Blog Archive

August 4, 2015

Benarkah Susu Ibu Punca Bayi Kembung Perut ?



Sebaik sahaja melahirkan, kita sememangnya akan diminta untuk terus menyusukan bayi. Namun ada juga hospital yang memberi jarak hingga 20-30 minit baru dibawa kembali  kepada ibu untuk disusukan.

Kenapa susu ibu? Selain untuk merangsang pengeluuaran susu dengan baik, sebab utamanya adalah untuk membekalkan bayi dengan nutrisi yg terdapat dalam susu awal ibu (kolustrum). Ianya penting untuk pertahanan badan bayi atau antibodi yang akan melawan sebarang bakteria dan virus.

Kajian menunjukkan yang ibu boleh terus menyusukan sehingga si kecil berusia 4 tahun namun oleh kerana perkembangan anak dan juga munculnya gigi-gigi comel menyebabkan ramai yang memilih untuk bertukar kepada susu formula. Namun tak kurang juga yang hanya terus pam untuk diminum dalam  botol..


Cabaran utama ibu bapa akan tempuhi untuk 6 bulan pertama selepas kelahiran adalah masalah kembung perut di kalangan bayi baru lahir. Ini menyebabkan bayi akan menangis tanpa sebab dan ia mungkin akan berlarutan hingga beberapa bulan.

Ada yang percaya bahawa menyusu badan adalah punca mengapa bayi berkelakuan begitu. Ada 2 pendapat yang boleh menjelaskan situasi ini.

Yang pertama, terdapat udara yang telah masuk semasa bayi  menyusu dengan ibu. Jadi, ibu perlu berbuat sesuatu supaya bayi  sendawa terlebih dahulu sebelum meletakkannya kembali atau menidurkan bayi . Ini supaya bayi akan terus seesa dan tidurnya tidak terganggu.

Pengalaman saya dengan anak yang pertama juga begitu. Saya sangkakan bila menyusu badan, bayi tak perlu burp jadi sebaik selepas menyusu, saya baringkan tanpa sendawakan si kecil tu. Memang tidurnya tak nyenyak dan banyak nangis. Kembung perut memang tak pernah hilang. Sampai suatu masa, saya seda kesilapan dan selepas tu baru saya pun boleh tidur dengan baik.


Pendapat kedua pula berpihak kepada jenis makanan yang ibu makan juga boleh menjadi punca bayi kembung perut. Sebab tu, orang - tua sangat tak menggalakkan ibu-ibu mengambil makanan sejuk dan yang boleh membuatkan tubuh berangin. Apabila ibu makan semua jenis makanan tanpa pantang, ia akan turut memberi kesan kepada bayi.

Walau bagaimanapun, sehingga sekarang ni tiada bukti yang kukuh yang dapat menunjukkan bahawa perbuatan menyusu badan ada kaitan dengan kembung perut di kalangan bayi baru lahir. Namun percaya atau tidak sebenarnya kes kembung perut ni lebih banyak dialami oleh bayi yang diberi susu dalam botol jika dibandingkan dengan bayi yang menyusu secara terus dari ibu. Jadi kepada ibu-ibu, kawal pemakanan anda sebagai usaha mengelakkan kembung perut si bayi. Boleh juga rujuk pada dietitian untuk mendapatkan  cadangan hidangan pengganti bagi makanan yang perlu dielakkan.


Awasi makanan yang kita makan dan sendawakan bayi adalah 2 cara dan kaedah untuk mengatasi kembung perut di kalangan bayi. Selain itu, cuba letak bayi dalam posisi memeluk pada bahu kita untuk rasa lebih selesa dan lega kembali untuk tidur.

Alunan muzik lembut boleh diperdengarkan sementara menunggu bayi tidur sepenuhnya. Bagi yang beragama Islam, boleh juga mengalunkan zikir atau ayat-ayat suci al quran sebagai peneman tidur bayi kita.







Pada waktu siang hari, cuba mandikan bayi kita tu dengan air suam dan jangan lupa untuk lakukan urutan lembut sebaik sahaja selesai mandi. Gosokan lembut pada dada, tangan, kaki, kepala dan belakang bayi mampu menenangkan dan membuat bayi lebih senang tidur. Jika saya lakukan pada Adib, selalunya dia takkan cuba untuk menepis  atau menghalang sebaliknya Adib cuma mendiamkan diri dan boleh nampak yang dia suka bila badannya diurut.

Jika bayi sudah mula "gatal-gatal" gusi atau mula tumbuh gigi, ada juga ibu bapa mengambil pendekatan untuk memberi  pacifier atau puting kosong untuk digigit. Ini kerana mereka percaya ia boleh melekakan si kecil tersebut. Dalam masa yang sama, rsaa tidak selesa pada perut dapat dilupakan. Hurm...tapi ada juga yang tak suka pacifier ni sebab boleh rosakkan pertumbuhan dan struktur gigi si kecil. Tepuk dada dan terpulang pada ibu bapa.

Tak perlu terlebih risau sekiranya bayi kita mengalami kembung perut sebenarnya kecuali jika ia nampak sangat tidak normal bayi bayi tu. Tapi, kalau nak kata sehingga mengganggu tidur ibu atau bapa, ia adalah perkara biasa bila mempunyai anak kecil. Tangisan bayi ada pelbagai maksud dan salah satunya adalah sebagai cara untuk memberitahu rasa lapar, tidak selesa dan sebagainya.



Seharusnya, kita perlu ada sedikit sebanyak ilmu keibu bapaan terutama bab menjaga anak kecil untuk megelakkan rasa panik dan juga mengatasi stress sekiranya berhadapan beberapa keadaan yang tidak diketahui punca sebenar.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! Rafhati Mohamad Napi ♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) ♥ Emel : attieymohamad@gmail.com ♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...