Blog Archive

July 22, 2014

Tangani Mabuk Hamil Di Awal Kehamilan Dengan Langkah Positif



Apakah mabuk hamil?

Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu iailah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri.

 Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 

"Mabuk hamil pagi" adalah nama yang tak sesuai. Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda. Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang. 

Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan.

Berkongsi masalah dengan mereka yang mempunyai pengalaman mungkin boleh melegakan tekanan.

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis.

Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 

Mengapa saya berasa mabuk?

Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab.

 Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda.

Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia "rasa seronok" otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika andamengandung kembar dua atau tiga tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk. 

Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang. 

Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat, tetapi melihat kawan-kawan yang hamil sihat "berseri-seri", seakan-akan tidak adil.

Mungkin akan membantu jika anda ingatkan diri anda bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini. Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi, tetapi satu tinjauan semula kajian-kajian baru-baru ini tidak mendapati bukti bagi tuntutan ini. 

Berapa lamakah ia akan berlangsung?

Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggukehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telahmendapatkan bantuan dari awal. 

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda sebab anda mungkin menghidapi penyakit lain. 

Bolehkah ia menjejaskan bayi saya?

Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu.

Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat. Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan dalam perut nasi putih dan air, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini; anda boleh mengejar ketinggalan pemakanan sihat kemudian nanti.

Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan folik asid kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi anda berkembang dengan baik. Ambil ia pada waktu di mana anda tidak akan memuntahkannya keluar. Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, serta menurun berat badan, sila rujuk doktor anda dari awal sebab anda boleh mengalami nyahhidrat. Ada banyak rawatan yang boleh membantu anda merawatnya di rumah, atau anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital. 

Mendapatkan bantuan dan sokongan

Anda mungkin mendapati bahawa kombinasi perubahan pemakanan, bantuan kendiri dan ubat natural bermakna anda boleh bertahan dengan penyakit anda sehingga ia berkurangan. Jika tiada apapun yang mujarab, dan anda masih menderita, berjumpalah dengan doktor anda dengan seberapa segera. Rawatan menjadi lebih sukar lagi lama anda membiarkannya.

Mereka boleh mempertimbangkan cara-cara lain untuk mengatasi masalah ini, termasuk ubat-ubatan. 

Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang anda sedang alami, dan apa yang anda perlukan, sebab mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda.

Anda tidak perlu merasa bersalah jika memerlukan bantuan dengan perkara-perkara praktikal seperti membeli-belah, memasak dan kerja rumah - anda sakit!

Anda mungkin perlu memberitahu rakan-rakan sekerja tentang kehamilan (dan penyakit) anda lebih awal daripada yang dirancangkan, supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan.

 Jika anda menghidapi mabuk kehamilan dengan bayi pertama anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah atau mengurangkannya untuk kali kedua.

Sekali lagi, adalah penting untuk memulakannya dengan awal. Memang ada masaya sukar untuk mendapatkan bantuan bagi mabuk hamil. Buku-buku kehamilan dan majalah sering menyebut isu ini secara sepintas lalu, sama seperti buku-buku perubatan, dan anda mungkin mendapati bahawa doktor anda tidak mempunyai semua maklumat yang anda perlukan.

Berfikirlah secara lebih positif dan bersabar kerana mungkin Produk Shaklee boleh membantu.




Untuk mengetahui lanjut tentang set alahan ini, Attiey akan update lagi untuk info seterusnya. Atau, anda boleh je wassup atau sms Attiey untuk consultation secara ekslusif.

Jumpa lagi :-)

July 20, 2014

Jika anak anda sembelit, mungkin INI penawarnya

Susah hati betul bila Raisha 2 hari tak membuang...confirm sembelit la tu. Bila dah sembelit, masalah lain pulak yang timbul nanti. Setiap kali sakit perut, setiap kali tula menjerit dan menyorok belakang kerusi. Sedih betul tengok.

Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan keluar. Bila join Shaklee, Attiey cuba cari supplemen untuk kanak kanak... Yang biasa dengar cuma chewable vitamin c dan omega guard untuk pkmbangan otakkan...

So, bila wat research...jumpalah mealshake shaklee ni. Mula mula tu ingatkan meal shake ni sekadar sarapan untuk golongan dewasa je tapi rupanya memang Shaklee punya produk ni bnyak benda dalam satu. Selain digunakan sebagai instant breakfast, ianya juga sesuai untuk kanak kanak bagi tujuan lawaskan membuang kerana mealshake ni hidangan berserat tinggi selain penuh dengan khasiat dan nutrien.

Sebelum Raisha minum mealshake, selang dua hari mesti sembelit. Menjerit jerit bila nak poo poo. Kadang tu sampai 2-3 hari dia tahsnkan sebab takut nak meneran.

Tapi, selepas Attiey bagi mealshakes shaklee ni sekali sehari masa mula2 cuba, stool dia dah x keras lagi dan buang air besar dah tak jadi satu masalah besar bagi Raisha. Skang dah hampir 3 bulan Attiey campurkan sesudu mealshake dalam botol susu Raisha. Pastu bagi dua hari satu scoop je dah memadai.

Oh ye, dalam masa yang sama Attiey pastikan yang Raisha perlu banyak minum air juga untuk seimbangkan dengan kandungan serat yang tinggi dalam mealshake shaklee tu.

Kalau ada yang hadapi masalah yang sama macam anak Attiey ni,jomla try mealshake dulu. Mana tahu memang serasi dan jadi penawar dengan izinNya.

Hubungi Attiey di 013.9218084 (sms& whatssup) untuk dapatkan info lanjut atau untuk membeli produk ini.

July 14, 2014

Kurus Cantik Dengan Cinch Shake Mix Yang Berserat Tinggi

Yang sakit nak sihat, yang sihat nak bertambah sihat...hurm, mcmane yg sihat nak jadi lebih sihat?

Maksudnya, jika anda dari berbadan sihat, mesti anda ingin klihatan terurus dan lebih lansing di samping kaedah pemakanan yg lebih teratur untuk jantung dan organ dalaman badan kan..

Jangan pening-pening kepala nk fikir mcmne nak capai bnda ni kerana saya boleh bantu anda. Memperkenalkan minuman yg diperbuat dr bahan semulajadi.

Apa Itu Cinch Shake Mix ?

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.

Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting.

Mengapa?

Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.  Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.

Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut

Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina

Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan.Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan

Soya bukan GMO

  

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee

[✔] Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak
[✔] Membakar lemak yang tidak diingini
[✔] Mengurangkan inci yang tidak diingini
[✔] Makanan segera untuk mereka yang aktif
[✔] Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang
[✔] Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan
[✔] Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot
[✔] Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan 

July 12, 2014

Pesakit kronik masih ada harapan dengan Resveratrol



Attiey : 0139218084

Angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status. Mengikut laporan MAKNA, 11 juta dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dan 6 juta darinya mati akibat kanser di seluruh dunia . Di Malaysia, 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana 3 dari 4 pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.


Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis. Terdapat tiga sifat malignan utama sel-sel kanser iaitu agresif, melanggar dan cepat merebak. Sel benigna tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan dianggap agak selamat walaupun mereka juga mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi sel malignan.

Kanser boleh berlaku dalam setiap individu di setiap usia dan mempunyai kadar kematian 13%. Kebanyakan jenis kanser disebabkan oleh komposisi genetik abnormal sel malignan yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar atau kecacatan kongenital. 

Karsinogen boleh mengubah genom hos dan sifatnya menjadi malignan manakala masalah replikasi DNA juga boleh berlaku seperti yang biasa dilihat dalam pengembangan kanser pada janin. Kanser jarang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi jenis yang paling biasa yang berlaku ialah leukemia, yang diikuti oleh kanser sistem saraf pusat dan kemudian neuroblastoma.

Proses Perkembangan Kanser

Biasanya sel kanser membesar dan membiak dengan sewajarnya, dan ada kalanya juga sel-sel tersebut mati. Tubuh bertanggungjawab untuk memastikan seluruh proses pembiakan dan pertumbuhan seimbang. Sel-sel mati atau rosak digantikan secara automatik. Dalam kes kanser, sel tidak normal hidup lebih lama daripada sel normal dan cepat membentuk sel baru yang tidak normal. Sel-sel kanser boleh sampai ke bahagian-bahagian badan yang terpencil dan organ-organ penting, dan mengganggu fungsi dan proses yang penting.

Tanggungjawab utama DNA sel adalah untuk mengarah aktiviti. DNA yang rosak biasanya akan dibaiki oleh tubuh. Masalahnya ialah tubuh tidak mampu untuk memperbaiki kerosakan kerana sel kanser terus membinasakan sel-sel dan tisu-tisu lain. Kerosakan DNA boleh disebabkan oleh pendedahan kepada unsur-unsur berbahaya dalam persekitaran atau diwarisi. Kanser biasanya bermula dengan pembentukan tumor yang kemudiannya merebak keseluruh tubuh.

Tanda dan Gejala

Gejala boleh dibahagi kepada tiga kategori berasingan, iaitu: tempatan, metastasis dan sistemik. Tanda-tanda tempatan adalah yang pertama berlaku, yang dinyatakan melalui ketulan luar biasa atau pembentukan tumor, pendarahan, ulser dan kesakitan.

Tanda-tanda metastasis menyatakan bahawa sel-sel tidak normal telah mula merebak dan menjejaskan kawasan-kawasan berhampiran dan ditunjukkan dengan batuk, hemoptisis atau batuk berdarah, hepatomegali atau pembesaran hati, gejala neurologi, pembesaran nodus limfa dan kesakitan tulang.

Tanda-tanda sistemik menunjukkan kanser telah merebak ke hampir semua bahagian tubuh dan menjejaskan organ-organ utama dan sistem secara keseluruhan. Pernyataan biasa termasuk lemah tubuh badan atau cachexia, kurang selera makan, kehilangan berat badan, diaphoresis atau berpeluh malam, anemia, pembekuan darah dan hormon yang tidak normal. Lain-lain gejala yang ketara termasuk kekaburan penglihatan, mudah letih, sakit kepala, demam, loya, dan muntah-muntah.

Jenis-jenis Kanser

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kanser payudara. Terdapat juga kanser hati, kolon atau kanser kolorektal, kanser pankreas, kanser pundi kencing, kanser ovari, kanser endometrium, kanser tulang, kanser kulit atau kulit melanoma, limfoma non-Hodgkin dan leukemia.

Semua ini memberi kesan kepada berbagai bahagian tubuh. Ada kemungkinan kanser hanya berlaku di bahagian tertentu tubuh tetapi jenis ini masih dianggap mengikut bahagian asal. Sebagai contoh, jika sel kanser payudara merebak ke paru-paru, ianya masih dirujuk sebagai kanser payudara walaupun sel-sel di dalam paru-paru juga sudah menjadi kanser.

Sifat Sel Kanser

Sel kanser atau sel malignan tidak memiliki sifat sel biasa yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran mereka. Mereka tidak mampu untuk apoptosis atau masih terus membiak walaupun mempunyai keganjilan genetik. Sel ini tidak peka terhadap isyarat tubuh yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran. Ia sentiasa membahagikan diri dan bertahan lebih lama dari sel normal dan juga mempunyai keupayaan untuk menyerang dan membinasakan tisu berhampiran hanya untuk membiak.

Secara keseluruhan, kesilapan genetik terus merebak tanpa dibaiki dan meningkatkan mutasi sel di dalam tubuh. Fungsi tubuh terganggu atau tidak lagi berkesan sementara kerosakan terus berkembang. Walau bagaimanapun kanser bukanlah penyakit berjangkit atau boleh merebak.

Masih Ada Harapan


Ya, betul tu. Dengan vivix Shaklee, pesakit kanser masih boleh terus berikhtiar  dan berusaha untuk ke arah kesihatan yang lebih baik.
Mengapa Vivix Shaklee perlu berada dalam senarai yang perlu anda cuba dalam menangani kanser? Ini kerana vivix juga dikenali sebagai sirap anti kanser.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Fungsi Ramuan Semulajadi Vivix ada seperti berikut:

1- Anggur Muscadine
                                 

  • anggur liar yang mempunyai 20 kromosom - meyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi immune yang lebih tingi & sifat antioksidan yang lebih kukuh.
  • saiz anggur muscadine adalah lebih sebesar bola golf.
  • kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat ia mengandungi banyak polifenol dan resveterol
  • mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yg tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan mimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
  • according to the American Institute for Cancer Research, or AICR. In laboratory studies, ellagic acid prevented cancers of the bladder, lung, breast, esophagus and skin.
  • ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, eldeberry eropah & lobak unggu yang berfungsi sebagai anti-penuaan selular.

2- Elderberi

                             

  • Eldeberry berkesan dalam mengubati simptom flu, terutamanya influenza.
  • B.berry mengandungi falvonoids, yang menpunyai ciri antioksidan yang kuat, secara tidak langusng mengukuhkan sistem immun melawan jankitan virus & bakteria.
  • Kaya dengan anthocyanins yang memberi kesan anti-radang. ia juga mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.
  • juga kaya dengan vitamin A, B , C dan nutrien seperti asid, amino acids, carotenoid, tannin dan rutin. semua ni bermanfaat untuk flu, jankitan yeats, astma, batuk sesak hidung & dada & diabetes.
  • ia juga merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolestrol LDL (okidasi LDL dianggap sebagai 1 penyebab penyakit kardiovascular)
  • secara kesimpulan, elderberry mamapu memberi perlindugan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan sakit jantung.  Elderberri juga dapat membantu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan & penghadaman.

3- Polygonum Cuspidatum
                                

  • Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah.
  • Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.


4-Lobak Ungu

                                           

  • sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia  termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumains dan sesquiterpenes.
  • mengandungi anthocyanins, antioksidan yg mustajab. selain drp antioksidan, anthocyanins mepamerkan banyak aktiviti termasuk anti-radang, anti-mikrobial & anti-carcinogen.
  • anthocyanins juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet & lioprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
  • Berry mengandungi banyak antocyanins terutama bluberry, yang mengandungi  aktiviti anti oksidan yg teramat tinggi
  • asid klorgenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis carrot. asid klorgenik bertanggungjawab mengurangkan diabetes .

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian tentang Vivix Shaklee ni yang mana juga berkesan untuk sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.(Kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan).

- Kencing Manis
- Darah Tinggi, Kolestrol tinggi
- Stroke, Jantung
- Kanser
- Tibi
- Pesakit SLE
- Resdung, Allergi hidung
- Asma
- Anti penuaan (kecantikan)
- Perokok Tegar
- Gastrik
- Ulser Perut
  
 


****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)

 SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084

 Facebook : Attiey Mohamad

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

July 11, 2014

Adakah semua soya bahaya?

Attiey : 0139218084

Ramai dari kita sukakan air soya. Lebih lebih lagi bulan puasa ni, beratur peniaga kat param tu yang jual air soya. Panas, sejuk, pati, air semua ada..soya jagung pun ada.

Akhir akhir ni tersebar di laman sosial bahawa soya tak sesuai untuk lelaki, wanita dan kanak kanak kerana boleh mendatangkan mudarat dalam jangka masa panjang.

Betul ke macam tu?

Ada caranya untuk mengetahui sama ada...

ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?

Adakah kacang soya kegemaran anda…


Ditanam secara organik?
Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
Mengandungi 9 asid amino penting?
Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
Diproses tanpa haba?
Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?

Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.

Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan?

Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.

Jadi, ketahuilah bahawa pemilihan soya yang betul adalah sangat penting.

Jangan tak tahu pulak bahawa soya dari Shaklee iaitu ESP tidak terdedah dengan bahaya bahaya di atas dan sangat selamat jika di ambil dengan betul, insyaAllah.

Read more http://vitaminsemulajadi.com/checklist-soya-yang-selamat/

July 7, 2014

GLA Complex Jadi Tumpuan dan Rebutan Paling Hot

Attiey : 0139218084


Situ sini orang dah bercakap pasal Shaklee. Benda ni dah lamaaa sangat dan terbukti memang semula jadi. Nak tak nak, memang kena terima.
Salah satu produk paling laris di kalangan para isteri ialah GLA Complex Shaklee.


Jom kita tengok pengenalan sikit.
  • mengurangkan symptom biasa seperti gatal , bengkak, menggulupas, kekeringan dan sakit sendi.
  • berkesan untuk mereka yang menghadapi masalah kemurungan, kesakitan payudara dan masalahyang berkaitan PMS
  • mengimbangi hormone insulin dan juga menurunkan paras kolestrol.
Baca yang kat atas ni pun boleh buat orang teruja nak mencuba, apatah lagi kalau anda scroll ke bawah.

Faedah dan Kebaikan GLA Shaklee
  • membantu mengawal dan mengatur kitaran haid. Mereka yang ada masalah berkaitan haid patut cuba. Begitu juga yang ada masalah berkaitan PCOS dan Cyst.
  • Meningkatkan kesuburan bagi mereka yang sukar hamil.
  • Melegakan Pre Menstrual Sindrom (PMS).
  • Membantu menangani menopause. Sesuai dihadiahkan kepada ibu-ibu yang agak berumur tapi pastikan anda tidak membuat mereka berasa down.
  • Menguatkan kuku dan rambut. Ada sape sape yg nak buat iklan pegang pape, cantikkan kuku anda  J
  • Menjadikan kulit sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani eczema
  • Legakan symptom akibat Rhematoid Artritis
  • Mengandungi  vitamin E untuk kuatkan dinding arteri..tahu apa itu arteri?
  • Menguatkan immunity badan.
  • Memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan ‘blood clot’ yang menyebabkan serangan jantung.
  • Kawal kencing manis.
  • Mengawal kolestrol.
  • Bagus untuk saraf.
  • Membaiki masalah prostat (GLA bukan sahaja untuk wanita tetapi LELAKI JUGA!)

 Bagi anda yang mungkin hanya membaca post ini secara tak sengaja, bolehla sebar-sebarkan ilmu ini dan kongsi dengan teman anda atau mungkin kepada mereka yang anda rasa memerlukannya.

Sila klik di sini untuk membuat pembelian GLA Complex Shaklee dengan  menggunakan kredit kad atau debit kad.

****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
 
 SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084

 Facebook : Attiey Mohamad

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

July 6, 2014

GLA Complex Shaklee Bantu Realisasi Impian Wanita Untuk Hamil dan Bergelar Ibu



Attiey : 0139218084

Banyak pertanyaan yang  Attiey terima tentang bagaimana Shaklee boleh bantu wanita yang telah bergelar isteri di luar sana yang sangat teringin untuk bergelar ibu. Tidaklah semua supplemen harus diambil, cuma sesetengah yang berkaitan sahaja.

Beberapa supplemen yang digabungkan sebagai usaha untuk hamil ini dinamakan
SET KESUBURAN SHAKLEE  iaitu :






Zinc  Complex,Vita-E Complex,Alfalfa dan GLA Complex.

Banyaknya nak kena makan?
Jangan panik ye

Sebenarnya Zinc Complex dan Vita-E complex tu untuk encik suami
Dan Alfalfa + GLA Complex pula untuk puan isteri.

SET KESUBURAN UNTUK ENCIK SUAMI
-          Zinc Complex : merupakan zat yang sangat penting untuk membentuk hormone testosterone iaitu hormone lelaki. Ia member tenaga kepada sperma untuk lebih aktif berjuang menuju ke ovum. Selain itu, ia berperanan dalam pembentukan genetik  DNA.
-          Vita-E  Complex : Ianya  membantu menyuburkan sel-sel dan organ reproduksi lelaki serta melancarkan peredaran darah.

Cara makan set subur untuk suami:
Zinc  Complex :                  1 biji sehari ( sebelum makan  kerana perut kosong memudahkan penyerapan oleh badan)
Vita-E Complex:                1 biji sehari ( sebelum tidur) vitamin ini juga dikenali sebagai vitamin cinta atau ‘sex food”

SET KESUBURAN UNTUK ISTERI
-          Alfalfa :Raja segala tumbuhan ini sangat baik untuk wanita kerana ia membantu mengurangkan masalah keputihan,haid tidak teratur, senggugut, sakit pinggang ketika period. Kacip Fatimah moden gitu.
-          GLA Complex : sangat membantu menstabilkan hormon dan yang penting sekali ialah ia mendorong untuk memudahkan perlekatan antara ovum dengan sperma.

Cara makan set subur untuk isteri:
1)  Bagi Alfalfa, isteri ambil 3-5 biji sehari selepas makan.
2)  Untuk aturan pengambilan GLA Coplex terbahagi kepada dua iaitu jika
-isteri mengalami period teratur
- isteri mengalami period TIDAK teratur

Bagi period isteri yang teratur, makan GLA dari hari pertama period sehingga hari ke 13 kerana dijangka hari ke 14 dan seterusnya adalah waktu subur. Maknanya pada hari ke 14 dah stop/berhenti ambil GLA dan alfalfa juga. Jika masih period pada bulan itu, mula ambil GLA dan Alfalfa semula pada hari haid yang pertama hingga 13 ( Ulang langkah tadi)
Ambil sebiji selepas lunch dan sebiji selepas dinner. Jangan lupa doa pada Nya.

Untuk isteri yang periodnya tidak teratur, ambil GLA sebiji selang 8 jam setiap hari. Maknanya sehari tu 3 kali la isteri kena makan.Sampai bila? Amalkan dulu cara ini sehingga period isteri teratur. Biasanya ambil masa 2-3 bulan barulah period akan teratur.

Bila period dah ok, ikut cara yang di atas. Dah sampai hari ke 14, cuba buat UPT. Kalau dah positif, berhenti makan dua supplemen ini.

InsyaAllah, kita cuba berusaha. Jangan diam menunggu rezeki datang bergolek. Untuk pasangan yang belum dikurniakan rezeki tu, banyakkan berdoa dan bersangka baik denganNya. 

 
Selamat mencuba.
 


****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)

 SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084

 Facebook : Attiey Mohamad

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...