Blog Archive

June 30, 2015

Cara Pemilihan Kerusi Makan Untuk Si Manja

Mommies kat luar sana tengah fikir macam mane cara nak beli keruni makan untuk si kecil? Sebelum beli, pastikan ianya berbaloi dan memenuhi semua atau mungkin hampir semua ciri-ciri yang perlu ada.

Biasanya umur menginjak ke usia enam bulan, si manja dah pandai duduk dan pinggang pun dah agak kuat untuk kawal bahagian badan dari pinggang ke atas.

Perkara utama yang perlu mommies ambil kira adalah keselamatan dan keselesaan si kecil mommies semua.


Sebelum beli, perhatikan ciri-ciri penting berikut agar kerusi makan yang dibeli kelak adalah praktikal untuk acara santapan si manja.

1. Material
Periksa tahap keselamatan kerusi makan sebelum membelinya sama ada ia mempunyai bucu tajam atau kemasan cat yang bertoksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

2. Kestabilan
Paling penting, mommies pilih keru
si makan yang mempunyai bukaan kaki yang lebar bagi memastikan kestabilan sesuai dengan ketinggiannya

3. Keselamatan
"5 point harness" sangat penting dan pilih kerusi makan yang dilengkapi dengan ciri-cii ini.
Abah-abah keselamatan ini adalah sangat penting bagi seorang kanak -kanak, menghalang mereka daripada tergelincir dari tempat duduk. Abah-abah juga berfungsi "mengunci" mereka dari berdir yang mana boleh membahayakan. Terdapat juga fungsi sesendi pada bahagian kaki yang boleh mematikan bukaan kaki kerusi. 

4. Keselesaan
 Ini merupakan fakor utama dalam pemilihan kerusi makan anak. Tempat duduk yang sedap diduduk, tempat letak kaki yang selesa, ketinggian mudah laras menjadi inti pati utama dalam memberi keselesaan tambahan kepada si kecil untuk menjamu selera.
Tempat letak kaki dan penyandar boleh laras boleh laras, bakul mainan, menambahkan lagi keselesaan bayi sewaktu makan serta memudahkan mommies juga.

 5.Mudah Dibersihkan
 Tumpahan makanan dan minuman mungkin akan menjadikan kerusi makan si kecil anda comot. jadi, pilihlak kerusi makan yang mudah dibersihkan. Tempat duduk yang jenis tidak menyerap kotoran hanya perlu dilapkan sahaja.Dulang makanan yang boleh ditanggalkan lebih memudahkan untuk membersihkan sisa makanan yang tertumpah.

6. Penstoran
Kerusi yang agak tinggi tetapi boleh dilipat kepada saiz yang kompak adalah satu kelebihan. Lebih diminati untuk kediaman agak kecil. Selaiz saiz, ciri mudah alih dan ringan juga perlu ditekankan untuk memudahkan penyimpanan atau pengalihan.

7. Aksesori dan Fungsi Tambahan
Kemudahan tambahan seperti dulang makanan berwarna-warni dan pelapik tempat duduk bermotif gambar kartun atau corak ceria menjadi daya tarikan yang mengujakan buat bayi.
Selain itu, terdapat kerusi makan yang mana berfungsi dua dalam satu iaitu boleh diceraikan sebagai meja makan dan kerusi makan setelah anak berusia 2 tahun.

TIP TAMBAHAN 
  • Jangan biarkan anak anda ditinggalkan berseorangan di kerusi makan tanpa pemantauan orang dewasa.
  • Gunakan pinggan mangkuk yang tahan lasak, tidak mudah pecah dan selamat (BPA Free)

Semoga dengan tip yang dikongsikan ini akan membantu anda memilih kerusi makan yang sesuai untuk si manja.



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

June 29, 2015

16 Sebab Kenapa Vitamin Vita-Lea Jadi Pilihan Utama Untuk Kanak-kanak

Tercari-cari vitamin terbaik untuk anak-anak yang tidak dicemari tambahan pewarna, perasa dan bahan-bahan tiruan lain?

Saya syorkan supaya Vita-Lea for Children jadi pilihan nombor satu.
Kenapa?



Antara Fungsi Vita-Lea® for Children: .
.
❁ Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian .
❁ Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh .
❁ Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata .
❁ Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi .
❁ Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas .
❁ Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf .
❁ Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat .
❁ Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang .
❁ Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga .
❁ Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal .
❁ Mencegah penyakit beguk (tiroid) .
❁ Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia (amat diperlukan oleh ibu hamil, ibu dalam pantang dan ibu yang menyusukan anak) .
❁ Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan .
❁ Membantu meningkatkan kecerdasan minda .
❁ Membantu menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan .
❁ Membantu penyerapan zat dari makanan


Kalau nak tahu, dalam Vitalea for Children ni mengandungi
  • vitamin A
  • vitamin C
  • vitamin D
  • Niacin
  • B6
  • vitamin E
  • Biotin
  • Folate
  • Zinc
  • Iron
  • B12
  • Riboflavin
  • Kalsium
  • Thiamin B1
  • Iodin
  • Pantontenic Acid B5
  • Magnesium

Fuhhhhh...banyakkan? 17 jenis semuanya.

Hubungi saya untuk tahu bagaimana untuk dapatkan penjimatan harga sehingga 25%.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

June 28, 2015

Ketahui Fungsi GLA Complex Shaklee Yang Jadi Punca Rebutan Para Isteri dan Suami


Assalamualaikum ...








Situ sini orang dah bercakap pasal Shaklee.Ada yang bagus dan tak kurang yang mempertikaikan. Hurm, tapi benda ni dah lamaaa sangat dan terbukti memang semula jadi. Nak tak nak, memang kena terima. Bila sebut semulajadi, confirm la selamat dan berkesan selagi diambil mengikut peraturan yang disarankan.

Salah satu produk paling laris di kalangan para isteri ialah GLA Complex Shaklee.
Tetapi tahu tak kenapa? Antaranya ialah:
  • mengurangkan symptom biasa seperti gatal , bengkak, menggulupas, kekeringan dan sakit sendi.
  • berkesan untuk mereka yang menghadapi masalah kemurungan, kesakitan payudara dan masalahyang berkaitan PMS
  • mengimbangi hormone insulin dan juga menurunkan paras kolestrol.
Baca yang kat atas ni pun boleh buat orang teruja nak mencuba, apatah lagi kalau anda scroll ke bawah.

Faedah dan Kebaikan GLA Shaklee

  • membantu mengawal dan mengatur kitaran haid. Mereka yang ada masalah berkaitan haid patut cuba. Begitu juga yang ada masalah berkaitan PCOS dan Cyst.
  • Meningkatkan kesuburan bagi mereka yang sukar hamil.
  • Melegakan Pre Menstrual Sindrom (PMS).
  • Membantu menangani menopause. Sesuai dihadiahkan kepada ibu-ibu yang agak berumur tapi pastikan anda tidak membuat mereka berasa down.
  • Menguatkan kuku dan rambut. Ada sape sape yg nak buat iklan pegang pape, cantikkan kuku anda  dulu.
  • Menjadikan kulit sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani eczema
  • Legakan symptom akibat Rhematoid Artritis
  • Mengandungi  vitamin E untuk kuatkan dinding arteri..tahu apa itu arteri?
  • Menguatkan immunity badan.
  • Memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan ‘blood clot’ yang menyebabkan serangan jantung.
  • Kawal kencing manis.
  • Mengawal kolestrol.
  • Bagus untuk saraf.
  • Membaiki masalah prostat (GLA bukan sahaja untuk wanita tetapi LELAKI JUGA!)



Tahukah anda bahawa GLA Complex ni lebih baik dari EPO atau evening primerose oil? Ini kerana ia menggunakan borage seed oil yang mana kandungan GLA atau gamma linolenik asid adalah 2 kali ganda lebih dari EPO. faham tak? hehe

Sebab apa pulak orang lelaki boleh ambil GLA Complex. kang nanti kena gelak pulak ek..Sapa kata GLA Complex ni untuk wanita sahaja?

Kalau kat atas tadi saya bagitau yang ia dihasilkan dari Borage Seed. Borage Seed ni adalah herba tradisi kegemaran orang barat yang berfungsi untuk:
  1. rawat ulser
  2. mengeluarkan virus
  3. melegakan kelesuan
  4. membersihkan kahak
  5. meringankan kebas urat saraf
  6. meningkatkan stamina
Jadi, secara tak lansung fungsi di atas juga berkait rapat dengan kebaikan yang saya kongsikan pada mula-mula tadi.

Para suami yang mempunyai masalah berikut amat digalakkan untuk mengamalkan GLA Complex secara konsisten. Masalah-masalahnya adalah:

  1. Diabetes
  2. Eczema
  3. Arthritis
  4. Heart Desease
  5. Atherosclerosis
  6. COPD
Bagaimana cara pengambilan untuk GLA Complex?

Sila hubungi saya untuk dapatkan info dan saya akan kongsikan maklumat yang anda perlukan itu. Boleh? Ok, semoga anda semakin hari semakin sihat dan cergas ye.






FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey


*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

June 26, 2015

Mencari Jawatan Kosong atau Inginkan Pendapatan Sampingan? Jom YES!


Bermula MEI 2015 yang lepas, satu program Young Entrepreneur System (YES) telah dilancarkan yang mensasarkan golongan graduan yang baru ingin mencari pekerjaan serta mereka yang berminat untuk berjaya.

Memandangkan sekarang ni  hangat diperkatakan tentang isu ramai staff diberhentikan kerja, isu GST, harga barang meningkat, nilai mata wang yang tidak menentu, apa kata YES-kan diri anda secepat mungkin untuk mengubah corak hidup ke arah yang lebih baik.

Program ini terbuka kepada ahli baru yang menyertai Shaklee BERMULA May 2015. Jadinya kami yang dah “lama” bertapak di dalam Shaklee ni tak berpeluang la untuk ambil peluang keemasan yang Shaklee tawarkan melalui program YES ini. Best ke best…best kan.(Maknanya kalau nak join bulan Jun, Julai ke atas bolehla )

Menerusi program YES ini Shaklee dengan berbesar hati menawarkan 5 insentif hebat untuk semua peserta yang mendaftar Ahli Shaklee bermula May 2015 sehingga October 2015.

5 insentif yang sangat best itu merupakan :


1. 1 botol vitalea diberikan secara PERCUMA.


Apa sebenarnya Vitalea ni?
Ok, rujuk info di bawah.



2.  4 pakej SET Shaklee  yang paling mendapat sambutan di pasaran dengan HARGA TANPA GST


4 Pakej tersebut terdiri daripada:


3. Hadiah tunai BERGANDA ( gandaan 100%) bagi peserta yang memenuhi syarat 100%  Enrollment Matching Incentive (EMI)*

Sebagai contoh, melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM700, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM700 + 100% gandaan iaitu = RM1400 pada bulan ni.

4. Pendapatan tunai bulanan extra 10% sehingga 50% setiap bulan selama 13 bulan.

Contohnya bulan Jun anda layak menerima cashback sebanyak RM1000, tetapi melalui program YES ini Shaklee akan bayar anda tunai sebanyak RM1500 pada bulan ini. Best tak?

5. Bagi mereka yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE sistem ini dengan cemerlang*, anda akan dapat lagi hadiah tunai serta piala penghargaan anda. Waaah..pengsan. Banyaaaak tu.



Haaa….gempak kan program YES yang ditawarkan oleh Shaklee kali ini. Rugi sangat siapa yang tak ambil peluang. Macam saya cakapkan sebelum ini, untuk mencapai impian perlu ada sistem yang lengkap. Sama juga dengan pembelajaran, contoh nak masuk universiti pun kene ambil SPM, itulah dinamakan sistem.


Bagaimana nak buat semua ni sampai berjaya?

Jangan risau, dalam Shaklee ni juga turut disediakan latihan, kelas-kelas untuk diikuti bagi memberi kefahaman yang lebih tentang step dan apa yang perlu dilakukan. Sesi coaching akan diberikan secara offline dan online. Segalanya di hujung jarikan..

Motivasi juga turut disediakan dan jika anda berpeluang join, jangan lepaskan peluang ni.


Jangan lepaskan peluang ini untuk melangkah ke Universiti Shaklee.
Universiti?

Ya, betul!

Shaklee bukan main-main sebab baru-baru baru sahaja berlangsung sesi penganugerahan atau senang cerita, konvokesyen kepada ahli yang telah berjaya dalam bisnes Shaklee ini. 

Betul-betul berjaya tau bukan pendapatan sekadar 5-6 angka tapi lebih.


Fikir-fikirkan dan hubungi saya jika berminat.




FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Tip Atasi Sikap Anak Kecil Yang Bercakap Kasar Dengan Ibu Bapa

Assalamualaikum warahmaullahiwabarakaatuh


Dengan keadaan zaman sekarang yang serba mencabar, anak-anak perlu dibesarkan dengan penuh "tapisan" agar tidak mudah terpengaruh dengan perlakuan yang tak elok.

 Pernah tak anda sebagai ibu bapa berdepan dengan situasi anak anda mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya diucapkan oleh kanak-kanak sebayanya?

Bukan mencarut, tetapi bercakap kasar dan menjerit-jerit...

Jika pernah, bagaimanakah cara anda mengatasi keadaan tersebut?

a) Kembali berbuat perkara yang sama kepada si anak
b) Memukul anak
c) Diam sekejap

(a) , (b)  atau (c) yang telah anda ambil atau mungkin akan pilih?

Melalui sebuah blog yang berunsur motivasi, penulisnya memberitahu agar ibu bapa perlu menekan butang "PAUSE" sebentar apabila anak-anak meragam atau mengamuk sakan. Sebentar saja tau bukan sehingga anak berhenti menangis sendiri.

Kenapa macam tu?

Kerana anak-anak ni kadangkala "sengaja" memecahkan suasana dan mencipta situasi untuk meraih perhatian dan perasan tak yang ibu bapa memang akan berhenti sekejap dan melayan kerenah/memujuk.

YES! Mereka menang dan taktik anak-anak BERJAYA...

Apakata puji anak-anak apabila mereka sedang berkelakuan baik.
Contohnya apabila mereka sedang bermain bersama adik-beradik lain dengan baik, apabila si kakak sedia berkongsi mainan dan banyak lagi perkara positif yang mereka lakukan.

Dengan cara ini, mereka akan faham bahawa jika mereka berkelakuan baik, perhatian anda is there tetapi tidak apabila mereka mula meragam.

Kita sebagai ibu bapa juga seharusnya peka bahawa anak-anak ni belajar dari kita sebenarnya.
Contoh paling biasa yang ibu bapa terlepas pandang ialah apabila si anak meminta sesuatu, kita akan meminta mereka tunggu sekejap, "Jap ye.." , "Tunggu jap", "Sekejapa lagi ibu bagi"... Secara tak lansung anak akan berfikir yang mereka juga boleh melakukan perkara sama.

Berbalik kepada tajuk asal kita tadi, apakah tip dan petua yang boleh dilakukan apabila berhadapan dengan anak yang bercakap kasar dengan ibu bapa?

  1. Jangan sesekali berkasar kembali kepada anak ataupun menjerit kepada mereka dengan harapan akan difahami atau dihormati kembali. Ini menghantar mesej kepada anak supaya meneruskan perkara tersebut.
  2. Pada masa anak sedang bercakap begitu, mereka mungkin sedang memberontak dan cuba menyampaikan sesuatu dengan cara yang mereka pernah lihat dilakukan oleh orang lain (dirasakan betul). Jadi, beri ruang bertenang kepada mereka.
  3. Setelah itu, cuba dekati anak dengan baik. Apabila anda dan anak dalam keadaan bertenang, setiap perbincangan akan mudah diterima. Jangan ingat anak berumur 3-4 tahun tidak boleh memahami perbincangan anda. Nasihat yang diberikan serta teguran pada saat ini amat mudah diserap oleh mereka seperti span. Lagi pula, anak-anak peringkat anak tiada kepentingan serta tiada ego untuk menolak pendapat orang lain. Marah mereka cuma sekejap sahaja.
  4. Tanyakan pada anak adakah mereka ingin katakan sesuatu dan minta mereka katakan dengan sopan. Dalam masa yag sama ibu bapa perlu menjadi role model kepada mereka iaitu melakukan seperti yang diberitahu.
  5. Peluk dan cium dahi mereka. Banyak kajian menunjukkan bahawa ramai anak akan menunjukkan sikap memberontak serta beberapa sikap lain apabila kurang mendapat sentuhan dan pelukan kasih sayang daripa kedua ibu bapa mereka. Ini kerana mereka berasa kurang keyakinan diri dan rasa tersisih.Jangan lupa bahawa anak juga seperti kita. Mereka perlukan belaian dan berhak untuk disayangi.
  6. Jika anda seorang yang beragama Islam, jangan lupa untuk mengamalkan zikir Ya Latif ketika sedang memasak untuk anak-anak. Boleh juga diamalkan ketika mereka hampir2 tidur iaitu  bacakan surah Al-Fatihah, ayat kursi, zikir ya Latif serta surah al Insyirah. Tiupkan pada ubun-ubun anak serta bisikkan nasihat serta harapan kita. Jika anda bukan muslim, lakukan mengikut amalan agama anda.

Anak itu cermin bagi ibu bapa. Apa yang mereka lakukan adalah refleks daripada didikan yang kita salurkan kepada mereka. Sayangilah mereka kerana umur setahun mereka hanya sekali...dua tahun, tiga tahun dan seterusnya juga adalah sekali. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda.



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

June 20, 2015

Kanser di Kalangan Kanak-kanak dan Puncanya

Bila sebut pasal kanser, ramai yang terbayangkan pengakhiran yang menyedihkan. Seboleh-boleh semua dari kita tidak mahu terkena kanser ini.

Kanser ni bukan sahaja dialami oleh orang dewasa tetapi juga boleh menyerang golongan kanak-kanak.

Jika kebanyakan kanser di kalangan orang dewasa dikaitkan dengan risiko yang berkaitan dengan gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, bagaimana pula dengan kanak-kanak?

Bagi semua kumpulan umur, kanser yang biasa berlaku ialah leukemia, lymphoma dan ketumbuhan otak. Apabila kanak-kanak meningkat ke alam remaja, peningkatan kes kanser tulang (osteosarcoma) berlaku. Untuk setiap barah, ianya terjadi di tempat yang berbeza, rawatan diberi serta kadar penyembuhan adalah berbeza.



Adakah puncanya sama sahaja?

Walaupun banyak telah diketahui tentang kanser di kalangan orang dewasa, malangnya punca sebenar yang tepat tentang kanser di kalangan kanak-kanak masih belum diketahui.

Bagaimanapun, para doktor mengesyaki bahawa faktor risiko persekitaran adalah merupakan salah satu punca utama berlakunya kanser di kalangan kanak-kanak. Perlu diketahui juga bahawa setiap jenis kanser berkembang dengan cara yang berbeza dan setiap satu mempunyai pelbagai punca.

Selain itu, berlakunya mutasi atau perubahan dalam DNA sewaktu tempoh perkembangan mereka sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan sel-sel menjadi berkanser.Kebanyakan kanser kanak-kanak berlaku pada awal kehidupan kanak-kanak itu sendiri atau mungkin sebelum mereka dilahirkan lagi.

Kesimpulannya, punca dan sebab perubahan DNA yang menyebabkan kanser di kalangan kanak-kanak masih belum dapat dipastikan dengan tepat.Ada kes yang disebabkan oleh faktor luaran yang belum ditemui, tetapi kadang-kadang berlaku dalam sel, tanpa mempunyai sebarang faktor luaran.

Jadi, apa kata ibu-ibu cuba mengawal pemakanan yang bukan-bukan dan amalkan pengambilan makanan secara sihat kerana tabiat pemakanan kita ni sebenarnya akan mempengaruhi tubuh badan kita dalam jangka masa panjang.

Bagi ibu-ibu hamil, saya cadangkan pengambilan ESP untuk membekalkan protein yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan sel-sel baru yang berkualiti. Di samping membekalkan tenaga yang berpanjangan, ESP juga mempunyai asid amino penting yang diperlukan oleh badan kita.

Dimana Kanak-kanak Kanser Patut Diberi Rawatan?

Apabila penyakit kanser telah disahkan, adalah mustahak ibu bapa/penjaga menerima rawatan untuk anak di hospital yang ada pakar onkologi kanak-kanak bagi merawat kanser kanak-kanak tersebut.
Di Malaysia, pusat rawatan kanser kanak-kanak ialah di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM), Hospital Umum Kucing, Sarawak, Hospital Pulau Pinang, Hospital Likas, Kota Kinabalu dan Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

June 19, 2015

Nasi Ambang Juadah Berbuka Puasa


Alhamdulillah.
Ini cerita juadah berbuka semalam.

Pusing juga fikir apa mau di masak tapi dalam pening-pening, terus minta encik somi belikan lauk masak. Ati cuma masak nasik dan buat sayur kailan.

Tepat jam 7 camtu encik somi sampai dan bagitahu tak banyak pilihan cuma ikan percik dengan nasi ambang. Ada juga yang sebut nasi amben kan...sama je la tu.

Bila dah azan, kitorang berbuka dengan sebungkus nasi ambang + kurma+ air teh panas.

Ati, Encik Somi dan Raisha = 3 orang.

Subhanallah, walaupun nampak sikit tapi cam best sangat makan nasi ni sebab makan sama-sama.
Alaa, sebungkus ni kitorang ngadap tiga sekaligus. Tak asing 3 pinggan.

Nasi tradisi yang mengajar sikap toleransi, hormat menghormati, kekeluargaan dan mesra.

Kalau korang nak cuba, biasanya kedai di Selangor ni banyak...hehe.

Resipi Nasi Ambeng




AYAM MASAK KICAP KAMPUNG

1 ekor ayam kampung - dipotong 16 (pilih ayam bujang atau ayam dara)
6 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 inc halia - dimayang halus
100 ml kicap manis
3 camca besar sos tiram
1 inc kunyit hidup
10 tangkai cili kering - dikisar
300 ml air asam jawa
1 camca besar lada hitam - ditumbuk kasar
2 tangkai cili merah - dibelah 2
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji kentang - dihiris dan digoreng
rempah tumis  - 3 sekawan
4 camca besar minyak untuk menumis
daun bawang untuk 


Ayam dibersihkan, digaulkan dgn garam dan kunyit kemudian digoreng separuh masak. ketepikan.
Tumiskan rempah tumis 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bu nga cengkih) sehingga naik bau.
Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, kunyit dan cili kisar. Tumis sehingga sebati dan garing.
Masukkan air asam jawa, kacau sebati. Kemudian masukkan kicap manis,sos tiram dan lada hitam. kacau sebati.
Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak sepenuhnyer.  
Akhirsekali masukkan garam secukup rasa, bawang hiris, lada hijau dan merah dan daun bawang sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih, sayur goreng, mee dan serunding kelapa.

SERUNDING KELAPA

1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja dan pilih kelapa yg agak muda
10 tangkai cili kering
1 inc halia
3 batang serai
1/2 inc lengkuas
1/2 cawan udang kering
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inc belacan
1/2 inc kunyit
1/2 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa

Kisar kesemua bahan diatas kecuali kelapa. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan kering. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula rasakan semuanyer biarkah secukup rasa. masaklah hingga kuah pekat dan kering. Setelah garing masukkan kelapa dan masak hingga betul2 kering dan berderai.


SAYUR GORENG JAWA

4 keping tempe - dipotong dadu dan digoreng
3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
10 gm suhun - direndam
Kacang panjang - dihiris serong
10 ekor udang - dibuang kulit
1keping tauhu kering - direndam dan dipotong
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar udang kering - dikisar
1 sudu besar ikan bilis - dikisar
1 sudu kicap manis
1 batang cili - dihiris
1 inc halia - dihiris halus
garam secukup rasa


Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga garing dan harum. Setelah itu masukkan udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering, tauhu, tempe, cili dan gaul rata. kemudian masukkan kicap manis bersama garam. Kacau sampai masak dan hidangkan bersama nasi panas.... 

MEE GORENG 

mee kuning satu bungkus
4 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
cili kering - dikisar
udang kering
garam dan gula secukup rasa
cili sos
tauge 
fishball
udang
daging - dihiris nipis
sayur sawi - dipotong
tomato buah
karot (jika suka)
tauhu digoreng
telur digoreng hancur

Seperti biasa ..panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar hingga garing dan harum
Masukkan daging,fishball,udang dan sos cili dan masak hingga daging empuk.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan tomato buah, karot, telur, tauhu dan mee kacau rata dan mesra.
Akhir sekali masukkan sawi dan tauge..kacau rata dan balik - balikkan mee..


Bahan2:- 2 keping tempe (yg 4 segi besar tu) 100g suun 2 keping tauhu 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 2 biji cili besar hijau 10 biji cili padi ketuk kicap manis Cara membuatnya:- tempe dan tauhu dipotong kecil dan goreng garing. kalau suka boleh letak kentang juga. tumis bawang besar, bawang putih, cili besar dan cili padi ketuk. masukkan suun, gula, kicap manis dan garam. kemudian masukkan pula bahan2 yg digoreng garing tadi

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bahan2:- 2 keping tempe (yg 4 segi besar tu) 100g suun 2 keping tauhu 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 2 biji cili besar hijau 10 biji cili padi ketuk kicap manis Cara membuatnya:- tempe dan tauhu dipotong kecil dan goreng garing. kalau suka boleh letak kentang juga. tumis bawang besar, bawang putih, cili besar dan cili padi ketuk. masukkan suun, gula, kicap manis dan garam. kemudian masukkan pula bahan2 yg digoreng garing tadi.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bahan2:- 2 keping tempe (yg 4 segi besar tu) 100g suun 2 keping tauhu 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 2 biji cili besar hijau 10 biji cili padi ketuk kicap manis Cara membuatnya:- tempe dan tauhu dipotong kecil dan goreng garing. kalau suka boleh letak kentang juga. tumis bawang besar, bawang putih, cili besar dan cili padi ketuk. masukkan suun, gula, kicap manis dan garam. kemudian masukkan pula bahan2 yg digoreng garing tadi.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Kecur air  liur.. Selamat mencuba tau. Resipi ni Ati amik kat sini...


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

June 18, 2015

Supplemen Terbaik Buat Ibu-Ibu Yang Kekurangan Susu Badan di Bulan Ramadhan


Saya dah try macam-macam.

Makan itu, makan ini...tapi hasilnya...sedihhh!


Power pumping dah buat..

Lobak putih dah makan...
Halba dah try...
Kurma setiap hari...
Air 3 Liter...

Tapi..... susu masih drop?
Kat bawah ni saya kongsikan "Rahsia Menyusu Di Bulan Ramadhan"


Dah engok sampai habis tak?
Macam yang Puan Salwa share, beliau mengamalkan beberapa tips seperti:
  1. Memastikan agar demand dan supply tidak terganggu (tetap menyusukan si manja + pam)
  2. Minum air dengan secukupnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  3. Mengelakkan rasa tertekan/ sress dan berfikiran positif bahawa susu tetap cukup untuk anak
  4. Mengambil set asas menyusu Shaklee iaitu
  • Vitalea
  • B-Complex
  • Vitamin C Plus
  • Alfalfa
beserta tambahan ESP dan juga Performance Drink

Kenapa nak kena tambah?
Sebenarnya, ESP ni membekalkan protein kepada tubuh kita yang mana akan menyumbang kepada tenaga yang berpanjangan.

Performance Drink pula membantu tubuh kita mengekalkan cecair dalam badan serta mengelakkan badan kita kehilangan air dengan cepat (ramai atlet mengamalkan Performance Drink ni tau)

Namun, jika anda rasa kuantiti di aas terlalu banyak, anda boleh buat pilihan kedua iaitu seperti yang saya jelaskan di bawah ni. 

Apa kata... cuba supplemen berikut ?



ESP:
  • Memekatkan & membanyakkan susu ibu.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.

ESP membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.

Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. Kenapa perlu pilih ESP Shaklee? Sebab ESP dijamin bersih & selamat kerana ia non GMO – diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan kualitinya. Bonusnya kulit gebu, cantik berseri & lebih anjal daripada biasa.

ALFALFA:

Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.

Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.

AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE.


Ok, dari enam, boleh turun kepada dua tetapi kesan jika ambil semua keenam-enam pastinya lebih cepat berbanding dua tau. 

Pilihan di tangan kita namun harus di timbang tara dengan bajet yang ada. Inshaa Allah, jika berusaha akan dapat jua hasil yang hebat. Selamat menyusu dengan jayanya. 

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Mengenali Khasiat Garam Bukit Buat Hatiku Tertawan

Sebelum ni memang Ati setia duk guna garam biasa yang harga RM1 tu jer. Alkisahnya boleh berubah bila adik mula amalkan garam bukit untuk lawaskan pembuangan dan kurangkan perut kembung.

Aik..macam tu pun guna garam ke kan. So, godek-godek Mr. Google, jumpa info neh..
Meh nak share...semoga bermanfaat.

KHASIAT GARAM BUKIT


• Mempunyai 84 jenis Mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa.

• Mengimbangkan tekanan darah.

• Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.

• Menguatkan struktur tulang (kalsium).

• Kardiovaskular.

• Angin Ahmar, migraine, kencing manis, darah tinggi, gout, batu karang

• Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman

• Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah

• Menganjalkan saluran darah

• Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah

• Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang

• Melaraskan kelancaran sistem saraf

• Membantu pembaharuan semula sel-sel

• Membantu pergerakan otot-otot usus

• Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna

• Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan mineral

• Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna

• Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit

• Membantu menguatkan tenaga batin


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi

♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

June 17, 2015

Set Berpantang Untuk Bersalin Normal atau Ceaserean

Sukar atau tidak, wanita yang telah selamat melahirkan tetap akan berpantang selama 44 hari. Ada yang meneruskan hingga 60 bahkan pantang 100 juga ada.



Walaupun ada sesetengah yang merasakan ia merupakan satu tempoh yang agak lama, namun ia bukan sekadar suka-suka tau. Antara sebabnya adalah untuk memastikan tubuh badan ibu kembali kepada bentuk asal dengan sihat dan cantik. Ini penting juga untuk mengekalkan minat suami terhadap mereka.


Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu.


Tapi, saya pernah diberitahu yang wanita India serta Cina juga turut mengamalkan berpantang selepas bersalin ni. bagus!

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
  • bidan kampung;
  • pengasuh khusus;
  • emak sendiri atau ibu mertua.
 Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari.

Tetapi dengan adanya bantuan dari Set Berpantang Untuk bersalin Normal atau Ceaserean ini, saya rasa ibu akan lebih bertenaga dan mampu untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.


Fungsi setiapnya adalah:


ESP

 Membantu menguatkan rahim, milk booster, kulit cantik, berikan lebih tenaga, hilangkan stretch mark, kawal selera makan untuk jaga badan bagi slim balik 😘
.
VITAMIN  E:

Hilangkan parut stretch mark dgn lebih berkesan, untuk kulit lebih flawless & glowing, juga utk mereka yg nak hilangkan parut jerawat jeragat semua yg mungkin naik disebabkan perubahan hormon semasa hamil.
.
VITAMIN  C:

Kuatkan sistem imun agar tak mudah dijangkiti penyakit, untuk baby juga dapat disalurkan melalui susu badan, juga untuk kulit cerah gebu halus mulus
.
OSTEMATRIX: 

Calcium supply, milk booster, lawas, elakkan sakit kaki lutut pinggang cramp
.
ALFALFA

Buang angin dlm badan, lawas, detox, milk booster, mengetatkan kembali miss V, atasi masalah keputihan
.
VITA LEA

Penambah tenaga, pelengkap nutrisi, untuk kesihatan dan kecantikan keseluruhan
.
ZINC

Merawat dan mengeringkan luka bersalin lebih cepat
.
OMEGA GUARD: 

EPA DHA utk perkembangan minda baby disalurkan melalui susu badan, bakar lemak berlebihan, buang lemak selulit, atasi masalah perut buncit
.
Sebagai tambahan untuk ibu yg mengalami masalah bengkak susu, boleh tambah LECITHIN. Juga sebagai PEMECAH LEMAK.




FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...