Blog Archive

October 30, 2016

Pentingnya Dilakukan Kajian Ke Atas Produk Kesihatan dan Kecantikan

Dua tiga hari lepas saya hampir-hampir terpengaruh dengan satu iklan produk kecantikan ni. Hampir- hampir je nak terbeli tapi akhirnya saya batalkan niat tu.

Kenapa?

"5 hari penggunaan dah boleh nampak kesannya"

Saya cuba google dan cari kot-kot ada publish sebarang kajian klinikal yang berkaitan dengan produk ni tapi malangnya tak ada. Takut pula nak consume.

Bukan apa, penting tau kajian klinikal klinikal ni. Contoh terdekat adalah Landmark Study yang dibuat oleh Shaklee.

Kajian tu dibuat dalam jangka masa yang panjang. Dari situ baru boleh tengok betul-betul kesannya pada badan pengamalnya.

Maklumlah, bagi yang tak tahu..sesuatu penyakit ni bukan sehari dua tapi ambil masa 10-30 tahun untuk disedari kewujudannya.

Jadi, kalau ada yang claim buat kajian tapi hanya dalam tempoh singkat je, tak nampak sangatlah kesan tu.

Lagipun, tempoh sesuatu penyakit ni  berkembang/terjadi dipengaruhi oleh tahap pengambilan nutrisi kita. Kalau selalu amalkan makanan berkhasiat dan bernutrisi, risikonya lambat sikitlah berbanding yang main masuk je semua dalam mulut.

Ops, bukan setakat makanan bernutrisi je...gaya hidup yang sihat pun main peranan juga.

Sebab tu, dalam landmark study shaklee ni, diorang ambik kira dan buat kajian antara orang yang tak ambil sebarang vitamin langsung , orang yang ambik vitamin selain Shaklee dan orang yang ambik Shaklee. Semua yang dikaji tu diorang tetap amalkan gaya hidup sihat  tau dan jaga pemakanan. Barulah kesan tu nampak jelas.

So lepas ni sebelum beli satu-satu produk tu fikir dulu tentang landmark study terhadapnya ada ke tak.




Attiey Mohamad
 Contact No. : 013.921.8084

October 29, 2016

Resveratrol dan Polyphenols Yang Terkandung Dalam Vivix Membantu Memperlahankan Penuaan Sel

Nak tak nampak dan rasa seperti orang muda walaupun hakikatnya umur semakin meningkat? Mestilah nak ye tak.



Sememangnya usia akan tetap bertambah dan ketegangan yang berlanjutan, toksin dari sekeliling juga masalah kesihatan boleh mengakibatkan proses penuaan kita berlaku lebih awal dari yang sepatutnya. OMG!!


Apa punca yang menyebabkan dan mendorong proses penuaan ni berlaku lebih cepat dari yang sepatutnya dan bagaimana pula cara untuk menentang proses penuaan sebelum waktu ni?


Kajian mendapati penuaan bermula dari sel kita. Kesihatan sel ni boleh dilihat dari penampilan dan juga bagaimana kita rasa, namun sel kita sentiasa mengalami kerosakan akibat terdedah kepada radikal bebas.


Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA dan merangsang keradangan lalu menyebabkan berlakunya penuaan sel. Walaupun seringkas perbuatan seperti makan mendorong kepada penghasilan radikal bebas.


Resveratrol dan polyphenols menunjukkan kemampuannya dalam menentang radikal bebas dengan menghalang proses penuaan dari peringkat sel lagi.


Kajian makmal juga menyarankan bahawa polyphenol yang dihasilkan dari campuran anggur muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu dan elderberri eropah mampu;


  • Membantu sel kita untuk melindungi serta membaiki DNA dan menentang radikal bebas


  • Memperlahankan pembentukan protin perosak AGE yang mendorong kepada penuaan sel


  • Membantu merangsang kesihatan telomere yang melindungi kromosom


Penuaan sememangnya tidak dapat dielakkan, namun pilihan harian kita  dalam  dalam menjaga kesihatan mampu untuk memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan kemungkinan untuk kita menikmati kehidupan yang panjang, gembira dan lebih sihat.


Kita boleh memilih untuk mengambil pendekatan proaktif kepada penuaan dengan mengamalkan diet yang kaya dengan resveratrol dan juga polyphenols yang semestinya dengan mengamalkan Vivix.


InshaaAllah, dengan Vivix kita boleh menikmati peningkatan usia dan nampak serta rasa lebih muda, lebih lama.


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Vivix?

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084


Juga boleh dapatkannya terus melalui apabila anda klik di sini.

Beli disini


Attiey Mohamad
 Contact No. : 013.921.8084

October 28, 2016

Perlu ke B Complex dan Vitamin C Selepas Sarapan?



Dah sarapan?

Jangan lupa B Complex dengan Vitamin C pulak..

Walaupun dah sarapan dengan hidangan paling berkhasiat, vitamin tetap kena ambil. Bukan tamak tapi sebagai protection daripada pencemaran yang ada di sekeliling kita.


Pencemaran ni bukan dalam udara yang kita sedut je malah ada dalam makanan yang kita makan, air yang kita minum dan daripada sel badan kita sendiri.


Lagipun waktu pagi ni kita perlukan tenaga yang cukup untuk memulakan hari kita. Vitamin B Complex memang terkenla sebagai pemberi tenaga yang segera. Tapi makan dulu lah. Baru lebih berkesan. 


Gabung dengan pengambilan Vitamin C sebagai pembantu untuk melegakan stress, akan membuatkan kita lebih fokus dan segar.


Jadi, mulai sekarang ingat formula gaya hidup sihat ni.


Makanan berkhasiat + aktiviti fizikal yang baik + perkembangan rohani/spiritual + perhubungan sosial yang sihat + makanan tambahan


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

October 27, 2016

Benarkah Esp Bahaya Untuk Kesihatan Lelaki?



Bila sebut susu soya..memang terus kait ngan ESP ek.. napa camtu. Jom betulkan tanggapan kalau masih fikir soya ni tak baik.

Nutrisi adalah sains, bukan kepercayaan semata-mata. Walau bagaimanapun, bila masuk bab soya, ia tak jadi berasaskan fakta tapi tanggapan dan kepercayaan saja. Kenapa ye...

Biasanya yang disebarkan tentang soya ialah, ia menyebabkan lelaki menjadi seperti wanita (pondan) dan menurunkan kesuburan lelaki, kerana ia meningkatkan paras estrogen (hormon wanita). Saya banyak juga dapat persoalan-persoalan camni dan sebolehnya saya akan cuba betulkan.



Soya Menyebabkan Lelaki Menjadi Lembut

Kandungan phytoestrogen di dalam soya dikatakan satu perkara yang menjadi kerisauan.

Estrogen adalah hormon wanita, sedangkan lelaki perlukan hormon testosteron untuk kelelakiannya.

Phytoestrogen dikatakan bertindak macam estrogen jadi tak ngamla dengan lelaki kan? Takut la lelak jadi lembut ka, pondan ka..


Tapi kajian yang dibuat:

“Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence.” Fertil Steril. 2010 May 1;93(7):2095 –104.

Laporan tersebut membuktikan bahawa isoflavon dalam soya tidak memberi kesan ‘kewanitaan’ kepada kaum lelaki.


Soya Menurunkan Paras Hormon Kelelakian

Bila hormon kelelakian menurun, lelaki menjadi mandul, tak subur. Menjejas produktiviti. Benarkan pengambilan soya menjejeas kesuburan lelaki?

“Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: results of a meta-analysis.” Fertil Steril. 2010 Aug;94(3):997–1007″

Laporan yang dihasilkan selepas ujian klinikal untuk mengkaji kesan soya terhadap lelaki —> PROTEIN SOYA TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA HORMON LELAKI.

Malah, sebenarnya pengambilan soya sangat penting untuk lelaki, berdasarkan laporan kajian ini:

“Soy protein isolate and protection against cancer.” J Am Coll Nutr. 2005 Apr;24(2):146S –9S.


Protein Soya mengurangkan risiko kanser prostat!

“Feasibility of a low-fat/high-fiber diet intervention with soy supplementation in prostate cancer patients after prostatectomy.” Eur J Clin Nutr. 2008 Apr;62(4):526 –36.


Nampaknya cerita-cerita buruk tentang soya hanyalah tanggapan semata-mata. Berhentilah menyebarkan keburukan soya yang tidak berasas, kerana mungkin kita telah menjauhkan orang lain dari perkara-perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan mereka.

Dan ramai yang minum soya terlebih2 pula suburnya.

Credit to: Dr. Fyda Noh

October 23, 2016

10 Manfaat Omega Guard Untuk Semua Orang



Pertama kali Atiey beli Omega Guard adalah untuk redakan kahak Raisha. Masa tu Raisha kerap semput dan kahaknya banyak sangat. Bila Omega Guard dah ada dalam peti ais, dengar je tanda-tanda nak semput, terus Atiey pecahkan kapsul gel Omega Guard tu dalam sudu, suap kat Raisha.


Selain untuk meredakan batuk berkahak dan juga semput, ada lagi manfaat lain bila kita amalkan Omega Guard ni tau. Antaranya ia membantu;


Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

Mencegah salur darah dari tersumbat

Mengekalkan tekanan darah normal

Mengurangkan sakit kepala

Merendahkan kolestrol

Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

Mengawal masalah obesiti

Meningkatkan perkembangan memori janin dalam kandungan dan juga baik untuk kanak-kanak 

Mencegah penyakit gout

Omega 3 yang terdapat dalam Omega Guard membantu masalah alahan kulit seperti  eczema, psoriasis dan lain-lain.


Bagi yang belum pernah mencuba Omega Guard ni, ada beberapa fakta yang anda kena tahu. bagi Atiey fakta ni sangat istimewa dan membuatkan Omega Guard satu supplemen yang kita patut pilih untuk satu famili.


Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk. Ikan yang berada di tempat yang terlampau sejuk ni menghasilkankan Omega 3 untuk mengelakkan mereka daripada membeku. Semakin sejuk airnya, semakin tinggi Omega 3 yang dihasilkan.Jelas sekali ia tak dihasilkan dari minyak hati ikan.


Kenapa bukan minyak hati ikan? Hati adalah organ yang menapis pelbagai bahan dalam badan tempat terkumpulnya toksik. Jadi, ia tak bagus.


Omega Guard Shaklee adalah satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semula jadi termasuk EPA, DHA dan ALA.


Sebiji kapsulnya membekalkan 950mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.


Bagaimana ia dihasilkan? Tak seperti kaedah biasa tapi melalui kaedah ultratulen iaitu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengestrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB..


Ada pula yang bagitahu tak perlu ambik Omega Guard Shaklee sebab selalu makan ikan tuna,salmon, sardin, dan herring. Ye memang bagus tapi ikan laut dalam biasanya terdedah dengan bahan logam seperti yang Atiey sebutkan tadi. Omega Guard dah melalui satu proses penyulingan tau.


Pilihlah sesuatu yang terbukti selamat untuk kita dan keluarga kita.


Untuk mendapatkan Omega Guard, bulan ni ada diskaun 5% bila beli 2 botol seklaigus.

Kalau sebotol RM136 (90 kapsul)
2 botol sepatutnya jadi RM272 kan..

Tapi dengan harga promosi 5% less untuk twin pack ni, anda cuma perlu bayar RM258.40 sahaja.
Jimat kan.


Hubungi Atiey untuk dapatkannya.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
 Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084



October 22, 2016

Cerita Raisha dan Tanda-tanda Dijangkiti HFMD.



Awal minggu ni, Raisha ngadu lidahnya sakit. Umi ingatkan tergigit ke apakan..biasalah lidah sakit.


Tergerak hati nak tengok lelangit dan nampak macam pelik. Ada bintik-bintik merah dan tepi-tepi lidah ada beberapa ulser. Permukaan lidah pun tak macam biasa. Bila diregangkan, keluar sedikit darah. Seperti kita termakan benda panas la keadaan lidah Raisha tu.


Tak sedap hati, umi bawak jumpa doktor. Kata doktor virus. Sebab tak minum air secukupnya. Anak tekak merah-merah. Balik dari rumah, nampak bintik merah di lelangit makin banyak.


Malam tu kitorang bawak Raisha ke klinik lain untuk second opinion..gitu. Doktor kata HFMD. Susah hati pulak. Membayangkan camana episod seterusnya.


Bila fikir balik, memang ada masa yang Raisha ngadu sakit kepala, muntah dan badan sedikit panas dan timbul merah-merah di sekitar bibir tapi tak ketara.



Balik rumah, umi buka kotak Nutriferon dan taruk granules tu bawah lidah. Raisha kemam.



Up dose vitamin c..dalam sakit perit lidah tu Alhamdulillah raisha kunyah jugak vitamin c tu.


Nak bagi senang tidur, sapu dulu Gingival Gel yang doktor bagi.




Sapu herbal blend kat tapak tangan n tapak kaki sebab katanya gatal-gatal. Merah-merah cuma samar-samar dan belum timbul apa-apa. Macam doktor kata, HFMD boleh juga menyerang di dalam mulut sahaja. Bergantung pada tahap imuniti seseorang.


Takpela, Alhamdulillah kalau camtu.


Adib pun umi masukkan vitamin c jugak dalam botol susu. Prevention is better than cure.


Hari ni masuk hari kelima, merah-merah di lelangit 100% hilang dan ulser dah tak nampak sangat,. Lidah dah tak merah dan dah boleh makan ayam goreng.

Alhamdulillah.


Anak-anak dijangkaiti HFMD?
Boleh dapatkan supplemen-supplemen tadi dengan Atiey.

Hubungi di 013.9218084 .

COD Sekitar Shah Alam
Pos ke seluruh Malaysia 

Cara - cara Mengatasi Keradangan / Inflamasi Melalui Pemakanan



Dalam entri sebelum ni, atiey kongsikan info tentang keradangan dan kita tahu ia sebenarnya mempunyai dua jenis yang berbeza.


Berbeza dari segi tempoh masa dan kesan yang dihadapi oleh seseorang tu.


Walaupun inflamasi ni diperlukan untuk tubuh kita mengelakkan diri dari kerosakan yang berterusan, ada sesetengah  keadaan ia perlu ditangani untuk mengelakkan dari berlarutan.


Kita biasa dengar dan mungkin ada yang pernah mengambil ubat anti radang bukan steroid, ubat anti radang bersteroid atau ubat tahan sakit untuk redakan kesakitan.


Ubat ni perlu mengikut nasihat  doktor namun tahu tak yang kita boleh mencegah keradangan ni melalui  pemakanan ?


Antara bahan makanan  yang kita boleh amalkan ialah:

- makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti minyak ikan, flaxseed, mackerel, anchovies, tuna dll.

- Makanan anti radang seperti halia, kunyit, teh hijau, dll.

- Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan bagi menyokong badan kita untuk lawan radikal bebas yang menjadi punca keradangan.

- Tidur yang cukup

- Kawal berat badan

- Jauhi makanan segera dan makanan berproses. Kurangkan makanan manis serta yang mengandungi asid lemak-6 (marjerin dan minyak sayuran bertapis)


SHAKLEE MENYEDIAKAN SUPPLEMEN ANTI-RADANG

Sukar untuk mengawal pemakanan dan diet yang sihat seperti yang atiey senaraikan?

Nak cuba supplemen Shaklee ?


- Omega Guard: Minyak ikan tulen Shaklee mengandungi asid lemak Omega-3



- Alfalfa Complex : Kaya dengan vitamin, mineral dan serat





- Set Antioksidan (ACE) : Carotomax , Vita-C & Vita-E Complex



- Vivix : Sumber utama yang kaya dengan antioksidan Resveratrol dan polifenol untuk kesan anti penuaan dan anti radang



Berminat untuk dapatkannya? 
Boleh je hubungi Atiey di 013.9218084. 

Nak tanya dulupun boleh.


Keradangan dan Inflamasi. Adakah ia diperlukan ?



Bagi saya, keradangan ni bila mana-mana bahagian tubuh kita mula merah dan membengkak dan ia merupakan tindak balas dari badan jika berlaku sesuatu seperti disengat, luka atau terdedah kepada apa-apa bahan berbahaya.


Tapi rupa-rupanya, keradangan adalah lebih dari sekadar apa yang kita boleh nampak.

MAKSUD KERADANGAN


Keradangan atau kita sebut juga inflamasi (bukan inflasi tau) adalah normal dan sebenarnya penting untuk tubuh kita.


Ia merupakan tindak balas semula jadi sistem pertahanan badan seseorang terhadap ancaman atau kerosakan pada tubuh kita. Macam yang atiey cakap pasal kena sengat tadi la.


Keradangan berlaku untuk mempertahankan tubuh dari terus terjejas. Bila kerosakan dan dibaiki dan hilang, ia kembali seperti sebelumnya.


JENIS KERADANGAN

Keradangan ni ada 2 jenis.

1- Keradangan / inflamasi akut (acute inflammation)
2- Keradangan / inflamasi kronik ( chronic inflammation)



Jenis yang pertama, keradangan / inflamasi akut (acute inflammation) biasanya tindak balasnya cepat dan selalunya berpunca daripada jangkitan bakteria ataupun kecederaan pada tisu badan.


Ia berlaku dalam tempoh yang pendek dan mempunyai ciri-ciri berikut:
- kemerahan / rubor
- panas / calor
- bengkak / tumor
- sakit / dolor
- kegagalan berfungsi / functio laesa


Contoh mudah ialah masalah jerawat. Sebahagiannya disebabkan keradangan pada liang kulit yang tersumbat dan ia mengalami jangkitan.


Bila inflamasi ni terjadi, jerawat yang muncul biasanya kemerah-merahan, membengkak, sakit bila disentuh/ ditekan dan bernanah.


Antara contoh lain ketadangan akut ni ialah resdung ( sinusitis) , sakit tekak (punca dari demam atau selsema) , tonsilitis  dan gout akut.



Untuk jenis yang kedua iaitu  keradangan / inflamasi kronik ( chronic inflammation), ia berlaku apabila badan kita dijangkiti virus ataupun sebarang bendasing yang lebih kuat dan keradangan berpanjangan dalam tempoh yang lama.


Dalam keadaan ini, badan kita memerlukan masa yang panjang untuk melawan virus ataupun bendasing tersebut.


Inilah yang disebut keradangan kronik.


Mereka yang mengalami penyakit sakit sendi yang menyebabkan bengkak ( Rheumatoid arthritis)  adalah  contoh yang kita boleh lihat di mana sistem pertahanan badannya bertindakbalas terhadap tisu-tisu yang sihat dan menyebabkan keradangan.


Masalah auto-imun seperti SLE juga dikategorikan sebagai chronic inflammation.

Faham ke faham.. ?

Setiap penyakit tu bukanlah tiba-tiba muncul melainkan ia berpunca dari tindakbalas terhadap bendasing atau sesuatu yang boleh memudaratkan tubuh kita.


Keradangan ni berlaku untuk mempertahankan badan kita dan ia merupakan sebahagian daripada sistem imuniti seseorang tu.


Jadi, bagaimana nak atasi keradangan ni?

Jangan ketinggalan untuk mengikutinya  di entri yang berikut. Cara Mengatasi Keradangan.

October 20, 2016

Ini Yang Wanita Perlukan Sebagai Pembantu Ketika Superbizi

Omega-3 (komponen asid lemak omega dlm Omega Guard) biasanya dikaitkan dengan perkembangan minda kanak2. Sama ada ibu ambik masa hamil atau si ibu yang bagi kat anak-anak sebagai supplemen harian.

Tapi tahu tak sebenarnya Omega Guard ni sangat banyak fungsi dia terutamanya untuk  ibu-ibu yang sentiasa sibuk sepanjang hari.


1. Meningkatkan fungsi GREY MATTER. Grey matter adalah komponen otak yg utama, yang berfungsi untuk menghantar signal kepada saraf2 yg lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN.


Kalau anda adalah seorang yang selalu murung dan sedih, amalkan Omega Guard ye!


2. Dalam satu kajian yg diterbitkan oleh Neuroendocrinol Letter pula membuktikan bahawa masalah disipline, ketidakjujuran, malah kecenderungan untuk  bersikap tak elok ada kaitan dengan kekurangan serum Omega-3 dalam otak seseorang tu.


Agak-agak susah sangat untuk MENDISIPLINKAN DIRI, amalkanlah Omega Guard ye.


3. Jurnal Biology Pshyciatry menerbitkan satu kajian bahawa mereka yang mengalami tekanan perasaan juga mengalami kekurangan omega 3 dalam otak. Tekanan perasaan ni stress lah. 


Kalau sebelum hanya amalkan B Complex untuk tzngani stress, nampaknya lepas ni tambahkan Omega Guard juga.


4. Terdapat banyak kajian yg membuktikan kekurangan Omega 3 menyebakan kita susah untuk mengi gati sesuatu dengan kata mudah lupa. 


Jadi kalau nak cepat tangkap & cepat ingat, amalkan Omega Guard ye. Terutama sekali yang sedang belajar tu.


Amalkan Omega Guard supaya jimat masa nak belajar benda baru....sekali baca/dengar terus faham. Maklumlah mak2 ni bukan ada masa sgt nak ulangkaji banyak2 kali. Jadi amalkan Omega Guard bersama doa dimudahkan kefahaman.... Supaya kita cepat dan mudah tangkap. Takdela berbulan2 sangkut kat bab sama sbb tak faham2 😅


Dan agar happy selalu, Omega Guard mesti ambil setiap hari!


Bulan ni kan promo Omega... Pastikan korang borong utk diri sendiri. Sebotol tu guna sebulan je tau kalo amik ikut dos. Tu baru kita sorang. Belum lg husben (biorla dia pun asyik2 happy jugak kan) dan anak2. Utk mak ayah jgn lupa... Penyakit nyanyuk pun dikaitkan dgn kekurangan Omega-3 tau. Sama2 kita jaga ahli keluarga kita.


Kalau  nak tau, masalah  mental mcm perasaan agresif, suka buat jenayah, fidofilia semua tu ada kaitan dgn kekurangan Omega-3. Dlm Quran pun ada sebut ttg makan ikan kan...



Kalau anda perasanlah, kesemua fakta di atas back up by studies. Bukan sekadar cadangan sahaja.

Jika berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee ni, cepat tau sebab bulan Oktober ni kalau beli dua botol dapat less 5%. Boleh jimat. 


Sebotol RM136 (90 kapsul)


Whatsapp Atiey kat nombor 013.9218084 ni.

Nak tanya-tanya dulu pun boleh jugak.

 

October 11, 2016

Bagaimana Nak Turunkan Power Silau Tanpa Rawatan Klinikal?



Rasa mustahil pulak bila dengar orang kata power rabun...power silau mata boleh turun. Tapi betul-betul rupanya.


Kisahnya adik comel ni. Punya tinggi silau mata dia kena guna contact lense khas.


Mata sensitif toksah cerita. Kadang berair, kadang kelam, rasa nak tertutup pun ada jugak.


Sekali tu adik ni buat pemeriksaan mata. Mak aikk. Turun! Tak percaya dia . Biasa duk naik naik naik je.


Rupanya silau tu semakin kurang sejak dia amalkan Vivix. Shaklee affect gitu...


So, sape-sape yang nak bebas silau..mulalah amalkan Vivix dengan konsisten dari sekarang.



Meh order sini

013.9218084
Pengedar Shaklee Anda

Cara Mengeluarkan Batu Hempedu Tanpa Pembedahan

Assalamualaikum


Attiey pergi jumpa sorang makcik depan rumah hari tu. Katanya demam. Rupanya makcik ni tak sihat. Sakit kat atas abdomen dan menyucuk sampai ke belakang. Nak tridur tak boleh baring. Terpaksa tidur sambil duduk katanya. Nak bernafas jadi susah. Demam pula bukan demam biasa tapi demam yang menggigil-gigil tu. Terpaksa pak cik selimut berlapis-lapis.


Nak kata denggi, bukan. Bila dah p jumpa doktor lepas tu, mak cik ni dikesan dan disahkan ada batu dalam hempedu.



Jadi, adakah hanya itu sahaja simptom batu hempedu?

Simptom Batu Hempedu



  • Kadangkala ada pesakit yang mengadu sakit yang berpanjanagan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Macam mak cik tadi kan. Rasa sakit ni disebut 'galistone colic'. Bila dah rasa macam ni, biasanya disertai rasa loya dan muntah juga.
  • Demam kerana berlakunya keradangan pundi hempedu atau jangkitan pada hempedu statik (cholecystitis akut)
  • Kulit, mata dan membran mukus kelihatan kuning disebabkan oleh batu karang hempedu talah menghalang aliran hempedu dari hati menuju ke duodenum. Ini mengakibatkan hati dipenuhi dengan hempedu  yang berlebihan seterusnya melimpah ke peredaran sistemik. Bagi sesetengah kes yang teruk, akan berlaku pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit dan menyebabkan kegatalan.
  • Sakit perut, loya dan muntah. Batu karang hempedu berada di bahagian hujung duktus hempedu sesame ini akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas. Mengapa? Ianya berlaku kerana kedua hempedu sesame dan duktus pankreas ni sebenarnya berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dikenali sebagai 'Ampulla of Vater'.

  • Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas atau Pankreatitis Akut. Sakit yang teruk akan dirasai di tengah bahagian atas abdomen hingga belakang.


Nampaknya majoriti daripada simptom ni dialami oleh mak cik yang attiey ceritakan tadi.

Bagaimana seseorang tu boleh terkena batu hempedu ni?


Punca Batu Hempedu
  1. Biasanya batu hempedu terbentuk sekiranya seseorang tu mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.
  2. Kurang minum air
  3. Gemarkan makanan berlemak
  4. Suka makan makanan masin
  5. Selalu makan nasi lemak yang mana bilis, sambal dan santan memang meningkatkan risiko
  6. Suka makan makanan laut yang kaya dengan kolestrol jahat(LDL)

Attiey sarankan kita semua kawal dan jaga tubuh badan kita agar tak kena sakit batu hempedu ni. Bagaimana? Mungkin kita kena selektif sikit bab makanan dan jaga apa yang kita nak makan. Dah jaga makan, luangkan masa untuk bersenam. Paling tak pun kita cuba joging keliling rumah.


Yang paling utama, pastikan kadar kolestrol dalam darah terkawal. Bagi yang alami masalah kolestrol tinggi, boleh amalkan supplemen juga.




Oppss...supplemen untuk hilangkan batu hempedu tanpa pembedahan macam mana pulak?
Adaaaaa.....


Sebelum tu, kita tengok video pengalaman seorang ibu yang sedang hamil yang disahkan mempunyai batu hempedu.

Dah tengok?
Memang tak bolehla nak tunggu lagi kan. Sakit. Jadi, akak ni pilih untuk cuba pemakanan supplemen.


Apa yang akak Zeti ni ambik adalah;


Omega Guard -  membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

Alfalfa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi

DTX Complex - membaiki fungsi hati

Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut

Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman

Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang

(Selepas bersalin)
Vivix - minuman yang memberi perlindungan antioksidan terhadap tubuh badan dan seterusnya membaiki fungsi tubuh pada tahap sellular.


Di samping pengambilan vitamin-vitamin diatas, pemakanan dan diet yang sesuai juga diamalkan.


Alhamdulillah, selepas 5 hari amalkan supplemen, simptom-simptom dah hilang. Kesan yang paling best, batu hempedu tu dah mengecil. Bila p scan lagi selepas bersalin, memang dah hilang terus.


Bagi yang nak cuba kaedah ni , hubungi Atiey untuk dapatkan supplemen di atas.
COD di kawasan Shah Alam dan Klang, pos ke seluruh negara.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

October 4, 2016

Kurangkan Kesakitan Akibat Slipped Disc Dengan Vivix Shaklee

Assalamualaikum.



Apakah Slipped Disc?

Menurut Dr Ahmad Mahyuddin, ia adalah  merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan, mereka menyebutnya sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).


Segar dalam ingatan, tahun 2010 masa tu. Abah mengadu sakit belakang yang teramat selepas menolak batang pokok kelapa menggunakan kakinya. Kalau nak ikutkan, banyak kali dah abah buat macam tu tapi dengan pertambahan umur, tulang-tulang abah mungkin dah tak boleh nak menampung daya tolakan tu lagi.


Ingatkan sakit biasa macam tersalah urat ke tapi setelah imbasan x-ray, doktor bagitahu abah alami slipped disc dan syorkan supaya dilakukan pembedahan untuk emmbetulkan saraf yang tertekan tu.


Kalau kita sekalipun, pembedahan adalah jalan terakhir yang kita pilih. Lagi pula bila doktor kata peluang untuk pulih adalah 50/50 dan mungkin risiko lain boleh berlaku. Abah tak sanggup nak bayangkan dan terus menolak untuk bedah. Takkan...


Dua tahun pertama, abah masih boleh bertahan. Tapi masuk tahun ketiga, abah kerap sakit belakang dan tak selesa. Kaki abah kadang bengkak, kadang ok sebab menampung berat secara tak seimbang kerana nak elakkan tekanan pada pinggang yang sakit.


Tahun 2015, Atiey nampak abah jalan makin tak stabil. Senget ke kanan. Kaki seakan diseret. Solat kadang duduk kadang berdiri. Ikut kemampuan. Ada masa berdiri, susah betul nak bangun dari rukuk. Hati ni rasa nak menangis melihat keuzuran begitu.


Atiey nekad nak approach abah dengan Vivix Shaklee.


Kenapa Vivix?


Vivix ni mengandungi resveratrol dan polifenol tumbuhan yang sangat power untuk melindungi dan baiki DNA kita. Kalau dalam badan kita ni banyak radikal bebas, vivix  akan lindungi dan sel badan kita tak terkesan sangatlah.


Bila DNA kita dilindungi, pengawalan genetik badan kita berlaku dnegan lebih baik yang seterusnya dapat meningkatkan tenaga kepada sel-sel badan. Bila tenaga dalam sel bertambah, sel tu sendiri akan lambat rosak.


Jadi, bagi pesakit slipped disc, Vivix ni sangat membantu bahagian sel badan tu termasuk sraf dan sendi untuk lebih kuat dan sihat. Bila diamalkan secara konsisten sebanyak satu sudu teh setiap hari, InshaaAllah mampu melindungi sel-sel sekitarnya dan dapat meningkatkan tenaga sel-sel tersebut yang dah rosak agar lebih kuat untuk bertahan.


Dengan adanya flavonoid dalam Vivix, ia membantu untuk melegakan kesakitan dan bertindak sebagai anti radang.


Atiey rasa lega bila abah dah berjaya habiskan sebotol Vivix Ogos lepas dan abah bagitahu memang ada kesan positif. Kesakitan tu dah berkurang dari sebelumnya. kalau sebelum ni jarang nak keluar tapi sekrang ni bila call, asyik keluar je drive situ sini. Alhamdulillah dengan izin  Allah.


Bila dapat tahu Vivix juga bertindak sebagai anti-penuaan, Atiey tidaklah berharap untuk undurkan masa supaya abah jadi muda balik. Cuma, bila badan abah sihat dan bila resveratrol tu kuat kuasakan sifat anti penuaan tu, Atiey nak body aged abah meningkat. biar umur 60-an tapi body aged 40. Maksudnya susah nak dapat penyakit lain seperti sakit jantung atau diebetes tu. Badan pun kuat.


Sekarang ni mak pun dah  amalkan Vivix. Semoga kesihatan mereka menjadi inspirasi ramai orang di luar sana. Sayang mak ngan abah...





Atiey kongsikan juga testimoni pengguna Vivix yang mengalami slipped disc, kesan terjatuh 3 bulan sebelumnya. Baru amalkan  sebotol tapi dah dapat lihat kesan yang positif.



Bagi yang nak cuba Vivix ni jangan bertangguh lagi. Cuba cepat-cepat dan alami perubahannya.



Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

Featured Post

Supplemen Menyusu Untuk Ibu Agar Susu Meriah dan Badan Bertenaga Macam Superwoman.

Ini dia rahsia seorang Peer Caunselor Laktasi amalkan untuk memastikan beliau mampu menjayakan misi untuk menyusukan anak  dengan susu ibu s...