Blog Archive

September 21, 2015

Kenali Jenis-jenis Jerawat Yang Boleh Menghantui Kegembiraan Si Cantik Jelita


Assalamualaikum

Bangun pagi buat apa dulu ye? Kalau Attiey confirm mengadap cermin laaa. Tengok mata, telek muka. Hurm...camane pulak kalau ada jerawat..tiba-tiba? Kulit attiey jenis yang tak berminyak jadi masalah jerawat tak jadi hal. Bila ada naik sikit-sikit, happy pulak sebab susah nak jumpa kan. Kalau boleh takmolah yang lebih-lebih.

Jerawat akan terjadi apabila kulit yang mengalami pembengkakan (adses) di permukaan, di mana kalenjar yang memproses minyak akan tersumbat dan dijangkiti bakteria.

Ada beberapa jenis jerawat yang sering memberi masalah iaitu whitehead dan blackhead.

Jerawat jenis blackhead selalunya timbul pada wajah. Ia seperti pori-pori yang membesar dan menghitam. Sebenarnya warna hitam yang terdapat di sekitar jerawat adalah penyumbat pori yang berubah warna kerana terdedah dengan udara. Blackhead juga dikenali sebagai jerawat terbuka.

Bagi jerawat tertutup pula, ia dinamakan whitehead. Ia boleh dilihat pada wajah, badan, dada, belakang dan punggung.Untuk memastikan jerawat ini adalah whitehead, pastikan bonjolan itu mempunyai warna putih di dalamnya. Jerawat jenis ini disebabkan oleh sel-sel kulit yang mati dan kalenjar minyak mengeluarkan minyak yang berlebihan.

Selainitu, ada beberapa kategori untuk kenalpasti jerawat yang muncul iaitu:

1. Jerawat Sedang
Jerawat jenis ini terdapat di bahagian muka, dada dan bahagian belakang badan. Selalunya ia berbentuk kecil sehingga yang berukuran sedang. Jumlah jerawat biasanya 20- 60.

2. Jerawat Biasa
Sama seperti jerawat sedang, tetapi jerawat jenis ini hanya akan dialami oleh golongan remaja sahaja. Jerawat ini juga berbentuk kecil dan berwarna pink dan kemerah-merahan. Ia terjadi kerana pori-pori kulit yang tersumbat akan dijangkiti bakteria. Bakteria itu biasanya akan terdapat di permukaan kulit, boleh juga datang dari alat kosmetik dan sebagainya,

3. Jerawat Batu
Jerawat batu akan mudah dialami oleh mereka yang memiliki kulit yang sensitif. Ia akan kelihatan lebih besar daripada jenis jerawat di atas dan merasai sakit. Jerawat batu terjadi akibat kalenjar minyak yang terlebih aktif yang membanjiri pori-pori kulit dengan minyak. Selain itu, pertumbuhan sel-sel kulit yang tidak normal dan tindak balas yang berlebihan terhadap peradangan akan meninggalkan parut pada kulit.



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...