Tips Mendapatkan Barang Keperluan Bayi Tanpa Keluar Shopping




Mengetahui berita kehamilan  adalah berita terbaik yang ditunggu oleh semua ahli keluarga.  Ia juga merupakan perkara kedua terbesar selepas berita tentang  perkahwinan. 


Untuk bergelar ibu buat kali pertama, mungkin agar sukar untuk menentukan dan membeli barang-barang keperluan bayi. Bakal ibu  perlu menyenaraikan terlebih dahulu  semua perkara yang diperlukan oleh bayi. Kemudian, belilah sedikit demi sedikit sementara menanti tibanya hari yang dijangka.


Tetapi ada satu lagi cara mudah untuk mendapatkan  hampir kesemuanya, tanpa keluar shopping. Hehe. Bestkan dengar macam tu.  Penyelesaiannya adalah untuk mengadakan pesta mandi bayi! Alaa..."Baby Shower".  Apa yang perlu bakal ibu fikirkan adalah menu untuk tetamu pada hari tersebut. 



Ok, sekarang tak perlu fikir tentang barang-barang bayi dah. Cuma fikirkan sahaja tentang majlis  yang bakal diadakan nanti.  Apa temanya, yang akan menjadi konsep pada hari tu.


Ada beberapa cara untuk bakal ibu  memilih dan menentukan tema bagi majlis "Baby Shower". Timbulkan persoalan berikut;


  •  Adakah anda mahu ia berdasarkan warna? 
  • Sekiranya anda sudah mengetahui jantina bayi, merah jambu atau biru digunakan untuk mewakili bayi perempuan secara keseluruhan atau bayi lelaki. 
  • Atau barang-barang bayi seperti pacifier atau botol bayi?
  •  Bagaimana pula dengan tema watak seperti Sesame Street, Power Puff Girls, Makmal Dexter atau Looney Tunes? 
  • Ia juga boleh menjadi -hari di mana setiap undangan ditugaskan untuk membawa sesuatu yang bayi perlukan waktu itu.


Ada yang mencadangkan hadiah seperti  set pakaian , peralatan menyusu bayi, kain  selimut bayi atau set urut bayi . Yang apstinya setiap idea hadiah adalah unik. 


Bila "Baby Shower" dah selesai, periksa barang-barang yang anda dah ada dan sebaliknya.Barang-barang yang belum ada tu, bolehla beli. Jadi, kerja membeli dah dapat dikurangkan. Best tak.


Bincanglah dengan ahli keluarga terutama suami untuk menetapkan lokasi, senarai tetamu jemputan, tema untuk majlis, rancangan aktiviti dan siapa yang akan terlibat sebagai pembantu anda. Maklumlah, seboleh - bolehnya ibu janganlah terlalu sibuk untuk mempersiapkan majlis tersebut sehingga stress pula. Jadikan ia satu kenagan yang indah buat keluarga dan tetamu anda.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...