Blog Archive

July 31, 2015

Secawan Jus Strawberi Bantu Anda Langsingkan Tubuh


Berita baik buat anda yang suka melawat kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland yang kaya dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan segar termasuk buah strawberi ni.

Bila dah beli banyak-banyak tu, jangan bazirkan pula tau. Memang cantik tapi ada yang suka rasanya yang masam-masam sikit tu.

Bagi yang berkesempatan untuk berkunjung ke sana, jangan risau sebab buah strawberi ni juga senang dah nak dapat kat bahagian sayur-sayuran dan buah di mana-mana pasaraya.

Kenapa kita duk sembang pasal buah merah menggoda ni adalah sebab saya nak cerita manfaat buag strawberi yang termasuk memutihkan gigi dan menjauhi penyakit kardiovaskular.

Manfaat lain adalah ;

Kaya Antioksida
Antioksida yang tinggi dalam buah ini amat sesuai untuk menghindarkan risiko penyakit kardiovaskular. ia juga menghalang proses penuaan sehingga kita nampak sentiasa muda dan berseri. Gituuu. Selain tu, ia juga meneutralkan kesan negatif radikal bebas di dalam tubuh sekali gus menghindari dari bakteria penyebab influenza.

Kaya Kalium
Buah strawberi juga kaya dengan kalium iaitu mineral yang membantu mengatur elektolit dalam tubuh sehingga menurunkan risiko serangan sakit jantung dan strok. Selain tu, terdapat asid folat yang berperanan sebagai salah satu zat yang meningkatkan pengeluaran sel darah merah.

Kaya Vitamin C
Vitamin C pada buah strawberi adalah lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan buah limau. Ianya amat berguna untuk memerangi beberapa jenis kanser dan menekan kadar kolestrol yang berlebihan. Buah strawberi juga mempunyai vitamin B2, B5, B6, tembaga dan magnesium selain mengandungi asid lemak omega dan serat.

Menjaga Berat Badan
Strawberi juga boleh membantu anda yang nak diet kerana buah ini hampir bebas lemak. Ada kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa secawan strawberi yang mengandungi 0.6 lemk dapat merangsang metabolisma badan kita dan seterusnya mengurangkan nafsu badan. Oleh itu, jom ramai-ramai sape sape yang nak badan langsing tu, amalkan pengambilan buah ni. Selain berat badan terjaga, hormon tubuh juga boleh berfungsi dengan baik.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...