Beginilah Rupa Bila Travel Balik Kampung,

Zaman kecik-kecik dulu selalu berangan nak duk luar dari negeri kelahiran dan pasang impian macam-macam. Allah memang menurut sangkaan hambaNya. Lagipun , apa yang kita fikirkan tu lama-lama bila dah selalu sangat dia jadi aura tarikan.

Allah betul-betul jodohkan dengan jejaka luar negeri kelahiran. Hehe.

Jadi, bermulalah episod balik kampung setiap kali beraya atau bila ada keperluan menjenguk mak abah.


Selalunya, kalau esok nak gerak, malam ni Atiey tidur agak lambat sebab sediakan barang-barang mentah untuk masak sebagai bekal dalam perjalanan. Suami tak suka makan kat kedai. Satu sebab harga agak mahal. Satu lagi suami pentingkan kebersihan. jadi, kitorang ngap-ngap dalam kereta je. Kalau lapar, berhenti tepi jalan dan keluarkan makanan, makan dalam kereta. Tapi bukan kat tepi highway la kan. Jalan-jalan kampung agak selamat.





Haa, macam ni lah rupanya bahagian seat depan tempat letak kaki tu setiap kali balik kampung. Bukan tak boleh letak  belakang tapi macam lagi senang nak capai kalau duk depan ni.


Dalam bekas pink tu ada nuget. Keropok keping dalam botol. Bawah-bawah lagi tu ada nasi, lauk sikit dan air semestinya. Anyway, ni masa nak balik ke Shah Alam dah.


Anak-anak kecik, memang banyaklah sikit barang kan. Dengan susunya, air panasnya, botolnya. hehe.  InshaaAllah, dah besar sikit nanti lagi senang nak travel kan. Mudah-mudahan. Aamiin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...