami Penyayang, Penyabar dan Romantik




Duhai para isteri, yang nak suami menjadi penyayang, penyabar dan romantik boleh cuba cara ni . Senang je. Mulakan dengan diri sendiri dulu. InshaaAllah, bila kita mulakan 7 perbuatan ni, suami akan refleks dengan baik.

1- Ubah cara melayan suami. 

2- Fahami isi hati suami

3- Redakan kemarahan dengan sentuhan dan kata-kata manis

4- Banyakkan istighfar kerana syaitan suka pada pertengkaran

5- Jika berselisih faham, ajaklah solat berjemaah. Bila kita solat sama-sama, kita akan terasa lebih tenang dan hati masing-masing lebih lembut.

6- Budayakan suasana berterima kasih dan ungkapan sayang. Jangan rasa segan dan malu untuk mengatakan sayang. Walau sekeras mana hati suami, pasti akan lebur dengan kata-kata manis dari isteri.

7- Jadikan diri mudah untuk mengaku salah jika tersilap. 



Set Buang Angin Perut Sebu Jadi Kegemaran

Gigih okeyh akak amik gambar ni. Walaupun senget koordinatnya..hihi

Nak tunjuk ni haa... supplemen favorite.

Peppermint Ginger Plus
Garlic Complex

Memang tubuh ni jenis senang berangin kot...bukan naik angin tau. Cepat masuk angin kalau tersilap makan, lambat makan.. kadang takde sebab pun rasa semacam je perut.

Tahula kan bila rasa sebu tu macam mana rasa. Macam ada belon pun ye jugak.

Jadi kembar nilah yang sesuai untuk buang angin dalam badan.

Kesan? Uisssh. Lega!

Trylah.

Baru tahu.

Impian 20 Tahun Lagi

Berada dalam kediaman yang dipanggil banglo. Ada halaman yang luas, dapur yang luas...waah.

Masa tu inshaaAllah takde hutang dah. Semua dah langsai.

Bisnes suami isteri dah mampu bagi pulangan bukan saja untuk keluarga malah bagi manfaat untuk mereka yang memerlukan.

InshaaAllah semoga 20 tahun depan, masa tu dah selamat berpeluang jadi tetamu Allah di Mekah.

Kalau Aku Kaya...


Wow...nak tak?
Uish mau taknak..

Banyak benda kita boleh buat bila kita kaya.

Boleh up duit bulanan untuk mak ayah,  banyakkan derma, zakat dan boleh bantu orang sekeliling kita jadi lebih sihat.

Paling mudah nak kongsi dan bagi kat semua orang adalah Set Penjagaan Kulit yang ada ESP, Vitamin C dan Herbal Blend.

Sape taknak kulit cantik kan. Palibg kurang, kulit sihat. ESP ni akan bantu gantikan sel lama dengan sel baru yang lebih baik. Sebelum tu, vitamin c dah tolong repair dulu yang mana rosak.

Untuk sapu luaran, jangan tinggal losyen herbal blend tu.

Amal dulu baru tahu..

Sebelum tu, doakan atiey kaya raya dulu. Nanti atiey HADIAHkan kat korang.😀👍

Testimoni Set Hamil dan Set Bersalin Shaklee Bantu jahitan Perenium Sembuh Lebih Cepat

Assalamulaikum.

Dah lama Atiey buat survey sebelum beli Set Bersalin Shaklee dulu. Ada yang bawah RM100 tapi tak lengkap. Majoriti yang memuaskan hati adalah sekitar RM300 hingga RM400.

Dua bulan sebelum bersalin, Atiey ambil keputusan untuk pilih Set Bersalin Shaklee. Ada banyak sebab tapi kali ni Atiey kongsikan  dulu pengalaman  seorang ibu yang telah menggunakannya.


Ikuti kisah Puan Najihah.


"Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.


Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.


Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)


Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.


Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.


Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.


Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.


Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.


Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!


Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.


Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.


Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.


Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda! "





FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Tips Memilih Vitamin Untuk Ibu Hamil

Anda telah disahkan hamil? Tahniah!

Setiap wanita hamil perlu mendapatkan nutrisi yang secukupnya demi kesihatan diri dan bayi yang dikandung.

Selain daripada pengambilan makanan seharian yang biasa kita amalkan sebelum ni, ada beberapa sumber yang perlu kita  tambah sepanjang kehamilan.


Cara yang paling mudah untuk memperolehi nutrisi yang saya maksudkan nanti adalah melalui pengambilan makanan tambahan atau supplemen.


Antara sebab mengapa wanita hamil perlu mengamalkan supplemen adalah;

  1. mengurangkan risiko kecacatan, bayi pramatang, masalah kekurangan berat badan ketika dilahirkan.
  2. membantu ibu untuk lebih bertenaga 

Boleh ke ibu yang hamil cuma mengambil vitamin biasa seperti sebelum hamil?
Bagi Atiey, ketika hamil seseorang wanita tu memerlukan supplemen yang memang diformulasikan khusus untuk mereka. Kalau nak jugak tak ada masalah cuma pastika mengikut dos yang betul dan sesuai untuk ibu hamil.


Vitamin Untuk Ibu Hamil

1. Asid Folik
Ia perlu mula diambil seawal ingin merancang kehamilan lagi untuk mencegah risiko kecacatan neural tube pada bayi. Asid folik juga membantu pembentukan saraf dan sel-sel yang lain.

Sememangnya asid folik sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi.

Sebaiknya amalkan 400 mcg sehari untuk wanita yang ingin hamil dan 1000 mcg sehari bagi ibu yang sedang hamil.


2. Zat besi ( Iron)
Menyokong pembentukan sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh, selain mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang.

Hanya 27 mg untuk ibu yang hamil. Sesetengah sumber iron boleh menyebabkan madalah sembelit.

Kalau boleh, elakkan pengambilan iron bersama kalsium kerana ia boleh mengganggu penyerapannya.


3. Kalsium
Ibu yang mengandung jangan abaikan pengambilan kalsium untuk memastikan tulang dan gigi kekal kuat. Ketika hamil, kalsium diperlukan dalam kadar yang lebih  berbanding ketika tidak hamil.

Kalsium boleh membantu mencegah ibu hamil daripada risiko pra eklampsia.

Selain tu, ia juga boleh mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi ketika hamil. 

Cukup untuk diamalkan 1000 - 1300 mg setiap hari.


4. Omega 3
Dapatkan sumber omega 3 sepanjang tempoh kehamilan untuk menyokong perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik.

Hati-hati kerana di pasaran banyak terdapat minyak hati ikan. Pastikan anda pilih minyak ikan.



Suka untuk saya nasihatkan supaya anda lebih cerewet untuk dapatkan yang semula jadi, tiada pewarna, tiada perisa tambahan, tiada bahan pengawet, tiada logam toksik dan mudah diserap oleh badan.


Saya cadangkan Set Hamil Shaklee iaitu

B-Complex ( Asid Folik)

Vita-lea ( Iron)


Ostematrix (Kalsium)


Omega Guard. ( Omega 3)


Produk-produk dalam set hamil ni inshaaAllah boleh membantu anda dan bayi dalam kandungan lebih sihat. 


Hubungi saya (Atiey) segera untuk mencuba set ini tau. Sekitar Shah Alam saya cod. Pos ke seluruh Malaysia.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! 
Attiey : 0139218084

November 26, 2016

Bestnya Join Shaklee Trip 2016


Dalam pada ramai duk kalut minyak masak naik harga, itu mahal, ini mahal, sempat lagi para leaders Shaklee pi bercuti di Langkawi. Belum cuti sekolah mula, diorang dah rasmi dulu. Tak ke jeles tu.

Percutian ni bukan trip biasa-biasa je tapi sangat istimewa. Ditaja dan dibiayai oleh Shaklee bagi menghargai susah payah dan jerih payah para leaders setahun yang sudah...

Ok, memula sekali dah sampai kat Pekan Kuah tu, shopping dulu. Dahla trip 6 Star, dapat duit poket pulak. Syiokkk.



Dah penat di siang hari, malam pulak ada dinner. Makanan semua memang superb dan layanan vip.

Hari kedua pulak delegasi Shaklee dibawa naik Cable Car, Muzium 3D dan Gua Kelawar.


Bagi yang pernah naik atas tu, tahula kan betapa cantiknya view dia. Sekali naik, mesti akan ulang lagi.



 Dahla sehari berjalan-jalan, masuk bilik je dapat kejutan. Kiranya leaders yang dapat join trip Shaklee ni memang diraikan.


Kalau sebelum ni kita dah pernah pergi sendiri kan, tapi bila Shaklee yang bawa memang tak sama. Layanan sangat istimewa dan yang perlu cuma bawak diri dan keperluan sahaja. Selebihnya Shaklee aturkan siap-siap.


Fuhh... semoga next trip nanti giliran Atiey dan keluarga pulak. Aamiin.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

November 25, 2016

Mana Nak Cari Shaklee di Shah Alam?

Sebagai pengguna Shaklee, anda  patut tahu di mana lokasi terletaknya cawangan Shaklee di Malaysia ni.  Untung-untung, kalau dah dekat tak perlu tunggu penghantaran melalui pos. Pergi sendiri lagi cepat.




Sebelum tu, saya nak bagitahu jugakla yang ibu pejabat Shaklee Malaysia terletak di ;

Level 9,The Pinnacle,
Persiaran Lagoon,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan



Andaikata anda nak dapatkan vitamin Shaklee dan anda sedang berada di Shah Alam, boleh hubungi saya  (Attiey Mohamad), nombor telefon 0139218084. 



Macam mana kalau anda nak dapatkan di tempat-tempat lain? Ok, jom lihat senarai kat bawah ni.



Kuala Lumpur


No. 32, Jln Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027


Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m



Penang 

No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang.
Fax: 604-383 8560


Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m





Ipoh

32, Medan Istana 1,Bandar Ipoh Raya,30000 Ipoh.
Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m


Johor Bahru
47, 49 & 51, Jalan Molek 3/20, Taman Molek,
81100 Johor Bahru, Johor.
Fax: 607–350 7804

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m


Kota Bharu
19, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711

Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m


Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m


Nak daftar sebagai ahli untuk nikmati penjimatan?


1. Hanya perlu walk in ke kaunter dan isikan borang pendaftaran ahli.

2. Kemudian asukkan nombor ID Shaklee saya iaitu 869511 (RAFHATI MOHAMAD NAPI)  sebagai penaja dan ANDA AKAN TERUS LAYAK UNTUK MENDAPATKAN HARGA AHLI.

3. Yuran seumur hidup dikenakan iaitu RM69.00.

4. Hantar borang yang telah lengkap diisi  ke kaunter dan buat pembayaran/ Kemudian anda akan terus dapat produk Shaklee yang anda mahukan.



Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! 

Attiey : 0139218084

Set Berpantang Untuk Anak Kedua Buat Saya Cepat Lupa Diri




Selepas selamat melahirkan si comel dan kemudian menyusukan, sememangnya masa tu fasa yang menuntut saya mempunyai tenaga luar biasa. Selain tenaga, sokongan untuk menyusu badan juga amat diperlukan sebab tanpa sokongan agak sukar nak lakukan tau.


40 hari tempoh berpantang, segala urat dan saraf dalam proses baik pulih. Lagipun, masa hamil tu banyak juga kalsium disumbangkan kat babykan. Kena ganti balik tu.


Sebut pasal ganti, darah yang banyak keluar masa proses melahirkan pula tu jangan dipandang remeh. Silap hari bulan kita jadi letih dan lesu.


Jadi difikir-fikir balik, itulah punca saya cari dan pilih Set Berpantang Shaklee.

  1. ESP - Sumber tenaga dan protein
  2. ALFALFA COMPLEX - bertindak sebagai kacip fatimah
  3. OSTEMATRIX - legakan kekejangan urat dan saraf dan sumber kalsium
  4. OMEGA GUARD - meredakan sebarang infalamasi 
  5. VITA-LEA - bertindak sebagai multivitamin dan juga mengandungi iron untuk tambah darah
  6. SR VITAMIN C - redakan stress serta membantu tubuh kita cepat sihat terutama luka-luka dalaman.

Sejak tahu dan consume set ni, saya tolak tepi set pantang yang lain cuma untuk sapu-sapu di perut, dahi dan betis tu saya masih consider jugak.

Ketika dalam tempoh pantang tu, badan rasa ringan dan segar sangat. Tak letih walaupun memang malam-malam kena bangun susukan baby. Kepala tak berat dan pinggang tak sakit.

Boleh imagine tak apa yang saya rasa tu. Kadang terlupa pulak saya masa tu dalam pantang. Nasi putih, sayur masak bening dengan ikan bakar memang menu setiap hari. Buah saya hold dulu sebab masa anak pertama tak biasakan. Alhamdulillah, sembelit pun takde.

Masa saya jalan laju sikit, mak mesti ingatkan saya balik. Suruh jalan pelan-pelan. Hehe.

Jadi, memang saya sarankan sangat-sangatlah supaya anda pun cuba Set Berpanyang Shaklee ni lepas bersalin nanti. InshaaAllah, anda akan dapat rasa sendiri kesannya.

Selain guna untuk makan sendiri, saya jual juga kalau ada yang mencari. Yelah, bila kita dah rasa produk yang best, lagi best bila panjang-panjangkan faedahnya.



Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

November 24, 2016

Mengapa Nutriferon Pihan Utama Sebagai Vitamin Untuk Daya Tahan Tubuh

Apa yang kita faham bila sebut tentang sistem daya tubuh? Paling mudah nak imagine adalah ia seperti pasukan askar yang akan melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang datang mengancam kesihatan tubuh kita.

Kalau tak ada sistem pertahanan ni, badan kita akan semakin lemah dan sakit.

Hebat tak hebat sistem imun ni, ia boleh mengesan pelbagai patogen bebahaya dan boleh membezakannya daripada tisu dan sel yang sihat.

Selain tu, sedar tak kulit kita ni adalah pertahanan pertama tubuh kita. Tanpa kulit, sel-sel terdedah dengan pelbagai toksin. Dengan adanya kulit, kita lebih selamat sebab kulit nimenyediakan halangan kimia (sebum antibakteria).

Persoalannya, sistem imuniti kita ni ada waktu rehat ke?

Jawapannya tak ada.

Sistem imun kita bekerja 24/7 tanpa henti.


Sebab tu kita sendiri  kena support tubuh kita tau. Bila kita lebih aware tentang pemakanan dan gata hidup sihat, inshaaAllah sistem imun kita lebih kuat.

Macam mana nak support?

Amalkan makanan tambahan dan penggalak imunisasi seperti Nutriferon.



Nutriferon ni penggalak imunisasi yang dicipta oleh seorang pakat imun, Dr Yasuhiko dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954.

Selepas dilakukan kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berbeza, akhirnya beliau berjaya menemui interferon semula jadi di dunia. Nutriferon.

Apa yang beliau nyatakan, ektrak dari 4 jenis tumbuhN iaitu biji labu, bunga Safflower, honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semula jadi interferon tubuh.



Shaklee telah patenkan Nutriferon sebagai satu formula ekslusif dan ia tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi. Dapatkan hanya melalui pengedar Shaklee.


Anda yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan mengambil masa yang lama untuk pulih amat digalakkan untuk mengamalkan Nutriferon.


6 sebab mengapa Nutriferon perlu menjadi pilihan utama.

1- Terbukti daripada 4 kajian klinikal pada manusia

2- Meningkatkan paras interferon secara semula jadi

3- Dicipta oleh individu yang menemui interferon

4- Mdngandungi rumusan berpaten yang ekslusif

5- Telah melalui kajian selama 40 tahun

6- Beberapa kajian klinikal telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian tersebut telah disiarkan dalam jurnal perubatan seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy.




Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey : 0139218084

Cara Nak Jadi Ahli Shaklee Dan Berpeluang Menikmati Harga Ahli Yang Lebih Jimat

Berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan nikmati penjimatan seumur hidup tanpa perlu perbaharui keahlian?

Apa yang perlu anda sediakan adalah maklumat berikut iaitu:


Nama:
No I/C:
Nama pasangan:
No I/C pasangan:
Alamat rumah:
Alamat penghantaran produk :
No Tel :
Email :

(Bayaran bonus EFT)
Nama Bank:
No acc Bank:

Bila dah cukup semuanya, boleh hubungi Atiey di 0139218084 untuk kita proceed pendaftaran. 




Ada satu pilihan lagi iaitu anda boleh daftar sendiri tanpa disclose maklumat tersebut hanya dengan klik link http://www.shaklee.com/my?joinnow=869588

Klik sini untuk ketahui langkah demi langkah mendaftar jadi ahli Shaklee yang pernah diterangkan dalam entry sebelum ni. 

Jika ada sebarang persoalan, boleh terus hubungi Atiey. 
Atiey akan cuba bantu semampu boleh.

Oh ye..yuran pendaftaran hanyalah RM69. Kos penghantaran kit permulaan di Semenanjung adalah RM10  manakala RM20 untuk ke Sabah/Serawak.



Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey : 0139218084

November 23, 2016

Pengedar Shaklee Alam Avenue, Seksyen 16 Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum.






Anda berada di sekitar Alam Avenue / Alam Avenue 2 Seksyen 16 Shah Alam, Selangor?


Kalau betul, memang tepat sangat anda jumpa blog saya ni sebab saya m enawarkan CASH ON DELIVERY / Self Pick Up di sekitar Shah Alam ni.

Selain tu ada juga penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.








Saya berkongsi kebaikan dan manfaat produk Shaklee. Semoga kesihatan milik kita semua dengan izin Allah Ya Salam Ya Fattah.


Hubungi Attiey 0139218084 untuk pesanan dan pertanyaan berkenaan produk Shaklee.


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. 


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! 

Attiey : 0139218084

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...