Blog Archive

March 14, 2015

Bagaimana Cara Banyakkan Susu Badan Sampai Melimpah Ruah Meriahnya?

 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Ada tak ibu-ibu di luar sana yang tengah susah hati sebab rasa macam susu badan tak cukup untuk anak sedangkan anak baru nak masuk 2 bulan.. Tak lama lagi dah nak naik kerja (bagi yang keje la)..Hurm...kalau boleh nak bagi ekslusif breast feeding la kan...


Sebenarnya, persediaan untuk menimang cahaya mata perlu seiring dengan keterujaan untuk memberi bayi anda menikmati susu badan yang sangat berkhasiat. Bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi bahkan juga kepada ibu sendiri.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Untuk memastikan si kecil benar-benar memperolehi segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya secara ekslusif tanpa dicampur dengan makanan atau minuman lain sehingga bayi berusia 6 bulan.Kemudian diteruskan sehingga bayi mencapai 2 tahun.
Kebaikan Susu Ibu
Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Persediaan awal
  • Sebelum kelahiran
  • Semasa kelahiran
  • Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami.
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
  • Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
  • Menyusu mengikut kehendak
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
  • Tiada puting tiruan
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.
Namun bagi ibu yang harus kembali bekerja, ini tentulah perkara mustahilkan. Anda boleh cuba menggunakan puting yang sangat menyerupai puting ibu atau jika bayi tak cerewet biasanya ok ok sahaja. Ibu tak perlu bimbang sebab tak semua bayi akan bersikap begitu. Stay positive ok.


Bagaimana Harus Saya Lakukan Sekiranya Susu Saya Tidak Mencukupi?

Ramai juga yang mengadu yang anak terlalu kuat menyusu. Baru je bagi tapi tak sampai sejam dah minta lagi. Tak kurang juga yang mengeluh sebab breast tak sempat bengkak, bayi dah nangis. Bayi asyik lapaar je..

Bertenang ibu-ibu. Saya juga pernah alami perkara yang sama. Susu makin kurang, anak asyik nak melekapp jer. Kadang-kadang stress. Tak kenyang ker?

Saya kemudian cuba Alfalfa Complex, Vitalea, B- Complex, Vitamin C Sustained Released dari Shaklee.

Alhamdulillah susu nampak agak banyak dari sebelum ni tapi masih tak memuaskan hati.

Rupanya kena tambah Energizing Soy Protein untuk memekatkan susu ibu tu. Ostematrix pun penting juga untuk tambah kalsium kepada ibu dan anak.

Jadi, saya kongsikan SET MENYUSU SHAKLEE yang sangat membantu ni.
Kena ambik semua sekali ke?

Klik untuk besarkan imej yer (^_^)

Bajet A
  1. Alfalfa (milk booster)

Bajet B
  1.  Alfalfa (milk booster)
  2. ESP (tambah tenaga)

Bajet C
  1. Alfalfa (milk booster)
  2. Vitalea (multivitamins)
  3. Vitamin C (legakan stress)
  4. B-Complex (pembekal tenaga)


Bajet D
  1. Alfalfa (milk booster)
  2. Vitalea (multivitamins)
  3. Vitamin C (legakan stress)
  4. B-Complex (pembekal tenaga)
  5. Osteomatrix (kalsium)

Bajet E
  1. Alfalfa (milk booster)
  2. Vitalea (multivitamins)
  3. Vitamin C (legakan stress)
  4. B-Complex (pembekal tenaga)
  5. Osteomatrix (kalsium)
  6. ESP (penambah tenaga, bantu ibu kekal slim,bekal protein, pekatkan susu)
Jangan lupa minum air at least 3 liter sehari untuk kesan optimum dan amalkan power pumping yang teratur bagi memastikan isyarat bahawa breast anda sedang kosong dan perlu 'diisi' semula..







Jadi, ni dia antara pilihan yang anda boleh pilih. So, jika anda ada pertanyaan harga...boleh hubungi attiey untuk konsultasi PERCUMA. Tak beli takpe, yang penting kita kongsi info..



Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Supplemen Menyusu Untuk Ibu Agar Susu Meriah dan Badan Bertenaga Macam Superwoman.

Ini dia rahsia seorang Peer Caunselor Laktasi amalkan untuk memastikan beliau mampu menjayakan misi untuk menyusukan anak  dengan susu ibu s...