Blog Archive

April 28, 2014

Program Terlajak Hebat Untuk Bakal Jutawan 2014

Attiey : 013-9218084




Baru-baru ni pada 15 Mac 2014, group yang awesome ni  dah buat satu seminar di Institut Sosial Malaysia dan ianya telah berjalan dalam 4 sesi.


Sesi yang memula sekali tu tajuknya Menuju Bintang. Macam program reality tv kan..hehe. sangat kreatif. Sesuai dengan penyampai untuk slot tu iaitu Mak Bintang @ Puan Nad.  Memang berbaloi sape yang pergi sebab intro pun dah berapi-api. Puan Nad bagitahu tentang perjalanannya dari mula menjadi ahli Shaklee hinggalah berjaya sekarang ni. Hurm, beliau ni seorang guru dan mampu membahagi masa untuk jadi yang terbaik kan? Sangat mengharukan  dan sesi awal ni berjaya menitiskan air mata peserta.

Kemudian, muncul  pula Master  Zainul  yang sentiasa bersemangat dan penuh dengan tips-tips berguna tu untuk merasmikan kumpulan iReach yang mana adalah sebagai penjenamaan semula kumpulan  Lady&Boss… Kenapa nama Lady&Boss? Hurm, itu menunjukkan keberkesanan group Shaklee ni yang mampu melahirkan wanita-wanita yang  hebat seperti Mommy Lyna contohnya.

 Fungsi  iReach ni adalah menyediakan pelbagai info dari yang simple dan seterusnya untuk kegunaan dan rujukan ahli-ahli group. iReach juga menyediakan wadah terbaik untuk anda. Bukan setakat motivasi yang sungguh menginspirasikan, ia juga dilengkapi dengan pelbagai ilmu pemasaran terkini, teknik bimbingan serta skill kepimpinan yang berasaskan pembinaan jatidiri dan karekter; bergantung kepada tahap penerimaan serta pencapaian anda pada masa itu.

Bahagianya rasa bila terpilih untuk tergolong dalam group hebat ni kerana  hanya ahli group sahaja yang boleh akses ke web tu. 

Part yang ditunggu oleh kebanyakan apak-apak rasanya ialah sesi Forum Kain Pelekat. Nama pun kain pelekat kan? Hehe..Sesi ni secara tak lansung menghargai dan meraikan para suami yang ‘support’ isteri mereka dalam meneruskan perniagaan Shaklee. Untung ok! (^_^)

Slot yang paling mengujakan adalah apabila dimotivasikan oleh Amin Idris. Siapa? Alaa…hos TValHijrah tu…ingatkan..kan..kan..Rasanya Amin Idris pun suka dengan konsep seminar yang mesra keluarga ni . Dahla boleh bawak anak kan…berlari situ berlari sini..semua dah memahami dan tak rasa annoyed pun. 

Kesimpulannya boleh kata  semianar ni adalah satu program yang terlalu indah rupanya berbanding khabar. Maksudnya, terlalu bermanfaat melebihi namanya yang sedia Hebat !

Gambar : credit to Mommy Lyna


 

****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
 SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je

Facebook : Attiey Mohamad

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

April 15, 2014

Kenapa Anda Perlu Mendaftar dan Bagaimana Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Group Yang Hebat

Attiey: 013-9218084





Sangat best dan takkan rasa nak undur diri bila anda ‘terjebak’ dalam group Shaklee kami ni.. ada jer aktiviti dan anugerah yang mendebarkan ahli-ahlinya. Bukan berdebar sebab takut, tapi berdebar bila menyerap aura-aura hebat para master yang ada.. Kenapa saya sebut PARA MASTER? Ramai sangat ke?


Haa… kalau nak tahu kenala join.


Yang pastinya, tiada kerugiannya jika anda di luar sana tu mendaftar dengan group saya ni. Group hebat di bawah naungan tiga orang master ternama Shaklee. 


Anda tak perlu risau kot-kot anda akan ditinggalkan terkontang kanting selepas menjadi ahli kerana kami akan memberi  sokongan secara berterusan.Sebagai contoh, kita ada webinar yang mana akan di handle terus dari leader yang sangat hebat. Kenapa saya banyak gunakan perkataan hebat?  Nak buat cemane, MEMANG HEBAT.. kalo tak takkan dapat 4-5-6-7 +++ angka bonusnya? Hehehe


Selain tutorial secara online, yang paling rasa sangat berguna ialah kelas dan coaching secara offline turut diadakan. Kadang-kadang ahli-ahli akan dijemput untuk join seminar yang diadakan di beberapa negeri mengikut masa-masanya. Hurm, sapa nak grab ilmu, boleh join termasuk andalah setelah  anda mendaftar  menjadi ahli.

Andainya semua yang saya sebutkan kat atas ni belum cukup untuk anda rasa kenapalah anda perlu join group kami ni..hurm  jika anda memang suka gathering  secara santai , group ni memang pilihan tepat  Cuma  dalam masa ber-gathering  tu, kami ada discussion utk tambah ilmu. Menarik bukan? 

Saya rasa sangat bangga dengan kumpulan ni dan juga Master-master yang menaunginya sebab tak putus-putus bagi tips dan tunjuk ajar untuk jana pendapatan dengan Shaklee ni. Marvellous.

Andainya anda masih ragu-ragu tentang status halal Shaklee ni, jangan risau. 


Bisnes Shaklee memang disahkan Halal dan mendapat sijil halal yang sah dan ianya juga adalah perniagaan berasaskan produk bukan cakap semata-mata.

Bagaimana Nak Mula?

-          Bayar yuran RM75 ATAU

-          Buat pembelian RM660 untuk keahlian PERCUMA, ATAU

-          Pembelian 2 botol Vivix   ATAU

-          Pembelian 3 kotak Collagen Powder


 

****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Attiey Mohamad

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

April 11, 2014

Sebab-sebab yang paling Simple Kenapa Shaklee Menjadi Pilihan Yang Baik, Terbaik dan Bagus

Attiey : 013 9218084

Kawan2 ada yang tanya....

1. " Ramai benar aku tgk org join Shaklee ni, nape eh?"
2. " Kat FB kawan2 aku byk promote Shaklee ni, best sgt ke?"
3. " Ada kawan aku amek set hamil & set pantang Shaklee, die kate ok.btol ke?"


Meh sini sy jawab soalan2 tu... 
Org ramai join Shaklee ni sbb byk benefit Shaklee sediakan utk ahli2 Shaklee ni...Antaranya, if kite join ahli, kite akan dapat:


* Membeli produk shaklee pada harga ahli (mesti lebih jimat kan?)
* Layak mendapat bonus $$$$ setiap tgh bulan (makan sendiri pon boleh dpt)
* Sebagai side income
* Car bonus
* Join trip dlm n luar negara


Dan yang paling penting, dapat tlg org dgn memberi jalan alternatif.


Inilah sebabnya ramai yg join Shaklee..Kalau nak tau, produk ni bagus ke x, kene la sndiri cuba...baru boleh la kita nilai... 


So, kalau ada yang nak dapatkan penerangan tentang produk Shaklee, atau berminat nak tau lebih lanjut berkenaan SHAKLEE ni, boleh pm sy ye...




****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)

 SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je 
Facebook : Attiey Mohamad

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

April 8, 2014

Anemia dan Kaitannya Dengan Vitamin B-Complex ( B6 , B12)




Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.
Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:
  • Sel darah merah.
Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.
  • Sel darah putih
Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.
  • Platlet dan plasma
Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.
Tanda-Tanda Anemia
Apabila seseorang itu mengalami masalah kulit pucat, degupan jantung pantas, cepat letih, sesak nafas, sakit dada, kerap berasa pening, sejuk dan kebas,  Cuba jelirkan lidah dan lihat warnanya. Adakah ia jauh lebih merah berbanding lidah ahli keluarga yang lain? Sekarang cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan. Adakah ia berwarna pucat? Jika sebahagian atau semua tanda di atas ada, anda mungkin mengalami masalah anemia.
Bagaimana Anemia Boleh Terjadi?

Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
  • Badan kurang menghasilkan sel darah merah
  • Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.
Faktor Penyebab Anemia
a) Kurang Penghasilan Sel Darah Merah Yang Disebabkan:
  • Masalah kekurangan zat besi
  • Kehilangan darah
  • Keracunan logam.
  • Gangguan pada sumsum tulang (myelodyspasia).
  • Penyakit kronik (kerosakan buah pinggang, kanser, artritis reumatoid, Sistemic Lupus Eritematosus, SLE) yang merencatkan fungsi sumsum tulang.
  • Penyakit haemofilia
b) Kemusnahan Sel Darah Merah Luar Biasa (Hemolisis)
  • Iaitu sel darah merah pecah dengan sendiri. Jika kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya, individu itu akan mengalami masalah anemia. Hemolisis boleh disebabkan penyakit seperti:
c) Talassemia

d) Kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD).
e) Auto imun hemolitik
f) Penyakit sel sikel (masalah yang diwarisi)
Masalah Sel Darah Merah:
  • Leukemia
  • HIV
  • Neutropenia
Cara Untuk Mengelak Anemia
Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).
Daging merah dan organ dalaman juga tidak diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.
Kesimpulan
Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.
 Sumber Maklumat: Harian Metro, Utusan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Ok, panjang lebar kita semak tentang Anemia...ingat...ia bukan penyakit tetapi masalah yang menganggu kita.

Untuk membantu mendapatkan mekanan seimbang termasuk vitamin B12 yang mencukupi, kita berkenalan dulu apa itu B12.


Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.



Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.

 

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Alhamdulillah, Shaklee datangkan vitamin B-Complex yang lengkap dengan keperluan di atas.. Jadi, jika anda tak sempat nak menjamu selera dengan semua sumber2 yang dinyatakan, senang saja...miliki sebotol B-Complex Shaklee dan amalkan. 









***Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
 SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je

Facebook : Attiey Mohamad

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

April 7, 2014

Kalsium Shaklee Membantu Mengelakkan Kanser Kolon





Kanser kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat di lapan hingga 10 inci terakhir kolon. Apabila kedua-duanya bergabung, ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya kaum lelaki.

Simptom-simptom 
Seperti kebanyakan pesakit kanser kolorektal, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom di tahap awal penyakit ini. Simptom- simptom berbeza bergantung saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar. Dalam beberapa kes, simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit usus radang, sindrom usus rengsa dan kadangkala divertikulitis. Berjumpalah doktor sekiranya:
  • Perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu
  • Najis yang ‘sempit’
  • Perdarahan rektal atau najis berdarah
  • Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit
  • Abdomen sakit apabila membuang air besar
  • Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya. 

Faktor-Faktor Risiko
  • Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. Kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.
  • Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.
  • Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut.
  • Kanser kolon dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.
  • Apabila anda tidak aktif, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko kanser merebak.
  • Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko kanser kolorektal.
  • Terdapat lebih 1:10 penyakit kanser kolorektal yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok. Jika anda pernah didiagnosis dengan kanser kolorektal, perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini.
  • Terlalu banyak mengambil alkohol 
Dapatkan Nasihat PerubatanJika terdapat simptom-simptom kanser kolorektal seperti darah di dalam najis atau perubahan yang berterusan dalam tabiat bowel anda, sila berjumpa doktor dengan segera.

Diagnosis Dan Penyaringan Penyaringan adalah amat penting untuk mengesan polipus sebelum ia bertukar kanser. Pesakit juga mempunyai peluang yang baik untuk pulih jika kanser berjaya dikesan pada peringkat awal.
  • Pemeriksaan rektal secara digital, di mana doktor akan menggunakan jari yang bersarung tangan getah untuk memeriksa beberapa inci pertama rektum anda untuk polipus besar dan kanser
  • Ujian darah fekal okulta memeriksa sampel najis anda untuk darah
  • Sigmoidoskopi yang fleksibel. Doktor akan menggunakan tiub yang fleksibel, halus dan berlampu di hujungnya untuk memeriksa rektum dan sigmoid anda yang terletak lebih kurang dua kaki terakhir di dalam kolon anda
    Enema barium. Ujian diagnostik ini membenarkan doktor anda membuat penilaian keseluruhan usus besar anda dengan sinar-X
  • Kolonoskopi. Mirip kepada sigmoidoskopi yang fleksibel tetapi instrumen yang digunakan iaitu kolonoskop satu tiub yang panjang, kurus dan halus disambungkan ke kamera video dan monitor membenarkan doktor anda melihat keseluruhan kolon dan rektum anda
  • Ujian genetik. Jika keluarga anda mempunyai latar belakang sejarah kanser kolorektal, anda mungkin merupakan calon yang sesuai untuk menjalani ujian darah ini. 
Rawatan Jenis rawatan yang dicadangkan oleh doktor bergantung pada peringkat kanser yang dialami. Tiga pilihan rawatan yang primer adalah surgeri, kemoterapi dan radiasi. Pembedahan (kolektomi) adalah rawatan utama bagi kanser kolorektal. Berapa banyak kolon anda dibuang atau sama ada terapi-terapi lain seperti radiasi atau kemoterapi merupakan satu pilihan untuk anda, bergantung pada sejauh mana kanser itu menembusi dinding usus anda dan sama ada ia telah merebak ke limfa nodus atau bahagian tubuh anda yang lain.

Prosedur Pembedahan Doktor bedah akan menyingkirkan bahagian kolon yang mengandungi kanser bersama sejalur tisu normal di mana-mana bahagian kanser tersebut untuk memastikan tiada kanser yang ditinggalkan. 

Jika kanser anda kecil, terletak di dalam polipus dan berada di peringkat awal, doktor bedah anda boleh membuang kanser tersebut sewaktu kolonoskopi. Jika ahli patologi menentukan bahawa kanser di dalam polipus tidak membabitkan dasar di mana polipus terlekat di dinding usus, ini merupakan petanda baik bahawa kanser tersebut telah disingkirkan sepenuhnya. Jika kanser di tahap lanjut atau kesihatan anda agak lemah, doktor akan membuang sebahagian kecil kolon atau rektum anda.

Pencegahan
  • Banyakkan makan buah, sayur dan bijirin
  • Hadkan makanan berlemak lebih-lebih lagi lemak tepu
  • Ambil vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium, pyridoxine (vitamin B-6) dan vitamin B-9
  • Hadkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok
  • Jalani kehidupan fizikal yang aktif dan kekalkan berat badan yang sihat
  • Mempertimbangkan pengambilan statin untuk kolestrol tinggi.
sumber: Utusan Malaysia


Hurm...penekanan nak diberi untuk yang ati BOLD kan merah tu...pengambilan kalsium boleh mengelakkan Kanser Kolon...

Di bawah pula penerangan untuk satu supplemen hebat dari Shaklee..


Dapat Mengelakkan Kanser Kolon 

 - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini. 

Jangan risau kalau anda jenis susah nak menelan kaplet kerana ostematrix direka untuk memudahkan pengguna..- senang ditelan kerana tekstur yg licin dan comei..

Harga Runcit : RM61 sahaja.  

***Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli***

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588) 
SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je Facebook : Attiey Mohamad

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...