Blog Archive

April 17, 2015

Cara Bijak Handle Gastrik Kronik Yang Tak Nak Hilang Walaupun Dah 10 tahun Usaha

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Niat di hati nak ganti puasa Ramadhan yang masih berhutang tapi risau takut pulak perut ni buat hal.Bukan senang kalau perut dah mula meragam. 2-3 hari jugak serik.

Anda gastrik tak? Akak kat bawah ni nak kongsi pengalaman beliau menghadapi penyakit gastrik yang dialami selama 10 tahun. Tempoh masa yang agak lama tu.


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.


Kenali gastrik
Menurut Pakar Perunding Umum Pembedahan Laparoskopi, Dr. Mohd. Faisal Jabar, gastrik adalah masalah sangat lazim dan dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
"Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
"Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik," katanya yang ditemui di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Tambah Dr. Mohd. Faisal, pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).
Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
"Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah
.
Secara umumnya, tanda gastrik mudah dikesan kerana gastrik menyebabkan ketidakselesaan pada perut.
"Antara tanda utama adalah :
  1. sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), 
  2. senak, berangin atau pedih, 
  3. tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, 
  4. rasa mual (loya) dan muntah, 
  5. hilang selera makan dan berat badan turun (pada peringkat teruk)
Tambah Dr. Mohd Faisal, pada peringkat gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan dan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar serta muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.
Punca
Ada beberapa pemakanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merangsang penghasilan jus usus untuk dirembeskan dengan banyak. Jus itu melebihi jumlah makanan yang perlu dicerna menyebabkan jus ini menghakis dinding lapisan dalam perut.
Dr. Mohd Faisal menjelaskan, makanan mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak, kari dan minuman keras antara stimulus untuk jus usus dirembeskan dengan banyak.
"Asap rokok sama ada perokok atau perokok pasif dan stres boleh juga menjadi penyebab selain ubat tahan sakit. Adalah amat penting untuk merawat gastrik ini ketika masih di peringkat awal," ujarnya.
Siapa berisiko?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah ini dengan nisbah 1.5 hingga dua kali ganda berbanding wanita. Kebiasaannya individu-individu berikut berisiko menghidap gastrik.
  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
  • Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui dua cara iaitu :
  • Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
  • Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
  • Individu yang banyak mengalami tekanan atau stres sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik.
Rawatan
Lazimnya, boleh dikawal dengan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus selain ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut.
Masalahnya, ramai pesakit yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikannya dengan makanan.
Pesakit seperti ini menganggap apabila mereka tiba-tiba diserang gastrik, mereka perlu makan. Seharusnya, mereka mendapatkan rawatan termasuk pengambilan ubat gastrik seperti yang disarankan oleh pakar.
Oleh itu, Dr. Mohd. Faisal menasihatkan, jika simptom terutamanya sakit menjadi teruk atau muntah semakin kerap, adalah lebih baik jika rawatan lanjut diberikan di wad kecemasan dan seterusnya dirujuk kepada pakar.
"Beberapa ujian pemeriksaan perlu dijalankan seperti OGDS atau endoskopi. Prosedur ini dilakukan dengan memasukkan satu kamera kecil melalui mulut dan melalui kamera itu dinding usus dapat diperhatikan dengan jelas dan mengenal pasti berapa banyak kawasan yang terjejas," ujarnya.

Sumber

Ok, sekarang kita dah tahu
  • Apa Itu Gastrik
  • Punca
  • Siapa Yang Berisiko
  • Rawatan
Selain dari mendapat rawatan di hospital, saya suka untuk mengajak anda cuba handle gastrik ni seperti akak yang dalam video kat atas tu.

Jangan risau sebab ianya dijamin
  1. Halal
  2. Selamat
  3. Semulajadi
  4. Berkesan
  5. Telah menjalani beberapa peringkat kawalan dan ujikaji oleh mereka yang bertauliah.

Set Bajet Gastrik


Tu dia siap ada set bajet lagi.
Set ini terdiri daripada :
  • ESP
  • Osteomatrix
  • Peppermint Ginger Plus
atau anda boleh twist sama ada

  • ESP
  • Osteomatrix
  • B-Complex
dan boleh juga macam ni

  • ESP
  • Osteomatrix
  • B-Complex
  • Peppermint Ginger Plus

Ragu-ragu sebab pilihan boleh twist camtu?

ok, kalau ikutkan set gastrik ni ada 7 jenis tetapi oleh kerana saya namakan dia set bajet, maknanya ia adalah mengikut pilihan poket masing-masing. jap g saya cerita Full Set Gastrik.

Apa Fungsi Setiap Produk ?


  1. ESP adalah penting untuk proses pemulihan kerana ia membantu hasilkan sel-sel baru untuk badan. Lagipun, ia adalah sumber protein. Kalau boleh masa sakit perut tu elakkan susu buat sementara waktu sebab akan mengakibatkan perut jadi bertambah sakit. 
  2. Osteomatrix pula bagus kerana membekalkan kalsium kepada kita. Jika anda memang alah dan tidak boleh minum susu jangan susah hati sebab osteomatrix boleh bantu anda. Jangan tak tahu, Osteomatrix ada magik dalam memberi kesan penenang kepada tubuh kita. 
  3. B-Complex sangat membantu dalam memberikan tenaga yang segera untuk anda dan mengelakkan anda dari hypo dan keletihan. Ia juga diperlukan untuk proses pencernaan yang normal.                        
     
  4. Peppermint Ginger ni bantu pencernaan dengan meransang pengaliran cecair pencernaan semulajadi dalam badan. Ia juga memberi kesan kelegaan kepada perut. Best!
Kesan?




Terbukti berkesan walaupun hanya dengan set asas/ bajet.

Sebagai rujukan, Set Premium untuk Gastrik adalah terdiri daripada:
  1. Vivix
  2. ESP
  3. Alfalfa
  4. Peppermint Ginger Plus
  5. Omega Guard
  6. B-Complex
  7. Zinc Complex
  8. Carotomax

Hubungi saya untuk kita match mengikut bajet anda ye.

Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...