Blog Archive

September 15, 2015

Bahayakah Jika Najis Berdarah?

 Assalamualaikum

Hari kita lalui macam biasa. Tiba-tiba rasa sakit perut dan nak qada hajat. nak buang air besaq la tu...
Ops...ada darah laa. Buasir ke?

Biasanya kalau  najis berdarah je sering kita kaitkan dengan buasir kan. Dan begitulah selalunya.

Tahu tak bahawa najis berdarah atau darah yang keluar bersama najis atau selepasnya sebenarnya boleh memberi petunjuk kepada beberapa jenis penyakit berlainan?

1. Buasir (haemorrhoid)
Attiey ada kenal beberapa orang yang mengalami buasir. Biasanya ia berlaku disebabkan luka pada pembuluh darah yg bertindak sbg kusyen di bahagian lubang dubur. Pendarahan ini berlaku apabila sembelit atau masalah sukar untuk membuang najis. Darah buasir lebih kepada darah merah yang segar dan akan menitis-nitis selesai sahaja pembuangan najis.

2. Divertikulum
Ia adalah poket-poket kecil yang terdapat di banyak bahagian usu besar. Pendarahan berlaku dan biasanya ianya darah segar kadangkala berketul seperti haid kaum wanita. Kadangkala mereka yang mengalaminya rasa seperti nak buang air besar tapi hanya darah yang keluar dan tiada najis.

3. Kanser
Kanser usus mencatat bilangan tertinggi di kalangan pesakit Malaysia. Berak berdarah tanpa rasa sakit boleh dikaitkan dengan kanser. darah yang keluar bercampur dengan najis dan corak serta tabiat membuang air besar adakalanya berubah iaitu sembelit berpanjangan, cirit birit atau rasa nak buang air besar tapi tiada.

4. Luka pada Anus (anal fissure)
Mereka yang mengalaminya biasanya sembelit dan mendapat luka pada anus. pendarahan akan berhenti dengan sendiri.

5. Polip
 Ketumbuhan daging yang boleh terdapat di sepanjang usus. Bagaimana pendarahan berlaku bergantung pada tempat di mana polip berada. Semakin ia dekat dengan dubur, semakin merah segar pendarahan tersebut. Sesetengah polip dikatakan ada risiko untuk menjadi kanser dan bergantung kpd ujian biopsi.

6. Angiodisplasia
Terdapat pembuluh darah kecil yang tak normal di usus dan ianya boleh luka serta menjadi punca berak berdarah. Darah yang keluar boleh jadi merah segar hingga kehitaman bergantung kpada lokasi pembuluh darah tersebut berada.

7. Radang usus (proctitis/colitis)
Secara amnya, keradangan boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman. Ada pesakit yang mengadu mengalami cirit bercampur dengan darah atau najis lembut diselaputi darah.

8. Ubat
Warfarin dan aspirin contohnya boleh menyebabkan pendarahan . Warfarin dan aspirin adalah ubat pencair darah.

Janganlah cuba melengah-lengahkan masa untuk berjumpa dengan doktor kalau anda ada hadapi masalah begini. mana tahu, kalau anda cepat jumpa doktor, ianya boleh dirawat eperti biasa sahaja. jangan tunggu lama-lama ok.

Bagi Attiey, masalah sembelit yang biasa boleh diatasi dengan mengamalkan Herb-Lax. ia adalah kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan dengan lebih baik.




FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...