Blog Archive

January 5, 2014

Cara Mengubati Resdung Dengan Set Shaklee

Resdung sangat-sangat mengganggu kadangkala kan.. Sampai ada yang tak boleh duduk diam..sekejap2 bersin, bersin dan bersin lagi...

TANDA-TANDA RESDUNG
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


PUNCA RESDUNG
- Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.

- Apabila kawan-kawan mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.. Kawan-kawan yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..


PETUA MENCEGAH RESDUNG1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan
7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)
 Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh kawan-kawan amalkan.

Amalkan petua ini
Jika kawan-kawan ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shaklee  yang terdiri daripada

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Bagi yang rasa susah nak jumpa daun sireh, memang sesuai sangatlah amalkan set resdung ni.
Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX
- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX
- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti
histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.
Suami attiey sendiri pada awalnya cuma mengamalkan vitamin C dan telah menunjukkan hasil yang positif. Dah jarang nampak en hubby ni bersin pagi-pagi..

Bagi yang nak cuba, boleh contact attiey untuk pesanan. Cash on delivery sekitar Shah Alam dan pos ke seluruh Malaysia. 0139218084 untuk whatsap dan sms ye .

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...