Wednesday, January 20, 2016

Arghh..Sembelit Selepas Bersalin! Jom Hindarinya

Assalamualaikum

Mommies pernah alaminya? Sembelit sebaik sahaja selepas melahirkan. Kalau boleh, memang taknak dan tak mahu.

Attiey pernah alami sekali je. Tupun selepas kelahiran anak kedua iaitu Adib. Risau betul masa tu. 

Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba. Bagi masyarakat Melayu kita, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Betul ke?

Selain itu, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh. 

Bagi attiey, tak dinafikan bahawa ada dari kita yang memang tak boleh makan sesetengah sayur tapi kalau boleh cubalah dulu dalam kuantiti yang sedikit daripada tinggal terus kan. Bila ambil sikit-sikit sekurang-kurangnya kita boleh rasa perubahan sama ada ok ke tak perlahan-lahan.  

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor: 
  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa. 
  • Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil. 
  • Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut. 
Perasaan takut tu memang ada. Lebih-lebih lagi keadaan rahim yang masih belum pulih sepenuhnya. Ada yang nasihatkan attiey supaya jangan meneran sebaliknya buang air besar apabila rasa betul-betul nak membuang. Tip ni bagus hanya jika kita bebas sembelit je tau.

Untuk mengatasi masalah ini, cubalah cara-cara ini:
Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika mommies menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang. 

Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan. 

Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar. 

Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.

Mommies amalkan tip ni tau.

oh ye, satu kisah attiey nak kongsikan yang mengalami masalah sembelit teruk selepas melahirkan.



Hubungi Attiey untuk sebarang pertanyaan atau jika mommies nak buat pesanan sendiri, boleh klik eSell ni tau.




FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) 
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...