Blog Archive

May 29, 2015

Rahsia Pemakanan Genius Menurut Islam ( Vol.1)



Formula pemakanan yang menjadi amalan para genius Islam silam menunjukkan amalan pemakanan sebenarnya mampu untuk melahirkan insan yang cemerlang. Kajian saintifik yang dilakukan memang ada membuktikan kebenarannya khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Kat bawah ni adalah antara formula pemakanan para genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1- Madu

Madu merupakan makanan yang sangat berkhasiat . Bahkan dalam al-quran pun ada mengiktiraf madu sebagai syifa'iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental seseorang.

Selain tu, madu juga mempunyai pelbagai zat galian yang penting seperti ;
  • kalsium
  • sulfur
  • fosforus
  • zat besi
  • karbon
  • magnesium
  • potassium
  • kuprum
  • silika
  • klorin
  • mangganese
  • belerang
Zat galian di atas berguna untuk memupuk tenaga dan kesihatan mental serta fizikal.

Sabda Rasulullah saw "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".


2- Kismis & Kurma

Kismis dan kurma memang biasa kita temui sekarang. Tambah-tambah lagi bulan Ramadhan dah makin dekat.

Dua benda ni mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.

Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...