Blog Archive

April 30, 2015

Info Penting Mengapa Perlu Elakkan Diri Dari Terkena Denggi Buat Kali Kedua

Denggi! Di mana-mana sekarang ni cerita tentang denggi.
Boleh kata kawasan rumah saya ni hampir setiap bulan ada yang datang buat semburan asap tu.
Adakah demam denggi bawaan nyamuk Aedes ni sangat serius? Ya, sangat-sangat serius!

Demam denggi ni mula dikesan dalam tahun-tahun 1700-an. Dari nak cegah tak tercegah-cegah, sebaliknya kian merebak. Pada mulanya Denggi ni wujud di kawasan beriklim tropika, tapi sekarang dan merebak ke seluruh dunia! Kenapa? Sebab virus denggi ni boleh bermutasi! Maknanya, dia boleh ‘menyamar’ sampai sel pertahanan badan kita dah tak kenal yang dia tu virus denggi!


Sumber:  iReach HD on Vimeo.

Sesiapa yang dijangkiti demam denggi kali kedua tu lebih bahaya, maknanya virus tu dah bermutasi dah sampai sistem badan dia tak kenal dan tak boleh lawan.
Oleh itu sangat penting kita nak cegah demam denggi sebelum ia terjadi!
Setakat ni tak ada ubat atau rawatan khusus untuk pesakit denggi. Di hospital pun, pesakit cuma diberi rawatan ke atas simptom yang dihidapi.
Selalunya ramai yang bagi supaya minum 100 Pl*s untuk cepatkan penyemuhan tapi kandungan gula yang tinggi , apa ceritanya pula?

Jadi, marilah kita sama-sama cegah dan lindungi keluarga kita dari nyamuk Aedes.
  • Jaga kebersihan dalam dan luar rumah.
  • Buang semua objek yang boleh menakung air dan tidak digunakan.
  • Terlangkupkan bekas-bekas yang boleh menakung air.
  • Salin air dalam vase secara rutin.
  • Terlangkupkan baldi dan gayung dalam bilik air. Sedikit air yang terkumpul dan cukup untuk nyamuk ni bertelur.
  • Jangan berada di kawasan luar rumah di waktu-waktu Aedes sedang aktif.
  • Kurangkan aktiviti outdoor di kawasan terbabit Denggi.
  • Jauhkan diri dari kawasan pembinaan, di sini paling banyak ternak Aedes.
  • Tingkatkan imuniti ahli keluarga dengan bekalan nutrisi yang optimum.
  • Galakkan anak-anak untuk makan makanan yang tinggi nutrisi, bervitamin, jauhi makanan rapu.
  • Laburkan sedikit untuk pembelian vitamin buat keluar.
Cegah sebelum terjadi. Denggi sangat serius, ia membocorkan saluran darah kita. Yang terbaru pula, ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak.

Sayangi diri dan orang tersayang. Sama-sama kita cegah denggi.

Info dari mommy lyna.
 
Hubungi saya untuk dapatkan Set Denggi 
 
Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Apa Perlu Surirumah Buat Bila Rasa Penat, Letih, Mengantuk dan Malas?

Salam kepada semua pembaca

Saya seorang surirumah yang menjana pendapatan dari rumah. Mengemas rumah, memasak, melayan kerenah anak-anak, menjaga suami semuanya saya lakukan seorang diri tanpa pembantu rumah.

Penat? memang penat! Kadang-kadang waktu tidur malam yang terganggu belum tentu boleh saya top-up di siang hari. Kalau buat jugak, nanti ada yang datang menyucuk hidung, cucuk mata manja-manja, gigit-gitit dan manjat..opsss...anak kecil sayalah tu.

Jadi, apa yang saya amalkan untuk memastikan tenaga saya cukup sepanjang hari?
Saya amalkan Set Asas Shaklee. Sangat mudah.


Khasiat Set Asas Shaklee

Set Asas ini terdiri dari vitamin dan mineral asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Vitamin dan mineral ini terdiri dari:
  • Vita Lea (multivitamin dan multimineral)
  • B Complex
  • Vita-C
Vitamin dan mineral yang tersenarai di atas adalah asas kepada pembinaan tubuh badan yang sihat dan sistem imuniti  serta penjagaan mental yang baik. ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, memberi satu kehidupan yang lebih sihat kepada semua.

Siapa yang boleh mengambil set ini?

  • Orang dewasa yang mementingkan kesihatan (kanak2 tidak boleh mengambil set ini)
  • Lelaki
  • Wanita
  • Pelajar
  • Warga emas
Set ini adalah ASAS atau BASIC, dipermudahkan untuk harga PALING EKONOMI. Anda boleh menambahbaikan dengan mengambil Energising Soy Protein, Vita-E, Alfalfa, Omega Guard dan sebagainya untuk lebih baik lagi.

Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Cinch Shake Mix ; Kini Boleh Diet Tanpa Perlu Berlapar Lagi

Salam semua pembaca

Tahu tak anda selain daripada ESP, produk minuman yang berasaskan soya keluaran Shaklee ialah Cinch Shake Mix. Cinch Shake Mix mempunyai 3 perasa iaitu Vanilla, Chocolate dan Caffe Latte berbanding ESP yang hanya mempunyai satu perisa sahaja iaitu Vanilla.

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee ialah diformulasikan mengandungi  LEUCINE  maka sebab itu ianya sesuai bagi mereka yang serius untuk menurunkan berat badan. Selain daripada itu ianya juga boleh dijadikan sebagai minuman sarapan pagi yang berkhasiat.


Cinch ni kaya dengan protein jadi ianya boleh menahan rasa lapar. Jadi secara tak lansung membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Contohnya bila kita ambil waktu sarapan, percayalah yang Cinch ni akan buat kita rasa kenyang hingga kita tak rasa pun nak mengunyah sampai waktu lunch. Bagus tak?

Bagi mereka yang memiliki gaya hidup yang sibuk dan tak sempat bersarapan di waktu pagi, boleh juga amalkan Cinch Shake Mix Shaklee. Ianya sangat mudah dan ringkas sebagai meal replacement di waktu pagi. Hanya bancuh dengan air sejuk atau susu segar sahaja. Sedia di minum sebelum bekerja..



Sekilas fakta mengenai Cinch Shake Mix ialah setiap hidangan Cinch ialah membekalkan tubuh badan kita dengan 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6gm serat larut. Kandungan index glisemiks juga rendah sebanyak 22, oleh itu dapat membekalkan tenaga serta mengekalkan paras gula di dalam badan. Jadi bagi mereka yang mempunyai diabetes, anda boleh mengambil Cinch ni dan pastikan dapatkan nasihat doktor sekiranya perlu.

Faedah Utama Cinch Shake Mix 
  • indeks glisemik- 22; sesuai untuk penghidap kencing manis
  • dengan Cinch Pro, campuran ekslusif protin dipertingkatkan dengan leucine-asid amino
  • powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan badan
  • 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa kenyang
  • tinggi kandungan serat- 6mg serat setiap hidangan
  • glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • memberikan 35% atau Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • penggunaan soya bebas GMO - ditanam dan diproses secara semulajadi dan selamat
  • tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

Apa sebenarnya Leucine ni?
Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun mengejar biawak.

Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake Mix ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.






Bagaimana nak dapatkan kesan macam pengguna di atas?

Anda boleh cuba Cinch Shake Mix dengan Lecithin

Tapi...tapi.....tapikan. Untuk kesan yang lebih mengujakan, saya syorkan anda cuba Set Asas Slim iaitu terdiri daripada: 
  1. Alfalfa/ Herbalax
  2. Lecithin/ Omega
  3. ESP/ Cinch


 Jom baca testimoni salah seorang pengguna Shaklee Cinch di Malaysia. Credit to Cery.



28 Nov 10, 08:21-nani:
ingat x yang beli cinch inch +lecithin tu..hehe..progress so far so good....cinch tu best gak..saya minum ngan low fat milk..ok..nani minum cm akak ajar tu antara breakfast n lunch..pastu kan akak suruh makan sikit2 kan..ade 1hari tu saya mmg xmakan ape2 after minum tu...xlapar..xrasa nak makan.but i take dinner b4 7pm..just a very light dinner.n b4 tdo saya makan lecithin..pastu, saya nyer digest mmg lancar,buang air besar a few times a day..buang air kecik mmg byk kali pon sbb minum air min 2L per day.so i really hope it works 2loss weight

29 Nov 10, 04:14-nani:

hari ni nani minum cinch around 11.30am, and xmakan ape2 until 6pm baru minum sup.coz xlapar pun...

30 Nov 10, 08:33-nani:

akak,smlm nyer progress, minum dalam kol 11am,lunch mkn popia 3kg je sbb dah kenyang.. eh..makan popia 3ketul je..hehe..slah type..pastu kenyang sampai kul7.30pm baru dinner makan sup sayur without rice.hirup sup je.hehe.yg bestnyer cinch ni,wat perut nani xlapar giler pg2.sbb biasa perut bgn dulu....kdg2 kul6pg tu dh lapar giler.sbb perut bangun dulu.tp skang xdah.dh ok.hehe..i like

1 Dis 10, 05:30-nani:

gud news..i lost 1.5kg..hehe.. in about 1week la..ok la tu akak kan?hihi

4 Dis 10, 09:00-nani:
pinggang dah kurang 1inch la akak..hehe


Berminat?

Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey
 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

April 29, 2015

Manfaat Alfalfa Shaklee Yang Kita Semua Perlu Tahu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh


Cuaca sekarang panas kan...jangan lupa minum air banyak-banyak.

Air ni bukan untuk yang makan supplemen je kena minum banyak-banyak sehingga 3 liter tau.

Sebut pasal air, terus saya teringatkan vitamin Alfalfa yang memang perlukan pengamalnya untuk minumair banyak-banyak sebab Alfalfa juga bertindak sebagai "pencuci" tubuh kita atau senang saya sebut DETOX.

Kenapa anda perlu kenali Alfalfa?


ALFALFA COMPLEX mempunyai banyak kelebihan Alfalfa secara optimum :


Dengan pengambilan yang teratur, insyaAllah Alfalfa boleh membantu masalah;


1. Penawar keputihan

2. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

3. Resdung

4. Allergi

5. Melegakan sakit sendi dan belakang.

6. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

7. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)

8. Memberi kelegaan semasa haid.

9. Membantu melegakan arthitis

10. Bagus untuk elergi dan ekzema

11. Membantu masalah asma

12. Mencuci usus bagi membuang toksik

13. Mencuci buah pinggang dan membantu masalah kencing kotor disebabkan

14. Jangkitan dalam buah pinggang

15. Meneutralkan asid dalam badan

16. Membantu masalah keputihan pada wanita

17. Menganjalkan payudara bagi wanita.

18. Bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri.

19. Membantu masalah urat selepas bersalin

20. Membantu merawat bahagian intim wanita.

21. Meningkat stamina bagi persediaan hubungan suami isteri

22. Melegakan sembelit



Selain daripada bermanfaat untuk membantu mengurangkan masalah di atas, Alfalfa juga baik untuk usus anda! Maka, ini adalah BERITA BAIK buat mereka yang mengalami masalah bau badan dan sistem penghadaman.



Tahukah anda, sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat? Semasa proses pembersihan badan, bahan buangan akan disalurkan kepada 5 organ perkumuhan yang utama untuk dikumuhkan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, paru-paru dan hat.



Jika kita berusaha untuk membersihkan badan kita tetapi membiarkan sisa buangan terkumpul dengan banyak di dalam organ perkumuhan tanpa memastikan ia dibuang dengan cara yang sepatutnya, sisa buangan ini pasti akan diserap semula ke dalam sel badan kita!



Badan yang dibebani dengan kandungan toksin akan menunjukkan simptom-simptom seperti: 

  • *penghadaman yang tidak sempurna, 
  • *sembelit, 
  • *kembung perut, 
  • *kelesuan, 
  • *berat badan naik, 
  • *keadaan kulit yang tidak sihat, 
  • *tekanan mental, 
  • *tidur yang tidak lena, 
  • *ruam kulit, sakit tekak, 
  • *daya tumpuan lemah, 
  • *sakit kepala, mulut berbau, 
  • *tahap glukos darah yang tidak seimbang, 
  • *mukus berlebihan dan badan berbau.

Pengamal perubatan semula jadi percaya bahawa simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi.




Disyorkan anda mengambil Alfalfa kerana sifat klorofilnya yang anti-bakteria. Jika kita mengambil alfalfa, bakteria punca bau akan dapat dihapuskan.



Selain itu Alfalfa juga membantu :


*melegakan sembelit

*meningkatkan kesihatan sistem penghadaman

*menyokong kesihatan usus

*membantu menyahtoksinkan badan

*membantu mengurangkan berat badan





Ingat pesan Nabi, jaga perut kalian. Ia adalah sumber segala penyakit.


Mari, cuba sebotol dahulu.

Alfalfa Shaklee ada menawarkan pakej besar (700 biji) & kecil (330 biji).

Pengguna digalakkan makan 10biji kapsul sehari sebagai melengkapkan keperluan nutrisi & fungsi tubuh, insyaAllah.



Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey


 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

April 28, 2015

5 Perkara Yang Anda Jangan Lakukan Terhadap Ubat !

Bila sebut tentang ubat, ramai yang concern sebab ramai dari kita yang akan ambil dan makan ubat bila sakit. Betul?

Tetapi, ada segelintir dari kita meremehkan hal-hal ubat ni. 
Contohnya, cara simpan, suhu penyimpanan, cara pengambilan dan sebagainya.

 Tahukah anda, bahawa anda TIDAK BOLEH ambil mudah tentang ubat-ubatan?



  1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangka masa yang lama
  2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk
  3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu yang tinggi dan kawasan lembap seperti tepi tingkap, atas peti sejuk, dan dalam bilik mandi.
  4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (Rujuk pada pembungkusan ubat)
  5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, atau rosak atau hilang labelnya.

Bagi ubat yang disimpan dalam peti sejuk, seeloknya masukkan dalam bekas dan letak di bahagian dalam peti bukan di pintu , bukan ruang bawah dan juga bukan bahagian atas.

Semoga bermanfaat dan sila kongsikan tips ini dengan mereka yang tersayang.
Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Bila Hati Jatuh Cinta ...

Aiyyukkk

Jatuh cinta lagi?  Dengan En Somi memang sudah lama hihi.. tapi kali ni saya jatuh cinta lagi dengan aiskrim yang super duper sedap. Dah hampir dua bulan kot x sentuh aiskrim atas sebab kesihatan.

Tapi itula, bila sudah cinta memang tak boleh kata apa. Saya ni memang peminat tegar aiskrim coklat.. Bagilah 5 bakul aiskrim memang saya takkan tolak kecuali kalau tak boleh makan sebab takut sakit dada lagi yg macam ala-ala semput tu.

Itupun first time jadi camtu bulan Feb lepas. So, semalam baru berani sentuh lagi dan saya sangat jatuh hati dengan aiskrim..uish...hehe.


Nak pulak campur aiskrim coklat tu dengan ESP ni..ermmmmm.... tedapppppnyerrr.


Dalam berhigh tea dengan aiskrim, dapat pulak jaga kesihatan dengan ESP....Kulit cantik kot kalau amalkan ESP ni.


ESp ni adalah makanan nutrisi yang merupakan protein soya berkualiti tinggi. Diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protein dalam kacang soya.

Kebaikan dan kelebihan ESP:-

  1. Mengelakkan tulang rapuh
  2. Membekalkan tenaga berterusan
  3. Memberi rasa kenyang bagi yang nak turunkan berat badan
  4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit  serta awet muda
  5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan
  6. Memberi tona kulit yang sekata
  7. Membantu hilangkan parut jerawat, jeragat, dan mencantikkan kulit muka
  8. Memudarkan parut
  9. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan
  10. Membantu mengurangkan gastrik
  11. Membantu pembentukan sel-sel baru
  12. Bertindak sebagai antioksidan
Ok, banyak lagi kebaikan ESP ni sebenarnya. Siapa yang dah cuba dan konsisten amalkannya, memang akan repeat order.

Hubungi saya untuk dapatkan ESP dengan harga terbaik akan saya berikan bersama konsultasi selepas pembelian secara percuma. Jika ada saudara atau kenalan yang memerlukan supplemen, panjang-panjangkan no telefon saya kepada mereka. Semoga semua mendapat manfaatnya.

Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Kenali Apa Itu Vitamin

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Ramai orang di sekeliling kita yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau vitamin. Tapi kenapa ye? Sebab kita agak mustahil untuk memastikan tubuh badan kita mendapat semua vitamin yang diperlukan dari sumber makanan yang kita ambil. Kadang-kadang kita mungkin makan nasi tapi terlupa makan buah atau tidak mengambil kekacang pada satu-satu hari...

Ada yang merasakan bahawa kita sebenarnya tak perlu pun makan vitamin. Hurm...

Nak tahu betul ke tak statement tu, jom kita kenal dulu apa sebenarnya vitamin ni.



Vitamin adalah sejenis elemen mikro nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi oleh tubuh badan bagi menjalankan fungsi badan secara normal.

Selalunya vitamin ni boleh didapati melalui pengambilan pelbagai makanan seimbang seperti hati, daging, ikan, bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.Selain dari sumber makanan, vitamin juga diperolehi dalam bentuk dosej farmaseutikal yang kita duk tengok dalam pelbagai bentuk dan warna tu.


Produk vitamin yang boleh kita jumpa  datang dalam pelbagai bentuk sediaan. Ada :
  • kapsul
  • tablet kunyah
  • tablet larut air
Tak lupa juga adanya sediaan multivitamin juga boleh kita dapat di pasaran bagi memudahkan pengambilan vitamin dan mineral mengikut keperluan harian.

Apa Fungsi Vitamin?
 Kita boleh kata yang vitamin ni bertindak untuk membantu enzim supaya dapat menjalankan tindak balas kimia tertentu dalam badan kita ni. Jadi, pengambilan vitamin yang berbeza boleh membantu dalam perkembangan tisu badan, pengawalan metabolisma badan serta mengekalkan kesihatan kulit, mata, gigi dan tulang kita.

Macamana nak ambil vitamin?
Vitamin ni perlu kita ambil dalam kuantiti yang mencukupi bagi mengelakkan penyakit tertentu. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan penyakit skurvi ( kekurangan vitamin C) , riket ( kekurangan vitamin D), dan sebagainya.

Lagi satu yang anda patut tahu iaitu vitamin terdiri daripada:
  1. Vitamin Larut Air
  2. Vitamin Larut Lemak
Maknanya, vitamin larut air memerlukan air untuk terurai manakala yang lagi satu tu memerlukan lemak untuk dilarutkan. Jadi, penting untuk anda ketahui dengan betul bila masa terbaik untuk mengambil vitamin supaya lebih berkesan.

Dos Yang Diperlukan?
Tak semua orang atau peringkat umur perlu mengambil dos yang sama. Ianya berbeza bagi setiap individu bergantung kepada jantina, umur serta kena ambil kira jikalau individu yang nak ambil vitamin tu ada masalah kesihatan tertentu, sedang pregnant atau breastfeed.

Ada Kesan Sampingan?

Perlu alert bahawa dos yang kita ambil tu masih dalam sukatan yang disarankan iaitu tidak melebihi dos maksima untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, dengan penggunaan vitamin Shaklee yang telah melalui pelbagai ujikaji dan penyelidikan dengan kos yang tinggi dilaburkan serta mempunyai pakar nutrisi yang sentiasa memantau, adalah disarankan supaya kita minum air dengan banyak jika mengamalkan supplemen untuk mengelakkan rasa pening kepala, loya dan letih.

Walau apa jua vitamin yang anda ambil, air perlu diminum dengan banyak untuk meringankan beban buah pinggang memproses apa jua didalambadan kita.

Namun, jika dibandingkan antara vitamin sintetik dengan vitamin semulajadi, adalah dperakui bahawa vitamin semulajadi lebih selamat untuk tubuh kita, alam sekitar serta mempunyai beberapa nilai tambah untuk kesihatan kita.

Jadi, pilihlah vitamin dari Shaklee yang telah mempunyai terlalu banyak testimoni dari ramai pengguna yang mengakui keberkesanan dan keselamatannya dari dulu lagi.


Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

April 25, 2015

Sticker Korea



Asalnya umi satang DIY nak beli sticker bintang untuk jadual reward kakak. Maknanya kalau kakak solat, dapat 1 star . Kalau kakak tolong umi, dpt lg 1 star.

Tapi sebab umi dtg ngan kkk, of course la ada permintaan tambahan kan... Ok je. Beli kan sbb tak mahal manapun.

Master Celebration di Putrajaya



Hurm, teringin sangat nak pergi mascel ni . Bersama- sama2 raikan kejayaan ahli keluarga Shaklee.

Dah bg tahu en somi semlm tp apakan daya jadualnya fix sangat.

Rasanya Ati kena tambahkan lagi power supermom untuk berani drive jauh2 sorang diri tapi bukan bermakna tinggalkan en somi begitu saja. Sebenarnya en somi dah beri izin utk Ati be independent dlm biz ni.

InshaaAllah ada rezeki Ati akn sampai juga ke mascel ni. Mana tahu mascel Ati srndiri...amiin.

April 22, 2015

Rahsia Penting Seorang Pengedar Shaklee Yang Doktor Perlu Tahu..Hehe

Hurm...baca tajuk kat atas, agak-agak doktor-doktor kat luar sana rasa cuak tak?
Maaf doktor-doktor...hehe
Tapi jangan tak tahu, ramai doktor kita hari ni juha merupakan pengamal tegar supplemen Shaklee..
 
Saya kongsikan kisah salah seorang pengedar Shaklee,Fara.. Semoga bermanfaat.
------

"..Saya pernah mengalami demam selsema sampai 2 minggu. Sakit kepala, ulser mulut, demam, selsema, loya je perut ni. Saya pernah jumpa doktor untuk mengesahkan keadaan saya, dan doktor akan bagi ubat - panadol, antibiotik , ubat selsema, ubat tahan muntah.. tu je. Selalu u olls pon dapat camtu kan. 

Apa yang saya buat, saya tak makan pon ubat2 tu sebab saya TAHU RISIKO MAKAN UBAT LEBIH TERUK sebenarnya. 
Jadi saya gantikan ubat2 tu dengan supplement semujadi dari SHAKLEE.
Panadol saya gantikan dengan B COMPLEX
Antibiotik saya gantikan dengan GARLIC
Ubat selsema saya gantikan dengan VITAMIN C
Ubat tahan muntah saya gantikan dengan PEPPERMINT GINGER
Semua stok ni WAJIB ada dalam rumah saya. Alhamdulillah hampir 1tahun saya tak makan ubat doktor lagi dan kurang dapat sakit seperti dulu. Anak2 pon Alhamdulillah kurang demam, kurang dapat sakit.
Subhanallah..Tq Allah..Tq Shaklee


Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Makanan Yang Boleh Menambah Susu Badan

 Kaedah paling berkesan untuk menambah dan membanyakkan susu ibu ialah dengan stimulasi – kerap menyusukan dan kerap mengepam. Namun sejak zaman-berzaman, sesetengah makanan dipercayai membantu untuk menambahkan susu badan.

Zaman purba tatkala pam susu belum dicipta dan ibu-ibu tak keluar bekerja pun penggunaaan milk booster atau galagtogue dah ada.

Jadi, di samping mengepam dan direct feeding, apakah makanan yang ibu menyusu patut ambil untuk membantu banyakkan susu?

1. MAKANAN YANG TINGGI PROTIN

Protein adalah antara komponen terbesar dalam susu ibu. Jadi untuk penghasilan susu yang lebih sihat dan berkualiti (hakikatnya susu ibu memang high quality, jadi kita upgrade lagi), tingkatkan pengambilan protein dalam diet harian. 2. MAKANAN YANG TINGGI BETA KAROTENA

MOBI Motherhood International mengkelaskan beta karotena sebagai salah satu sumber penting dalam laktasi. Jadi banyakkan mengambil sayur dan buah yang berwarna oren dan merah. 3. MAKANAN YANG TINGGI SERAT

Makanan berserat tinggi membantu tubuh kita untuk mendapatkan kalori yang diperlukan dalam penyusuan. Bukan itu saja, untuk elakkan sembelit juga. 4. MAKANAN YANG TINGGI KALSIUM

Kalsium bukan saja diperlukan untuk penyusuan tapi juga untuk bekalan kalsium ibu kerana wanita mengalami penyusutan kalsium semasa haid, mengandung dan menyusu. Pendek kata, ibu menyusu harus menjaga pemakanan… Kita adalah apa yang kita makan. Jadi makanlah yang baik2 untuk yang tersayang, agar si manja dapat yang terbaik dari tubuh kita :)


Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

April 21, 2015

9 Rahsia dan Cara Banyakkan Susu Ibu



Menghasilkan susu yang banyak adalah ‘syurga’ bagi ibu menyusu. Tapi awas, jangan terlalu terpengaruh dengan doktrin SUSU BANYAK, sebaliknya yang lebih utama ialah SUSU CUKUP.

Susu badan yang mencukupi secara amnya yang dapat menampung keperluan bayi, dan mungkin sedikit-sebanyak untuk kegunaan semasa kecemasan. Misalnya jika bayi mengalami nursing strike, ibu mengalami kemeruduman susu semasa period, outstation, berjauhan dan sebagainya.

Di sini saya nak kongsikan 9 Tips dan Teknik Membanyakkan Susu Badan utk panduan kita bersama.

1. Kosongkan payudara dengan kerap, melalui pam dan hisapan bayi. KERAP bermakna frequent… Hehe.. 2-3 jam sekali, terutama untuk ibu2 yang exclusive pumper.

2. Makan ikut keperluan BADAN, bukan keperluan SELERA atau keperluan PERUT. Ibu menyusu badan memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari orang biasa, malah lebih tinggi dari ibu hamil. Jadi ibu menyusu haruslah mengambil makanan yang tinggi kalori, tinggi protin, tinggi vitamin, tinggi serat, tinggi kalsium dan semestinya plenty of water! Water bermaksud air kosong, bukan campur2 air sirap, oren, kopi, susu, etc. Seorang ibu menyusu perlu minum 3.8 LITER air sehari.

3. Mengurut breast. Sebelum mula mengepam, buat sedikit urutan pada breast, perlahan saja jangan kuat2, untuk menggalakkan pengaliran darah dan melancarkan urat2 susu.

4. Rehat yang cukup. Ya, kadang2 ini macam nasihat yang tak logik je, lagi2 bagi ibu2 yang kerja, ada side income dan tak ada maid. Rehat yang mencukupi, bukan saja rehat tubuh, tapi rehat minda. Minda yang tertekan boleh memberi kesan kepada penghasilan susu badan. Gunakan teknik HYPNOBREASTFEEDING.

5. Sokongan… Lumrah bila ibu/mentua/makcik/pengasuh tak menyokong penyusuan susu ibu.. Bila susu dah drop mereka cadang “Bagi susu tin saja la” Jadi carilah sokongan di kalangan ibu2 yang menyusukan anak. Sekarang mudah sangat nak ber-komuniti ni.. secara online saja :)

6. Buat power pumping. Ramai yang dah cuba power pumping ni, memang berkesan, insya-Allah.

7. Galactogogue… digunakan secara berzaman untuk membantu ibu menyusu.. namun harus kenal ya.. adalah ia dari jenis farmaseutikal, nutraseutikal atau herba… pastikan yang asli sahaja! :)

8. Pam & kaedah marmet. Marmet adalah kaedah mengosongkan breast dengan menggunakan tangan. Jadi, kombinasikan kedua-dua ni.. Selepas pam, buat marmet untuk kosongnya. Kombinasi pam & marmet didapati boleh meningkatkan penghasilan susu!

pam & marmet

9. Doa.. inilah senjata Muslim. Di sebalik semua usaha kita, jangan lupa yang memberi rezeki adalah Dia. Jadi banyak2 berdoa agar usaha kita diberkati dan dikira sebagai ibadah. Insya-Allah.

Menyusukan anak, niatkan sebagai ibadah untuk memenuhi tuntutan yang disebut dalam al-Quran, insya-Allah kita akan dapat seperti yang kita niatkan. Kalau menyusu untuk glamour, dapatlah glamour :)

Marilah kita membudayakan penyusuan susu ibu, dan sampaikan ilmu yang tepat tentang penyusuan susu ibu ^__^

Article adalah dikongsi dari blog Mysuperkids.net

Rafhati Mohamad Napi 
♥ sms/whatsApp: 013-9218084 
♥ Emel : are_t84@yahoo.com 
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

April 20, 2015

Jom Berhujung Minggu Bersama Keluarga

Ini cerita kelmarin... Aktiviti di pagi hari kami sekeluarga. Tak plan pun. Bangun pagi, Mandi, angkat adib n kjut kakak, nom ke taman...hihi



Nampak tak kakak kat atas tu?






Excited adib sebab kali pertama datang taman. Kakak pun sama jugak tpi kakak excited sebab dapat naik basikal jauh-jauh, laju-laju..




Kat rumah tak dapat sebab laman tak berapa nak ada. Huhu..




Sebelum balik, sempat umi try jalan batu reflexology ni kejap sbb tapak kaki ni sakit nauu...



Dah abis semua tu, balik time....hihi.

April 17, 2015

Nak Beli Shaker Shaklee ?

Assalamualaikum dan Salam Penghulu Segala Hari, hari Jumaat


 Buat anda yang dah biasa dengan ESP, mesti anda dah tahu fakta kat atas kan?
Satu lagi fakta yang memang semua orang patut tahu adalah ESP dihasilkan dari soya yang ditanam secara organik serta tidak melalui perubahan secara genetik yang dikenali  sebagai Non GMO Soy!


Resipi asas dia senang je seperti gambar di atas.
Tapi, biasanya saya minum tanpa gula pun dah sedap dan berlemak.
Kalau nak rasa manis tu boleh cuba campur dengan Tropikana, Milo atau jus buah lain macam smoothy tu. Sedap sangat.


Lepas tu boleh kacau atau nak senang, guna shaker. Hurm, Shaklee ada sediakan Shaker khusus yang cantik camni. kalau nak order boleh hubungi saya...tapi saya tak jual borong tau.

Harga? RM10.60 tak termasuk kos pos.

Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Cara Bijak Handle Gastrik Kronik Yang Tak Nak Hilang Walaupun Dah 10 tahun Usaha

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Niat di hati nak ganti puasa Ramadhan yang masih berhutang tapi risau takut pulak perut ni buat hal.Bukan senang kalau perut dah mula meragam. 2-3 hari jugak serik.

Anda gastrik tak? Akak kat bawah ni nak kongsi pengalaman beliau menghadapi penyakit gastrik yang dialami selama 10 tahun. Tempoh masa yang agak lama tu.


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.


Kenali gastrik
Menurut Pakar Perunding Umum Pembedahan Laparoskopi, Dr. Mohd. Faisal Jabar, gastrik adalah masalah sangat lazim dan dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
"Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
"Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik," katanya yang ditemui di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Tambah Dr. Mohd. Faisal, pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).
Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
"Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah
.
Secara umumnya, tanda gastrik mudah dikesan kerana gastrik menyebabkan ketidakselesaan pada perut.
"Antara tanda utama adalah :
  1. sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), 
  2. senak, berangin atau pedih, 
  3. tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, 
  4. rasa mual (loya) dan muntah, 
  5. hilang selera makan dan berat badan turun (pada peringkat teruk)
Tambah Dr. Mohd Faisal, pada peringkat gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan dan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar serta muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.
Punca
Ada beberapa pemakanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merangsang penghasilan jus usus untuk dirembeskan dengan banyak. Jus itu melebihi jumlah makanan yang perlu dicerna menyebabkan jus ini menghakis dinding lapisan dalam perut.
Dr. Mohd Faisal menjelaskan, makanan mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak, kari dan minuman keras antara stimulus untuk jus usus dirembeskan dengan banyak.
"Asap rokok sama ada perokok atau perokok pasif dan stres boleh juga menjadi penyebab selain ubat tahan sakit. Adalah amat penting untuk merawat gastrik ini ketika masih di peringkat awal," ujarnya.
Siapa berisiko?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah ini dengan nisbah 1.5 hingga dua kali ganda berbanding wanita. Kebiasaannya individu-individu berikut berisiko menghidap gastrik.
  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
  • Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui dua cara iaitu :
  • Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
  • Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
  • Individu yang banyak mengalami tekanan atau stres sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik.
Rawatan
Lazimnya, boleh dikawal dengan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus selain ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut.
Masalahnya, ramai pesakit yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikannya dengan makanan.
Pesakit seperti ini menganggap apabila mereka tiba-tiba diserang gastrik, mereka perlu makan. Seharusnya, mereka mendapatkan rawatan termasuk pengambilan ubat gastrik seperti yang disarankan oleh pakar.
Oleh itu, Dr. Mohd. Faisal menasihatkan, jika simptom terutamanya sakit menjadi teruk atau muntah semakin kerap, adalah lebih baik jika rawatan lanjut diberikan di wad kecemasan dan seterusnya dirujuk kepada pakar.
"Beberapa ujian pemeriksaan perlu dijalankan seperti OGDS atau endoskopi. Prosedur ini dilakukan dengan memasukkan satu kamera kecil melalui mulut dan melalui kamera itu dinding usus dapat diperhatikan dengan jelas dan mengenal pasti berapa banyak kawasan yang terjejas," ujarnya.

Sumber

Ok, sekarang kita dah tahu
  • Apa Itu Gastrik
  • Punca
  • Siapa Yang Berisiko
  • Rawatan
Selain dari mendapat rawatan di hospital, saya suka untuk mengajak anda cuba handle gastrik ni seperti akak yang dalam video kat atas tu.

Jangan risau sebab ianya dijamin
  1. Halal
  2. Selamat
  3. Semulajadi
  4. Berkesan
  5. Telah menjalani beberapa peringkat kawalan dan ujikaji oleh mereka yang bertauliah.

Set Bajet Gastrik


Tu dia siap ada set bajet lagi.
Set ini terdiri daripada :
  • ESP
  • Osteomatrix
  • Peppermint Ginger Plus
atau anda boleh twist sama ada

  • ESP
  • Osteomatrix
  • B-Complex
dan boleh juga macam ni

  • ESP
  • Osteomatrix
  • B-Complex
  • Peppermint Ginger Plus

Ragu-ragu sebab pilihan boleh twist camtu?

ok, kalau ikutkan set gastrik ni ada 7 jenis tetapi oleh kerana saya namakan dia set bajet, maknanya ia adalah mengikut pilihan poket masing-masing. jap g saya cerita Full Set Gastrik.

Apa Fungsi Setiap Produk ?


  1. ESP adalah penting untuk proses pemulihan kerana ia membantu hasilkan sel-sel baru untuk badan. Lagipun, ia adalah sumber protein. Kalau boleh masa sakit perut tu elakkan susu buat sementara waktu sebab akan mengakibatkan perut jadi bertambah sakit. 
  2. Osteomatrix pula bagus kerana membekalkan kalsium kepada kita. Jika anda memang alah dan tidak boleh minum susu jangan susah hati sebab osteomatrix boleh bantu anda. Jangan tak tahu, Osteomatrix ada magik dalam memberi kesan penenang kepada tubuh kita. 
  3. B-Complex sangat membantu dalam memberikan tenaga yang segera untuk anda dan mengelakkan anda dari hypo dan keletihan. Ia juga diperlukan untuk proses pencernaan yang normal.                        
     
  4. Peppermint Ginger ni bantu pencernaan dengan meransang pengaliran cecair pencernaan semulajadi dalam badan. Ia juga memberi kesan kelegaan kepada perut. Best!
Kesan?




Terbukti berkesan walaupun hanya dengan set asas/ bajet.

Sebagai rujukan, Set Premium untuk Gastrik adalah terdiri daripada:
  1. Vivix
  2. ESP
  3. Alfalfa
  4. Peppermint Ginger Plus
  5. Omega Guard
  6. B-Complex
  7. Zinc Complex
  8. Carotomax

Hubungi saya untuk kita match mengikut bajet anda ye.

Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...