Blog Archive

November 30, 2015

9 Teknik Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin Yang Wajib Dipelajari

Assalamualaikum

Tengah berdebar menunggu tarikh jangkaan kelahiran? Dah bersedia dan mendalami semua yang perlu dan wajib diketahui? Jika dah, mesti rasa bersedia tu lebih banyak dan dapat meredakan perasaan takut yang datang sekali-sekali kan.

Proses bersalin adalah satu perkara yang paling akhir dalam sesuatu kehamilan. Tak hairan kenapa ramai bakal ibu yang berasa risau dan adakala teruja. Tambahan pula jika pengalaman pertama.

Kawan attiey juga ada nasihatkan supaya pelajari teknik meneran yang betul. Tapi, kita perlu sedar bahawa proses meneran adalah sebahagian daripada klimaks perjuangan seorang wanita mengeluarkan bayinya dari dalam rahim. Ia sesuatu yang  berlaku secara semula jadi ketika pintu rahim ibu sudah terbuka sepenuhnya. Bagaimanapun bakal ibu perlu belajar cara meneran dengan betul kerana ia dapat mengelakkan daripada berlaku koyakan teruk pada perineum atau digunting.

Bagaimana cara meneran yang betul?


Attiey pernah hadiri kelas semasa hamil dan ada antara ibu-ibu yang mengingatkan supaya jangan mengangkat punggung ketika meneran dan memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran. Ia sememangnya mudah diucapkan tetapi tidak mudah untuk dipraktiskan apatah lagi apabila dalam keadaan panik. 

Penting untuk kita berkongsi dengan suami berkenaan hal ini dan berpesan kepada suami yang turut berada di sisi ketika proses melahirkan anak untuk sama-sama membantu dan mendorong semasa meneran agar dapat mengelakkan risiko koyakan menjadi besar.

Antara teknik meneran yang betul adalah;

1. Angkat kepala sehingga mencecah dada.

2. Mata pandang ke perut.

3. Tangan pegang pergelangan kaki.

4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.

5. Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.

6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.

7. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi.

8. Dengar arahan jururawat dan doktor.

9. Elakkan menjerit-jerit sebaliknya banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai.

Jangan pandang remeh tentang proses meneran ketika bersalin. Bertenang dan bersabar kerana ia kunci utama anda dapat mengharungi kesakitan bersalin dengan selamat. 

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...