Blog Archive

December 31, 2014

Apa Yang Berlaku Bila Anda Kekurangan Kalsium?

Dua tiga hari lepas  ni ati rasa sangat tak selesa bila malam dan waktu bangun pagi. Kenapa?
Sendi-sendi jari dan pinggang terasa sangat lenguh dan pedih. kadangkala kebas-kebas cuma masih boleh memegang benda. Risau kalau-kalau itu petanda badan ni kurang kalsium. Tapi, apa petanda kurang kalsium sebenarnya?



APAKAH TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM?

  1. Insomnia - Kekurangan kalsium menyebabkan susah untuk tidur dan seterusnya tidak berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur pula kita tak dapat masuk ke fasa tidur yang nyenyak. Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya!
  2. Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, Stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.
  3. Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.
  4. Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kekurangan, boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.
  5. Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.
  6. Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya

KESAN KEKURANG KALSIUM

Ia boleh dibahagikan mengikut tahap umur; dewasa dan kanak-kanak


Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:
  • Mudah kejang otot atau semut-semut (terutamanya ibu-ibu mengandung)
  • Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
  • Usus lemah dan sering mengalami sembelit
  • Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
  • Cepat marah dan terkejut
  • Luka susah untuk sembuh. Dan jika luka, darah lambat membeku
  • Sakit sendi
  • Kadar metabolisma menjadi rendah
  • Berisiko mengidap penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Tidak bermaya dan sering keletihan.  
  • Rambut gugur (masalah wanita selepas bersalin)  

Kanak-kanak juga boleh kurang kalsium. Adakah anak anda mempunyai simptom-simptom seperti ini?
  • Kurang selera makan dan memilih dalam pemakanannya
  • Sering terkejut dan menangis malam
  • Gigi lambat tumbuh (selepas 10 bulan)
  • Terlalu aktif (“hyperaktif”)
  • Kaki bengkok
  • Mula berjalan lambat (selepas 13 bulan)
  • Tidak tinggi dan badan yang lemah
  • Kerap berpeluh ketika tidur
  • Tidur sering tidak lena (tidak mendapat tidur berkualiti)


Mungkin masalah-masalah tidur, selera makan tu tak ketara sangat bagi ati cuma diri ni sangat susah untuk minum susu. kadang tu, bila dah ada, asyik lupa je nak bancuh dan minum.

Tapi, ati sangatlah suka untuk bagitau anda semua bahawa, bila tangan mula kebas camni, ati tahu yang ati juga dah selalu skip amik supplemen nih. Apa tu?

Shaklee mempunyai satu produk yang sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kekurangan kalsium. Perkenalkan 'pil kalsium' yang dikenali sebagai OsteMatrix



Sebiji OsteMatrix mengandungi:
  • Kalsium - daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi - 1,000 mg (100% DV)
  • Magnesium - 400 mg (100% DV) - untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • Vitamin D - 400 IU (100% DV)  - untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron (3mg) - membantu dalam metabolisma tulang
  • Mangan, copper & zink - mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang
Setiap dewasa disarankan mengambil Kalsium 600mg hingga 1000mg untuk memenuhi keperluan tubuh. Kalsium yang tinggi boleh didapati dalam Almond, Ikan Sardin segar bukan yang ditinkan ya, Keju, Kerang, Sayuran Hijau, Tauhu, Bijan, Susu dan Kekacang.


Adakah kita penuhi menu seharian dengan makanan yang tinggi Kalsium? Jika tidak, kita wajar fikirkan kaedah lain. Kita sedar, usia semakin meningkat, kandungan Kalsium semakin merudum dan mula rasa kejang otot di sana sini tapi masih belum mahu berubah.Jangan nanti bila kita telah disahkan osteoporosis(reput tulang), baru kita mula panik mencari kalsium. Saat itu, kita mungkin telah terlewat.

Setiap tablet OsteMatrix Shaklee mengandungi 250mg, sehari anda perlukan 4 tablet OsteMatrix Shaklee untuk memenuhi 1000mg sehari. Jangan pula terlalu suka makan OsteMatrix Shaklee sampai telan melebih 2500mg, sebab limit Kalsium yang mampu diproses badan kita sehari, hanya 2500mg.
Jom lihat pengalaman-pengalaman mereka yang dah amalkan ostematrik ni



Alhamdulillah, setakat ni Ostematrik menjadi penyelamat dan ianya bertindak agak cepat pada ati. So, memang kena pastikan stok sentiasa ada di rumah.Kalau ada anda di luar sana nak cuba, boleh contact ati untuk kita sama-sama dapatkan manfaatnya.


Pick Up/COD Area:
Shah Alam & Klang

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

December 28, 2014

Penting : Tip Bila Anak Terjatuh


Kemalangan memang tak berbau. Tapi, sebagai ibu bapa atau penjaga, kita tak boleh gelabah atau panik.
Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih cenderung untuk cedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka.
Jatuh boleh berlaku dimana-mana sahaja:
  • Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :
    • Perabot
    • Tangga
    • Beranda
    • 'Baby walker'
  • Di kawasan luar rumah. Contohnya :
    • Di padang permainan.
    • Semasa menggunakan alat-alat permainan.
Kecederaan akibat jatuh
Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti berikut:
  • Tisu lembut - calar, terseliuh, luka dan melecek.
  • Patah - bengkak, sakit dan cacat anggota.
  • Kepala - bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
  • Kecederaan organ dalaman.
Kesan serius akibat jatuh
  • Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan tumbesaran terbantut.
  • Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.
Rawatan
Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.
  • Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat penahan sakit (sirap paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan anggota yang tercedera.
  • Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari anda beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan anggota yang tercedera. Balut dengan kain bersih.
  • Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk mengampu tulang yang patah dibahagian tangan dan lengan.
  • Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
  • Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.
Pencegahan
Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk mencegahnya :
Tangga
  • Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
  • Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
  • Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.
Lantai
  • Simpan semua permaidani yang dilipat dan barang-barang supaya tidak berselerak di lantai.
  • Lapkan lantai basah akibat tumpahan air atau makanan dengan segera bagi mengelakkan lantai licin.
jatuh2
Susunan perabot
  • Elakkan meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap.
  • Cuci bilik mandi dengan kerap untuk mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi licin.



Kredit






Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

December 27, 2014

Rambut Cantik Menawan Dengan Pengambilan Vitamin C Macam Model Iklan Syampu




Assalamualaikum…
Baca tajuk ada macam iklan nak jual syampu kah? Wah, sejak bila jadi dealer syampu neh..mak jual produk Shaklee ajer..hehe

Rambut mahkota kottt… even yang pakai tudung sekalipun kena jaga rambut walaupun takde orang yang Nampak. Oiiit.. kalau rambut bau, agak-agak camne orang sekeliling? Hurm…

Kali ni ati nak kongsikan bagaimana Vitamin C berperanan dalam memberi rambut yang cantik serta menawan hingga suami ( bagi yang dah kahwin) atau roommate, housemate, mate mate (hehe) memuji-muji anda ( walau dalam hati je ) hiks.

1- Meransang Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. 
  

Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.


2- Melawan Kelemumur


Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.


3- Mengurangkan Keguguran Rambut

 
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untukmengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.


4- Melebatkan Rambut

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.


5- Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

6- Mengelakkan Uban   

Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.
Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.
Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa 10
hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing.

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

sumber: http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/ 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

Family Day @ Tanjung Bidara Beach Resort

Nila yang best bila jadi WAHM. Boleh join ape2 program keluarga dengan bebas. Kerja sendiri katanya. Tapi dalam bercuti,bisnes tak ditinggal ok.

19-21 Disember lepas, kitorang ke Tanjung Bidara untuk hari keluarga sebelah suami. Lama ati tak join sebelum sebab bila suami lapang, ati pulak ada program di sekolah. Ini pun sebenarnya guru2 sekolah tu tengah bermesyuarat untuk agenda tahun 2015. Takpe, i dah say bai bai.

Sebelum pergi tu agak tak sedap hati jugak sebab adib dan raisha demam. Masing2 panas sampai 38-39 suhunya. Abinya dua hari half day sebab umi tak larat berjaga sepanjang malam. Standby kot2 diorang terlampau panas. Tapi, sempat jugakla diorang ni sampai gigil. Panas dalam katanya. Apalagi...pcm ikut montot la.

Sampai sana dah malam kot sebab gerak tu tengah azan asar. Alhamdulillah perjalanan ok.
Sampai sana, agak tak enjoy juga sebab kitorang banyak kat bilik je sebab angin pantai tak berapa selesa untuk diorang. Sekejap ok, sekejap meragam..sudahnya di bilik aje kite. Bila diorang tidur, umi tengok tv. Abi? Keluar p cari makannnnn...hihi.

Pepun, takdelah terperap kat bilik je. Mau menjerit si adib dek keboringan melampau. Hiks. Abi join game tarik tali dan baling bola sampai tergolek masuk gol..tak paham jugak game bola tu tapi enjoy la sebab lama jugak tak tengok abi melompat camtu. Hehe.

Hari last tu, kitorang terpaksa gerak balik awal sebab nak p klinik lagi. Si kakak tak kebah kebah panasnya. Tapiiii, dalam kalut risau tu, abi sempat jugak berhenti di Alor Gajah untuk beli buah tangan serba sedikit. Termasukla upin adib dengan elsa kakak.

Sampai ngam-ngam azan zohor. Alhamdulillah, semua dah selamat. InsyaAllah, kita plan ke tempat lain pulop... Mungkin Italy? (^_^)

December 26, 2014

Vitamin C Pada Harga Rendah Untuk Tempoh 6 Bulan?

 

Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.


Apa itu sustained release? 
 
Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.

Harga : RM92.50 (180biji)
Tahan sehingga 6 bulan.

Bukan sahaja jimat, tapi Sangatttttt menjimatkan dan menjaga poket anda..hehe.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

December 25, 2014

Rasa Rugi Sangat Bila Amalkan Vitamin C Ni



Semua orang nak cantik..betul tak? Ada yang nak tegangkan kulit, ada yang nak putihkan kulit, cucuk situ cucuk sini. Minum itu, telan ini…tapi, adakah semua tu berbaloi?

Sangat jeles bila tengok kulit teman-teman yang putih gebu menawan halus mulus sedangkan kulit kita bukannya tak putih Cuma tak segebu kawan tu..hhehe.

So, atipun adalah juga mencari-carik produk yang boleh buat suami ttak pandang yang lain..wah gitu.

Tapikan, kenapa kita nak sangat cari Vitamin C ni? 

1- Perlindungan Dari Matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

2- Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadigebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

3- Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosaksekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkankeanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

4- Melindungi daripada Perubahan Warna Kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

5- Membaiki Tekstur Kulit
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Itu untuk kulit je kan…tak masuk lagi untuk kebaikan – kebaikan lain… So, kesimpulannya memang rugi sangat bila guna Vitamin C ni sebab anda akan penat terima pujian dari rakan rakan. Nampak sangat perubahannya nanti. Percayalah!

Promosi Vitamin  C Shaklee belum berakhir..
Cepat sebelum terlambat (^^)
 
 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...